The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali-42 20202021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-22415029, 2021-04-22 19:15:31

Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali-42 20202021

Buku Mesyuarat Agung PIBG Kali-42 20202021

Tarikh : 24 April 2021
Masa : 9.00 Pagi
Tempat :

1. Secara atas talian
(Ibu bapa/ Penjaga)

2. Dewan La Salle Sentul
(AJK & Guru Teknikal)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK LA SALLE 1 SENTUL
JALAN SENTUL 51000 SENTUL KUALA LUMPUR

No. Tel&Faks : 03-40443196 Email [email protected]

Rujuka. n kami : PIBG/SKLSS(1).PIBG.15.16/2021(7)
Tarikh : 12 APRIL 2021

Ibu bapa/Penjaga
SK La Salle 1 Sentul
Kuala Lumpur .

Tuan puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK LA SALLE (1) SENTUL KALI KE-42

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk .

2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan/puan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK La Salle (1) Sentul akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk kali ke-42. Butiran
mesyuarat tersebut adalah seperti berikut;

2.1 Tarikh : 24 April 2021
2.2 Hari : Sabtu
2.3 Masa : 9.00 pagi
2.4 Lokasi : Tempat masing-masing
2.6 Medium mesyuarat : Google Meet

3. Pihak PIBG dan sekolah sangat berharap penyertaan tuan/puan untuk memeriahkan
majlis ini. Sehubungan itu, diharap ibubapa dapat mengemukakan usul (online) untuk
dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Untuk pengetahuan tuan /puan , usul bukanlah
komen tetapi bersifat cadangan membina atau saranan membuat penambahbaikan
kepada perkara/isu yang ingin ditimbulkan untuk kemajuan murid dan sekolah. Usul
hendaklah dihantar kepada kami melalui mesej peribadi kepada guru kelas selewat-
lewatnya pada 19 April 2021. Usul yang dikemukakan lewat dari tarikh tersebut tidak
diterima.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahulukan dengan
ucapan terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“PIBG CEMERLANG LA SALLE GEMILANG”
Yang menjalankan tugas,

………………………………………..
( Ahmad Faizal Bin Jaafar)
YDP PIBG SESI 2020/2021

1

TINTA YANG DIPERTUA PIBG

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamuaikum WBT dan selamat sejahtera..
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam S.elawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW dan Keluarganya serta Para Sahabatnya. Dikesempatan ini saya ingin
memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya diberikan kekuatan untuk
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Yang Dipertua PIBG SK La Salle
Sentul Sesi 2020/2021
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan pendokong dan juga wadah yang
bertanggungjawab memikul amanah untuk menggilap permata negara iaitu dari peringkat akar
umbi lagi. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota AJK PIBG akan menjanjikan kejayaan dan
kepuasan bagi melahirkan insan yang cemerlang. Kejayaan sesebuah sekolah dalaam bidang
akademik dan kokurikum secara zahirnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG ini juga
percambahan idea–idea bernas dan buah fikiran dari semua pihak akan meningkatkan lagi prestasi
akademik dan kokurikulum SK La Salle Sentul ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua yang terlibat dalam kejayaan dan menerbitkan
majalah sekolah dan e-majalah sekolah. Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang
berlangsung selama ini dan memberikan pengertian yang besar kepada kita semua. Jesteru itu,
saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan berpegang
teguh pada ikrar aku janji yang telah dilafazkan.

Akhir kata, saya mendoakan SK La Salle Sentul sentiasa beroleh kejayaan dan semua usaha
akan diberkati oleh Allah SWT. Semoga terus maju jaya pada masa akan datang. Sekian terima
kasih,
PIBG CEMERLANG LA SALLE GEMILANG

……………………………….
( Ahmad Faizal Bin Jaafar )
YDP PIBG Sesi 2020 / 2021
S.K La Salle (1) Sentul, KL.

2

UCAPAN ALUAN PENASIHAT PIBG

Salam sejahtera.
Ucapan terima kasih kepada tuhan kerana kita dapat bersama-sama lagi mengadakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-41 . Sekalung tahniah dan u. capan ribuan terima kasih pada semua ibubapa
yang hadir pada hari ini. Kehadiran tuan puan ke majlis ini menunjukkan komitmen yang tinggi
bagi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kita sayang ini.
Saya dan pihak sekolah merasa amat bertuah kerana mempunyai barisan kepimpinan PIBG yang
sentiasa membantu pihak sekolah terutama dalam melaksanakan 5 aktiviti utama SARANA
sekolah. Sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat saya hargai dan berharap ini akan
berlanjutan pada masa akan datang. Sekolah sememangnya sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kecemerlangan yang boleh dibanggakan melalui peningkatan prestasi kurikulum
dan kokurikulum.
Selain itu, sekolah juga berusaha membentuk dan menerapkan amalan nilai-nilai murni dalam
diri setiap murid agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani. Pihak
pengurusan sekolah juga sentiasa meningkatkan kemudahan dan prasana yang lebih sempurna
agar wujud suasana kondusif dan ceria semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesemua
program yang telah dirancang dan kejayaan yang telah dicapai merupakan hasil usaha dan
sokongan yang berterusan dari semua pihak terutama PIBG.
Dikesempatan ini , saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua AJK PIBG 2019/2020 yang
telah menjalankan tugas dengan cemerlang . Terima kasih kepada semua.

