Kegemilangan kesultanan johor
riau dalam aspek perdagangan
NAMA: raihanah binti azir
KELAS: 2 gigih
GURU MATA PELAJARAN: pn hjh nazrah bt hj
jamaludin
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpahnya memberi
saya kesihatan yang baik kepada saya untuk menyiapkan kajian
kes sejarah ini tepat pada masanya.
Seterusnya,terima kasih di ucapkan kepada Tuan
Pengetua,Ustaz Samzini Bin Abdullah kerana telah memberikan
kebenaran untuk melakukan kajian kes sejarah ini.Ribuan terima
kasih diucapkan kepada guru sejarah iaitu Pn Hjh Nazrah Binti Hj
Jamaluddin kerana telah banyak membantu saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga kedua ibu bapa saya yang sentiasa
memberi sokongan dari awal sehingga akhir tugasan ini.Terima
kasih juga diucapkan kepada sahabat dan rakan-rakan sekelas
yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Tanpa
mereka sudah tentu saya akan mengalami kesukaran untuk
menyiapkan kajian kes ini.
PERNYATAAN MASALAH
Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah.Terdapat beberapa usaha memajukan kerajaan Johor Riau
termasuklah memajukan aktiviti perdagangan.Namun maklumat
berkaitan aktiviti perdagangan di Johor Riau di dalam buku teks
adalah terhad.Oleh itu kajian kes ini dijalankan bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada
kegemilangan perdagangan di Johor Riau.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai empat objektif yang telah
ditetapkan iaitu:
1. Menerangkan latar belakang pengasasan Kesultanan
Johor Riau.
2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor
Riau yang gemilang.
3. Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Johor
Riau sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga
menyumbang kepada kegemilangan Kerajaan Johor Riau.
4. Menghuraikan kesan-kesan perdagangan keatas kemajuan
Kerajaan Johor Riau dan kerajaan pada hari ini.
KAEDAH KAJIAN
Terdapat 3 jenis kaedah kajian iaitu kaedah lisan, kaedah
bertulis dan kaedah arkeologi.Namun,dalam kajian kes ini, saya
menggunakan kaedah berikut:
1. Kaedah Lisan
Saya telah menemu bual guru sejarah dan ibu
bapa saya bagi mendapatkan penjelasan lanjut
tentang Kerajaan Johor Riau dan cara
menghasilkan penulisan kerja khusus sejarah ini.
2. Kaedah Bertulis
Saya telah membuat rujukan ke atas beberapa bahan
rujukan seperti buku teks sejarah, membuat carian
menggunakan internet dan buku rujukan sejarah yang
lain.
JADUAL KERJA
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
Panduan pemilihan
1 28/7/2021 Taklimat kajian kes Tingkatan 2 daripada tajuk oleh guru.
guru mata pelajaran sejarah. Usaha kendiri dan
penerangan guru.
2 29/7/2021 Melengkapkan perancangan awal kajian kes:
1. Membina jadual. Usaha kendiri dan
2. Menentukan tajuk kajian. penerangan guru.
3. Menulis penghargaan. Usaha kendiri.
3 30/7/2021 Menyiapkan pernyataan masalah, objektif
kajian dan jadual kerja.
4 31/7/2021 Mencari bahan menggunakan buku teks.
5 5/8/2021 Menyediakan kerangka kasar mengikut Penerangan guru
pecahan tajuk berikut: dan usaha kendiri.
1. Sejarah pengasasan Kesultanan Johor Riau.
2. Ciri-ciri perdagangan di Johor Riau.
3. Faktor-faktor Johor sebagai pelabuhan
entrepot.
4. Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai
sebuah negeri yang mempunyai system
perdagangan yang gemilang.
5. Pandangan anda terhadap sistem ekonomi
negara kita pada hari ini.
6 6/8/2021 Langkah yang boleh diambil untuk Usaha kendiri
memajukan sistem ekonomi masa kini.
7 7/8/2021 Nilai dan Iktibar. Usaha kendiri.
8 7/8/2021 Harapan. Usaha kendiri.
9 20/8/2021 Menyiapkan laporan akhir. Usaha kendiri.
10 22/8/2021 Sumber rujukan Usaha kendiri.
