The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU CERITA SI NURI YANG BIJAK DAN PANDA YANG TERSESAT (NUR BADRIYAH BINTI ISMAIL) (5 PISMP BM2) (BMMB 3283)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by badriyahismail2003, 2025-03-03 11:35:43

BUKU CERITA SI NURI YANG BIJAK DAN PANDA YANG TERSESAT (NUR BADRIYAH BINTI ISMAIL) (5 PISMP BM2) (BMMB 3283)

BUKU CERITA SI NURI YANG BIJAK DAN PANDA YANG TERSESAT (NUR BADRIYAH BINTI ISMAIL) (5 PISMP BM2) (BMMB 3283)

si Nuri yaNg bijak daN paNda yaNg tersesat si Nuri yaNg bijak daN paNda yaNg tersesat karya : CIKGU BADRIYAH


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu (JPM), IPGM Kampus Sultan Mizan, Kota Putra, Kampung Raja, 22200 Besut, Terengganu, Malaysia. Sebarang perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Dicetak dengan penuh dedikasi oleh : Badriyah Production "Mencipta Cerita, Menginspirasi Jiwa” No. 402, Jalan Jalan Keluang, Kota Putra (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia. HAK CIPTA TERPELIHARA HAK CIPTA TERPELIHARA KK 205-104-4726800-26-8432 Cetakan Pertama 2025 © Badriyah Production 2025


PENGHARGAAN Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan segala limpah dan kurnia-Nya, saya berhasil menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Kesusasteraan Kanak-Kanak (BMMB 3283) dengan lengkap dan jayanya. Tambahan, saya juga sangat bersyukur kepada Allah kerana terdapat beberapa pihak yang banyak menyumbangkan bantuan dalam proses menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di kesempatan yang berharga ini, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menyumbangkan idea dan pendapat yang bernas terutamanya buat Puan Zulaini Binti Husin selaku pensyarah subjek Kesusasteraan Kanak-Kanak kerana atas bimbingan dan dorongan beliau yang terperinci serta tunjuk ajar secara berterusan sehingga saya berjaya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini.


si Nuri yaNG bijak daN paNda yaNg tersesat si Nuri yaNG bijak daN paNda yaNg tersesat Hai Murid-murid, sebelum membaca buku cerita ini, mari kita mengenal terlebih dahulu watak-watak yang terdapat dalam buku cerita ini!


PANDA WATAK NURI


si Nuri yaNg bijak daN paNda yaNg tersesat si Nuri yaNg bijak daN paNda yaNg tersesat CIKGU BADRIYAH karya :


1 Di sebuah hutan rimba yang hijau dan luas, hiduplah seekor burung Nuri yang cantik dihiasi dengan bulu berwarna-warni. Nuri terkenal sebagai burung yang bijak dan sangat baik hati.


Dia suka terbang tinggi, berkicau riang sambil melihat keindahan hutan. Hobinya adalah suka membantu haiwan lain yang menghadapi kesusahan. 2


Pada suatu hari, Nuri keluar untuk mencari makanan. Nuri terbang sambil bernyanyi “ La, La, La, La, La. Sedang asyik menyanyi sambil mencari buah-buahan untuk dimakan, Tiba-tiba, dia terdengar bunyi sesuatu meminta tolong. “La, La,La, La, La. ” Tolong ! Tolong! 3


Nuri segera melihat ke bawah dan dia ternampak ada seekor Panda besar yang kelihatan letih dan keliru. Panda itu duduk di bawah sebatang pokok besar sambil menggarugaru kepalanya. 4


Kemudian, Nuri pun segera terbang turun dan hinggap di atas dahan pokok. Hai, Panda! Aku mendengar kamu menjerit meminta tolong! Mengapa kamu kelihatan begitu letih dan risau? 5


Panda dalam keadaan letih terus mengangkat kepalanya dan mengeluh lalu berkata kepada Nuri. Hai, Nuri. Aku tersesat! Aku datang ke sini untuk mencari buluh-buluh yang baru untuk dimakan, tetapi sekarang aku tidak tahu jalan pulang. ” 6


Nuri tersenyum dan menjawab “Jangan risau, Panda! Aku akan membantu kamu mencari jalan pulang. Aku boleh terbang tinggi dan melihat arah yang betul dari atas. ” Setelah mendengar kata-kata Nuri, Panda terus bersemangat dan tersenyum lega. “Terima kasih, Nuri! Tapi aku berjalan perlahan, aku takut aku akan menyusahkan kamu. ” 7