……………………………………………………………..
(ENCIK BASCARAN A/L ARUMUGAM )
Guru Besar,
SK La Salle (1) Sentul, KL.

3

9.00 Pagi TENTATIF MESYUARAT AGUNG
9.15 Pagi PIBG SK LA SALLE (1) SENTUL
9.30 Pagi
9.35 Pagi KALI KE-42
9.45 Pagi
.
10.15 Pagi
:Pendaftaran ibu bapa dan AJK PIBG 2020/2021
10.35 Pagi :Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan
12.00 T.Hari :Ucapan aluan Pengerusi Majlis
:Bacaan Doa
:Ucapan Aluan Penasihat PIBG SK LA SALLE (1)
En Bascaran A/L Arumugam
:Ucapan Perasmi Mesyuarat Agung
En Ahmad Faizal Bin Jaafar
:Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-42 bermula
Dipengerusikan oleh YDP
:Bersurai

4

AGENDA

1. Ucapan Aluan Yang dipertua dan seterusnya
menjalankan mesyuara.t.

2. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung kali ke- 41
3. Membentangkan dan menerima laporan tahunan.
4. Perkara Berbangkit.
5. Pembentangan Laporan Kewangan berakhir 1 Februari

2021
6. Perlantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
7. Membentangkan usul dan cadangan.
10. Hal-hal lain
11.Penangguhan mesyuarat dan bersurai

5

.

Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-41
Sk La Sale (1) Sentul, KL

6

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )
SK LA SALLE ( 1 ) SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR

KALI .KE-41
SESI 2020 / 2021

TARIKH : 15 FEBRUARI 2020

HARI : SABTU

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH LA SALLE SENTUL

KEHADIRAN: ( RUJUK LAMPIRAN 1 )

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Penasihat
2. Ucapan YDP / Perasmi
3. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-40
4. Membentangkan dan Mengesahkan Aktiviti PIBG sesi 2019/2020
5. Membentangkan dan Mengesahkan Penyata Kewangan
6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020
7. Pelantikan Pengerusi sementara
8. Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
9. Pembentangan usul dan cadangan
10. Penetapan Sumbangan PIBG 2020
11. Hal-hal lain
12. Penanguhan mesyuarat dan bersurai

1. UCAPAN ALUAN PENASIHAT

1.1 Guru Besar En.Bascaran A/L Arumugam merakamkan penghargaan kepada
semua ibu bapa dan guru yang hadir ke mesyuarat agung kali ini walaupun
kehadiran agak mengecewakan setiap tahun tetapi lebih ramai berbanding
bilangan ibu bapa yang hadir pada tahun lepas. Walau bagaimanapun beliau
berharap suasana harmoni antara ibu bapa dan guru-guru akan kekal seperti
tahun-tahun sebelum ini.

Makluman

1.2 Beliau juga berharap semua ibu bapa dapat memberi kerjasama kepada pihak
sekolah dan meluangkan masa untuk hadir ke program sekolah yang telah
dirancang sepanjang tahun 2020.

Makluman

7

1.3 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli
jawatankuasa PIBG yang telah bekerjasama dalam menjayakan aktiviti
sekolah pada tahun lalu terutama dalam melaksanakan 5 aktiviti utama
SARANA sekolah dan berharap ibu bapa yang lain dapat sama-sama
menyumbang idea untuk memba. ntu pembangunan sekolah serta meningkatkan
kecemerlangan yang boleh dibanggakan melalui prestasi kurikulum dan
kokurikulum.

Makluman

1.4 Beliau juga memaklumkan sumbangan PIBG pada tahun lepas telah
digunakan dengan sebaik-baiknya untuk anak-anak dalam menjayakan
program sekolah dan berharap pada tahun ini ibu bapa dapat menyumbang
wang PIBG pada tahun ini.

Makluman

1.5 Beliau juga memaklumkan bahawa peratus akademik UPSR pada tahun lepas
melebihi 90% bagi semua subjek dan mata pelajaran Bahasa Melayu mencapai
100%.

Makluman

1.6 Beliau juga memaklumkan bahawa pada awal tahun 2020, bidang sukan
olahraga juga berjaya memperoleh kejayaan.

Makluman

1.7 Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah mempunyai 3 orang murid bukan
warganegara dan kutipan sebanyak RM 24.50 akan dibuat dengan kelulusan
pihak JPWP.

Makluman

2. UCAPAN YDP / PERASMI

2.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada barisan PIBG 2019/2020 yang telah
bersama-sama menggembleng tenaga untuk menjayakan semua program
sekolah.

Makluman

2.2 Beliau juga memohon agar ibu bapa yang ada kelapangan masa boleh
bersama-sama untuk membantu program sekolah pada tahun ini.