11 30/8/2021 Membuat buku digital menggunakan aplikasi Usaha kendiri.
anyflip
12 12/9/2021 Menghantar tugasan Usaha kendiri.
Sejarah KERANGKA KASAR
pengasasan
kemahiran Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan
Kesultanan Johor Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi sistem
Riau. pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk
dan naungan Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Johor
Riau juga meneruskan tradisi kegemilangan dan keagungan
kerajaan awal di Alam Melayu.
Pengasasan Kerajaan
Kemahiran Johor Riau diasaskan oleh Raja Ali, putera
Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda
menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I
(1528-1564).
Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.
Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua
Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun
1528.
Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran
sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal untuk
keluar masuk.
Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar.
Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang
Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan
dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.
Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka
pusat pemerintahan di Kota Sayong.
Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh
sukar melintasi sungai yang sempit.
Ciri-ciri Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama
perdagangan di Pada Tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I
Johor Riau.
memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor
Lama.
Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu.
Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang
lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal
dagang.
Pada abad ke-16 dan ke-17, Johor muncul sebagai pusat
perdagangan yang menjadi tumpuan pedagang. Terdapat
beberapa keistimewaan yang menyebabkan Johor muncul
sebagai pusat perdagangan yang unggul.
Kedudukan Strategik
Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor
mudah dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor
yang lebar dan dalam.
Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka
membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang
dari Timur dan Barat.
Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu
lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para
pedagang luar untuk berurus niaga.
Tumpuan Para Pedagang
Tumpuan pedagang dari China, Ghujerat, Belanda dan
pedagang Inggeris.
Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai pelabuhan
pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan
portugis di Melaka.
Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti
beras.
Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan
dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.
Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang
Dagangan.
Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat
pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan
barangan dari China, India, dan Arab.
Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah
jajahan dan naugan Johor ialah lada hitam, bijih timah
dan emas.
Bijih timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong
dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera.
Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari
Inderagiri.
Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu,
damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk
belanga,lilin dan garam yang didatangkan dari Pahang,
Timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong,
Klang, Naning dan Rembau.
Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat
perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China.
Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih,
barang tembikar seramik, kuali besi, the dan tembaga.
Pedagang Jawa membawa beras
Pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan
manik.
Johor juga mendapat bekalan beras yang diniagakan
oleh pedagang Siam.
Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai
bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di
pelabuhan Riau.
Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal
Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam
Melayu.
Faktor-faktor Kecekapan pelabuhan Kesultanan Johor Riau
Johor Riau mengendalikan barang dagangan dan kemampuannya
sebagai sebuah membekalkan semula kapal dengan cepat dan murah
pelabuhan merupakan antara faktor utama yang menjadikan
Entrepot pelabuhannya sebagai pelabuhan entrepot.
Kemudahan Pelabuhan
Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan
barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran.
Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan
urusan perdagangan.
Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang
seperti lada hitam dan rempah-ratus.
Urusan Jual Beli
Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan
menggunakan mata wang.
Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata
wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak
sebagai kupang dan wang timah sebagai katun.
Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut
digunakan.
Syahbandar merupakan pembesar yang
bertanggungjawab mengurus sistem jual beli dan
kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang
dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan.
Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan.
Sistem Naungan
Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat
naungan daripada Bendahara, Temenggung,
Laksamana dan Raja Indera Bongsu.
Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak
yang memberikan naungan dalam bentuk cukai
perdagangan berdasarkan sistem naungan.
Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat
kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa
gangguan di Selat Melaka.
Peranan Orang Laut
Orang laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para
pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat
Melaka.
Orang laut juga terlibat mengawal keselamatan
Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera
angkatan laut.
Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal
Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan
membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.
Orang laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka
membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah
membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.
Bukti Kesultanan Di Johor, Kesultanan Melayu Johor telah mewujudkan
Johor Riau mata wang emas dan diedarkan semasa pemerintahan
sebagai sebuah Sultan Alauddin Riayat Shah I (1527/28-1564).
negeri yang Mata wang ini merupakan yang tertua pernah
mempunyai sistem digunakan di negeri Johor. Menurut Mohd Kassim
perdagangan yang
gemilang (1984), duit itu dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitu
dinar dan kupang. Ianya diterima oleh sebahagian besar
Asia Tenggara dengan kadar tukaran antarabangsa yang
ditetapkan pada setengah (1/2) dan seperlapan (1/8)
Dolar Sepanyol.
