SMK METHODIST ACS (M)
SEREMBAN
Jalan Lintang, Bandar Seremban,
70200 Seremban, Negeri Sembilan
FOLIO BADMINTON
NAMA : DANIC LIM
KELAS : 2 ZETA
ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan
2. Sejarah Dan Perkembangan
3. Ukuran, Peralatan Dan Pakaian
4. Undang-undang Dan Peraturan Badminton
5. Jaguh Badminton Malaysia
6. Teknik Permainan Badminton
- Kemahiran pegangan raket
- Kemahiran servis
- Kemahiran pukulan
PENGENALAN
Badminton merupakan sejenis sukan raket. Badminton boleh
dimain secara perseorangan (1 vs 1) atau beregu (2 vs 2). Permainan
ini dimainkan di dalam gelanggang segi empat tepat tertutup.
Gelanggang ini debahagikan kepada 2 oleh jaring. Badminton juga
boleh dimain di jalan raya yang kurang kereta, taman, dan
sebagainya.
Permainan badminton senang dipelajari tetapi susah dikuasai.
Ini sebab badminton akan menguji pelbagai aspek seperti tindak
balas, kuasa, koordinasi, strategi dan sebagainya. Rom tidak dibina
dalam sehari. Kita perlulah melatih diri kita dalam aspek-aspek
tersebut setiap hari sekiranya hendak menjadi profesional. Kita juga
mesti tahu cara pegangan raket, cara pukukan, peraturan, pakaian
yang betul, dan sebagainya.
Ada pelbagai kategori bagi badminton. Ada perseorangan
lelaki, perseorangan perempuan, beregu lelaki, beregu perempuan,
dan beregu campuran (lelaki dan perempuan vs lelaki dan
perempuan). Peraturan bagi permainan perseorangan dan beregu
berbeza. Ini akan diterangkan lebih lanjut di bahagian
‘Undang-undang Dan Peraturan Badminton’.
Matlamat permainan badminton ialah untuk mendapat 21
markah sebelum pihak lawan. Kita perlu menggunakan raket
badminton untuk memukul bulu tangkis ke gelanggang pihak lawan.
Apabila bulu tangkis belum jatuh ke atas lantai, kita memanggil
kejadian ini rali (rally). Rali akan ditamatkan apabila bulu tangkis
jatuh ke lantai atau terdapat kes spesial seperti bulu tangkis kena
badan dan sebagainya. Pemain hanya dapat memukul bulu tangkis
sekali sahaja sebelum melepasi jaring.
Sebelum mula bermain, kita perlu memastikan kita cukup
makan dan tidur. Jika tidak cukup, kita akan cepat berasa letih dan
kurang tenaga. Badminton juga merupakan sukan yang perlu banyak
lari. Walaupun gelanggang nampak kecil, kita boleh membuatkan
pihak lawan lari dengan menggunakan teknik dan strategi yang
betul. Dengan ini, sudah tentu pihak lawan juga boleh membuatkan
kita lari. Oleh itu, kita mestilah sentiasa bersedia untuk apa-apa
sahaja.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
Pada awalnya, badminton dikenali sebagai Poona atau Poonah
yang dinamakan selepas bandar Poona. Di bandar Poona, permainan
tersebut agak popular. Undang-undang pertama ditulis pada 1873.
Pada 1875, pekerja yang pulang ke rumah telah menubuhkan sebuah
kelab badminton di Folkestone. Dahulu, badminton dimainkan
dengan 1-4 pemain. Selepas itu, mereka terjumpa permainan antara 2
atau 4 pemain paling baik.
Permainan badminton dimainkan di bawah peraturan ‘Pune’
sehingga tahun 1887 apabila J. H. E. Hart dari Bath Badminton Club
menulis peraturan yang disemak. Hart dan Bagnel Wild menyemak
peraturan tersebut sekali lagi pada 1890. Kemudian, Badminton
Association of England (BAE) menerbitkan peraturan-peraturan
tersebut pada 1893.
Pertandingan pertama dimulakan oleh BAE pada 1899 bagi
beregu lelaki, beregu perempuan, dan beregu campuran. England,
Scotland, Wales, Canada, Denmark, France, Ireland, Netherlands,
dan New Zealand merupakan pengasas International Badminton
Federation (IBF) pada 1934. Sekarang, IBF dikenali sebagai
Badminton World Federation (BWF). BWF merupakan pemerintah
badminton antarabangsa.