Makluman

2.3 Beliau juga memohon agar ibu bapa memberi idea dan pandangan untuk
menambah baik program yang sedia ada.

8

Makluman
2.4 Beliau juga berharap agar mesyuarat pada hari ini dapat menyelesaikan

masalah dan isu yang ibu bapa usulkan.
Makluman

.

2.5 Beliau juga berharap AJK baru yang bakal dipilih dapat memberi komitmen
yang lebih baik bagi membantu kecemerlangan anak-anak SK La Salle Sentul.
Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-40
3.1 YDP PIBG meminta semua ahli agar meneliti minit mesyuarat agung kali Ke-
40 dan seterusnya mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan.
3.2 En. Muhammad Nasiruddin membentangkan minit mesyuarat Agung yang ke-
40.
3.3 En. Ramesh Selvam mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan.
3.4 Puan Rosmaini Omar menyokong agar minit mesyuarat tersebut disahkan.
Makluman

4. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA AKTIVITI PIBG KE-40
4.1 En. Muhammad Nasiruddin membentangkan laporan dan aktiviti PIBG
2019/2020.
4.2 Puan Faizah mencadangkan agar aktiviti tersebut disahkan.
4.3 Puan Mawar menyokong agar aktiviti tersebut disahkan.
Makluman

5. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN
5.1 Puan Amirah membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2019/2020.
5.2 Puan Nor Azizah Mohd Nor mencadangkan agar penyata kewangan tersebut
disahkan.
5.3 En. Shahrul Nizam menyokong agar penyata kewangan tersebut disahkan.
Makluman

9

6. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2018/ 2019
6.1 YDP PIBG En Faizal secara rasminya membubarkan Jawatankuasa PIBG
SESI 2019/2020.
Makluman

.

7. PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
7.1 Encik Abdul Rashid dilantik sebagai pengerusi sementara.
Pencadang : En. Vijayakumar
Penyokong : En. Ramesh Selvam
Makluman

8. PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

8.1 En. Mujahid mencadangkan Ahli Jawatankuasa tahun lepas dan anak-anak
masih belajar di SK La Salle dikekalkan kerana kerjasama yang tunjukkan
begitu baik.

Makluman

8.2 Pn. Mawar mencadangkan Ahli Jawatankuasa diberi peluang kepada ahli baru.

Makluman

8.3 En. Ramesh Selvam menyokong kenyataan En. Mujahid dan Pn. Mawar untuk
mengekalkan Ahli Jawatankuasa yang ada dan menggantikan ahli
jawatankuasa yang anak-anak telah melangkah ke sekolah menengah.

Makluman

8.4 Lantikan AJK baru :

NYDP : Encik Durai Rajoo

Cadangan : En. Ramesh

Sokongan : Pn. Angeline

AJK : En. Siva Ganesh Rao
Cadangan : En. Durai Rajoo
Sokongan : En. Faizal

10

AJK : En. Mohd Arruf Ismail
Cadangan : En. Faizal
Sokongan : En. Mujahid

AJK .
Cadangan
Sokongan : En. Shahrul Nizam Omar
: En. Faizal
: Pn. Monnaliza

AJK : Pn. Angeline Liza
Cadangan : En. Megat Khas
Sokongan : En. Ahmad Shamil Fitri

AJK : Pn. Suriana Ismail
Cadangan : Pn. Rosmani
Sokongan : Pn. Nor Diana

Makluman
8.5 JURU AUDIT : Pn. Rosmani dan En. Vinod Raj

Cadangan : Pn. Mawar
Sokongan : Pn. Sumathy

Makluman

8.6 Ahli Jawatankuasa yang 2019/2020 dikekalkan untuk sesi 2020/2021. ( Rujuk
Lampiran II)

Makluman

9. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN
1. NAMA : PN. SARASMATHY KUTTAN PILLAI (JEI KISHEN 3 RIGEL)
a. Guna wisel/pembesar suara untuk pengawal keselamatan.
b. Pasang penghalang sebelah laluan tangga ke ‘basement’.

11

JAWAPAN :

a. Guru Besar akan maklumkan kepada pengawal keselamatan.

b. Cadangan diterima oleh Guru Besar dan akan meminta pekerja meletak pasu bunga dan cadangan
ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pengurusan Lembaga Sekolah.

.
Tindakan : Guru Besar

2. NAMA : PN. SHARLINI A/P SUNDARAM (KISHOR 3 VEGA)

a. Mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (DLP).
b. Pelbagaikan makanan di kantin sekolah.

JAWAPAN :

a. Ditentukan oleh Jabatan dan pihak sekolah memerlukan lebih peratus murid-murid yang fasih
menguasai bahasa Inggeris untuk laksanakan DLP. Latar belakang murid masih ramai yang belum
fasih menguasai bahasa Inggeris.

b. Bilangan murid di sekolah tidak ramai. Makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin
berdasarkan bilangan murid. Ibu bapa boleh menyediakan bekal untuk anak-anak.

Makluman

3. NAMA: EN. MOHD ARRUF ISMAIL (MUHD DANISH RAYYAN 3 RIGEL)

a. Memastikan tandas sentiasa bersih untuk menjamin keselamatan dan
kebersihan.

b. Memastikan penggunaan buku aktiviti digunakan sepenuhnya sehingga akhir
tahun.

