BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU NAMA: NUR BADRIYAH BINTI ISMAIL UNIT:BAHASA MELAYU 2
KANDUNGAN Pengenalan Konsep kesusasteraan Melayu Fungsi Kesusasteraan Melayu Contoh karya puisi yang sedia ada Karya yang dicipta Ulasan dan perbincangan hasil karya Rumusan
PENGENALAN Seperti yang kita tahu, sastera merupakan budaya bagi masyarakat melayu. Sastera juga merupakan seni atau daya kreativiti dan hasil ciptaan bagi masyarakat melayu.Ia dikatakan seni kerana masyarakat melayu mampu untuk mencipta pelbagai kreativiti yang menarik berdasarkan akal fikiran mereka sendiri seperti, puisi , sajak, gurindam seloka syair dan banyak lagi. Sastera ini pada mulanya diperkenalkan oleh orang-orang melayu zaman dahulu dengan tujuan untuk menyampaikan dan mengungkapkan perasaan , sindiran, kiasan dan sebagainya. Lantaran itu, orang Melayu tradisi berkebolehan mendaya cipta dalam pelbagai bidang ilmu, lahir dari hati nurani dan daya kreativiti bangsa Melayu yang beragama.(Johari Bin Yahaya ) (2015) .Sastera juga merangkumi keindahan-keindahan bunyi ayat dan gaya bahasa yang berpujangga sedap didengar ditambah pula dengan ayat-ayatgramatis yang direka cipta oleh orang melayu yang kebanyakannya melalui pemandangan alam sekitar, pengalaman dan lainlain. Dengan keindahan sastera yang diterapkan oleh masyarakat melayu dalam penulisan mampu untuk menarik perhatian pembaca untuk terus membaca.
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Sastera Melayu memiliki nilai seni yang tinggi di mata masyarakat negara asing dan salah satu khazanah warisan yang paling berharga. Menurut Johari Bin Yahaya (2015) menyatakan bahawa ketamadunan perdaban dan martabat sesuatu bangsa di zahir melalui karya-karya sastera tradisonal. Sastera Melayu yang dicipta ini juga turut melambangkan keperibadian dan jati diri orang melayu yang gah. Kesusasteraan Melayu merangkumi prosa tradisional,prosa moden , puisi tradisional dan puisi moden. Hasil karya kesusasteraan Melayu merangkumi sajak, seloka, nazam, gurindam dan lain-lain lagi.Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. (Siti Hajar Abdul Aziz) (2011). Menurut kamus Dewan Edisi Keempat maksud kesusasteraan ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas- bermaksud mengarahkn, mengajar atau memberi petunjuk manakala -tra merujuk kepada alat. Jadi , sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- pula bermaksud baik atau indah .Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh iaitu, segala yang tertulus yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan,petunjuk dan pengajara. ( Hashim Awang, Artikel akademik, hal 2). Dalam pembacaan saya ,semasa saya mengkaji buku yang berkaitan dengan sastera, dapat dirumuskan bahawa maksud kesusasteraan Melayu ialah daya kreativiti dan intelektual serta hasil ciptaan masyarakat melayu dalam menyusun kata-kata yang indah sehingga menjadi ayat-ayat yang gramatis dan menakjubkan para pembaca.
* INSTRUMEN PENDIDIKAN FUNGSI KESUSATERAAN MELAYU Salah satu fungsi sastera melayu ialah bertindak sebagai instrument pendidikan. Hal ini kerana aspek pendidikan yang diterapkan dalam karya-karya sastera Melayu dapat melatih semua masyarakat agar berfikiran terbuka dan boleh berfikir secara kritis. Aspek pendidikan yang diaplikasikan dalam karya sastera juga turut mampu untuk meluaskan pemikiran masyarakat iaitu dengan mengkaji dan mentafsir setiap perkaitan maksud yang tersirat disebalik perkataan-perkataan yang gramatis . Karya sastera yang dihasilkan juga turut melibatkan pelbagai bidang ilmu berdasarkan kemahiran dan pengalaman oleh para pengarang. Dengan ini masyarakat dapat mengetahui pelbagai pengetahuan yang baru.Selain itu, dengan mempelajari kesusasteraan , ia mampu mengembangkan bidang pendidikan kea arah yang lebih produktif kerana masyarakat dapat mempelajari keindahan-kaindahan dari segi bahasa, ayat sekaligus dapat melahirkan mereka dalam Bahasa Melayu.