Nuri ketawa kecil. “Tidak mengapa, Panda! Aku akan terbang di hadapan dan memastikan kita berada di jalan yang betul. Aku akan menjadi penunjuk jalan kepada mu, Panda. Mari kita mulakan perjalanan!” Ayuh, Nuri ! 8


Mereka pun memulakan perjalanan, Panda berjalan sangat perlahan di belakang manakala Nuri terbang di hadapan bagi memastikan mereka berada di laluan yang betul. Hutan itu dipenuhi pokok besar dan semaksemak yang tebal, tetapi Nuri tahu cara mengelakkan jalan yang berbahaya. Walaupun Panda berjalan perlahan, tetapi Nuri sentiasa bersama-sama Panda menunjuk arah yang betul kepada Panda. 9


“Tidak mengapa, aku akan sentiasa menemani kamu Nuri, tunggu aku, wahai Panda!. aku takut untuk melintasi akar ini Tiba-tiba, mereka sampai di kawasan yang penuh dengan akar pokok. Panda takut untuk berjalan kerana takut terjatuh. 10


Tetapi, Panda tetap berusaha melangkah dengan berhati-hati. 11


Sewaktu melintasi dia juga hampir terjatuh kerana badannya yang besar. “Hati-hati, Panda! Lompat sedikit supaya tidak tersangkut, ” kata Nuri sambil menunjukkan jalan yang lebih selamat. 12


Setelah berusaha dan bersusah payah, Panda berjaya melepasi akar-akar pokok yang banyak itu. Mereka pun meneruskan perjalanan dengan perlahan. 13


Tidak lama selepas itu, mereka tiba di sebuah sungai kecil. Airnya jernih dan menyejukkan. “Oh tidak! Bagaimana aku hendak menyeberang?” tanya Panda Nuri yang mendengar pertanyaan itu segera melihat ke kanan dan ke kiri mencari jalan lain dan berkata “Jangan risau! Ada jambatan kayu di sebelah sana. Ikut aku, Panda!” . 14


Panda pun menyeberang sungai tersebut dengan melangkah satu persatu batang kayu besar itu. Dia menyeberang dengan sangat berhati-hati dan akhirnya dia berjaya melintasi sungai kecil itu. 15


Setelah beberapa jam perjalanan, Nuri terbang lebih tinggi sedikit untuk mencari kawasan buluh tempat tinggal Panda. Akhirnya, dia melihat kawasan hutan yang dipenuhi dengan buluh yang tinggi. Panda, Panda, aku nampak tempat tinggal kamu! Kita sudah hampir sampai!, Ayuh berjalan sedikit lagi untuk sampai kesana” kata Nuri dengan gembira. Panda berasa bersemangat dan mempercepatkan langkahnya sedikit. 16


Tidak lama kemudian, mereka tiba di kawasan yang penuh dengan buluh. Panda tersenyum lebar apabila dia melihat keluarga dan kawankawannya yang lain sedang menikmati makanan mereka. 17


Wahai Nuri, Terima kasih atas pertolongan kamu terhadap anakku ini!” . Kata ibu Nuri dengan gembira. SamaSama. Ibu Panda bersyukur dan terus mengucapkan terima kasih kepada Nuri kerana telah membantu anaknya. 18


“Nuri! Terima kasih banyak-banyak! kerana kamu telah membawa aku pulang, kata Panda dengan penuh rasa syukur. “Sama-sama, Panda! Aku gembira dapat membantumu. ” 19


Sejak hari itu, Panda dan Nuri menjadi sahabat baik. Setiap kali Panda ingin pergi jauh mencari makanan, Nuri akan menemani dan membantunya mencari jalan pulang dan Panda juga sentiasa membantu Nuri jika Nuri berada dalam kesusahan. Tamat ! 20


Saling Membantu- Kita harus menolong rakan yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan. 1. Berbuat baik - Kebaikan yang dilakukan akan dihargai dan membawa manfaat kepada semua. 2. Tidak Mudah Putus Asa - Walaupun menghadapi cabaran, kita harus terus verusaha mencari jalan penyelesaian. 3. Kebijaksanaan - Berfikir dengan bijak dan tenang dapat membantu menyelesaikan masalah dengan lebih mudah. 4. Beryukur - Kita harus bersyukur atas pertolongan dan kebaikan yang diterima daripada oraang lain. Seperti Panda bersyukur kerana dapat kembali ke tempatnya. 5. Setia - Kesetiaan dalam persahabatan seperti tindakan Nuri yag setia menemani dan tidak meninggalkan Panda walaupun Panda berjalan perlahan. 6. PENGAJARAN Saling bantu membantu Tidak mudah putus asa Kebijaksanaan Bersyukur Setia Kita harus menolong rakan yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan. Walaupun menghadapi cabaran, kita harus terus berusaha mencari jalan penyelesaian. Berfikir dengan bijak dan tenang dapat membantu menyelesaikan masalah dengan lebih mudah. Kita harus bersyukur atas pertolongan dan kebaikan yang diterima daripada oraang lain. Seperti Panda bersyukur kerana dapat kembali ke tempatnya.. Kesetiaan dalam persahabatan seperti tindakan Nuri yag setia menemani dan tidak meninggalkan Panda walaupun Panda berjalan perlahan. 21