JAWAPAN :

a. Guru Besar sentiasa memeriksa tandas agar dibersihkan dua kali sehari.

b. GPK Tadbir dan Kurikulum memaklumkan buku tersebut digunakan sebagai kerja rumah dan guru
mengikut kesesuaian tajuk yang diajar dan tahap penguasaan murid.

Makluman

4. NAMA: EN. RAFIZY RAMLAN (MUHD RAYHAN 3 RIGEL)

a. Keperluan buku tulis dan buku nota diberikan kepada murid (senarai buku tulis)
sebelum cuti sekolah akhir tahun dan mohon pihak sekolah menyarankan kedai
buku sekolah menyediakan stok buku tulis/ nota secukupnya.

JAWAPAN :

a. Pihak sekolah menghadapi masalah bekalan buku tulis. Masalah daripada pihak kedai buku tidak
dapat membekalkan buku mengikut tarikh. Walau bagaimanapun pihak sekolah telah membuat

12

tempahan buku tulis/ nota daripada pembekal lain. Murid-murid boleh membeli buku di kedai buku
atau pejabat.

Makluman

5. NAMA: PN. SUMATHY (CHAARAN K NADARAJA 4 VEGA)
.

a. Kenapa tidak boleh bincang kerja rumah di dalam kumpulan Whatsapp?
b. Saya cadangkan untuk senaraikan nama murid yang tidak menyiapkan kerja

rumah di dalam kumpulan Whatsapp supaya ibu bapa dapat memberi perhatian.

JAWAPAN :

a. Guru Besar memaklumkan bahawa berlaku proses peniruan dalam menyiapkan kerja sekolah dan
dan kelakuan tersebut bukan proses pembelajaran. Di samping itu, murid-murid mengambil
kesempatan tidak mengggunakan masa di dalam kelas untuk membuat kerja dan mereka bermain-
main dengan harapan kerja tersebut dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp.

b. Guru Besar memaklumkan bahawa senarai nama murid yang tidak menyiapkan kerja dimasukkan
dalam Telegram sekolah untuk diambil tindakan oleh beliau.

Makluman

6. NAMA: EN.YENNY YANTO ZULKIFLY (DARWISH ADNAN 5 RIGEL)

a. Membenarkan ibu bapa mengambil dan menghantar anak melalui pintu
hadapan dan belakang.

JAWAPAN :

a. Perbincangan bersama telah diadakan dan dipersetujui oleh pihak DBKL, sekolah menengah dan
BOARD serta surat telah diedarkan kepada semua ibu bapa melalui anak-anak untuk menggunakan
pintu belakang atas faktor keselamatan. Pintu depan hanya digunakan oleh murid-murid yang
menaiki bas RAPID dan telah diberikan pas kebenaran oleh pihak sekolah.

Makluman

7. NAMA: PN. PUVANENDIRAN (DEVESH 6 VEGA)

a. Mencadangkan agar pihak sekolah membuat segala aktiviti latihan sukan pada
hujung minggu dan bukan pada waktu petang hari persekolahan biasa. Hal ini
kerana, murid-murid akan keletihan sewaktu pulang dari sekolah dan tidak
sempat untuk menyiapkan kerja rumah dan latihan kerana terlalu penat di
sekolah.

JAWAPAN :

a. Guru Besar memaklumkan latihan pernah diadakan pada hari Sabtu tetapi ramai murid yang tidak
boleh hadir. Di samping itu juga, kekangan penggunaan padang dengan pihak sekolah menengah

13

kerana pihak sekolah menengah menggunakan padang untuk latihan pada hujung minggu serta
guru-guru juga perlu berehat pada hari Sabtu.

Makluman

10. Penetapan Sumbangan PIBG 2019

.

10.1 Bagi tahun 2020, YDP PIBG telah mencadangkan kutipan dana sumbangan
PIBG dikekalkan.

Makluman

10.2 Cadangan ini dipersetujui sebulat suara ahli mesyuarat. Sumbangan PIBG
2020 telah ditetapkan iaitu:

-RM55.00 sekeluarga untuk Dana PIBG

-RM10 setiap orang murid untuk tabung BSN

Makluman

10.3 Guru Besar memaklumkan bahawa sumbangan RM250.00 untuk tahun 6
masih dikekalkan dan dipersetujui sebulat suara oleh ibu bapa yang hadir pada
hari penetapan target tahun 6 yang lepas.

Makluman

11. Hal-hal Lain

11.1 Ustaz Hamidi memaklumkan berkaitan dengan buku teks yang tidak ditulis
nama dan meninggalkan buku tersebut di dalam kelas akan dirampas dan tidak
dipulangkan.

11.1.1 Pn. Faizah mencadangkan agar pihak sekolah memberi peringatan
terlebih dahulu kepada murid dan ibu bapa.

11.1.2 Guru Besar membuat keputusan agar ibu bapa perlu menulis surat
permohonan kepada pihak sekolah untuk pulangkan buku tersebut dan pihak
sekolah akan mempertimmbangkannya dan dipersetujui oleh semua ahli
mesyuarat.

