The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Futuristic Background by Slidesgo SAINS (food poisoning)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkiplihasyim12, 2021-06-04 04:36:09

KERACUNAN MAKANAN(tugasan 1)

Futuristic Background by Slidesgo SAINS (food poisoning)

Keracunan
makanan

Punca utama keracunan
makanan

Makanan boleh tercemar dari sumber, semasa proses, pengeluaran, ketika
memasak, ketika penyajian makanan dan juga ketika makan.

Contoh punca pensemaran makanan:
● Pencemaran ketika sembelihan atau produk susu dari ladang
● Pencemaran dari kilang memproses makanan
● Makanan seperti daging tidak dimasak dengan betul
● Tidak menyimpan makanan yang perlu dibekukan di bawah 5 celcius
● Makan makanan yang telah disentuh oleh seseorang yang sedang sakit atau telah

bersentuhan dengan seseorang yang mengalami cirit-birit dan muntah

● Pencemaran silang (di mana bakteria berbahaya tersebar di antara makanan,

permukaan dan peralatan) contohnya, jika anda menyediakan ayam mentah pada
papan pemotong dan tidak mencuci papan sebelum menyiapkan makanan yang
tidak dimasak (seperti salad), bakteria berbahaya akan tersebar dari celah papan.
Serta air dari daging atau ayam yang menitis ke atas makanan lain sewaktu
menyimpanan

● Tidak mencuci tangan sebelum memasak makanan atau sebelum makan

Kebanyakan keracunan makanan dapat
dikesan dengan salah satu daripada tiga

sebab utama berikut:

Virus: Keracunan makanan juga boleh disebabkan oleh
virus. Norovirus, juga dikenali sebagai virus Norwalk,

menyebabkan lebih 19 juta kes keracunan makanan setiap
tahun. Dalam kes yang jarang berlaku, ia boleh membawa
maut. Virus Hepatitis A juga disebarkan melalui makanan

dan air.

Virus

saiz

Merupakan mikroorganisma yang paling
seni dengan saiz paling kurang daripada
0.5 µm. Virus hanya boleh dilihat melalui

mikroskop elektron

Bentuk

Virus yang berlainan jenis
mempunyai bentuk yang berbeza
seperti sfera,heliks,polihedral dan

kompleks

Sfera

Norovirus

Sfera

Virus Hepatitis

Struktur asas

Virus terdiri daripada bebenang asid nukleik
(asid deoksiribonukleik(DNA) atau asid
ribonukleik(RNA)) yang dilindungi oleh
lapisan protein . Lapisan protein ini dikenali
sebagai kapsid yang menentukan bentuk
virus

Simptom-simptom
keracunan makanan

Tanda-tanda keracunan makanan akan bermula dalam beberapa jam selepas makan
makanan yang tercemar, selalunya ia akan datang bersama simptom loya, muntah atau
cirit-birit. Kebiasaanya, keracunan makanan adalah kes yang ringan dan boleh dirawat
tanpa rawatan khusus. Namun, sesetengah individu perlu pergi ke hospital sekiranya
keadaan menjadi serius, seperti badan kehilangan banyak air akibat terlalu kerap muntah
dan cirit birit dalam sehari atau najis berdarah.
Simptom keracunan makanan berbeza berdasarkan sumber pencemaran yang
mempengaruhi makanan. Kebanyakan jenis keracunan makanan akan memberi satu atau
lebih tanda-tanda berikut:

➢ Loya
➢ Muntah
➢ Cirit birit
➢ Demam
➢ Kesakitan dan kekejangan perut

Penerangan frasa salmonella :
iaitu kuman yang menyebabkan
keracunan makanan

● Salmonellosis adalah jangkitan bakteria Salmonella pada sistem
penghadaman manusia. Kebanyakan jangkitan kes
Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah
dicemari oleh bakteria Salmonella atau sentuhan secara
langsung dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria
tersebut

