The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurdamia.dalqis123, 2022-05-20 02:51:49

E-FOLIO KUMPULAN 4 SUNTIKAN VAKSIN

E-FOLIO KUMPULAN 4 SUNTIKAN VAKSIN

MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
ISLAM

TAJUK TUGASAN
SUNTIKAN VAKSIN

NAMA PENSYARAH
ENCIK SHAMSUL KAMAL BIN ABDULLAH@ MOHD

KHIR

KUMPULAN 4
NAMA PELAJAR
1.NUR AYUNI BINTI MOHAMAD

(DKA21F1022)
2.NUR SYERYN AYREENA BINTI MOHD SYAWALHIL

(04DKA21F1050
3.NUR AISYAH FATIHAH BINTI MOHD HISHAM

(04DKA21F1066)
4.SYUKRINA BINTI SUWANDIE

(04DKA21F1074)
5.NURUL AISYAH BINTI MOHAMED ZIN

(04DKA21F1105)
6.NURDAMIA DALQIS BINTI SAMSUDIN

(04DKA21F1054)

ISI KANDUNGAN

1.PENGENALAN
2.OBJEKTIF
3.APA ITU VAKSIN
4.PROSES PEMBUATAN VAKSIN
5.JENIS-JENIS VAKSIN
6.HUKUM VAKSIN
7.HUBUNGKAIT SUNTIKAN VAKSIN DENGAN PRINSIP
SYARIAH
8.HUBUNGKAIT SUNTIKAN VAKSIN DENGAN KAEDAH
FIQH
9.KESIMPULAN
10.RUJUKAN

PENGENALAN

Vaksin ialah suatu persediaan biologi yang menyediakan pelalian aktif untuk
penyakit tertentu. Vaksin biasanya mengandungi agen yang menyerupai
mikroorganisma penyebab penyakit; ia sering diperolehi sama ada daripada
mikrob yang dilemahkan ataupun dibunuh, racun-racunnya yang terhasil
mahupun salah satu protein permukaannya. Agen tersebut merangsang sistem
imun badan agar ia mengenali agen itu sebagai suatu ancaman,
menghancurkan agen itu dan menyimpan catatan supaya sistem imun
tersebut lebih mudah mengenali dan memusnahkan apa-apa jua
mikroorganisma yang ditemuinya di lain masa. Vaksin boleh bersifat
profilaktik (mencegah atau memperbaiki kesan-kesan jangkitan akan datang
dengan apa-apa patogen asli atau "liar") mahupun terapi (vaksin melawan
kanser sedang diselidiki, misalnya).
Proses pengendalian vaksin ke dalam badan dikenali sebagai vaksinasi (atau
pemvaksinan) yang melalui suntikan ke dalam otot atau suntikan intraotot
selalunya pada otot deltoid.. Keberkesanan vaksinasi telah lama dikaji secara
menyeluruh serta diberikan pengesahannya; seperti pada vaksin influenza,
vaksin HPV serta vaksin cacar air.[3] Kaedah ini dilihat merupakan suatu
langkah pencegahan penyakit yang paling efektif. Sebuah laporan hasil
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak dua puluh jenis
jangkitan dapat dikawal serta dicegah dengan wujudnya vaksin-vaksin yang

berlesen.

OBJEKTIF

Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau
keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau
dilemahkan, atau dari protein subunit pada virus. Antigen dalam
vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan

(sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan
penyakit khusus. Vaksin membantu sistem imun dengan melatih
antibodi ini untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya

sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa kuman sebenar
menyerang badan Vaksin diberikan untuk membantu merangsang

sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko
mendapat jangkitan kuman/ virus Vaksinasi adalah cara mudah,
selamat dan berkesan untuk melindungi individu daripada penyakit
berjangkit. Vaksinasi menjadikan sistem ketahanan badan lebih
kuat. Vaksin tidak menyebabkan jangkitan kerana ia mengandungi

kuman/ virus yang dimatikan atau lemah.

APA ITU VAKSIN

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan
struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen

dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem
imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.Pada
hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa
jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat
perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia
menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan Apakah
kandungan vaksinVaksin mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen
ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus
yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian
dari struktur bakteria. Vaksin juga mengandungi komponen tambahan seperti
pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain. Setiap bahan yang
terkandung di dalam vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang
kepada kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin. Vaksin tidak
mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan.Pengawet di
dalam sesetengah vaksin berfungsi untuk menstabilkan vaksin serta mencegah
pembiakan bakteria dan kulat dalam vaksin. Pengawet yang selalu digunakan
ialah thiomersal atau thimerosal. Ia mengandungi sejenis raksa yang dinamakan
ethyl merkuri. Ia tiada kaitan dengan sebarang kesan toksik methyl merkuri.