UKURAN, PERALATAN DAN
PAKAIAN
UKURAN
Di atas adalah gambar gelanggang badminton. Panjang gelanggang
adalah 13.4m dan lebar gelanggang adalah 6.1m. Gelanggang
dibahagikan kepada 2 oleh jaring. Tinggi jaring di tepi adalah 1.55m
dan 1.524m di tengah.
PERALATAN
Untuk permainan badminton, perlulah ada peralatan yang betul.
Badminton memanglah perlu raket badminton dan bulu tangkis.
Raket badminton boleh diperbuat daripada aluminium, karbon,
dan sebagainya. Juga ada yang ditambah nanoteknologi untuk
membuatkan raket tahan lebih lama. Raket badminton juga perlu
diletak ‘grip’ dan ‘string’.
Grip dapat meningkatkan daya geseran
dan memberikan keselesaan kepada
pemain. Apabila grip dah rosak, boleh
dikeluarkan dan digantikan. Tempat grip
diletakkan diperbuat oleh kayu. Pemain yang berpengalaman akan
meletakkan tape sebelum letak grip bagi mengelakkan peluh ke
dalam kayu. Ada juga yang meletakkan 2 grip. Ada grip getah yang
paling digunakan, grip tuala, dan ‘overgrip’. Grip tuala boleh diletak
bedak yang sesuai.
‘String’ raket badminton mempunyai lebar antara 0.62mm
hingga 0.73mm. Ketegangan ‘string’ lebih rendah pada pemain
rekreasi berbanding pemain profesional. Ketegangan ‘string’ yang
rendah memberi lebih ketepatan tetapi kurang kekuatan. Ketegangan
‘string’ yang tinggi terbaliknya pula.
Bulu tangkis ada 2 jenis, iaitu bulu
tangkis plastik dan bulu tangkis berbulu.
Setiap bulu tangkis mempunyai 16 bulu.
Bulu tangkis plastik biasa digunakan oleh
pemain rekreasi manakala bulu tangkis
berbulu digunakan oleh pemain
profesional. Bulu tangkis juga mempunyai pangkal gabus bulat. Ini
tempat bulu tangkis dipukul.
Sebagai atlet, kami juga perlu
membawa air yang secukupnya apabila
bermain badminton untuk mengelakkan
dehidrasi. Kami dibenarkan minum air
berkarbonat apabila bertanding atua berlatih
untuk memberikan lebih tenaga. Tuala
untuk lapkan peluh juga diperlukan.
Tujuannya adalah untuk menyegarkan kami
agar dapat bermain dalam keadaan yang lebih baik.
Bagi permainan badminton, kami perlu
memakai kasut yang sesuai. Tapak kasut
biasa diperbuat daripada getah. Ini akan
meningkatkan daya geseran agar pemain
tidak tergelincir. Jika tergelincir, kaki
mungkin terseliuh dan pemain tidak dapat
bermain atau berlatih untuk jangka masa itu.
Sebelum bermain, pastikan tali kasut diikat dengan tegang dan
kemas. Ini untuk memastikan pemain tidak jatuh di tengah
permainan.
Info Xtra
Dalam pertandingan standard, pemain juga boleh membawa
makanan ke dalam gelanggang. Semasa ‘interval’, pemain boleh
makan. Makanan jangan banyak kerana nanti perut sakit apabila
main. Paling bagus adalah pisang. Sebiji pisang pun sudah cukup.
Pisang dapat memberi tenaga yang agak banyak dalam masa yang
pendek. Buah anggur juga boleh. Makan cepat-cepat dan janganlah
ajak semua orang datang makan bersama-sama.
PAKAIAN
Pakaian lelaki dan perempuan apabila
main badminton adalah sama. Baju perlulah
yang boleh menyerap peluh. Baju mesti
saiz yang sesuai. Jika baju terlalu kecil,
pemain akan berasa tidak selesa.
Seluar pendek lebih digalakkan
berbanding seluar panjang. Seluar panjang akan mengehadkan
pergerakan kami. Bagi perempuan, ada yang lebih suka memakai
skirt pendek. Stokin hendaklah cukup besar dan cukup tebal. Jika
stokin terlalu nipis, boleh terbentuk ‘blister’.