Saling Membantu- Kita harus menolong rakan yang berada dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan. 1. Berbuat baik - Kebaikan yang dilakukan akan dihargai dan membawa manfaat kepada semua. 2. Tidak Mudah Putus Asa - Walaupun menghadapi cabaran, kita harus terus verusaha mencari jalan penyelesaian. 3. Kebijaksanaan - Berfikir dengan bijak dan tenang dapat membantu menyelesaikan masalah dengan lebih mudah. 4. Beryukur - Kita harus bersyukur atas pertolongan dan kebaikan yang diterima daripada oraang lain. Seperti Panda bersyukur kerana dapat kembali ke tempatnya. 5. Setia - Kesetiaan dalam persahabatan seperti tindakan Nuri yag setia menemani dan tidak meninggalkan Panda walaupun Panda berjalan perlahan. 6. NILAI MURNI Tolong-menolong – Nuri dengan ikhlas membantu Panda yang tersesat untuk pulang ke rumahnya. Ini menunjukkan kepentingan saling membantu dalam kehidupan. 1. Kesabaran – Panda berjalan perlahan kerana saiz badannya yang besar, tetapi Nuri tetap sabar menunggu dan membimbingnya sepanjang perjalanan. 2. Keberanian – Panda menghadapi pelbagai cabaran seperti akar pokok dan sungai kecil, tetapi dia tetap berusaha dengan berani untuk meneruskan perjalanan pulang. 3. Berusaha dan tidak berputus asa – Walaupun Panda takut dan menghadapi kesukaran dalam perjalanan, dia tetap berusaha untuk sampai ke rumahnya. 4. Kepimpinan dan kebijaksanaan – Nuri menunjukkan kepimpinan yang baik dengan menggunakan kebijaksanaannya untuk mencari jalan pulang bagi Panda. 5. Kasih sayang dan persahabatan – Hubungan antara Nuri dan Panda menunjukkan persahabatan yang erat. Mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain. 6. 22


GLOSARI Perasaan penuh dengan tenaga, kegembiraan, dan keinginan untuk melakukan sesuatu. o1 02 03 04 05 06 Bersemangat BANTUAN Pertolongan yang diberikan kepada seseorang yang memerlukan. PENUNJUK JALAN Orang atau sesuatu yang membantu menunjukkan arah yang betul. KELIRU Perasaan bingung atau tidak pasti terhadap sesuatu. MELINTASI Bergerak melalui atau menyeberangi sesuatu tempat. USAHA Daya atau tenaga yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan. . 23


TAJUK SAJAK : “Sahabat Sejati, Sahabat Ukhrawi” “Sahabat Sejati, Sahabat Ukhrawi” 24


RANGKAP 1 Sahabat, Hadirmu menyinari ruang hidupku, Mengisi kosong lapang dadaku, Tatkala aku mengungkapkan suka dukaku, Adanya kamu menghayati setiap aksara yang terbuku di dalam atmaku. 25


RANGKAP 2 Sahabat, Kau ibarat intan permata, Peneman aku hingga ke Syurga, Kerana Apa? Kerana kau lah yang sentiasa memperingatkan aku setiap masa, Aura-aura positif sentiasa kau bawa, Menyinari hidupku bak cahaya. 26


Sahabat, Ketulusan mu sebagai temanku ibarat lilin yang bernyala, Teguranmu ikhlas tanpa resah, Memanduku ke arah yang absah, Setia mendampingi tanpa lelah, Sungguh, sungguh ku hargai setiap butiran nasihat daripada mu. RANGKAP 3 27


