PENDIDIKAN KONVENSYEN DAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK PPM-007-16-07122022-000004 TARIKH : 24 – 26 OKTOBER 2023 TEMPAT : HOTEL CASUARINA, IPOH KALI PERWAKILAN TAHUNAN PERTAMA TAHUN 2023 KEPIMPINAN UNGGUL PEMANGKIN GENERASI MADANI MALAYSIA MADANI TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam MALAYSIA MADANI. Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak (PGBM) atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program ini. Saya amat bersyukur dan berbangga atas kejayaan PGBM Negeri Perak menganjur dan menjayakan Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak Kali Pertama 2023. Tema yang dipilih pada kali ini iaitu “Kepimpinan Ungggul Pemangkin Generasi MADANI” bertepatan dengan hasrat pihak kerajaan untuk memastikan para pemimpin yang berada di barisan hadapan akan mengungguli para guru untuk mencapai hasrat “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Secara umumnya kepimpinan dilihat sebagai proses dua hala iaitu tingkah laku pemimpin yang dipengaruhi oleh interaksi dengan kakitangan dan jangkaan kakitangannya. Organisasi masa kini yang mencabar dengan harapan tinggi daripada masyarakat menagih pemimpin sekolah untuk membuat perubahan struktur pengurusan bagi memenuhi banyak tuntutan semasa. Di sekolah, pemimpin bertanggungjawab terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di kelas tetapi termasuklah segala aktiviti perancangan bermula daripada peringkat pembentukan visi dan matlamat hinggalah penilaian dan penambahbaikan. Guru Besar memikul tanggungjawab bagi memastikan segala aktiviti yang telah dirancang bersama itu dapat dilaksanakan dan berada di dalam kawalannya. Peranannya amat besar dalam memimpin dan mentadbir urus sekolah agar pembelajaran berlaku dengan lancar dan cemerlang. Pemimpin dalam konteks pendidikan boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktiraf oleh seseorang atau lebih, mempunyai pengaruh, wibawa dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau panjang dalam situasi tertentu. Dalam erti kata lain pemimpin ditentukan pemimpin ditentukan oleh peranannya dan bukan semata-mata berdasarkan kedudukannya. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menitikberatkan pembangunan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Sebagai pimpinan tertinggi di sekolah, maka Guru Besar bersama barisan pentadbir perlu memiliki kepakaran serta keupayaaan untuk membentuk jiwa para guru agar mereka memiliki jiwa seorang pendidik, memiliki kemampuan untuk mendidik hati anak muridnya dengan memberi makna yang lebih mendalam terhadap ilmu intelektual yang dipelajari. Sentuhan akal dan hati ini akan menghidupkan emosi yang lebih stabil dan positif dan seterusnya membentuk akhlak yang baik. Maka, seorang guru yang benar-benar berjaya ialah seorang guru yang mampu melahirkan anak murid yang baik lagi cerdik. Harapan saya marilah bersama-sama kita melayari bahtera yang telah terbina ini demi mencapai hasrat dan matlamat yang telah digariskan dalam Hala Tuju Kecemerlangan Pendidikan Negeri Perak. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON AMP Pengarah Pendidikan Negeri Perak
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya dapat kita berkumpul dalam Konvensyen Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak (PGBM) Kali Pertama 2023. Tema yang dipilih pada kali ini iaitu “Kepimpinan Ungggul Pemangkin Generasi MADANI . Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan PGBM Negeri Perak yang telah berusaha gigih dalam memastikan majlis yang berlangsung selama tiga hari ini berjalan lancar dan sempurna. Saya bagi pihak para guru besar negeri Perak ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pengarah Pendidikan Negeri Perak , Encik Mohamad Fauzi bin Mahson atas kesudian menerima jemputan daripada PGBM Negeri Perak untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan konvensyen ini. Satu penghormatan yang amat besar bagi kami warga pendidik di negeri Perak atas kesudian pemimpin utama pendidikan negeri Perak bersama-sama dalam konvensyen ini. Kehadiran Pengarah Pendidikan Negeri Perak juga merupakan satu penghargaan kepada seluruh warga pendidikan di negeri Perak. Terima kasih juga kepada para Guru Besar dan juga tetamu yang hadir dalam konvensyen ini kerana kerjasama serta sokongan yang berterusan daripada anda semua penting untuk memastikan segala hasrat yang dizahirkan dalam konvensyen ini dapat direalisasikan dalam bentuk tindakan di institusi masing-masing. Modal insan adalah merupakan aset berharga kepada sesebuah negara yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara. Saya berharap agar PGBM Negeri Perak menjadi penggerak dalam membangunkan para pemimpin dan pendidik di peringkat sekolah demi memastikan modal insan yang bakal dibentuk berupaya untuk membangunkan dan memajukan negara. Justeru, para guru besar perlu meningkatkan keupayaan warga kerjanya dengan membudayakan amalan kerja cemerlang, memperkasa budaya produktif dan inovatif, berprestasi serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Kesepakatan dan kebersamaan ini sudah pastinya akan menghasilkan hasrat “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh HAJI MUHAMMAD HALILI BIN HAJI MOHD ISA Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak
JAWATANKUASA INDUK KONVENSYEN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA (PGBM) CAWANGAN NEGERI PERAK Penaung : Encik Mohamad Fauzi bin Mahson, AMP Pengarah Pendidikan Negeri Perak Penasihat : Puan Sabarina binti Jamaluddin Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pengerusi : Tuan Haji Yamin bin Zakaria Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Tuan Haji Muhammad Halili bin Haji Mohd Isa Pengerusi PGBM Negeri Perak Naib Pengerusi : Encik Mohd Zaini bin Ahmat Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Encik Zainal Anuar bin Hj Abdul Rashid Timbalan Pengerusi PGBM Cawangan Perak Penyelaras : Encik Tun Mohd Rumaizi bin Hj Mohd Zamri Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Encik Mohd Anuar bin Jamaluddin Naib Pengerusi 1 PGBM Negeri Perak Penolong Penyelaras : Encik Azizul Afandi bin Mohd Nordin Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Encik Shahrom bin Hussein Naib Pengerusi 2 PGBM Negeri Perak
Setiausaha : Puan Norazani binti Mahamad Setiausaha PGBM Cawangan Negeri Perak Tuan Hj Khatta bin Jamaluddin Penolong Setiausaha PGBM Negeri Perak Bendahari : En Suhaimi bin Ishak Bendahari PGBM Negeri Perak Pegawai Perhubungan : Encik Rohaizad bin Abdullah Fisol Pegawai Perhubungan, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pengurus Program : Encik Ruzaimi bin Zamin Pengerusi PGBM Daerah Manjung Ahli Jawatankuasa : Semua Pengerusi PGBM Daerah
JAWATANKUASA KERJA KONVENSYEN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK Jawatankuasa Sambutan Tuan Haji Muhammad Halili bin Mohd Isa (Ketua) Pengerusi PGBM Negeri Perak Encik Zainal Anuar bin Hj. Abd Rashid Timbalan Pengerusi PGBM Negeri Perak Encik Mohd Anuar B. Jamaluddin Naib Pengerusi 1 PGBM Negeri Perak Encik Shahrom bin Hussien Naib Pengerusi 2 PGBM Negeri Perak Encik Ruzaimi bin Zamin Pengerusi PGBM Daerah Manjung Jawatankuasa Protokol Encik Zainal Anuar bin Hj. Abd Rashid (Ketua) Timbalan Pengerusi PGBM Perak Encik Azman bin Hashim Timbalan Pengerusi PGBM Manjung Pegawai Perhubungan JPN Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Timbalan Pengerusi PGBM Manjung (Ketua) Timbalan Pengerusi Daerah-Daerah Jawatankuasa Rakaman dan Dokumentasi Pengerusi PGBM Daerah Kuala Kangsar (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Kuala Kangsar Jawatankuasa Persiapan Pengerusi PGBM Manjung (Ketua) Setiausaha PGBM Manjung Jawatankuasa Pencatat dan Pelaporan Persidangan Timbalan Pengerusi PGBM Daerah Kinta Selatan (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Kinta Selatan Jawatankuasa Pendaftaran Timbalan Pengerusi PGBM Daerah Muallim (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Muallim Jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderamata Timbalan Pengerusi PGBM Daerah Hilir Perak (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Hilir Perak Jawatankuasa Jamuan Timbalan Pengerusi PGBM Daerah Hulu Perak (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Hulu Perak