Ada juga yang memakai ‘wristband’. Kebanyakan orang
sebenarnya tidak tahu kegunaan ‘wristband’. Mereka fikir adalah
sesuatu untuk membuatkan mereka lebih kacak. Kegunaanya adalah
sebagai tuala mini. Apabila bermain pertandingan, kami boleh
lapkan peluh kami menggunakan ‘wristband’. Ada yang tidak perlu
‘wristband’ kerana mereka lap peluh dengan tangan dan
menyimbahnya ke atas lantai luar gelanggang.
UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN BADMINTON
Terdapat banyak peraturan dan undang-undang badminton.
Semua peraturan dan undang-undang tidak boleh dibelajar dalam
sehari. Ini sebab ada banyak kes spesial dalam permainan
badminton. (ada banyak, selamat membaca)
Permainan perseorangan dan beregu menggunakan tempat
gelanggang yang berbeza. Bagi permainan perseorangan, kotak-
kotak kiri dan kanan dikira sebagai ‘out’ manakala bagi permainan
bergu, gelanggang dapat digunakan sepenuhnya. Di luar gelanggang
adalah ‘out’.
-Tempat berdiri apabila servis
Bagi memulakan permainan, duit syiling akan digunakan. Ada pihak
yang membuka servis dan satu lagi menerima. Jika tiada duit syiling,
bulu tangkis juga boleh digunkan. Apabila membuka servis, pemain
tidak boleh berdiri atau menyentuh garisan di lantai. Bulu tangkis
mestilah dipukul di bawah tulang rusuk. Jika tidak, maka ‘fault’.
Perseorangan: Jika markah pemain yang dapat markah adalah
nombor ganjil, kedua-dua pemain akan berdiri di
gelanggang kiri mereka manakala jika nombor
genap, mereka akan berdiri di gelanggang kanan
mereka. (0 adalah genap)
Beregu: Lebih kompeks. Pemain yang membuka servis dan
menerima servis perlu ikut sistem seperti perseorangan.
Kedua pemain yang lain boleh berdiri di mana-mana.
Jika pasukan yang sama mendapat markah, maka pemain
yang sama akan membuka servis. Jika hilang markah,
kedua pemain pasukan tersebut akan bersedia di tempat
yang sama. Apabila mendapat markah selepas hilang
markah, maka pemain yang membuka servis akan tukar.
-Tempat ‘out’ untuk servis
Perseorangan: Kotak-kotak kiri dan kanan serta kotak di jaring.
Beregu: Kotak di jaring dan kotak-kotak di belakang gelanggang.
-Sistem permarkahan
Satu permainan standard mempunyai 21 markah dimainkan ‘best of
3’ (pemain perlu menang 2 set untuk menang). Terdapat ‘interval’
pada 11 markah, iaitu rehat pendek. Selepas setiap set, pemain akan
tukar gelanggang. Jika ada set ketiga, pemain akan ‘interval’ dan
tukar gelanggang pada 11 markah. Pemain juga boleh meminta izin
untuk lap muka dan minum air selepas rali tamat. Pengadil boleh
memberi izin ataupun menolaknya. Ada juga permainan yang
mempunyai 1 set tetapi bermain 30 markah sahaja. ‘Interval’ pada 15
markah dan menukar gelanggang. Bagi permainan 21 markah, jika
markah kedua-dua pihak 20-sama (20-20), maka diadakan ‘deuce’.
‘Deuce’ ialah pihak akan menang apabila mempunyai 2 markah
lebih daripada pihak lawan. ‘Deuce’ akan diadakan sehingga
29-sama (29-29). Inilah masa kedua-dua pihak akan bergaduh untuk
‘golden point’ iaitu markah 30 yang akan menetukan pihak menang.
Mendapat markah:
Pemain akan mendapat markah apabila bulu tangkis melepasi atas
jaring dan mendarat di lantai tempat ‘in’ gelanggang pihak lawan.
Bulu tangkis yang dipukul pihak lawan mendarat di tempat ‘out’
gelanggang kamu, terkena jaring atau tidak lepas atas jaring. Pihak
lawan memukul bulu tangkis bawah jaring. (kes spesial= terkena
jaring tapi melepas atas jaring dan mendarat di lantai tempat ‘in’.