RANGKAP 4 Sahabat, Kehilanganmu membuatku berpinar-pinar, Percayalah, diriku seorang tidak tahu untuk ke jalan yang benar, Wujudnya kamu mengobati luka silamku, Tetaplah bersamaku walau dibadai ombak bertalu-talu. 28


maksud sajak rangkap 1 Sajak ini menceritakan tentang seorang sahabat yang sangat bermakna dalam kehidupan penyajak. Kehadiran sahabat membawa kebahagiaan dan menghilangkan kesepian. Sahabat ini sentiasa mendengar dan memahami perasaan penyajak, sama ada dalam kegembiraan atau kesedihan. rangkap 2 Sahabat yang baik itu sangat berharga, seperti intan permata. Sahabat sejati akan sentiasa bersama kita, bukan hanya di dunia tetapi juga hingga ke akhirat. Dia selalu mengingatkan kita untuk berbuat kebaikan dan membawa pengaruh positif dalam hidup kita, seperti cahaya yang menerangi kegelapan. 29


maksud sajak rangkap 3 Sahabat ialah kawan yang baik dan jujur. Dia seperti lilin yang menerangi hidup kita. Apabila kita melakukan kesilapan, dia menegur dengan ikhlas supaya kita menjadi lebih baik. Dia sentiasa berada di sisi dan tidak pernah berasa penat untuk membantu. Semua nasihat yang diberikannya sangat bermakna dan amat dihargai. rangkap 4 Jika sahabat tiada, hidup terasa sukar dan membingungkan. Tanpa sahabat, sukar untuk membuat keputusan yang betul.Kehadiran sahabat membantu menghilangkan kesedihan atau kesakitan dari masa lalu. Harapan agar persahabatan kekal walaupun menghadapi pelbagai cabaran. 30


Kita hendaklah menghargai sahabat yang setia bersama kita dalam apa jua keadaan. Persahabatan yang baik ialah yang saling membimbing ke arah kebaikan. Keikhlasan dalam persahabatan menjadikan hubungan lebih bermakna. Sahabat sejati ialah mereka yang memberi nasihat dan teguran dengan niat yang baik. PENGAJARAN Kehilangan seorang sahabat boleh memberi kesan besar dalam kehidupan, maka kita harus menjaga hubungan dengan baik.. 31


NILAI MURNI Persahabatan sejati – Menggambarkan hubungan yang ikhlas dan penuh kasih sayang antara sahabat. 1. Keikhlasan – Sahabat yang tulus memberikan nasihat dan teguran tanpa mengharapkan balasan. 2. Kesetiaan – Sahabat yang sentiasa ada dalam susah dan senang. 3. Keprihatinan – Sentiasa mengambil berat dan memahami perasaan sahabatnya. 4. Saling menghargai – Menghargai kehadiran sahabat dalam kehidupan. 5. Saling membimbing – Membantu satu sama lain untuk menjadi insan yang lebih baik. 6. 32


GLOSARI AKSARA Huruf atau perkataan yang membentuk makna. ATMA Jiwa atau roh seseorang. INTAN PERMATA Kiasan bagi sesuatu yang sangat berharga. AURA Suasana atau tenaga yang memancarkan perasaan tertentu. ABSAH Sah atau benar dalam sesuatu perkara. MENYINARI Menerangi, memberi cahaya atau kebahagiaan. 33


PINAR-PINAR Berasa keliru atau tidak tentu arah. MENGOBATI Mengubati atau menyembuhkan sesuatu yang luka atau sakit. BERNYALA RREESSAAHH Perasaan gelisah atau tidak tenang. MEMANDU Membimbing atau menunjukkan jalan yang betul. BERTALU-TALU Berlaku secara berulang-ulang atau tidak berhenti. Menyala atau bersinar, memberi cahaya. GLOSARI 34


si Nuri yaNg bijak daN paNda yaNg tersesat si Nuri yaNg bijak daN paNda yaNg tersesat Si Nuri, seekor burung yang bijaksana dan baik hati, suka membantu haiwan lain di hutan. Suatu hari, dia bertemu dengan Panda yang tersesat dan tidak tahu jalan pulang. Dengan kebijaksanaannya, Nuri membimbing Panda melalui pelbagai cabaran seperti akar pokok yang berselirat dan sungai yang perlu diseberangi. Berkat kesabaran dan persahabatan mereka, Panda akhirnya selamat pulang ke rumahnya. Sejak itu, mereka menjadi sahabat sejati yang sentiasa membantu antara satu sama lain. Sebuah kisah penuh pengajaran tentang persahabatan, keberanian, dan sikap tolongmenolong! Dicetak dengan penuh dedikasi oleh : Badriyah Production "Mencipta Cerita, Menginspirasi Jiwa” No. 402, Jalan Jalan Keluang, Kota Putra (Kampung Raja), 22200, Besut, Terengganu, Malaysia.


Click to View FlipBook Version