Satu emas bersamaan dengan empat kupang. Mulai
pertengahan abad ke-16, emas dianggap bernilai
separuh dari Dolar Sepanyol atau bersamaan dengan
empat harga tanga Perak Portugis. Duit-duit emas ini
berbentuk persegi lapan, ianya hanya diguna pakai pada
pemerintahan Sultan Abdul Jalil II (1571-1597) dan
Sultan Abdullah Riayat Shah (1615-1623) sahaja.
Menurut Abdullah Zakaria dan Zainal Abidin (1994),
duit emas adalah berbentuk bulat, permukaan depan
tertera tulisan jawi atau arab dengan nama Sultan yang
memerintah manakala di bahagian belakang pula
terdapat kata-kata pujian Khalifatul Mukminin.
Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1623-1677)
dan Sultan Sulaiman Badrul Alam (1722-1760),
terdapat juga syiling berbentuk segi lapan yang
diperbuat daripada perak.
Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat
pengumpulan barangan dari Timur dan Barat ke
Kepulauan Melayu.
Johor mengurus barang-barang dagangan dari seluruh
pelusuk dunia. Syahbandar ditugaskan bagi mengawal
pelabuhan entrepot dan antara tugas-tugasnya ialah:-
Mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk
ke pelabuhan entrepot.
Menjadi hakim bagi sebarang perselisihan antara
pedagang dan merujuk kepada makhamah jika
kesnya berat.
Memeriksa segala cukai.
Memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz
kapal-kapal tersebut.
Kini kerajaan Johor menjadi salah satu kerajaan
Melayu yang dikagumi kerana pernah mencipta
keagungannya yang tersendiri.
Pandangan anda Malaysia Berpotensi Menjadi Kuasa Ekonomi Dunia
terhadap sistem Ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia.
ekonomi negara
kita
Langkah untuk Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik,
memajukan sistem hab pelancongan dan industri yang mapan.
ekonomi Negara
pada hari ini Nilai ringgit yang kukuh atau stabil berbanding nilai
mata wang lain di dunia.
Penggunaan teknologi termaju dalam bidang
pembangunan ekonomi serta sosial.
Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti
PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan
sebagainya.
Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum,
kayu dan sebagainya.
IPTA Menyediakan Kursus dalam Bidang Berkaitan
Ekonomi
Pihak kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu
menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang
keusahawanan.
Menyediakan Pinjaman Modal dan Bantuan Teknologi
Serta Konsultasi
Pihak yang berkaitan digalakkan untuk menyediakan
pinjaman modal atau konsultasi bagi menangani
masalah pencarian sumber pendapatan bagi golongan
yang kurang berkemampuan.
Mengenal Pasti Sumber Negara yang Berpotensi Untuk
Dimajukan
Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan
adalah sector pelancongan memandangkan Malaysia
kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik
untuk dilawati.
Menghasilkan Produk Tempatan yang Bertaraf Dunia
Pada masa kini, banyak produk-produk pengeluaran
tempatan mendapat tempat di mata orang luar.
Contohnya, jenama Getha (jenama pengluaran tilam),
Yokohama (jenama pengeluaran tayar dan bateri
kereta), Mamee (jenama makanan), Fujiaire (jenama
penghawa dingin) dan Joven (jenama pemanas air).
Mengadakan Program Pembangunan Seperti FELDA
dan FELCRA
Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber
pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi
negara.
Nilai dan Iktibar SPRM Sebagai Badan Berkuasa Menangani Rasuah
Ekonomi.
Hal ini adalah bagi memastikan system ekonomi negara
bersifat bersih dan bebas daripada jenayah rasuah.
Kita Mestilah Mementingkan Strategi yang Berkesan
Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi
memastikan kelancaran sesuatu bidang. Strategi
ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin
berkembang.
Mempunyai Pentadbiran yang Berkesan
Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah
penting dalam membentuk system ekonomi yang
kukuh. Contohnya, dalam Kesultanan Johor Riau
mengamalkan sistem naungan bagi menjamin
keselamatan pedagang asing.
Mempunyai Pemimpin Berwibawa
Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting
dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.
Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi
yang berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.
