The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurafnieza, 2021-04-01 12:49:41

Kuman Oh Kuman

Kuman Oh Kuman

Kuman Oh Kuman

Nur Afnieza binti Mohamad Musa

Pada suatu petang yang damai, Riri dan Rara sedang bermain pasir di
laman rumah. Habis comot badan dan pakaian mereka . Mama memanggil
mereka pulang untuk minum petang .

Riri dan Rara berlari masuk ke dalam rumah. Rara terus menuju ke
sinki untuk mencuci tangan manakala Riri pergi ke meja makan dan
mengambil cekodok yang mama hidangkan. Mama menjerit kecil dan
berkata “ Riri, cuci tangan dulu sebelum makan!”

“Kiki tahu tak, tangan yang kotor ada banyak kuman jahat. Kita tak
nampak dengan mata kasar. Kalau kita makan tanpa mencuci tangan
nanti kita boleh keracunan makanan.” kata mama kepada Riri.

Keracunan makanan juga akan menyebabkan kita sakit perut
dan cirit birit.

Keracunan makanan akan menyebabkan kita mengalami
muntah-muntah.

Tangan yang kotor membawa kuman jahat ke dalam badan dan
kita boleh jatuh sakit.

Riri menyesali perbuatannya lalu meminta maaf kepada
ibunya. Kiki berjanji tidak akan lupa lagi mencuci tangan
sebelum makan.

Haa..kawan-kawan. Mama Riri kata tangan mesti dicuci bersih
untuk jauhi kuman jahat. Jom ikut Riri cuci tangan dengan
betul.

Selepas kejadian itu, Riri tidak lagi lupa mencuci tangan
sebelum makan.


Click to View FlipBook Version