* UNSURHIBURAN FUNGSI KESUSATERAAN MELAYU Unsur hiburan banyak terdapat dalam karya sastera-sastera Melayu. Hiburan merupakan satu unsur yang penting dalam kehidupan manusia.Hasil karya sastera yang menerapkan unsur hiburan menjadi lebih indah, menarik dan melahirkan perasaan seronok apabila membaca karya tersebut. Tambahan pula,nkarya sastera yang lebih menjurus kepada hiburan ini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda.Karya-karya sastera seperti syait , gurindam , seloka dan banyak lagi yang didendangkan dengan irama-irama lagu untuk merancakkan lagi Kesusasteraan Melayu. Hiburan yang diselitkan dalam karya sastera Melayu diselitkan dengan susnan bahasa dan maksud yang indah , penggunaan ayat yang mampu memikat hati dan emosi para pembaca. Kesannya unsur hiburan dapat melahirkan sikap suka membaca hasil karya Kesusasteraan Melayu kerana pembaca tidak akan pernah berasa bosan terhadap Karya Kesusasteraan Melayu.
FUNGSI KESUSATERAAN MELAYU Karya-karya sastera Melayu juga turut diselitkan unsur dakwah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) maksud dakwah ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.Dakwah juga boleh dikatkan dengan menerima atau percaya ke arah sesuatu yang baik dan perkara yang positif. Konsep dakwah yang diterapkan dalam sastera Melayu lebih memfokuskan kepada waqi’iyyah (kebenaran), al-ta’dib (mendidik), al-tawjih (membimbing), teguran nasihat dan lain-lain. Sastera yang dihasilkan banyak menegakkan tentang ajaran islam. Dengan adanya unsur dakwah dalam karya sastera Melaayu, ia dapat membentuk sahsiah manusia ke arah yang lebih baik melalui penyampaian perkataan dan kata-kata yang menarik serta halus yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan mereka dan turut berpaksikan pada pandangan yang hak dan batil tentang sesuatu perkara. * DAKWAH
* KRITIKANSOSIAL FUNGSI KESUSATERAAN MELAYU Kritikan sosial dalam sastera juga merupakan perkara yang lazim dijumpai di dalam karya-karya sastera Melayu. Masyarakat Melayu menggunakan karya-karya sastera dengan menginterpetasikan dan meluahkan idea mereka untuk mengkritik sosial yang memfokuskan tentang kecaman terhadap masyarakat. Ianya dapat dilihat dalam kebanyakan hasil karya sastera seperti pantun, syair, gurindam dan sebagainya. Kritikan sastera melibatkan penjelasan yang jelas tentang protes atau sanggahan masyarakat berserta huraian dengan huraian dalam karya sastera Melayu
CONTOH KARYA PUISI YANG SEDIA ADA
GURINDAM DUA BELAS
GURINDAM DUA BELAS
2) SAJAK ERTI HIDUP BERERTI Aku selalu didatangi malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesekon hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seirang tua sunyi Keheningan tasik Kehijauan rumput hanya menjadi bayangan di penjuru ruang zaman cinta dalam Rahim dilupai dari sulung ditendang ke bongsu dari angah ditendang ke sulung balik kucari erti hidup menderita mengerang sakit berdiri tanpa ruang Aku bagi mereka tiada makna anakku bakaku baik setia muhupun derhaka semoga disirami benih keinsafan menjadi penawar dalam hati\ embun cinta atasi angin dingin jangan terpegun ada yang mati ada yang hidup tiada yang kekal kecuali Tuhan
PANTUN TRADISIONAL Tanam balik buah peria, Buah peria mahal sekali; Buat baik berpada-pada Buat jahat jangan sekali. Ketua-ketua raja duduk, Jangan ditimpa pagan; Diketahui ganja itu mabuk, Apakah sebab maka dimakan? Meninjau berpadi masak, Batang kapas bertimbul jalan; Hati risau dibawa gelak, Bagai panas mengandung hujan. Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan di Jawa diranggungkan; Jangn kata terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggungkan. Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain; Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. Anak cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli; Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke lubuk Inderagiri; Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri.