Methyl merkuri adalah toksik kepada sistem saraf. Thiomersal yang telah
digunakan dalam vaksin sejak 80 tahun lalu, wujud dalam kuantiti yang amat
sedikit. Sehingga hari ini tiada sebarang bukti saintifik yang menunjukkan ia

berbahaya

Proses pembuatan vaksin
Vaksin terhasil daripada pembiakan organisma hidup. Sesetengah organisma tersebut
adalah penyebab penyakit berbahaya. Oleh itu, penghasilan vaksin dijalankan dalam
keadaan yang dikawalselia dengan rapi. Semua pengeluar vaksin tertakluk kepada
peraturan kebangsaan dan antarabangsa serta perlu mematuhi spesifikasi Amalan
Pengilangan Baik (GMP). Perkara asas yang perlu dipatuhi termasuk:

• memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat; dan

• memastikan identiti, kekuatan, kualiti dan keaslian produk sentiasa mematuhi
spesifikasi yang ditetapkan

Penghasilan vaksin dijalankan di dalampersekitaran bebas kuman (aseptik) dan dipantau
secara rapi melalui langkah-langkah kawalan kualiti. Proses penghasilan boleh berbeza
mengikut jenis vaksin kerana beberapa komponen yang digunakan dalam proses
penghasilan adalah khusus kepada jenis vaksin sama ada berunsurkan virus atau
bakteria. Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas:

Rajah 1: Empat langkah dalam proses penghasilan vaksin
i.Pembiakan
Pembiakan organisma hidup yang digunakan dalam vaksin.

ii. Pengasingan
Pengasingan organisma hidup daripada sel atau media pertumbuhan yang
digunakan semasa langkah pembiakan.

iii. Penulenan
Mengeluarkan semua bahan yang mungkin melekat pada organisma yang
dikultur, atau memisahkan bahagian khusus daripada organisma untuk
digunakan dalam vaksin.

iv. Formulasi
Melibatkan pencampuran bahan yang telah ditulenkan ke dalam larutan
sehingga ia mencapai kepekatan yang sesuai. Proses ini juga merangkumi
penambahan komponen seperti pengawet, pelarut, adjuvant dan agen
penstabil.Di peringkatakhirproses penghasilan,vaksin diisi ke dalam botol atau
picagari dan dibungkus untuk dihantar ke fasiliti kesihatan.

Jenis jenis vaksin

Vaksin covid-19
virus corona yang menyerang pada system pernafasan
paru paru hingga membawa maut
Vaksin pollio

Dapat mencegah poliomietilis dan diberikan melalui
mulut kepada kanak kanak
Vaksin rabies

Disebabkan oleh virus lyssavirusesndan di
kenali sebagai penyakit anjing gila

Harus atau haram ?

Haram
Suntikan vaksin haram jika mengandungi najis, bahan atau unsur yang
pengharamannya bagi kita sebagai orang islam menyentuh atau memakannya adalah
hukum haram
Harus
Vaksin yang suci dan bebas daro najis da unsur pengharamannya adalah hukum
harus bagi kita menerima suntikan tersebut. Vaksin yang haram juga apabila dalam
keadaan darurat dan melibatkan kehilangan nyawa juga diharuskan
Penetapan hukum suntikan vaksin

Hukum harus
Vaksin yang diperbuat dari unsur atau bahan yang suci dan bersih,ia diharuskan
penggunaannya. Akan tetapi vaksin yang haram juga boleh diharuskan apabila
keadaan darurat, melibatkan kehilangan nyawa serta tiada pilihan dan alternatif lain.
Sebagai contoh, vaksin civid yang pada awal proses penghasilannya dikatakan
terdapat unsur yang haram dan telah dirawat dan menukar ciri bahan tersebut. Poleh
itu, kita tidak perlu syak lagi tentang suntikan ini kerana ia telah menjalani proses
istihalah.
Hukum haram
Vaksin yang mengandungi najis dan bahan dari unsur yang haram. Contohnya arak,
khinzir dan perkara haram yang lain yang kiya sebagai seorang muslim haram
menyentuhnya atau memakannya.Apabila terdapat vaksin yang suci ,halal dan bebas
dari unsur haram tetapi jika kita memilih untuk mengambil vaksin dari unsur najis
dan sebagainya adalah hukum haram. Sebagai contoh, terdapat 2 vaksin HINI iaitu
PANDEMRIX ( telur ayam) manakala vaksin CELVEPAN dihasilakan melalui virus
yang berkembang dalam kultur tisu yang melibatkan perkara haram iaitu babi. Oleh
itu , kita wajib memilih vaksin PANDEMRIX berbanding CELVEPAN kerana ia
hukum haram

Hubung kait suntikan vaksin dengan prinsip
syariah

1) Terdapat 4 prinsip yang berkaitan suntikan vaksin iaitu,
- Rabbaniah

- wasatiah
- Tawazun,
- Mizan

- Mutlak

2) Meletakkan allah swt sebagai yang utama boleh dikaitkan dengan memelihara
agama. Ini kerana memelihara agama merupakan tunjang bagi kehiduoan manusia

3) Dalam alquran menyatakan anjing dan khinzir adalah haram untuk dimakan dan
disentuh

4) Penggunaan vaksin perlu mengikut alquran dan as sunnah untuk tidak menggunakan
sebarang unsur haiwan tersebut.

Maksud di setiap prinsip yang berkaitan suntikan vaksin iaitu:
1) Prinsip wasatiah

- Adalah kelonggaran dalam satu keadaan. Contohnya,sesetengah ibu bapa enggan
memberi kebenaran untuk divaksinkan kerana bimbang dengan bahan yang terkandung
dalam vaksin tersebut.

