https://www.facebook.com/SALWA-Selangor-108227401577358
BUKU
PROGRAM
Mesyuarat
Agung
Tahunan Sabtu|18RabiulAwal1444H
KALIPERTAMA 15Oktober2022
SALWANEGERISELANGOR 8.00AM -1.00PM
BilikSyura
KolejDaral-Hikmah
Kajang,SELANGOR
SEKAPUR SIREH DARI PENGERUSI SALWA MALAYSIA
Sebaik-baik pujian hanya layak dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, Mesyuarat Agung Tahunan SALWA Negeri Selangor kali pertama ini dapat kita
jayakan pada hari yang berbahagia ini.
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan
mengalu-alukan kehadiran semua ahli SALWA Selangor serta para hadirin sekalian.
Sesungguhnya, kehadiran puan-puan sekalian akan menyemarakkan lagi semangat
nahdhah dan kebersamaan kita dalam misi kita menjadi juru bicara pencerdasan wanita dan
institusi keluarga.
Untuk pengetahuan puan-puan, SALWA Selangor adalah negeri pertama yang menyahut
seruan SALWA Pusat untuk berdaftar sebagai cawangan SALWA Malaysia. Kini kita sudah
mempunyai 4 cawangan negeri yang berdaftar dan 4 cawangan lagi sedang dalam proses
pendaftaran yang Insya Allah akan selesai selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Dalam usia SALWA Malaysia yang akan mencapai 4 tahun pada 12 Disember 2022 ini,
kejayaan mendaftarkan 8 buah cawangan adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Ini
menunjukkan bahawa Salwa di negeri-negeri mengambil cakna dan mahu bersama-sama
melangkah ke satu tahap yang lebih serius dalam misi dakwah kita kepada umat ini iaitu
misi pencerahan dan pencerdikan dalam membina umat terbaik pilihan Tuhan.
Justeru itu, saya mewakili seluruh Jawatankuasa SALWA Malaysia ingin mengucapkan
setinggi-tinggi Tahniah di atas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan SALWA Selangor
yang julung-julung kali diadakan. Misi dakwah yang hebat tidak akan dapat direalisasikan
dan sampai kepada mad’u dengan berkesan melainkan dengan perancangan dan gerak
kerja yang tersusun serta menjaga etos kerja yang tinggi.
Seperti kata Pak Hamka, wanita adalah seperti tiang dalam sebuah rumah. Tiang sering kali
tidak kelihatan di dalam struktur sesebuah rumah. Tetapi apabila tiang itu rosak dan patah,
seluruh rumah itu akan segera menyembah bumi. Begitulah peranan wanita dalam misi
melahirkan khayr ummah. Ummah yang cemerlang bermula dari sebuah rumah yang
dikemudi oleh wanita yang bijaksana. Dia bijak mewarnai suasana rumah tangga sehingga
semua ahli keluarganya dapat berperanan dengan cemerlang di sisi masyarakat. Wanita ini
juga tidak sewenang-wenangnya menjadikan rumah tangga sebagai alasan yang
membantutkan peranannya dalam masyarakat.
Mari kita menjadi wanita pencerdas ummah, wanita yang tidak pernah jemu berjuang di
mana-mana sahaja dia ditempatkan. Dunia ini tempat bekerja dengan sekeras-kerasnya
supaya di barzakh nanti menjadi tempat kita berehat sepuas-puasnya.
Akhir kata, selamat bermuktamar dan selamat berjuang. Semoga amal bakti kita diterima
dan diredhai Allah SWT.
Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Prof Madya Ts. Dr. Nur Izura Udzir
SEKAPUR SIREH DARI KETUA SALWA SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan besar
Rasulullah SAW, para sahabat dan mereka yang menyambung risalah perjuangan Rasulullah SAW
hingga akhirnya.
Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan ucapan terima kasih seterusnya
mengalu-alukan kehadiran semua ahli SALWA Selangor ke Mesyuarat Agung Tahunan SALWA
Negeri Selangor kali pertama yang julung kali diadakan. Ini secara tidak lansung menunjukkan iltizam
dan komitmen kita semua dalam melaksanakan tanggunjawab kita secara segar dan konsisten
terhadap pencerdasan Wanita dan umat.