HASIL KARYA YANG DICIPTA
PANTUN YANG BERTAJUK BUDI Pokok kacang tumbuh melata, Masak sebiji tidak kusangka; Bukannya pangkat penentu kuasa, Budilah yang dipandang oleh manusia. Burung berkicau di pagi hari, Embun menitik di daun kari; Sanjunglah orang yang berbudi tinggi, Negara dan bangsa turut dipuji. Daun kemangi menjadi layu, Pungut sedikit dibuat ubat; Sungguh berbudi orang dahulu, Tidak kira pangkat dan darjat. Bubur dimasak dengan gula melaka, Supaya menjadi penyedap rasa; Budi pekerti lesap punahlah agama, Maka tatanglah ia sebelum binasa. Mudik ke hulu membawa barang, Barang dibawa dengan permai; Budi yang baik harus dikenang, Agar hidup aman dan damai.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Rangkap ini lebih memfokuskan kepada golongan yang mempunyai autoriti ataupun lebih dikenali sebagai kuasa. Orang yang memiliki kuasa tidak semestinya mempunyai amalan berbudi bahasa. Hal ini bermaksud budi bahasa bukan sahaja terletak pada seseorang yang mempunyai kuasa tetapi boleh ada pada semua manusia dengan syarat hati dan niat yang ikhlas untuk melakukan amalan tersebut. Idea yang diketengahkan dalam rangkap ini adalah lebih terarah kepada keikhlasan berbudi yang tidak mengenal pangkat. Pokok kacang tumbuh melata, Masak sebiji tidak kusangka; Bukannya pangkat penentu kuasa, Budilah yang dipandang oleh manusia.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Dua baris yang pertama adalah pembayang yang diambil daripada pemandangan alam sarwajagat. Kedua-dua baris tersebut menceritakan tentang pemandangan alam sarwajagat yang lebih tertumpu kepada suasana di pagi hari. Manakala maksud bagi penerang pula ialah menceritakan tentang ketinggian budi bahasa yang ada pada seseorang sememangnya perlu dihargai oleh masyarakat. Hal ini kerana budi yang tinggi dapat menguasai dan mempengaruhi segalagalanya yang mendorong kehidupan seseorang itu menjadi sempurna.Jika seseorang mempunyai budi yang tinggi bukan sahaja negara malah bangsa juga turut dipandang tinggi oleh masyarakat asing. Burung berkicau di pagi hari, Embun menitik di daun kari; Sanjunglah orang yang berbudi tinggi, Negara dan bangsa turut dipuji.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Rangkap ini mengetengahkan idea tentang nilai budi bahasa yang terdapat dalam diri masyarakat pada zaman dahulu. Mereka berbicara dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan serta tidak mengguris perasaan orang lain. Hal ini menunjukkan mereka amat cakna dengan menerapkan budi bahasa dalam kehidupan mereka. Tambahan pula, orang-oraang melayu zaman dahulu tidak sombong dan sentiasa menerapkan budi bahasa dalam diri mereka tidak kira muda atau tua, berpangkat atau berdarjat. Daun kemangi menjadi layu, Pungut sedikit dibuat ubat; Sungguh berbudi orang dahulu, Tidak kira pangkat dan darjat.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pembayang dalam rangkap ini menceritakan tentang kedudukan budi amat berharga dalam diri seseorang. Ianya dapat dilihat melalui perkataan gula melaka yang bersifat manis. Sifat manis ini mewakili budi bahasa yang indah.Perkataan penyedap rasa dalam pembayang pada baris kedua pula boleh diterjemahkan kepada perkara yang berkaitan tentang ketinggian budi apabila diamalkan dalam masyarakat. Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan diri mereka dipandang tinggi oleh masyarakat yang lain. Bagi huraian pantun di atas ialah budi pekerti merupakan amalan yang baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Sebagai umat Islam, kita hendaklah mencerminkan diri dengan amalan ini kerana dapat membentuk keperibadian yang mulia. Oleh itu, kita hendaklah menatang amalan berbudi pekerti sebelum diri terbinasa oleh amalan mazmumah yang meracuni diri dan orang lain. Bubur dimasak dengan gula melaka, Supaya menjadi penyedap rasa; Budi pekerti lesap punahlah agama, Maka tatanglah ia sebelum binasa.