01 02 03

Terdapat 2500 Telur dan produk-produk yang Selain itu, terdapat juga
spesies Salmonella yang dibawa berasaskan telur adalah sejenis kemungkinan kandungan
telur telah dijangkiti oleh
oleh haiwan ternakan dan makanan ruji bagi manusia bakteria Salmonella yang ada
haiwan-haiwan liar. Haiwan terutamanya kepada rakyat
ternakan seperti ayam, itik atau Malaysia. Pengedalian yang tidak di dalam usus ternakan
spesies burung yang dijangkiti tersebut semasa proses
oleh bakteria Salmonella boleh sempurna daripada segi penghasilan telur. Jangkitan
merebak hingga ke dalam isi kebersihan kulit telur atau telur berlaku terhadap tisu-tisu
yang tidak dimasak dengan betul, pembiakan ternakan tersebut
telur yang dihasilkan. boleh menyebabkan penyakit sebelum kulit telur terhasil

bawaan makanan seperti
Salmonellosis.

04 06

Biasanya telur digunakan sebagai
Jenis Salmonella yang dikaitkan bahan untuk membuat
dengan jangkitan terhadap tisu-tisu 05 makanan pencuci mulut seperti
tersebut termasuk Salmonella pudding, kek dan aiskrim. Dalam
enteritidis, Salmonella kategori makanan pencuci
typhimurium dan Salmonella Satu kajian mengenai telur menunjukkan mulut 55 daripada 90 (61%) ialah
heidelberg. Diantara ketiga-tiga kadar pencemaran Salmonella makanan pencuci mulut yang
spesies Salmonella tersebut, Salmonela enteritidis dalam lingkungan 0.04 hingga mengandungi telur sebagai
enteritidis mempunyai kemampuan 0.11%, manakala pencemaran keseluruhan bahan tambahan
yang lebih baik untuk menjangkiti tisu- untuk semua spesies Salmonella adalah
tisu pembiakan ternakan dalam lingkungan 0.15 hingga 0.27%. Ini
merupakan jumlah yang besar untuk
satu spesies bakteria Salmonella. Dalam
satu lagi kajian, kadar pencemaran bagi
jangkitan luaran telur (kulit) ialah 1 dalam
600 (0.17%), walaubagaimanapun, hanya 1
dalam 6,000 untuk pencemaran dalam isi
telur (0.017%).

Penerangan frasa staphylococcus aureus:
iaitu kuman yang menyebabkan keracunan
makanan

● Staphylococcus Aureus adalah bakteria gram positif yang
menghasilkan pigmen kuning, bersifat anaerob fakultatif, tidak
menghasilkan spora dan tidak motil.

● Umumnya ia tumbuh berpasangan atau berkelompok dan
habitat yang didiami oleh bakteria Staphylococcus Aureus pada
manusia adalah di kawasan kulit, hidung, mulut dan usus besar, di
mana pada keadaan sistem imun normal.

● Bakteria Staphylococcus Aureus tumbuh dengan optimum pada
suhu 37°C dan merupakan mikroflora normal pada manusia.

❑ Bakteria Staphylococcus Aureus biasanya
terdapat pada kulit atau hidung orang yang sihat.

❑Kira-kira dua hingga tiga daripada setiap sepuluh

orang membawa bakteria ini di hidung mereka.

❑Bakteria Staphylococcus Aureus boleh merebak

melalui sentuhan kulit ke kulit atau dengan
menyentuh permukaan yang tercemar. Kurang
menjaga kebersihan diri dan tidak menutup luka
yang terbuka boleh menyebabkan jangkitan

bakteria Staphylococcus Aureus.

Penerangan frasa vibrio parahaemolyticus:
iaitu kuman yang menyebabkan keracunan
makanan

● Vibrio parahaemolyticus adalah bakteria Gram-
negatif melengkung, berbentuk batang yang
terdapat di laut dan di muara yang apabila
dimakan, menyebabkan penyakit gastrousus
pada manusia. V. parahaemolyticus positif
oksidase, fakultatif aerobik, dan tidak
membentuk spora.

Air laut Makanan yang biasa
dikaitkan dengan bakteria ini.
Makanan mentah dan tidak
cukup masak:

• Makanan laut dan bercengkaran
• Hasil laut (ikan dan udang)
Pencemaran silang antara

makanan laut mentah dengan
makanan yang telah dimasak


Click to View FlipBook Version