The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ilhamshaha, 2022-11-28 20:03:29

E-folio STK Pembedahan kosmetik

.

Keywords: Stk

SAINS TEKNOLOGI
DAN

KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Tugasan PEMBEDAHAN KOSMETIK

MENURUT ISLAM

Nama Pensyarah Puan. Nurul Ain Binti Mudreh

Nama Pelajar No. Matrik

MOHAMAD HAPIZZUDIN BIN ASYRAN 07DKM21F2055

ARIFF ILHAMSHAH BIN AHZMAN 07DKM21F2048

UMMU NASUHA BINTI SUPRI 07DKM21F2028

1

MOHAMAD ARIFF ILHAMSHAH UMMU NASUHA
HAPIZZUDIN BIN
TUGASAAN ASYRAN BIN AHZMAN BINTI SUPRI

Pendahuluan /

Mengaitkan tajuk dengan dua /
etika islam dalam sains
kejuruteraan islam

Mengaitkan tajuk dengan tiga /
kaedah fiqh /

Penutup

2

Isi Kandungan M/S

Pendahuluan 4

Mengaitkan tajuk dengan dua etika islam dalam sains kejuruteraan islam 4

Mengaitkan tajuk dengan tiga kaedah fiqh 5

Penutup 5-6

Rujukan 5-6

3

Pendahuluan

Pembedahan kosmetik dari segi istilah ialah merupakan kebolehan perubatan yang mengunakan sifat
kemanusian dan peralatan moden ke atas pesakit untuk menganalisis bagi tujuan merawat anggota
badan, iaitu dengan melakukan pembedahan. Pembedahan plastik atau dalam bahasa arab jirahah
tajmil boleh ditakrifkan sebagai pembedahan dengan tujuan untuk perubatan dan pemulihan sebagai
contohnya, pembedahan untuk mulut yang sumbing bertujuan menutup kecacatan selain itu,
pembedahan ini juga bertujuan untuk kecantikan seperti memancungkan hidung, membesarkan mata
dan lain-lain lagi. Mengikut Kamus Dewan pula pembedahan plastik diistilahkan sebagai
pembedahan untuk membaiki atau memulihkan bahagian badan. terutamanya paras rupa dengan
membuat pemindahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan, memulihkan kecacatan atau supaya
kelihatan lebih cantik dan menarik.

MENGAITKAN TAJUK DENGAN DUA ETIKA ISLAM DALAM SAINS KEJURUTERAAN
ISLAM

ISI PERTAMA:

MENGHASILKAN PENEMUAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG
MEMBERI MANFAAT KEPADA KESELESAAN MANUSIA

Islam tidak melarang umatnya untuk melakukan pembedahan plastik tetapi ia bergantung kepada niat
seorang itu untuk melakukan pembedahan. Objektif dan tujuan sebenar untuk melakukan
pembedahan. Jika ketiga-tiga komponen ini selari dengan kehendak islam maka diharuskan antara
contoh islam mengharuskan pembedahan plastik ialah bertujuan memulihkan kecacatan kekal iaitu
pembedahan mulut sumbing dan sebagainya. Seterusnya, pada sesetengah keadaan islam mewajibkan
melakukan pembedahan plastik seperti prosuder menutup luka atau menampal kulit kesan terbakar
pada wajah dan bahagian anggota badan yang boleh dilihat.

ISI KEDUA:

MENGGUNAKAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN YANG PENINGKATAN
KUALITI MEMBERIKAN NILAI TAMBAH KEPADA

Secara dasarnya pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu Rekonstruktif dan Kosmetik.
Pembedahan rekonstruktif bertujuan bagi membaik pulih anggota badan yang tidak normal dan tidak
dapat berfungsi akibat daripada kecacatan sejak lahir penyakit ataupun kemalangan teruk yang
menyebabkan kerosakan pada anggota badan. Dengan melakukan pembedahan rekonstruktif,
seseorang ini berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak dipandang rendah oleh masyarakat.
Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah bentuk anggota badan mengikut
keinginan dan kepuasan seseorang. Dikatakan ada sesetengah pihak yang beranggapan bahawa
dengan mengubah bentuk anggota badan yang diingini dapat meningkat tahap keyakinan dan imej
diri seseorang dalam berhadapan dengan khalayak ramai. Contohnya, masalah sumbing atau rekahan
lelangit, bibir dan pembedahan tengkorak muka merupakan pembedahan rekonstruktif yang paling
banyak dijalankan di Malaysia. Pembedahan plastik bukan sahaja popular di kalangan wanita tetapi
juga lelaki.