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PANTUN Pembayang dalam rangkap ini bermaksud membawa pulang barangan dalam keadaan yang baik, elok dan tanpa ada sebarang kecacatan yang yang berlaku pada barang tersebut yang diwakili. Perkataan permai bermaksud elok dan baik. Maksud pantun di atas ialah menerangkan tentang amalan berbudi merupakan amalan yang baik. Kita sebagai manusia perlulah bersikap tolerasansi antara satu sama lain iaitu dengan mengharhai segala budi dan jasa yang dilakukan oleh orang tersebut seperti mengucapkan terima kasih , membalas budi dengan memberi hadiah dan sebagainya. Dengan amalan menghargai budi antara satu sama lainkehidupan kita akan menjadi tenteram dan sejahtera tanpa berlaku pergaduhan dan persengketaan antara satu sama lain. Mudik ke hulu membawa barang, Barang dibawa dengan permai; Budi yang baik harus dikenang, Agar hidup aman dan damai.
GURINDAM YANG BERTEMAKAN PENDIDIKAN Etika belajar mestilah bermuafakat Kelak ilmumu akan berkat Menimba ilmu ke negeri China Pasti jiwamu tidak akan dicerca dan dihina Ilmu ditutntut walaupun lelah Nescaya hidupmu tidak pernah salah Mustahak sungguh ilmu kepada umat latihan bagi akal yang sihat Bilamana belajar hendaklah ikhlas Percayalah kian kejayaan pasti terbalas
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM Tema gurindam ini lebih memfokuskan tentang aspek pendidikan iaitu yang berkaitan dengan pelajaran dan ilmu. Dalam pada itu, gurindam ini juga turut membicarakan tertang adab dalam menuntut ilmu yang perlu diamalkan dan diaplikasi dalam kehidupan setiap manusia. Akal budi yang terdapat dalam rangkap pertama dalam gurindam ini ialah pengarang ingin menyatakan tentang etika atau lebih dikenali sebagai adab dalam menuntut ilmu. Adab dalam gurindam ini lebih memfokuskan tentang sifat bekerjasama atau berpakat. Berpakat dalam menunutut ilmu bermaksud seseorang itu sentiasa berkongsi idea dan pendapat antara satu sama lain dan bukannya bersifat kedekut ilmu.Adab belajar ini penting kepada manusia kerana jika tidak mengamalkan adab tersebut pasti ilmu itu tidak akan mudah untuk diingati atau diterima oleh seseorang.Hal ini berbeza dengan orang yang mempunyai adab ketika menuntut ilmu kerana pada masa akan datang, ilmu yang disampaikan kepada orang lain akan dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T. Etika belajar mestilah bermuafakat Kelak ilmumu akan berkat
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM Selain itu, dalam menuntut ilmu janganlah mudah mengeluh dan sentiasa mempunyai sifat berputus asa sebaliknya cari galilah ilmu sehingga ke seluruh pelusuk dunia agar ilmu itu sentiasa berada di dalam dada. Hal ini kerana ilmu pengetahuan bikan sahaja menjadikan kita lebih matang malah dapat menjadikan seseorang itu lebih terurus dengan ilmu-ilmu yang dikaji dan mendorong seseorang itu untuk berjaya pada masa akan datang. Ilmu di dada dapat mengelakkan seseorang itu daripada dipandang hina , diperolokkan serta dicerca oleh masyarakat yang lain dengan sebab kekurangan ilmu Menimba ilmu ke negeri China Pasti jiwamu tidak akan dicerca dan dihina
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM Pada rangkap ketiga ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada semua manusia.Amalan menuntut ilmu bukanlah perkara yang susah tetapi cara yang membezakan seseorang itu mendapatkan ilmu itu adalah susah kerana perlu menghadapi pelbagai proses seperti mengenal pasti, mamehami mentafsir dan mengaplikasikan dalam kehidupan , walaupun dalam keadaan yang penuh kepenatan, ilmu tersebut perlu dituntut. Hal ini kerana amalan menuntut ilmu adalah menjadi kewajipan bagi seluruh manusia khususnya umat Islam. Orang yan menuntut ilmu akan mendapatkan kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang kerana ilmu mampu memandu manusia ke arah kebenaran.Manusia yang sentiasa ingin menimba ilmu pengetahuan akan dapat mempraktikkan perkembangan mindanya ke arah yang lebih terbuka dengan pengetahuan-pengetahuan yang baharu. Oleh itu dapat dikatakan bahawa "tanpa ilmu maka jahillah seseorang" Mustahak sungguh ilmu kepada umat latihan bagi akal yang sihat