Tindakan : Semua ibu bapa
11.2 Pn. Vaneta mencadangkan agar tandas ditukar kepada ‘toilet bowl’.

11.2.1 Guru Besar memaklumkan cadangan tersebut telah diusulkan kepada
pihak Lembaga Pengurusan Sekolah. Walau bagaimanapun kos tersebut agak
tinggi.

Makluman

11.3 En. Mujahid mencadangkan penentuan 1 hari dalam sebulan menggunakan
bahasa Inggeris sepenuhnya dalam semua aktiviti sekolah.
14

11.3.1 Guru Besar memakluman akan dibincangkan dalam panitia Bahasa
Inggeris

Tindakan : Ketua Panitia BI

.

12. PENANGGUHAN MESYUARAT
12.1 YDP mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada ahli mesyuarat yang
hadir.
12.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

zariniey ……………………………….
(Ahmad Faizal Bin Jaafar)
(Zarini binti Razali) YDP PIBG Sesi 2020 / 2021
S/U PIBG Sesi 2020 / 2021

15

Lampiran I

SENARAI KEHADIRAN AHLI
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41

.

1. BASCARAN A/L ARUMUGAM
2. ABDUL RASHID BIN ABDUL WAHAB
3. PN. NOR AZIZAH BINTI MOHD LAZIM
4. AINUN FARIZAN BT NOR ZABRI
5. ASNORAZNI BINTI CHE AZIZ
6. MOHD HALEQ BIN HAYON
7. MOHD HAMIDI BIN HARIS
8. W MOHD ZUHDI BIN W MD AMIN
9. NOR DIANA BINTI ARZAN
10. RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN
11. SHAMIZAR BINTI MAT ZAIN
12. SITI SYUHAIDA BINTI ABU SAMAH
13. SURIANI BT NGAH
14. ZARINI BINTI RAZALI
15. NUR SYAMIMI BINTI MUSA
17. NOR AMIRAH BT ABDUL HAMID
18. ROZITA BT JUSOH @ YUSOF
19. MEGAT KHAS BIN MEGAT RAMLI
20. MUHAMMAD MUQHRAM BIN MAZLAN
21. MUHAMMAD LATIF BIN OTHMAN
22. HASNAN BIN MOHD NOR
23. PHANUKPHAN OPART
24. SARASWATHY KUTTAN PILLAI