Alhamdulillah telah genap setahun umur SALWA Selangor. Adalah menjadi hasrat kita semua agar
rangkaian SALWA bagi setiap daerah di negeri Selangor akan terus dipertingkatkan dari segi keahlian
dan kaderisasi. Mesyuarat Agung Tahunan SALWA Negeri Selangor kali ini sangat penting untuk
diangkat sebagai platform proaktif kepada perbincangan dan mahasabah terhadap strategi dan gerak
kerja yang berkesan sekaligus boleh meletakkan pemahaman penting tentang kepentingan dan
penerusan tugas dakwah dan tarbiyah dalam kehidupan masyarakat. Semoga misi dakwah dan
tarbiyah berteraskan ilmu itu merupakan pasak dan tunjang kehidupan kita semua dalam
merealisasikan dakwah membina Wanita, umat dan negara.
Justeru, langkah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan SALWA Negeri Selangor kali ini amat
tepat dan relevan dengan suasana pada hari ini. Semoga ruang perjumpaan ini dapat dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin sebagai medan meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai
juru bicara pencerdasan wanita dan umat.
Menurut Sheikh Sa’id Hawwa, peranan Wanita Islam di dalam masyarakat ialah melalui
sumbangan-sumbangan mereka di dalam membangunkan masyarakat, samada dari segi kebendaan
ataupun kerohania. Begitulah peranan kita semua dengan memberikan sumbangan kepada
masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang membolehkan kita berinteraksi dengan masyarakat, dengan
menjadikan mereka sebagai agen perubahan samada dalam bidang politik, ekonomi atau sosial.
Justeru sumbngan kepemimpinan Wanita terhadap masyarakat boleh menghasilkan masyarakat yang
dinamik dan sejahtera seterusnya sesuai dengan firman Allah ”Negara Rahmah Ummah Sejahtera”.
Semoga kita semua akan terus komited untuk melestarikan dakwah dan tarbiyah dalam dalam
menyantuni Wanita dan masyarakat. Selain itu, diharapkan kita semua dapat menghasilkan idea yang
positif lagi praktikal sebagai solusi dan amalan berkesan dalam menangani isu dan cabaran serta
penyelesaian yang dihadapi oleh Wanita dan masyarakat.
Akhirnya, ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jawatankuasa yang
memberi komitmen tahap tinggi demi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan SALWA Negeri
Selangor kali pertama ini. Mudah-mudahan usaha kita semua dinilai sebagai amal soleh di sisi Allah
SWT.
Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Prof Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain
MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGONG TAHUNAN CAWANGAN PERTUBUHAN
SALWA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Tarikh/Hari : 12 Jun 2021 (SABTU)
Masa : 10 pagi 12.30 Tengahari
Media : Zoom Link
Kehadiran:
Puan Rosma binti Tazilah (Pengerusi)
Ustazah Siti Shamsiah binti Mohd Torai (Timbalan Pengerusi)
Puan Jenab binti Surif (Setiausaha)
Puan Sharifah Hanum binti Ibrahim (Penolong Setiausaha)
Puan Nik Asmah binti Nik Yusoff (wakil Bendahari)
Puan Rokiah binti Karim (AJK)
Puan Norlila binti Abu Talib (AJK)
Uztazah Halimah binti Sulong (AJK)
Puan Rusifah binti Sulaiman (wakil Bandar Baru Bangi)
Puan Nur Syazwani binti Mohd Salleh
Puan Nur Rislah (wakil Kuala Selangor)
Puan Nor Danisah (wakil Banting)
Wakil Salwa Malaysia Puan Mahanom binti Basri
Agenda dan Keputusan Perbincangan:
Bil. Perkara Tindakan
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Ummul Kitab, Al Makluman
Fatihah.
1.2 Pengerusi merakamkan ucapan kesyukuran dan terima kasih
atas kehadiran semua yang sudi datang untuk menjayakan
mesyuarat Agong Salwa Malaysia Peringkat Negeri Selangor
selepas diluluskan oleh ROS pada 22 Mei 2021.
2.0 Nama Cawangan dan Alamat cawangan Makluman
2.1 Pengerusi memaklumkan kepada ahli mesyuarat bahawa
Salwa Selangor telah diluluskan pendaftrannya oleh
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 22
Mei 2021. Nama Salwa Selangor kini adalah Pertubuhan
Salwa Malaysia Peringkat Negeri Selangor.