Pihak lawan pukul atas lampu. Pihak lawan membuka servis yang
terlalu tinggi lalu terkena bumbung. Pihak lawan memukul bulu
tangkis dan tersekat di jaring.)(Jika bulu tangkis mendarat di atas
garisan, maka ‘in’.)
Pemain tidak akan dapat markah sekiranya mereka adalah pihak
lawan tersebut dan markah akan diperolehi oleh pihak lawan.
-FAULT!!!
‘Fault’ ialah apabila pemain membuat sesuatu yang dilarang dalam
rali. Markah akan diberikan kepada pihak B apabila pihak A
membuat ‘fault’ dan sebaliknya. ‘Fault adalah apabila sesuatu pihak
menyentuh jaring apabila rali, memukul bulu tangkis 2 kali dalam 1
giliran, bulu tangkis terkena raket, badan atau baju sesuatu pihak
(tak kira ‘in’ atau ‘out’) dan memukul bola walaupun telah terkena
lantai. Jika ternampak (ada situasi kalau terdengar juga) pihak lawan
membuat ‘fault’, kamu boleh angkat tangan dan mengatakan fault
lalu mengatakan ‘fault’ yang dilakukan olehnya.
-Re-serve (servis semula)
‘Re-serve’ akan dibenarkan sekiranya sesuatu pihak membuka servis
apabila pihak bertentangan masih belum bersedia dan pihak
bertentangan tidak cuba untuk memukul bulu tangkis balik. Apabila
pemain masih belum bersedia, dia boleh mengangkat tangannya
dalam posisi yang dapat dilihat bagi mengentikan pihak
bertentangan membuka servis. ‘Re-serve’ juga akan dilakukan
apabila situasi ‘let’. ‘Let’ adalah apabila terdapat kacauan apabila
bermain. Contohnya bulu tangkis gelanggang lain masuk ke dalam
gelanggang kamu, orang lain terjalan ke dalam gelanggang apabila
bermain, dan sebagainya. ‘Re-serve’ juga akan dilakukan jika semua
orang tidak nampak bulu tangkis mendarat di ‘in’ atau ‘out’. Ini
untuk memastikan adanya keadilan. Mungkin pihak lawan mahu
memperoleh markah itu, tetapi kamu tidak mahu beri, jadi boleh
berlakunya pergaduhan. ‘Re-serve’ tidak akan meyebelahi
mana-mana pihak.
JAGUH BADMINTON MALAYSIA
Lee Chong Wei Lee Zii Jia
Chan Peng Soon & Sidek Family
Goh Liu Ying
Goh V Shem &
Tan Wee Kiong
TEKNIK PERMAINAN BADMINTON
Teknik permainan badminton dibahagikan kepada 3, iaitu kemahiran
pegangan raket, kemahiran servis, dan kemahiran pukulan.
-Kemahiran pegangan raket
Biasanya ada 2 cara pegangan raket sahaja, iaitu pegangan hadapan
(forehand grip) dan pegangan kilas (backhand grip).
Pegangan hadapan Pegangan kilas
Pegangan hadapan digunakan apabila bulu tangkis dipukul ke
kanan badan pemain. Pegangan ini juga digunakan apabila bulul
tangkis berada di atas kepala pemain. Pegangan kilas pula digunakan
apabila bulu tangkis dipukul ke kiri badan pemain. Pegangan kilas
kurang kuat berbanding pegangan hadapan. Pegangan hadapan lebih
menggunakan jari kerdua untuk menolak raket. Pegangan kilas pula
menggunakan ibu jari untuk menolak raket.
Pegangan kilas biasanya digunakan apabila bulu tangkis berada
di depan badan. Pegangan ini lebih menggunakan pergelangan
tangan (wrist) dan pergerakan tidak besar tetapi mempunyai
kekuatan oleh letupan kuasa di pergelangan tangan. Pegangan ini
lebih digunakan dalam permainan beregu. Pegangan kilas sangat
fleksibel. Ia boleh membuat satu pusingan di depan badan. Ini sangat
bagus untuk pertahanan.