16

25. KESHMINDER SINGH

26. SHARLINI S

27. KHAIRUL SHAKIR B. HASSAN

28. SAVARI JUTHI A/L MICHEAL .

29. HAZLINA BTE ZAINAL ABIDDIN

30. RAJASEGARAN A/L M.MUNIANDY

31. ANTHONY DIFFON FELIX

32. ANNITA ANTHONY

33. CHANG KUI LAN

34. ROSMANI OMAR

35. KAVITHA

36. HARDEEPKAUR

37. ZAINOL B.ISMAIL

38. MONNALIZA ABD RAHMAN

39. THIRU SELVI A/P KANASON

40. JAGERDISH A/L RAMA MOORTHI

41. MUZIANA ISHAK

42. MAWAR BADARUDDIN

43. SURIANA B. ISMAIL

44. VIJAYA KUMAR

45. MERIMUGULAI

46. SAMSURIA ZAINUDDIN

47. KHAIRUL EZZAY ISHAK

48. SURIA ABDULLAH

49. RANTHEER SINGH

50. MANDEEP KAUR

51. EMPIAN LAJI

17

52. MASDAWANI AZMAN

53. MOHD ARRUF ISMAIL

54. FAIZAH MUHAMMAD

54. RAVI VARMAN .

55. VENUTHENEEY MUNIYANDI

56. K.THIAYALINI

57. SIVAGANSH RAO

58. SURIAKALA

59. SHAHRUL NIZAM

60. MARYATUL HUDA MOHD KHARRIN

61. SUMATHY MUNIANDY

62. NOOR HAFIZAH BT. ROSLI

63. KALI TASA

64. THAENMOLI RAMASAMY

65. G. VINOD RAJ

66. AMIRUL AKMAL B. ABDUL AZIZ

67. MEOR HAKIF AMIR HASSAN

68. MOHAMAD B. IBRAHIM

69. SHAIK DAWOOD

70. RAMESH SALVEM

71. AZMI KAMARUDIN

72. AHMAD FAIZAL B. JAAFAR

73. NORHUDA JAAFAR

74. MATHAVI SADASIVAM

75. JEGANTHI

76. HAMIZIATI J\HAMID

77. AZHANIZAM ZAINAL ABIDIN
18

76. DURAI RAJOO

77. RAJESWARY AAROO

78. IDHAM JAMUDIN

79. NURSHARIZA .

80. MUHAMAD RUSMI B. CHE DOL

81. FAIZAH MUHAMMAD APANDU

82. MD. HASLAM

83. KOMALA ARUMUSALAM

84. ANGELINE LIZA A/P RAMACHAN RAN

85. MUJAHID SAMSUN

86. SATHIAMURTHY

87. NUR AZLIAN MOHD NAWI

88. ZURAIDAH ABDULLAH

89. PUVAMENDRIAN

90. MOHD NASIR OTHMAN

91. HARINDERPAL KAUR

92. HARVINDER SINGH

93. AHMAD SHAMIL FITRI

94. YANNY YANTO

95. FATIHAH MOHAMAD KHAZI

96. NORAFIZI MOHD NOR

97. SIVANIASAN

98. THANUSHRI

99. IBRAHIM B. MUSA

100. MOHD RAFIZY RAMLAN

101. RODZIAH HAMIZI

19

LAPORAN TAHUNAN

JAWATANKUASA PIBG SK LA SALLE (1) SENTUL

SESI 2020/2021

.

PENDAHULUAN

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK La Salle (1) ditubuhkan semenjak SK La Salle mula
beroperasi.Konsep PIBG ialah membantu meringankan perlaksanaan Program Pendididkan
Sekolah dalam bidang kurikulum,kokurikulum,sahsiah dan budaya sekolah di mana
merangkumi juga pembangunan infrastruktur .Dengan adanya Sarana Sekolah dan Sarana Ibu
bapa ,sekolah dan masyarakat saling bantu-membantu agar wujud suasana pembelajaran yang
baik demi murid.

Bermula 15 Februari 2020 sehingga 24 April 2021 ,pentadbiran dan Ahli
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berjaya dibentuk dan telah menjalankan
tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan memberi komitmen yang tinggi
.Jawatankuasa PIBG SK La Salle (1) Sentul berjaya dibentuk dengan seramai 23 orang ahli
(16 orang ibu bapa dan 6 orang guru) dan seorang penasihat (Guru Besar).Peranan AJK PIBG
ialah mengelola dan menjalankan kegiatan persatuan dan membuat keputusan atas perkara-
perkara mengenai persatuan yang tidak bertentangan dengan dasar umum yang dipersetujui
semasa Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan
yang dibuat dibawahnya.

Disebabkan kekangan dan penularan virus Covid-19 mesyuarat hanya dapat
dijalankan sebanyak 2 sahaja tetapi ahli-ahli AJK sentiasa membincangkan hal sekolah dalam
Whatsaap. Segala perkara mengenai persatuan dibincangkan dan program yang dirancang
dijalankan dengan sebaik-baiknya demi kemajuan sekolah.

TARIKH MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

Bilangan Tarikh Hari Tempat
Mesyuarat kali ke-1 05 Mac 2020 Khamis Bilik Gerakan
Mesyuarat kali ke-2 07 April 2021 Rabu Rumah masing-masing

20

AKTIVITI /PROGRAM SERTA SUMBANGAN DIBERIKAN OLEH PIBG SEPANJANG TAHUN
2020 SEHINGGA MAC 2021

BIL AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 2020/2021 TINDAKAN
1 B15ANKETLUUAANRKGEAWBA4N0G( AANPRDILADRIAPNADMAEKI U20T2IP0.A) N DERMA KILAT KEPADA PIBG
2 PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH 2020 DAN 2021
3 PROGRAM MENYANTUNI SEKOLAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN PIBG
AJK PIBG
OLEH YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
4 SANITASI KELAS DAN KAWASAN SEKOLAH PIBG
5 MEMBAIK PULIH LALUAN BELAKANG SEKOLAH
6 SUMBANGAN PEMBELIAN PENCETAK PIBG
7 SUMBANGAN PEMBELIAN BUKU LATIHAN UNTUK 90 ORANG MURID PIBG

B40 YANG TIDAK DAPAT MENGIKUTI KELAS ONLINE PIBG
8 SUMBANGAN PEMBELIAN 10 SET MEJA DAN KERUSI MURID PIBG
9 SUMBANGAN TOP UP UNTUK MURID MENGIKUTI KELAS ONLINE PIBG
10 SUMBANGAN PERUNTUKAN KECERIAAN KELAS PIBG
11 SUMBANGAN KERTAS A4

Walaupun kebanyakan program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana penularan

virus Covid-19, tetapi semua ahli jawatankuasa sentiasa berbincang dalam kumpulan
‘Whatapps’ dan sentiasa memberi kerjasama yang mantap kepada pihak sekolah.

21

PENUTUP

Tanpa kerjasama semua pihak, perjalanan yang dirancang mungkin tidak akan
berjaya. Besarlah harapan semua pihak agar jalinan yang wujud ini akan sentiasa dijaga dan
dapat membantu semua pihak menjalankan aktiviti demi kemajuan murid keseluruhannya.
PIBG dan sekolah akan sentiasa berganding. bahu memajukan dan menjaga kepentingan
murid SK La Salle (1) Sentul. Adalah diharapkan AJK yang telah dilantik akan terus
memberi komitmen yang padu dan dapat bekerjasama membangunkan sekolah serta
membentuk modal insan yang berjasa kepada agama , bangsa dan negara. Terima kasih
diucapkan kepada semua pihak kerana telah merapatkan jalinan ibu bapa dan warga sekolah
keseluruhannya . Semoga kerjasama ini berkekalan.