- Menjaga nyawa adalah penting berbanding prinsip syariah yang lain. Bukannya
membelakangi agama tetapi ada suatu Ketika nyawa perlu diutamakan.

2) Prinsip mutlak dan mizan
- Bermaksud kesimbangan. Dalam syariah kita perlu mengimbangi diantara keperluan
dunia dan akhirat .

- Contohnya, didalam perbuatan dan penghasilan vaksin perlu menggunakan unsur-
unsur yang halal

- Prinsip mutlak dan murunah bermaksud tetap. Tetap menurut syariah terlihat dalam
aspek hukum hakamnya untuk semua zaman dan umat
- Peranan syariah dalam memelihara keturunan teas memutuskan untuk mengharamkan
apa jua bentuk Tindakan yang boleh merosakkan keturunan samaada secara langsung
atau tidak langsung

HUBUNGKAIT SUNTIKAN VAKSIN
DENGAN KAEDAH FIQH

Syeikh al-Azhar, Prof. Dr. Ahmad Tayyib melalui Hai’ah Kibar ‘Ulama
al-Azhar telah menghuraikan dengan panjang lebar berkenaan isu ini.
Antara lain mereka menyebut: Pendapat dan fatwa oleh semua institusi
feqah moden telah mengemukakan pandangan berkenaan dengan
keharusan memanfaatkan sebarang bentuk yang terkait dengan sel
manusia. Jika sekiranya penggunaan tersebut boleh menghilangkan
wabak Corona atau menjadi ubatan dengan apa yang telah dilakukan oleh
pakar-pakar dalam kajian mereka dan terdapatnya darurat atau keperluan
yang amat, ketika itu hukumnya harus.
Akan tetapi, persoalan ini hendaklah dirujuk kepada pakar dan
ahli ikhtisas daripada kalangan pakar perubatan, farmasi dan pembuat
ubat-ubatan yang dipercayai. Kami berdoa semoga Allah mengangkat
bala dan penyakit ini serta dimudahkan kami untuk merawatnya di
samping diberi hidayah kepada-Nya

Majma’ Fuqaha’ al-Shari’ah, Amerika.
Antara lain dinyatakan: Berkenaan dengan isu suntikan vaksin COVID-
19, kami telah mendapat pandangan daripada para doktor Muslim
yang thiqah bahawa suntikan tersebut telah melalui dan telah diterima
oleh badan perubatan yang telah membuat uji kaji melebihi daripada
40,000 jiwa, sedangkan tiada gejala dalam tempoh 2 bulan. Ini lebih
daripada memadai bilangan untuk ujian berdasarkan kajian terdahulu.
Justeru, menggunakan dan mengambil suntikan vaksin
COVID-19 adalah harus atau sunat, manakala kepada yang terlibat
secara langsung (barisan hadapan atau frontliner) hukumnya adalah
wajib untuk maslahat umum

KESIMPULANNYA

Kesimpulan bagi isu vaksin adalah merupakan tanggungjawab
ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat suntikan vaksin
seawal usia. Pentingnya suntikan vaksin ini kerana dapat
mengelakkan anak-anak daripada mendapat sebarang penyakit
yang tidak diingini. Pihak kerajaan juga telah menjalankan
tanggungjawab meraka untuk memastikan kanak-kanak
mendapat suntikan vaksin.

Kita juga perlu membuang fikiran negatif tentang suntikan
vaksin malah memikiran kebaikannya terhadap kesihatan
seseorang. Suntikan vaksin juga dapat membantu kita dalam
melawan penyakit antaranya MMR(measles,mumps,rubbela).
Kita perlulah memeriksa setiap aritikel mahupun apa yang
dikatakan oleh masyarakat terlebih dahulu sebelum bertindak
dengan menolak sekeras-kerasnya suntikan vaksin tersebut. Kita
mestilah menggubah cara pemikiran seiring dengan kemajuan
yang ada kerana suntikan vaksin ini sebenarnya banyak
membantu kita dalam mencegah pelbagai penyakit bahaya untuk
tidak terus berkeluasa. Isu yang melanda negara baru-baru ini
iaitu berkaitan CORONA VIRUS yang masih lagi belum
dijumpai vaksin yang sesuai untuk merawat para pesakit. Jadi
kesedaran tentang suntikan vaksin ini perlulah dititikberatkan
agar banyak lagi nyawa dapat diselamatkan dan tiada penyakit
yang berbahaya bakal didapti oleh ahli keluarga kita

RUJUKAN

- https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/05/pengamb
ilan-vaksin-covid-19-hukum-dan-permasalahannya

- https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2016/
06/167817/penggunaan-vaksin-selari-fiqh-maqasid-
syariah-jakim

- https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/07/apakah
-hukum-suntikan-vaksin-covid-19-pada-bulan-ramadan/

- http://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-
kemusykilan/

- https://harakahdaily.net/index.php/2021/01/05/penga
mbilan-vaksin-covid-19-hukum-dan-permasalahannya/


Click to View FlipBook Version