Harapan Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka
untuk memahami dan menghayati kewujudan tentang
Kerajaan Johor Riau di tanah air suatu ketika dahulu.
Melalui pemahaman ini, kita dapat melahirkan kesedaran
tentang wujudnya satu ketamadunan Johor Riau yang
tinggi pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan
kelahiran Kerajaan Johor Riau membuktikan bahawa
negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.
Generasi kini semakin lupa betapa pentingnya
pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari
zaman sejarah kegemilangan Johor Riau. Memandangkan
subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para
pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan tidak
memahami dengan lebih mendalam.
Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghayati sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan
jati diri terhadap tanah air.
LAPORAN AKHIR
Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan
Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan
Alauddin Riayat Shah I (1528-1564).Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan
menghimpunkan rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.
Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota
Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.Kedudukan Kota Kara yang terletak
berhampiran sungai yang lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar
masuk.Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng
pertahanan daripada ancaman luar.
Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis
pada tahun 1535.Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka
pusat pemerintahan di Kota Sayong.Kawasan ini lebih selamat kerana kapal
perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.
Pada Tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat
pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama.Kawasan ini juga dikenal sebagai
Tanjung Batu.Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan
dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.
Seterusnya, Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah
dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Lokasi
pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal
lalu lintas kapal dagang dari Timur dan Barat.Pelabuhan Riau yang terletak
di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik menjadi tumpuan para
pedagang luar untuk berurus niaga.
Antara pedagang yang tertarik kepada Pelabuhan Riau ini terdiri
daripada China, Ghujerat, Belanda dan pedagang Inggeris. Pedagang Jawa
menjadikan Johor sebagai pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat
berdagang dengan portugis di Melaka.
Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras. Turut
menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan
lain di Alam Melayu.
Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan
keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India, dan Arab.
Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naugan Johor
ialah lada hitam, bijih timah dan emas. Bijih timah dibawa masuk dari
Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera.
Lada hitam pula dibawa dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri.
Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak,
sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga,lilin dan garam yang didatangkan
dari Pahang, Timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang,
Naning dan Rembau. Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat
perdagangan untuk barangan yang dibawa dari China.
Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih, barang
tembikar seramik, kuali besi, the dan tembaga. Pedagang Jawa membawa
beras Pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik. Johor
juga mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam.
Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh
di pelabuhan Johor terutamanya di pelabuhan Riau.Antara kapal yang
berlabuh di Riau termasuklah kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-
pulau di Alam Melayu.
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di Pelabuhan Johor
Riau seperti gudang bawah tanah untuk menyimpan barangan bagi
mengelakkan daripada kebakaran, menyediakan pegawai terlatih untuk
mengendalikan urusan perdagangan dan membekalkan barang yang
diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah-ratus.
Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan menggunakan mata
wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I telah memperkenalkan mata wang
emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang
timah sebagai katun.Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan.
Syahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus
sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang
dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan. Syahbandar juga
menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.
Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan daripada
Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera Bongsu. Sebahagian
hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan naungan dalam
bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan. Melalui sistem ini,
pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada Belanda dan dapat
belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.
Orang laut telah ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan, penunda
kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal di
perairan Johor dan Selat Melaka. Orang laut juga terlibat mengawal
keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan laut.
Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina
kapal bersaiz kecil. Orang laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka
membuat kapal pesisir pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan
pencalang. Kemahiran ini telah membantu memajukan Kesultanan Johor
Riau.
Di Johor, Kesultanan Melayu Johor telah mewujudkan mata wang
emas dan diedarkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah I
(1527/28-1564). Mata wang ini merupakan yang tertua pernah digunakan di
negeri Johor.
Menurut Mohd Kassim (1984), duit itu dibahagikan kepada dua jenis
nilai, iaitu dinar dan kupang. Ianya diterima oleh sebahagian besar Asia
Tenggara dengan kadar tukaran antarabangsa yang ditetapkan pada setengah
(1/2) dan seperlapan (1/8) Dolar Sepanyol. Satu emas bersamaan dengan
empat kupang.
Mulai pertengahan abad ke-16, emas dianggap bernilai separuh dari
Dolar Sepanyol atau bersamaan dengan empat harga tanga Perak Portugis.