Sekian ,terima kasih,

Disediakan oleh;
Zarieniey

(ZARINI BINTI RAZALI)
Setiausaha PIBG
SK La Salle (1) Sentul, KL

22

.

USUL DAN
CADANGAN

23

USUL DAN CADANGAN

1. NAMA : PN. NUBERT ANEEL (CHRISTIAN – 2 RIGEL)
a. Mesyuarat diadakan secara bersemuka. (Face to face is better. Maybe batch by batch)

JAWAPAN: .

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

2. NAMA : EN. NIZAN NORBINSYAH BIN MUSA (MUHAMMAD NAZZIN SYAFIN – 1
VEGA)
a. Mohon sediakan kabinet atau kotak utk simpan sebahagian buku di sekolah kerana
beg berat.

JAWAPAN:
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

3. NAMA : PN. HANI HASHIM (MUHAMMAD ADAM MIKHAIL B. ABDUL AZIZ – 1 VEGA)
a. Mohon ibu bapa jangan menggunakan platform Whatsapp kelas untuk menuding di
antara satu sama lain. Hal peribadi perlu berbincang di luar.
b. Adakan ‘Whatsapp’ kelas yang lain untuk ketidakhadiran murid dan pesanan makanan
kerana ibu bapa akan terlepas info penting.

JAWAPAN :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

4. NAMA : EN. BADRIRUZIELLA MD. ZUKHI (MUHAMMAD AMMAR UKAIL B. MOHD NASIR – 5
RIGEL)
a) Kerjasama daripada semua pihak untuk tidak menghantar anak yang kurang sihat ke
sekolah supaya dapat mengelak daripada menjangkiti murid lain, walaupun suhu diambil
hanya demam biasa.

JAWAPAN :

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

5. NAMA : EN. MASRUL AZLI MAT SAOD (DARIZQ THAQIF B. MASRUL AZLI – 1 RIGEL)
a. Mohon ibu bapa yang menjemput anak tidak pentingkan diri dengan membuat double
parking kerana akan menyusahkan orang lain.

24

JAWAPAN:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

.
6. NAMA : PN. EVELYN SHEILA (FABIAN ANDREW – 2 VEGA)

a) Menerap nilai murni di dalam bilik darjah.

JAWAPAN :

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

7. NAMA : PN. SAVARI ( JAYDEN GAVRIELL – 4 VEGA)
a. Mohon pantau penggunaan perkataan murid yang tidak sesuai di dalam kelas.

JAWAPAN:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

8. NAMA : PN. MUNTAZ NARAYANI DEVI (KHISUR A/L GOPISELAN -1 VEGA)
a. Tingkatkan kurikulum.

JAWAPAN:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

9. NAMA : PN. KOMALA A/P ARUMUGAM (JEVAANESAN JOHNSON – 6 RIGEL)
a. Persediaan untuk UPSR 2021. Adakah peperiksaan akan diadakan pada tahun ini?

JAWAPAN:

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

10. NAMA : PN. SHEENA NISAH (HARESH SHAWN – 1 VEGA)
a. Mohon adakan kelas atau aktiviti tambahan seperti b.cina, lukisan, sukan, komputer.

25

JAWAPAN:
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
11. NAMA : PN. NOR ADLINA AB GHANI (MO.HAMAD ZUL ADLI IQRAM B. MOHAMAD ZUHERRI
ZULKARNAIN – 5 VEGA)
a. Menaik taraf kebersihan tandas.
JAWAPAN:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

12. NAMA : PN. NOORASLINDA MD. ISA (NORANIQ IZZFAR B. NORZAIDI - 1 RIGEL & NORAFIQ
AZAIZZ B. NORZAIDI – 5 VEGA)
a. Keadaan tandas perlu dibaiki untuk kesenangan murid terutama murid-murid tahun 1.
JAWAPAN :
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

13. NAMA : EN. JEGATHESAN (RAMANA JAMES CHARLES – 2 VEGA)
a. Menyediakan tangki air untuk menyimpan air secukupnya untuk digunakan semasa
ketiadaan air.
JAWAPAN:
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

26

CADANGAN SUMBANGAN PIBG TAHUN 2021 JUMLAH
TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6 RM 55.00
RM 10.00
BIL PERKARA . RM 65.00
1. Sumbangan PIBG (sekeluarga)
2. Tabung BSN (setiap murid)

JUMLAH

27

.