2.2 Alamat Pertubuhan Salwa Malaysia Negeri Selangor
adalah seperti berikut: No 45-1, Jalan Kebun Nenas 7A/KS 8,
Bandar Putera 2,
41200 Klang Selangor.
No telefon: 019-6366241(Puan Rosma
binti Tazilah)
012-3092901(Puan Jenab
binti Surif)
Alamat emal : [email protected]
3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Makluman
Puan Rokiah binti Karim telah mencadangkan supaya minit
mesyuarat AJK Penaja Penubuhan Cawangan Pertubuhan
Salwa Malaysia Peringkat Negeri Selangor Bil 1/2021
diluluskan.
Sokongan : Puan Norlila Binti Abu Talib
4.0 Perkara Berbangkit
Makluma
Puan Rosma binti Tazilah telah menerangkan perkara berbangkit n
mengenai pendaftaran Salwamart Resources di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) dan Pertubuhan Keusahawanan Global
Le Nisa dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
(ROS)
4.1 Pendaftaran Salwamart Resources
i) Salwamart Resources telah didaftarkan pada 9
September 2020 dengan No Pendaftaran
202003238250(SA 0552155-W). Bentuk perniagaan
adalah Perkongsian. Rakan kongsi adalah Puan Rosmah
binti Tazilah dan Puan Jenab binti Surif.
ii) Tujuan utama pendaftaran Salwamart Resources adalah
untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan menjana
pendapatan untuk disalurkan kepada Pertubuhan Salwa
Malaysia Negeri Selangor menjalankan aktivitinya
4.2 Penubuhan Pertubuhan Keusahawanan Global Le Nisa
i) Global Le Nisa pula adalah sebuah Pusat Latihan dan
Keusahawanan yang telah ditubuhkan oleh Pertubuhan
Salwa Malaysia Negeri Selangor. Pertubuhan ini dikenali
dengan nama Pertubuhan Keusahawanan Global Le Nisa
dengan No Pendaftaran (NSID-019-28042021) beralamat di
No 45-1, Jalan Kebun Nenas 7A/KS 8, Bandar Putera 2,
41200 Klang Selangor.
ii) Penubuhan Global Le Nisa ini terlaksana kerana
sumbangan yang diberikan oleh seorang Funder iaitu Tuan
Haji Rozaili bin Ishak
iii) Matlamat penubuhan Global Le Nisa adalah seperti berikut :
a) membasmi kemiskinan dari kumpulan sasar seperti ibu
tunggal, asnaf, B40 dan membasmi pengasingan antara
pelarian wanita dengan masyarakat setempat.
b) Melaksanakan program program pendidikan, kemahiran
dan keusahawanan sosial untuk menjana pendapatan
sekaligus meningkatkan penentuan kendiri masyarakat
setempat.
c) Melahirkan pemangkin perubahan di kalangan
kumpulan sasaran meliputi semua lapisan umur ke arah
kehidupan yang lebih positif dengan meningkatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran menambah ekonomi keluarga
disamping mengukuhkan semangat kejiranan dan
perpaduan
5. Laporan Aktiviti Terkini Salwa Selangor
0
5.1 Gerak kerja penubuhan Global Le Nisa
Gerak kerja ini telah bermula pada 1 November 2020 bermula
dengan mesyuarat bersama Funder Tuan Haji Rosaili bin Ishak
dan AJK yang dilantik iaitu Puan Rosmah binti Tazilah, Puan
Jenab binti Surif, Puan Rokiah binti Karim dan Puan Raina binti
Razif.
November 2020 hingga Mac 2021
Fokus utama pada peringkat ini adalah mengenalpasti lokasi
dan sewaan Premis serta proses ubahsuai premis.
5.2 Februari 2020 hingga April 2021
Peringkat kedua memberi fokus kepada membina modul latihan
Pusat Latihan dan Keusahawanan Global Le Nisa
5.3 Program Penyampaian Bakul Kasih Salwa Malaysia
5.4 AJK sebulat suara bersetuju bahawa usrah di setiap
daerah mesti diteruskan kerana ia merupakan tunjang aspirasi
SALWA.