Duit-duit emas ini berbentuk persegi lapan, ianya hanya diguna pakai pada
pemerintahan Sultan Abdul Jalil II (1571-1597) dan Sultan Abdullah Riayat
Shah (1615-1623) sahaja.
Menurut Abdullah Zakaria dan Zainal Abidin (1994), duit emas adalah
berbentuk bulat, permukaan depan tertera tulisan jawi atau arab dengan
nama Sultan yang memerintah manakala di bahagian belakang pula terdapat
kata-kata pujian Khalifatul Mukminin.
Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1623-1677) dan Sultan
Sulaiman Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga syiling berbentuk segi
lapan yang diperbuat daripada perak.
Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan
dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu. Johor mengurus barang-barang
dagangan dari seluruh pelusuk dunia.
Syahbandar telah ditugaskan untuk mengawal pelabuhan entrepot dan
antara tugas-tugasnya ialah, Mengawal pedagang-pedagang yang keluar
masuk ke pelabuhan entrepot. Menjadi hakim bagi sebarang perselisihan
antara pedagang dan merujuk kepada makhamah jika kesnya berat.
Memeriksa segala cukai. Memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz
kapal-kapal tersebut.
Pandangan saya terhadap Malaysia ialah Malaysia telah berjaya
menarik ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia kerana Malaysia
merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab pelancongan dan industri
yang mapan. Mempunyai nilai ringgit yang kukuh atau stabil berbanding
nilai mata wang lain di dunia.
Penggunaan teknologi termaju dalam bidang pembangunan ekonomi
serta sosial. Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti PWTC,
KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya. Malaysia juga kaya
dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu dan sebagainya.
Pihak kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu menyediakan kursus
berkaitan ekonomi seperti bidang keusahawanan. Pihak yang berkaitan
digalakkan untuk menyediakan pinjaman modal atau konsultasi bagi
menangani masalah pencarian sumber pendapatan bagi golongan yang
kurang berkemampuan.
Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan adalah sector
pelancongan memandangkan Malaysia kaya dengan tempat-tempat
pelancongan yang menarik untuk dilawati. Pada masa kini, banyak produk-
produk pengeluaran tempatan mendapat tempat di mata orang luar.
Sebagai contoh, jenama Getha (jenama pengluaran tilam), Yokohama
(jenama pengeluaran tayar dan bateri kereta), Mamee (jenama makanan),
Fujiaire (jenama penghawa dingin) dan Joven (jenama pemanas air).
Kemudian, mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber pendapatan sekaligus
mengembangkan sektor ekonomi negara. Hal ini adalah bagi memastikan
system ekonomi negara bersifat bersih dan bebas daripada jenayah rasuah.
Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi memastikan
kelancaran sesuatu bidang. Strategi ekonomi/perdagangan perlu
diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem ekonomi negara semakin
berkembang. Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah penting
dalam membentuk sistem ekonomi yang kukuh. Contohnya, dalam
Kesultanan Johor Riau mengamalkan sistem naungan bagi menjamin
keselamatan pedagang asing.
Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting dalam pelbagai
sektor negara selaku ketua negara. Pemimpin yang berwibawa boleh
merancang strategi yang berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.
Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah penting untuk kita
sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati
kewujudan tentang Kerajaan Johor Riau di tanah air suatu ketika dahulu.
Melalui pemahaman ini, kita dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya
satu ketamadunan Johor Riau yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu,
kemunculan dan kelahiran Kerajaan Johor Riau membuktikan bahawa
negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.
Generasi kini semakin lupa betapa pentingnya pengetahuan yang
ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan Johor Riau.
Memandangkan subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus, para
pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan
lebih mendalam.
Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan menghayati
sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.
SUMBER RUJUKAN
BUKU TEKS
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM), Dr Suffian
Bin Mansor, Dr Mardiana Binti Nordin, Ahamd
Salehee Bin Abdul, Ishak Bin Saidoo, Dewan Bahasa
dan Pusaka, Kuala Lumpur (2017)
CONTOH KERTAS KERJA KURSUS KAJIAN KES
TINGKATAN 2
https://anyflip.com/unhcf/akto
INTERNET
https://www.utusan.com.my/rencana/2020/09/7-
cadangan-tingkat-ekonomi-negara/