Pegangan hadapan boleh lebih besar pergerakannya kerana
tidak ada halangan badan lalu lebih kuat. Oleh itu, pegangan ini
lebih baik untuk serangan. Pegangan ini biasa digunakan di belakang
gelanggang dan digunakan untuk menahan bola smesy yang jauh ke
kanan. Juga boleh digunakan di bahagian depan kanan gelanggang.
Pegangan kilas perlu ditukar sedikit apabila hendak memukul
bulu tangkis di belakang kiri badan. Pemain hanya perlu
mengalihkan pegangan itu ke kanan sedikit. Ini dapat memberikan
pergelangan tangan tempat untuk pusing, Jika tidak membuat
penukaran kecil ini, kekuatan akan lebih lemah dan berisiko
menyakiti tangan.
Bagi pemain yang berpengalaman, mereka dapat membuat
pengubahan yang kecil pada pegangan mengikut situasi agar mereka
dapat megekalkan kekuatan mereka dan merendahkan usaha yang
diperlukan untuk melaksanakan pukulan yang mahu dibuat.
-Kemahiran servis
Ada 2 servis standard yang dilaksanakan, iaitu servis tinggi dan
servis pendek. Servis tinggi lebih digunakan dalam permainan
perseorangan. Servis pendek pula lebih digunakan dalam permainan
beregu.
Servis tinggi lebih digunakan dalam permainan perseorangan
kerana kotak belakang adalah ‘in’. Servis tinggi akan dipukul tinggi
dan ke belakang gelanggang. Ini akan membuatkan pihak lawan ke
belakang gelanggang dan membuatkannya lihat ke atas. Gelanggang
depan pihak lawan terbuka dan pihak lawan tidak dapat lihat posisi
pihak bertentangan. Sudut bulu tangkis turun juga lebih susah
dipukul berbanding jika bulu tangkis di hadapan pemain. Servis ini
dilakukan menggunakan pegangan hadapan
Servis pendek lebih digunakan dalam permainan beregu kerana
kotak belakang adalah ‘out’. Jika membuat servis tinggi dalam
permainan beregu, mungkin akan ‘out’. Bukan itu sahaja, pihak
lawan dapat membuat serangan dan pihak bertentangan akan berada
dalam posisi yang buruk. Servis pendek juga ada keburukan.
Biasanya, pihak yang menerima servis akan berdiri depan
gelanggang. Jika servis pendek pihak bertentangan terlalu tinggi,
pihak lawan dapat membuat serangan yang cepat. Jika terlalu
rendah, akan terkena jaring. Oleh itu, pemain beregu mestilah
banyak melatih servis pendek. Servis ini dilakukan menggunakan
pegangan kilas. Juga boleh menggunakan pegangan hadapan.
Bagi permainan beregu, juga ada servis ‘flick’ yang
membuatkan bulu tangkis ke belakang gelanggang. Ini dilakukan
menggunakan pegangan kilas. Seperti yang dikatakan, pegangan
kilas menggunakan letupan kuasa di pergelungan tangan. Servis ini
sangat cepat tetapi rendah. Oleh itu, servis ini dapat mengejutkan
pihak lawan lalu membuatkan pihak lawan kurang stabil. Servis ini
juga boleh digunakan dalam permainan perseorangan.
-Kemahiran pukulan
Terdapat banyak jenis pukulan yang boleh dilakukan untuk
tujuan yang berbeza.
Antaranya ialah pukulan lob. Pukulan ini dilakukan apabila
bulu tangkis tinggi di belakang gelanggang. Pemain akan memukul
bulu tangkis dari belakang gelanggangnya ke bahagian belakang
gelanggang pihak lawan. Pemain perlu memastikan menggunakan
kekuatan yang cukup supaya bulu tangkis cukup belakang dan cukup
tinggi. Jika tidak, mereka memberi peluang pihak lawan menyerang
mereka. Pukulan ini juga boleh dilakukan secara serangan. Ia
dipanggil ‘shooting lob’. Pukulan ini cepat dan lebih rendah.
‘Shooting lob’ lebih menggunakan letupan kuasa di pergelangan
tangan.
Ada juga pukulan junam (dropshot). Pukulan ini dilakukan
apabila bulu tangkis berada di belakang gelanggang. Pemain akan
memukul bulu tangkis dari belakang gelanggang mereka ke
bahagian depan gelanggang pihak lawan. Ada 2 jenis pukulan junam.
