The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

09_MuhammadAmmarHajrulTasnimBinAdnan_PSVK 3233_AmbJun2021_RBT3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 595-8-ammar, 2022-10-24 10:47:30

09_MuhammadAmmarHajrulTasnimBinAdnan_PSVK 3233_AmbJun2021_RBT3

09_MuhammadAmmarHajrulTasnimBinAdnan_PSVK 3233_AmbJun2021_RBT3

9.0 KAJIAN WARNA

Warna Panas

Warna Sejuk

Olahan Warna

10.0 LUKISAN KARYA AKHIR

11.0 PROSES PENGHASILAN PRODUK AKHIR

GAMBAR PROSES KERJA
1.
- Tanda tapak kek dengan menggunakan
2. jangka lukis dan pensel untuk mencari titik
tengah
- Kemudian, tanda dengan pensel pada
bahagian yang ingin ditebuk pada sekeliling
tapak kek.

- Tebuk pada bahagian sekeliling tapak kek
dengan menggunakan skru dan pemutar
skru untuk memasukkan dawai bagi
membuat rangka pasu

GAMBAR PROSES KERJA
3. - Masukkan dawai ke dalam lubang yang
dibuat pada tapak kek dan tegakkan semua
4. dawai secara mencancang ke atas.

- Setelah semua dawai dimasukkan dan
ditegakkan, ikat dawai kasar pada bahagian
tapak dengan menggunakan dawai halus
supaya kerangkan yang dibina menjadi lebih
kukuh.

GAMBAR PROSES KERJA
5. - Letakkan tanah liat secara melingkar di atas
tapak pasu untuk dijadikan sebagai
6. pemberat supaya pasu menjadi lebih stabil.

-Bentukkan dawai kasar yang tegak
mengikut bentuk pasu yang ingin dibuat
secara cermat supaya dapat membentuk
rangka yang seimbang dan stabil.
-Potong lebihan dawai di bahagian atas
permukaan pasu menggunakan pelayar.

GAMBAR PROSES KERJA
6.
- Setelah rangka pasu sudah dibentuk
7. sepenuhnya, lilit rangka pasu dengan dawai
halus di bahagian bawah tengah dan juga
permukaan pasu untuk memastikan rangka
pasu kekal mengikut bentuk yang telah
dibentuk.

- Gulung surat khabar lama secara melintang
dan padat supaya gulungan kertas menjadi
keras untuk dililit pada kerangka pasu
- Gulungan surat khabar tersebut haruslah
dibuat sehingga mencukupi untuk dililit pada
kerangka pasu sehingga penuh untuk
menutupi rangka pasu.

GAMBAR PROSES KERJA
8.
- Sebelum melilit pasu bunga dengan
9. gulungan surat khabar lama, buat kepingan
surat khabar mengikut bentuk tapak di
sebelah dalam pasu bagi menutupi ruang
tapak yang terbuka.

- Lilit surat gulungan surat khabar pada
rangka pasu secara selang seli supaya hasil
lilitan kelihatan lebih cantik dan kemas.
Gunakan hot glu gun untuk menyambung
gulungan surat khabar atau merapatkan
gulungan surat khabar yang renggang bagi
menutupi lubang-lubang yang terbentuk
pada dinding pasu

GAMBAR PROSES KERJA
10.
- Setelah gulungan surat khabar dililit sampai
11. ke bahagian tengah kerangka pasu, tekan
dan padatkan lilitan surat khabar ke bawah
untuk memastikan lilitan padat dan tidak
menghasilkan lubang atau ruang yang
renggang pada dinding pasu.

- Selepas lilitan surat khabar di mampatkan,
sambung melilit gulungan surat khabar
sehingga ke bahagian permukaan pasu
(bahagian atas) dan lekatkan hujung lilitan
yang terakhir pada bahagian atas dengan
menggunakan gam supaya lilitan lebih kukuh
dan tidak terbuka.

GAMBAR PROSES KERJA
12.
- Setelah kerangka pasu selesai dililit dengan
13. gulungan surat khabar, lekatkan penutup
botol secara 4 penjuru di bahagian tapak
pasu dengan menggunakan hot glu gun
untuk dijadikan sebagai pelapik tapak pasu
bunga.

- Akhir sekali, penghasilan pasu bunga
kertas telah siap sepenuhnya dengan
sempurna dan kukuh

GAMBAR PROSES KERJA
13. - Setelah pasu bunga yang dihasilkan telah
siap, gunakan penyembur cat untuk
14. membuat corak pada sekeliling pasu bunga
dengan menekap corak berbentuk bintang.

- Kemudian, gunakan berus untuk merenjis
cat pada bahagian corak berbentuk bintang
bagi mewujudkan corak secara percikan
supaya pasu yang telah siap menjadi lebih
cantik dan menarik.

GAMBAR PROSES KERJA
15.
- Setelah selesai membuat corak bintang dan
renjisan, jemur pasu bunga di bawah sinaran
mentari supaya cat pada basu bunga kering
dengan segera.