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM Pada rangkap ketiga ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada semua manusia.Amalan menuntut ilmu bukanlah perkara yang susah tetapi cara yang membezakan seseorang itu mendapatkan ilmu itu adalah susah kerana perlu menghadapi pelbagai proses seperti mengenal pasti, mamehami mentafsir dan mengaplikasikan dalam kehidupan , walaupun dalam keadaan yang penuh kepenatan, ilmu tersebut perlu dituntut. Hal ini kerana amalan menuntut ilmu adalah menjadi kewajipan bagi seluruh manusia khususnya umat Islam. Orang yan menuntut ilmu akan mendapatkan kejayaan dan kecemerlangan pada masa akan datang kerana ilmu mampu memandu manusia ke arah kebenaran.Manusia yang sentiasa ingin menimba ilmu pengetahuan akan dapat mempraktikkan perkembangan mindanya ke arah yang lebih terbuka dengan pengetahuan-pengetahuan yang baharu. Oleh itu dapat dikatakan bahawa "tanpa ilmu maka jahillah seseorang" Mustahak sungguh ilmu kepada umat latihan bagi akal yang sihat
MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM GURINDAM Rangkap terakhir pula berkisarkan tentang sifat ikhlas yang perlu ada daalam diri setiap penuntut ilmu.Kita sebagai manusia perlu sentiasa menghargai dan menghayati ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita seharusnya mempunyai niat yang ikhlas dalam menuntut ilmu untuk memastikan ilmu tersebut tidak segera hilang dari hidup kita. Orang yang menuntut ilmu dengan hati yang bersih, jiwa yang murni akan dibalas dengan ganjaran dan manfaat yang tidak ternilai oleh sang pencipta atau manusia. Bilamana belajar hendaklah ikhlas Percayalah kian kejayaan pasti terbalas
RUMUSAN Secara umumnya kesusasteraan Melayu memainkan peranan yang amat penting kepada dunia hari ini. Hal ini demikian kerana dengan mempelajari sastera seseorang itu akan dapat menggunakan dan mengaplikasikan bahasa yang indah dan cantik sama ada dalam penulisan atau dalam percakapan mereka. Selain itu, Kesusasteraan Melayu juga akan menjadikan seseorang itu lebih gembira dan ceria kerana penggunaan ayat-ayat yang halus dan diselitkan dengan jenaka, pujian dan sebagainya menjadikan masyarakat semakin tertarik untuk mendengar sekali gus mempelajari kesusteraan tersebut. Kesusasteraan Melayu terdiri daripada dua bentuk atau genre iaitu prosa dan puisi. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) menyatakan bahawa contoh karangan prosa ialah cerpen dan skrip drama manakala contoh puisi seperti sajak, syair, pantun, gurindam, seloka dan nazam.Kesusasteraan Melayu khususnya puisi tradisonal ini menjadi wahana penting kepada masyarakat hari disamping menjadi alat pendidikan ia juga turut menjadi alat perpaduan yang mampu mengeratkan hubungan semua kaum. Oleh itu, Kesusasteraaan Melayu haruslah diagung-agungkan dan dipelihara oleh masyarakat masa kini agar ia tidak ditelan zaman dan dipinggirkan oleh masyarakat masa kini.
RUJUKAN Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005 ..Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Intan, T., Tengku, M., & Ali, M. (2017). Program kesusasteraan melayu di akademi pengajian melayu, universiti malaya: pelaksanaan dan cabaran. Jurnal Melayu, 16(1). Nirwana, S., & Zulkifley, H. (2016). Pantun melayu sebagai cerminan kebitaraan perenggu minda melayu. Jurnal Melayu, 15(2). Norizam Jamian, M., & Bahri Md Radzi, S. (2015). KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL SEBAGAI WADAH KOMUNIKASI MASSA: SUATU ANALISIS. In Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid (Vol. 31, Issue 2). Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu I Edisi Kedua , Oxford FajarSdn. Bhd. Zakaria, N., Abdullah, A., Zarina Syed Zakaria, S., Hanida Abdul Mutalib, M., Lambri, A., Salwa Jamaldin, S., Sulaiman, M., Derak, R., Kunci, K., & Diri, J. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2).
TERIMA KASIH Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi encik jadi kenangan