5.4 AJK SALWA Selangor mencadangkan supaya mengambil
pekerja tetap untuk menjalankan gerak kerja SALWA Selangor
5.5 Salwa Selangor bersetuju untuk membuka akaun bank.
6. Perlantikan AJK Sesi 2021 -2023
0
Puan Mahanom binti Basri wakil dari Salwa Malysia yang juga
penasihat Salwa Selangor telah dilantik sebagai Pengerusi
Perlantikan AJK Salwa Selangor Sesi 2021- 2023
Barisan Pimpina SALWA
Ketua Salwa Negeri : Prof Dr
Zuriati Timbalan KSN : Puan
Juhaini binti Saif
Setiausaha : Puan Farihah binti Nawam
Pen Setiusaha : Puan Syazwani binti
Mohd Salleh Bendahari : Puan Intan
Nur Adlin binti Badarudin
AHLI JAWATANKUASA
Shah Alam : Dr
Irny Suzilah Kuala
Selangor : Puan
Noor Rislah
Puncak Alam : Puan Sharifah Anom
binti Ibrahim Klang : Puan
Hidayah binti Sumairi
Serdang : Puan Tengku Hazwani
Rawang :
7.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih
kepada yang hadir dan berharap selepas ini gerak kerja
akan menjadi lebih lancar.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Tgh dengan bacaan
Tasbih Kaffarah
dan Surah al ‘Asr.
Disediakan oleh: Disahkan oleh;
JENAB BINTI SURIF ROSMA BINTI TAZILAH
Setiausaha Ketua Cawangan
LAPORAN AKTIVITI ANJURAN PERTUBUHAN SALWA NEGERI SELANGOR
SEHINGGA OGOS 2022
BIL TARIKH AKTIVITI SASARA TEMPAT KEHADIRA
N N
PESERTA
1. 23 Ogos 2021 Simfoni Hijrah Umum Atas talian 100 orang
Rasulullah
2. 11 November Kempen Sekeluarga Umum Atas talian 100 orang
2021 Tolak Pornografi
3. 31 Januari 2022 Jualan Tshirt Umum Atas talian 300 orang
Muslimah SALWA
Selangor
4. 23 Januari 2022 Chef Cilik Umum KDH 50 orang
5. 20 Mac 2022 Imej Wanita Umum Atas talian 50 orang
Kontemporari
6. 27 Mac 2022 Pengguna Selamat Umum Best Western 1000 orang
di Alam Siber i-City,
Shah Alam
7. 18 April 2022 Jualan SALWASel Umum Atas talian 117 orang
Cookies
8. 20 Ogos 2022 Keselamatan Siber Umum Masjid an 50 orang
Naim,
Di Kalangan Remaja
Seksyen 30,
Kg Jln Kebun
9. 31 Ogos 2022 Sesi Meet & Greet Pimpinan Nasken Cafe, 8 orang
SALWA Selangor Ostia Bangi
LAPORAN AKTIVITI JEMPUTAN DAN KERJASAMASA BERSAMA PERTUBUHAN
SALWA NEGERI SELANGOR SEHINGGA OGOS 2022
BIL TARIKH AKTIVITI SASARAN TEMPAT KEHADIRAN
PESERTA IDE 500 orang
1. 13 Mac 2022 Bicarawara Wanita
Alaf Baru (kerjasama Umum
SALWA Pusat) TASKI
Negeri
2. 23 Mac 2022 Sumbangan al-Quran Selangor TASKI di 50 orang
(kerjasama Warisan Umum sekitar
Ummah Ikhlas Umum Selangor
Foundation)
Umum
3. 16 April Membumikan al Masjid an 50 orang
2022 Quran (kerjasama Umum Naim
SALWA Pusat)
Umum
4. 17 April Kuliah Duha : Atas talian 100 orang
2022 Saidatina Khadijah : Asnaf &
Ikon Sepanjang Guru TASKI
Zaman(kerjasama
Darul Fatiheen)
5. 19 April Sambutan Nuzul Masjid an 50 orang
2022 Quran 1443H dan Naim, Jalan
Penyampaian Bakul
Kasih Kebun,
Ramadhan(kerjasam Klang
a SALWA Pusat)
6. 23 April Kuliah Duha : Masjid al 50 orang
2022 Menggapai Lailatul Bakri
Qadar(kerjasama
masjid an Naim,
Klang)
7. 27 April Pek Cakna Dewan 50 buah
2022 Ramadhan Orang keluarga
(kerjasama WADAH Ramai, Kg
Selangor) Padang 20 orang
Jawa, Shah
8. 27 April Agihan Sumbangan Alam
2022
Selangor
Usul Pertukaran alamat
Alamat sekarang
No 12A, Jalan Keluli AK7/AK, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor
Pertukaran alamat
Lot 2, Wisma MAIS, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
Penghargaan
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada :
Pertubuhan SALWA Malaysia
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri
Selangor