JAWATANKUASA KERJA KONVENSYEN PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK Jawatankuasa Jamuan Pengerusi PGBM Daerah Hulu Perak (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Hulu Perak Jawatankuasa Penginapan & Logistik Pengerusi PGBM Daerah Manjung (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Manjung Jawatankuasa Pameran Pengerusi PGBM Daerah Bagan Datuk (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Bagan Datuk Jawatankuasa Persembahan Pengerusi PGBM Daerah Kinta Utara (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Kinta Utara Jawatankuasa Buku Notis Mesyuarat Pengerusi PGBM Negeri Perak (Ketua) Penolong Setiausaha PGBM Negeri Perak Jawatankuasa Bacaan Doa Pengerusi PGBM Larut Matang dan Selama (Ketua) Setiausaha PGBM Larut Matang dan Selama Jawatankuasa Teks Ucapan Encik Shuhaimie bin Ishak (Setiausaha Manjung) (Ketua) Puan Zainab binti Ahmad (Penolong Setiausaha Manjung) Jawatankuasa Majlis Perasmian Pengerusi PGBM Daerah Kerian (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Kerian Jawatankuasa Siaraya & LCD Pengerusi PGBM Daerah Perak Tengah (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Perak Tengah Jawatankuasa Pendaftaran Timbalan Pengerusi PGBM Daerah Muallim(Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Muallim Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Pengerusi PGBM Daerah Kuala Kangsar (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Kuala Kangsar Jawatankuasa Buku Program Pengerusi PGBM Daerah Batang Padang (Ketua) Setiausaha PGBM Daerah Batang Padang Jawatankuasa Pengacara Majlis Puan Zaridah binti Zuber (Ketua) Exco PGBM Daerah Manjung Jawatankuasa Gimik & Montaj Encik Azharun bin Wanik Pengerusi PGBM LMS (Ketua) Encik Hassan bin Abdul Jalil (Setiausaha PGBM LMS)
ATUR CARA KONVENSYEN PENINGKATAN PROFESIONALISME DAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI PERTAMA PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK TAHUN 2023 Hari Pertama: 24.10.23 (Selasa) 8.00 Pagi – 1.30 Tengah hari Perjalanan Ke Tempat Konvensyen (Hotel Casuarina Meru Ipoh) 1.30 Tengah hari – 2.00 Petang Pendaftaran Peserta 2.30 – 4.00 Petang 4.00 – 5.00 Petang Slot 1. Puan Sabarina binti Jamaluddin Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Perak - Perkongsian Amalan Terbaik 1 ( Daerah Manjung ) Encik Shahril bin Othman, Guru Besar SK Seri Samudera - Perkongsian Amalan Terbaik 2 ( Daerah Kinta Utara ) Puan Sarah Anbumalar a/p Pakianathan, Guru Besar SJKT Chettiars Ipoh - Perkongsian Amalan Terbaik 3 ( Daerah Muallim ) Encik Izanudin bin Ismail, Guru Besar SK Datuk Nan Kaya ( Pakaian : Pakaian Kerja )
ATUR CARA KONVENSYEN PENINGKATAN PROFESIONALISME DAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI PERTAMA PERSATUAN GURU BESAR MALAYSIA CAWANGAN NEGERI PERAK TAHUN 2023 Hari Pertama: 24.10.23 (Selasa) 7.00– 8.00 Malam Makan Malam 8.00– 9.15 Malam 9.15 -10.30 Malam SLOT 2 Bicara Profesional: Encik Safuan bin Haji Raba’ai Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Perak Perkongsian Amalan Terbaik 4 ( Daerah Kinta Selatan ) Encik Mohd Shir Afzal Khan bin Mohd Tamin, Guru Besar SK St Paul Tanjung Tualang - Perkongsian Amalan Terbaik 5 ( Daerah Perak Tengah ) Encik Mohd Yusof bin Sudin, Guru Besar SK Changkat Banjar Raptai Majlis Perasmian ( Pakaian : Smart Casual 10.30 Malam Minum Malam