Pertama ialah yang perlahan tetapi dekat dengan jaring. Kedua ialah
yang cepat tetapi lebih jauh sedikit daripada jaring.
Pukulan smesy (smash) adalah antara pukulan serangan yang
paling agresif. Ini hanya boleh dibuat apabila bulu tangkis cukup
tinggi. Jika tidak, bulu tangkis akan terkena jaring. Ini juga ada
beberapa jenis. Antaranya ialah smesy penuh (full smash) dan smesy
tepat (point smash). Smesy penuh dilakukan apabila bulu tangkis
cukup tinggi dan pemain boleh bersedia. Ini akan membolehkan
mereka menggunakan tenaga yang sepenuhnya. Smesy tepat pula
dilakukan apabila bulu tangkis rendah dan cepat. Pemain perlulah
bergerak dengan cepat dan stabil. Pemain akan lompat dan
menggunakan letupan kuasa di pergelangan tangan untuk smesy.
Ini akan membuatkan smesy lebih kurang kuat tetapi lebih tepat.
Apabila bulu tangkis dipukul di bahagian depan gelanggang,
ada 4 jenis pukulan yang boleh dilakukan, iaitu ‘push’, ‘lift’, ‘net’,
dan ‘tap’. ‘Push’ adalah menolak bola. Ini tidak perlu banyak
kekuatan tetapi boleh membuatkan bulu tangkis ke bahagian
belakang gelanggang pihak lawan dengan rendah dan laju. Bulu
tangkis perlu berada dalam ketinggian yang cukup tinggi untuk
melakukan ‘push’. Pukulan ini adalah untuk menyerang.
‘Lift’ adalah mengangkat bola. Pemain akan melakukan
pukulan ini apabila dia tidak stabil. Ini kerana ‘lift’ aka membuatkan
bulu tangkis tinggi dan ke bahagian belakang gelanggang pihak
lawan lalu memberikan pemain masa untuk stabilkan diri. Pukulan
ini biasa digunakan apabila bulu tangkis rendah.
‘Net’ adalah bermain dekat dengan jaring. Pukulan ini boleh
dijadikan serangan jika bulu tangkis cukup tinggi. Juga terdapat
‘spin net’. Pukulan tersebut akan memusingkan bulu tangkis untuk
menyusahkan pihak lawan memukulnya. ‘Spin net’ adalah pukulan
yang agak susah. Untuk mengembalikan ‘spin net’ juga memerlukan
kemahiran yang tinggi. Dalam permainan perseorangan, ‘net’ akan
dilakukan dekat dengan jaring manakala dalam permainan beregu,
‘net’ akan dilakukan jauh sedikit daripada jaring. Ini kerana jika ‘net’
dilakukan dekat dengan jaring, maka bulu tangkis akan lebih tinggi.
Dalam permainan beregu, terdapat 2 orang. Tempat yang perlu
dijaga lebih kecil berbanding perseorangan. Pemain beregu dapat
bergerak dengan lebih cepat. Jika bulu tangkis tinggi di jaring,
mereka akan ambil kesempatan untuk melakukan ‘tap’. Oleh itu,
‘net’ dalam permainan beregu lebih jauh dan lebih rendah
berbanding perseorangan.
‘Tap’ dilakukan apabila bulu tangkis cukup tinggi di bahagian
depan gelanggang pemain. Pukulan ini seperti smesy mini. Kerana
dilakukan di bahagian depan gelanggang, pergerakan perlulah kecil
kerana ada jaring. Ini juga menggunakan letupan kuasa di
pergelangan tangan. Jika bulu tangkis terlalu dekat dengan jaring,
pemain boleh berus bulu tangkis. Itu adalah kemahiran yang tinggi
juga. Jika pemain mahu, dia boleh menipu pihak lawan dengan
membuatkan ‘net’ dengan membuatkan pergerakan seperti ‘tap’.
Semua jenis pukulan di atas boleh dilakukan secara ‘cross’,
iaitu dari kanan ke kiri dan sebaliknya. Ini adalah untuk menipu
pihak lawan. Dalam fizik, dikatakan garisan pepenjuru lebih panjang
berbanding garisan lurus. Pukulan yang bilakukan secara ‘cross’
akan perlu lebih tenaga dan aka lebih lambat. Jadi, gunakan dengan
bijak.