12.0 GAMBAR PRODUK AKHIR

13.0 PENULISAN REFLEKSI

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tanda kesyukuran kepada Allah
kerana dengan kurnia dan izin-Nya saya mampu untuk menyiapkan kerja kursus Asas
membentuk dan Membuat Binaan dan Kraf Tradisional (PSVK 3233) dengan lengkap. Tugasan

ini dibimbing oleh En Kamal Bin Baharom, selaku pensyarah bagi subjek PSVK 3233 dan

beliau sentiasa membantu saya dan rakan sekelas dalam menyiapkan tugasan itu dengan
sempurna .Seterusnya, tugasan ini terdiri daripada dua kerja kursus iaitu e-portfolio dan
penghasilan produk pasu bunga kertas. Saya dan rakan sekelas diarahkan untuk menghasilkan
satu produk atau arca pasu bunga dengan menggunakan bahan berunsurkan alam sekitar. Dalam
proses penghasilan produk itu, saya telah memperoleh banyak ilmu dan mempelajari pelbagai
kemahiran seni visual. Bagi saya, tugasan kali ini agak mencabar kerana saya tidak mempunyai
kemahiran asas dalam bidang seni visual terutamanya kemahiran membentuk dan membuat
binaan. Di samping itu, saya telah menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam menyiapkan
tugasan ini. Pada permulaan, saya masih lagi tidak mendapat ilham atau gambaran awal untuk
produk yang akan saya hasilkan. Saya juga menghadapi cabaran untuk menyiapkan tugasan ini
kerana banyak tugasan yang harus saya siapkan dalam masa yang sama untuk subjek-subjek
yang lain. Saya juga rasa amat mencabar untuk membuat rujukan menggunakan sumber internet
kerana capaian internet yang agak lemah ketika berada di kolej kediaaman.

Justeru itu, saya juga mengalami masalah besar dalam menghasilkan produk pasu
bunga kerana saya kurang mahir dalam membuat lilitan surat khabar pada sekeliling pasu
bunga dengan kemas. Antara kelemahan terbesar saya adalah saya tidak sabar
menyiapkan tugasan terutamanya dalam bidang yang kurang saya minat. Oleh yang
demikian, hasil kerja saya kelihatan kurang kemas dan kurang cantik dipandang mata.
Benarlah menurut teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner, 1983) yang menerangkan bahawa
manusia mempunyai kecerdasan dominan, kombinasi kecerdasan yang pelbagai dan juga
Kecerdasan yang paling lemah Dalam hal ini, saya sedar bahawa kecerdasan visual spatial
saya sangatlah lemah. Meskipun saya cuba memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih
tekun dan teliti ketika menghasilkan produk, masih juga hasil kerja saya kelihatan biasa
biasa saja. Walaubagaimanapun, seni tu abstrak. Jadi, meskipun hasil karya saya kurang
elok, namun itulah hasil karya saya sendiri yang saya hasilkan dengan penuh komitmen dan
susah payah .Maka, meskipun saya tidak menyukai karya yang saya hasilkan sekurang-
kurangnya saya masih berbangga dengan usaha yang telah saya usahakan dalam
menyiapkan hasil produk tersebut.

Walaubagaimanapun, setiap kelemahan tersebut saya sedaya upaya cuba untuk
atasi dengan memaksa diri saya dalam menjayakan tugasan yang diberikan. Akhir sekali,
saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan-
rakan kerana membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin berterima
kasih kepada ibu bapa saya kerana mendorong saya supaya tidak mudah putus asa dan
menjadi insan yang tabah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

14.0 RUJUKAN

Aizad Aziz. (2022, September 14). UKIRAN KAYU TRADISIONAL. Blogspot.com.

http://bicarasenivisual.blogspot.com/2014/09/ukiran-kayu-tradisional.html

Athrun Gurl. (2012). MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN. Blogspot.com.
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/p/membentuk-membuat-binaan.html

Nasir Sahak. (2012). ANYAMAN. Blogspot.com.
http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/anyaman.html

WeLcOmE. (2022, April 25). GASING DI KELANTAN. Blogspot.com.
http://puterieliena02.blogspot.com/2008/01/pengenalan-unsur-seni-dan-
permainan.html?m=1

SYAZWINA ISMAIL. (2021, September 30). E-PORTFOLIO PSVK 3213E - Flip eBook Pages 1-
22 | AnyFlip | filexflorian3. Anyflip.com; filexflorian3.

https://anyflip.com/accsp/phlr/basic

Wawa Rusydi. (2012). Corak Tidak Terancang. Blogspot.com.
http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/2012/04/corak-tidak-terancang.html

Salleh Aziz. (2012). Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Blogspot.com.
http://sfera-seni.blogspot.com/p/bidang-mengenal-kraf-

tradisional.html

Syiera Jella. (2022). Myseni. Kraf Tradisional
http://myseni.weebly.com/kraf-trandisional.html

Wan Abdul Manap. (2022). Membentuk dan Membuat Binaan - Pendidikan
Seni Visual Sekolah Rendah. Google.com.

https://sites.google.com/site/annaliewm20142001800/membentuk-
dan-membuat-binaan-1

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version