Hari Kedua : 25.10.23 (Rabu ) 7.00 – 8.00 Pagi Sarapan 8.00 – 8.30 Pagi SLOT 3 Perkongsian Rakan Strategik ( Pakaian : Lounge Suit, Lelaki : Tali leher-Merah, Wanita: Tudung Merah) 8.30 – 10.00 Pagi SLOT 4 Bicara Profesional: Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Perak ( Pakaian : Lounge Suit, Lelaki : Tali leher-Merah, Wanita: Tudung Merah) 10.00 Pagi Rehat dan Kudapan 10.30 Pagi – 12.30 Tengah hari Majlis Perasmian Konvensyen Pendidikan dan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Pertama PGBM Cawangan Negeri Perak 2023 Disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak. Encik Mohamad Fauzi bin Mahson, AMP ( Pakaian : Lounge Suit, Lelaki : Tali leher-Merah, Wanita: Tudung Merah) 12.30 Tengah hari – 2.00 Petang Makan Tengah hari
Hari Kedua : 25.10.23 (Rabu ) 2.00 – 4.30 Petang SLOT 5 - Perkongsian Amalan Terbaik 6 ( Daerah Kuala Kangsar ) Encik Mohd Hafiz bin Abdullah, Guru Besar SK Rambai Tujuh - Perkongsian Amalan Terbaik 7 ( Daerah Hilir Perak ) Encik Chua Hong Seng, Guru Besar SJKC Chong Min - Perkongsian Amalan Terbaik 8 ( Daerah Batang Padang ) Encik Rafizal bin Shamsuddin, Guru Besar SK Batu Tujuh -Perkongsian Amalan Terbaik 9 ( Daerah Kerian ) Puan Hidayat Azimah binti Suhaimi, Guru Besar SK Dato' Mas'ud -Perkongsian Amalan Terbaik 10 ( Daerah Hulu Perak ) Puan Siti Hafsah binti Mohamed Noor, Guru Besar SK Kerunai 4.30 – 5.00 Petang Minum Petang 7.30 – 8.30 Malam Makan Malam 8.30 – 10.30 Malam SLOT 6 Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Pertama Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak ( Pakaian : Korporat Daerah / Putih) 10.30 Malam Minum Malam
Hari Ketiga: 26.10.23 (Khamis) 7.00 – 8.30 Pagi Sarapan 8.30 – 10.00 Pagi SLOT 7 Bicara Profesional: Encik Mohamad Supian bin Taharim Ketua Unit Kaunselor, Unit Modal Insan Kementerian Pendidikan Malaysia ( Pakaian : Batik PGBM / Batik Daerah ) 10.00 – 10.30 Pagi Minum pagi 11.00– 11.30 Pagi 11.30 Pagi 12.00 Tengah hari SLOT 8 Perkongsian Rakan Strategik -Perkongsian Amalan Terbaik 11 ( Daerah Bagan Datuk ) Encik Mohd Zubaidi bin Mahmud, Guru Besar SK Simpang Tiga -Perkongsian Amalan Terbaik 12 ( Daerah LMS ) Puan Rathai a/p Mardzam Muthu, Guru Besar SJKT Ladang Getah Taiping Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Peningkatan Profesionalisme Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak Tahun 2023 Ucapan Penutupan oleh Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak Sesi 2023-2025 ( Pakaian : Batik PGBM / Batik Daerah ) 1.00 Tengah hari – 2.30 Petang Makan Tengah hari / Perjalanan pulang
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PADA 25 OKTOBER 2023 (RABU) 9.45 Pagi : Ketibaan tetamu jemputan 10.00 Pagi : Ketibaan tetamu kehormat : Ketibaan Pengarah Pendidikan : Sesi bergambar : Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak : Lafaz Ikrar Rukun Negara : Persembahan : Bacaan Doa : Ucapan Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak. Tuan Haji Muhammad Halili bin Hj.Mohd Isa : Pembentangan Khas Amalan Terbaik En Romiezaily bin Mohd Ali (Guru Besar SK Sungai Batang) : Ucapan Pengarah Pendidikan Encik Mohamad Fauzi bin Mahson, AMP. : Gimik Perasmian : Penyampaian Anugerah : Bersurai
Pengarah Pendidikan Negeri Perak Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan & Pengurusan PPD JPN Perak Timbalan Pengarah, Sektor Pembelajaran JPN Perak Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah JPN Perak Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid JPN Perak Semua Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Perak Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak Semua Perwakilan Persatuan Guru Besar Malaysia Daerah Negeri Perak Semua pihak yang terlibat menjayakan konvensyen ini. Sekalung Penghargaan