4

MENGAITKAN TAJUK DENGAN TIGA KAEDAH FIQH AL-UMUR BI MAQASIDIHA AL-
MASHAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR AD-DARAR YUZAL

ISI KEDUA: MENGAITKAN TAJUK DENGAN TIGA KAEDAH FIQH AL-UMUR BI
MAQASIDIHA (SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT)

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai
cacat yang mungkin menjijikkan pandangan, misalnya karena ada daging tambah yang boleh
menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka tidak berdosa bagi orang itu untuk berobat selagi dengan
tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak
menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukara.

ISI KEDUA:

AL-MASHAQQAH TAJLIBU AT-TAISIR (KESUSAHAN MEMBAWA KEMUDAHAN)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda bahawa "Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit
melainkan Allah menurunkan pula ubatnya" (HR Bukhari)

Seterusnya, Firman Allah s.w.t. bermaksud: "Allah berkehendakkan kamu merasai kesenangan, dan
tidaklah pula Allah itu hendak kamu merasai kesusahan" (Ayat 185; surah al-baqarah)

Contoh kesusahan yang membawa kemudahan mendapatkan rawatan bagi sendi-sendi yang terkeluar
atau tulang yang patah. Selain itu, mengubati kulit yang terbakar sama ada menggunakan bahan luar
seperti gel atau mengambil mana-mana bahagian kulit tubuh pesakit tersebut mengambil sedikit kulit
paha/ punggung )untuk dilekatkan pada tangan yang mengalami kecederaan. Seterusnya, membuang
jari yang berlebihan yang mendatangkan kesakitan pada tuannya.

ISI KETIGA:

AD-DARAR YUZAL (KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHAPUSKAN)

Di antara sumpah dan janji iblis (laknatullahi'alaih) di hadapan Allah SWT yang bererti : "(kata iblis)
dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada
mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar
memotongnya,dan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah) dan mereka benar-benar
mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka
sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Ayat 119; surah an-Nisa')
Antaranya, kemudaratan yang hendaklah dihapuskan melakukan tatu di tubuh badan untuk
kecantikan. Selain itu, membesarkan payudara dengan tanpa sebab perubatan (membahayakan bagi
tempoh masa panjang penggunaan silikon yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh
badan dan membedah bibir dan hidung bukan kerana tuntutan kesihatan mahupun kerana darurat.

5

PENUTUP
(Surah al-Infithaar ; ayat 7-8): " yang telah menciptakan kamu,lalu menyempurnakan kejadianmu dan
menjadikan susunan tubuhmu seimbang. Dalam bentuk apa sahaja yang Dia kehendaki, Dia
menyusun tubuhmu"
(Surah at-tin;ayat 4): "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian”
Namun begitu, haris kita ingat bahawa pembedahan plastik juga membawa banyak kebaikan kepada
insan tertentu yang memerlukannya. Dengan melakukan pembedahan plastik, kehidupan seseorang
kembali kepada kepada normal dan dapat bergaul dengan masyarakat tanpa ada rasa rendah diri. Hal
ini biasanya terjadi kepada mereka yang mengalami kecacatan mahupun kemalangan teruk yang
menjejaskan fungsi anggota badan mereka. Kesimpulannya, isu pembedahan plastik ini telah kami
kupas sebaik mungkin dari segala segi dan aspek. Diharapkan, kerja kursus ini dapat member manfaat
kepada kita semua.

6


Click to View FlipBook Version