Penyata
kewangan
2020/2021

28





















SENARAI AJK PIBG 2020/2021
PENASIHAT
GURU BESAR

EN. BASCARAN A/L ARUMUGAM

YANG DIPERTUA PIBG

EN. AHMAD FAIZAL B. JAAFAR

NAIB YANG DIPERTUA

EN. DURAI RAJOO A/L CHILUAM

SETIAUSAHA

PN. ZARINI BINTI RAZALI

NAIB SETIAUSAHA

PN. NUR SYAMIMI BINTI MUSA

BENDAHARI

EN. MUHAMMAD MUQHRAM B. MAZELAN

NAIB BENDAHARI

PN. ROZITA BINTI JUSOH@YUSOF

AJK IBU BAPA

PN. MAWAR BINTI BADARUDDIN
PN. SUMATHY A/P MUNIANDY

PN. ANGELINE LIZA A/P RAMACHAND RAN
PN. SURIANA BINTI ISMAIL

PN. MONNALIZA BINTI ABD RAHMAN
EN. SHAHRUL NIZAM BIN OMAR
EN. RAMESH A/L SELVAM

EN. MOHD ARRUF B. ISMAIL

PN. NUR AZLINA BINTI MOHD NOOR
EN. SIVAGANESHRAO A/L SANNASEY
PN. FAIZAH BINTI MUHAMMAD APANDI

EN. AHMAD S.YAMIL B. FITRI
PN. NUROLAIEN BINTI ABD AZIZ
DATO’ NOR AISAH BINTI RAJAB

JURUAUDIT

PN. ROSMANI BINTI OMAR
EN. VINOD RAJ A/L R.GNANASIGAMANY

AJK GURU

EN. MEGAT KHAS B. MEGAT RAMLI
EN. HASNAN B. MOHD NOR

PEMEGANG AMANAH

EN. ABD RASHID B. ABD WAHAB

1

SENARAI AJK PIBG 2021/2022
PENASIHAT
GURU BESAR

.

EN. BASCARAN A/L ARUMUGAM

YANG DIPERTUA PIBG

EN. AHMAD FAIZAL B. JAAFAR

NAIB YANG DIPERTUA

EN. DURAI RAJOO A/L CHILUAM

SETIAUSAHA

PN. ZARINI BINTI RAZALI

NAIB SETIAUSAHA

PN. NUR SYAMIMI BINTI MUSA

BENDAHARI

EN. MUHAMMAD MUQHRAM B. MAZELAN

NAIB BENDAHARI

PN. ROZITA BINTI JUSOH@YUSOF

AJK IBU BAPA

PN. SUMATHY A/P MUNIANDY
PN. ANGELINE LIZA A/P RAMACHAND RAN

PN. SURIANA BINTI ISMAIL
PN. MONNALIZA BINTI ABD RAHMAN

EN. SHAHRUL NIZAM BIN OMAR
EN. RAMESH A/L SELVAM

EN. MOHD ARRUF B. ISMAIL

2

PN. NUR AZLINA BINTI MOHD NOOR
EN. SIVAGANESHRAO A/L SANNASEY
PN. FAIZAH BINTI MUHAMMAD APANDI

PN. NUROLAIEN. BINTI ABD AZIZ

JURUAUDIT

EN. AHMAD SYAMIL B. FITRI
EN. VINOD RAJ A/L R.GNANASIGAMANY

AJK GURU

PN. MEGAT KHAS B. MEGAT RAMLI
PN. HASNAN B. MOHD NOR

PEMEGANG AMANAH

EN. ABD RASHID B. ABD WAHAB

AJK YANG BARU DIPILIH

PN. SITI NORAIZAH BINTI NAZRI
PN. YAMUNAH A/P KANDIAH

DR. ILYANA BINTI IBRAHIM

3

AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -42

SK LA SALLE (1) SENTUL, KUALA LUMPUR

JURUACARA PERSIAPAN DEWAN
EN. MOHAMAD LATIF OTHMAN . PN. RAJA NORHAYATI RAJA SULAIMAN
EN. MEGAT KHAS MEGAT RAMLI
PN. NOR AMIRAH ABDUL HAMID
PENDAFTARAN SEMUA GURU LELAKI
PN ZARINI RAZALI PEKERJA PEMBERSIHAN

BACAAN DOA SIJIL PENGHARGAAN
EN.MOHD HAMIDI HARIS PN. SITI NOR AFIQAH MOHD GHAWI
EN. MOHD HASNAN MOHD NOOR CIK SITI HAFIZAH SHAHRUDIN

BUKU PROGRAM TEKNIKAL
PN ZARINI RAZALI EN.MOHD HALEQ HAYON
CIK ASNORAZNI CHE AZIZ EN. MOHD MUQHRAM RAMELAN
EN. PHANUKPHAN OPART

PENCATAT MINIT CENDERAMATA
PN.SITI SYUHAIDA ABU SAMAH PN. SURIANI NGAH
PN.AINUN FARIZAN NOR ZABRI
DOKUMENTASI
JURUKIRA UNDI EN. MUHAMMAD NASIRUDDIN ROMLI
PN. NORDIANA ARZAN (LINK 1) PN. SHAMIZAR MAT ZAIN
PN. ROZITA (LINK 2)

4

.

PENGHARGAAN
Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih ini

khas buat:
Guru dan pentadbiran SKLSS (1)
Lembaga Pengurusan Sekolah La Salle
Semua AJK PIBG Sesi 2020/2021
Semua AJK Pelaksana mesyuarat kali ke-42
Semua yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung

kali ke-42

TERIMA KASIH ATAS SEGALA
SUMBANGAN

5


Click to View FlipBook Version