The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atikahafiqah222, 2022-01-06 02:57:38

kaedah stunning

kaedah stunning

MPU23052 SESI 1 2021/2022 SAINS
TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN

DALAM SAINS

Pensyarah Puan Mazlina Binti Omar
Nama pelajar Nur Atirah Binti Afandi
(16DKA20F2024)
Nurul Atikah Nabilah Binti Nor
Azman (16DKA20F2025)

Kelas Dka2b

Kumpulan 6

Tajuk Kaedah Stunning

1

Kandungan

NO. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3-4
1.0 Pengenalan Stunning 5-8
8-11
2.0 Hukum 12-13
Prinsip Syariah 13-14
15
3.0

4.0 Kaedah Fiqhiyyah

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

2

Pengenalan Kaedah Stunning

Stunning merupakan suatu cara yang digunakan untuk
mempermudahkan proses penyembelihan haiwan dengan
cara memengsankan haiwan terlebih dahulu (stunning)
sebelum disembelih (Aichinger, 2003). Secara
teknikalnya, cara ini memberikan kemudahan, sebab
haiwan yang sudah dipengsankan itu tidak akan bergerak,
sehingga penyembelih menjadi lebih mudah melakukan
tugasnya.
Stunning telah diterapkan di negara-negara maju seperti
Belanda, Australia, Amerika, Eropa, termasuk Malaysia
(Gregory, 1998).
Cara ini lahir kerana permintaan daging yang terus
meningkat sehingga cara ini dinilai sangat membantu
dalam proses penyembelihan kerana mampu
menyembelih ratusan bahkan ribuan ekor lembu setiap

3

hari yang tidak mungkin dilakukan jika menggunakan cara
pemotongan tradisional atau manual (Hillebrand,
Lambooij & Veerkamp, 1996).

Ada beberapa cara pemengsanan yang sering dilakukan
untuk berbagai jenis haiwan. Antaranya menggunakan
beberapa alat seperti penukul, senapang, pistol dan arus
elektrik baik menggunakan voltan rendah maupun
menggunakan voltan tinggi (Shields & Raj 2010). Untuk
haiwan ternak besar, seperti lembu dan kambing, biasanya
digunakan cara penembakan atau pemukulan pada
bahagian kepalanya. Dengan pistol dan peluru khusus
proses penembakan ini dilakukan pada ukuran arus yang
berbeza-beza sesuai dengan besar kecilnya ukuran lembu.
Cara ini dikenal dengan “captive bolt pistol”. Kepala yang
ditembak dengan peluru tumpul ini menyebabkan
kerusakan pada jaringan otak, sehingga ternak akan
mengalami goyah dan pengsan. Dalam keadaan pengsan
lembu menjadi lebih mudah dikendalikan, ia akan jatuh
dan langsung disembelih oleh penyembelih (Leach,
Warington & Wotton, 1980).

4

Hukum Kaedah Stunning

Boleh dikatakan kesemua Jabatan Mufti Negeri-negeri di
Malaysia menyandarkan hukum penyembelihan haiwan
secara stunning kepada keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia.
Kaedah penetapan pengeluaran hukum (istinbath hukum)
bersumber dari hadith Rasulullah SAW iaitu:
Dari Syahid Bin Aus RA Bahawasanya Rasulullah SAW
pernah bersabda, “Sesungguhnya Allah SWT
mengharuskan berbuat baik terhadap segala hal. Untuk itu,
bila kalian membunuh haiwan, bunuhlah dengan cara
yang baik. Dan hendaknya seorang di antara kalian
mempertajam pisaunya serta memudahkan haiwan yang
akan disembelih.” (HR Muslim-No.1955) Proses
penetapan hukum (istinbath hukum) tentang kaedah

5

stunning ini juga mengambil kira pandangan ulama’
kontemporari yang tersohor iaitu Sheikh Wahabah az-
Zuhaily mengenai tata cara penyembelihan dengan alat-
alat modern menyatakan bahawa tidak ada halangan untuk
menggunakan apa jua kaedah melemahkan pergerakan
haiwan dengan cara tanpa penyiksaan terhadapnya (untuk
penyembelihan haiwan). Untuk itu, dalam Islam
diperbolehkan menggunakan cara pemengsanan modern
(stunning) yang tidak mematikan sebelum penyembelihan
(Wahbah al-Zuhayli, 1986).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-70 yang
bersidang pada 29 September 2005 telah membincangkan
Hukum Mengenai Stunning Haiwan (JAKIM, 2016).
Muzakarah telah memutuskan bahawa:

a) Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan
Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun)
adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh
menyebabkan kematian haiwan.

b) Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning)
sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

• Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di
kepala sahaja (head only stunner).

• Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak
boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara
0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk
lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara
3-6 saat.

6

• Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang
bertauliah.

c) Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik
(poultry) adalah diharuskan dengan syarat:

• Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya
tidak mematikan haiwan.

• Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang
bertauliah.

d) Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur
sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak
menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.

Ulama-ulama berpendapat bahawa setelah haiwan
disembelih dan sebelum haiwan tersebut mati, mengalami
hal-hal yang dapat menyebabkan kematiaannya seperti
masuk ke dalam air atau tertimpa sesuatu di atasnya maka
haiwan tersebut tidak halal dimakan. Seperti yang
diriwayatkan oleh ibnu Mas’ud bahawa barang siapa yang
melempar burung (untuk berburu) kemudian jatuh ke air
dan tenggelam maka jangan dimakan kerana tenggelam
boleh menjadi sebab kematian haiwan tersebut.

Jadi cara stunning diperbolehkan asal pada saat
pemengsanan tidak menyebabkan kematian. Selain itu
cara ini diperbolehkan asal, selama proses penyembelihan
tidak menyiksa haiwan yang disembelih. Proses
penyembelihan haiwan perlu dilakukan sesuai dengan
syariat dan juga sesuai dengan konsep halalan toyyiban,
jangan sampai apa yang kita sembelih menjadi haram

7

kerana disebabkan proses penyembelihannya yang tidak
tepat (Wahbah al-Zuhayli, 1986).

Kaedah Stunning Berdasarkan Prinsip
Syariah

Ketetapan Majma’ al-Fiqh al-Islami (Islamic Fiqh
Academy)

Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan
kejutan adalah harus dimakan sekiranya haiwan itu masih
hidup sebelum disembelih.

Penggunaan stunning hendaklah mengikut syarat-syarat
berikut iaitu kedua-dua elektrok perlu dikenakan di kedua-
dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengah-
tengah dahi. Voltage hendaklah antara 100-400 volt.
Kekuatan arus elektrik ialah antara 0.75 dan 1.0 bagi
kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu. Arus elektrik
hendaklah dialirkan dalam tempoh 3 hingga 6 saat.

Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic
Captive Bolt Gun adalah tidak harus. Electrical stunning
(waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian
sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi.
Menggunakan kejutan gas karbon dioksida atau
Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa
kematian sebelum disembelih.

8

Fatwa Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq

Beliau menegaskan bahawa ia bergantung kepada
beberapa syarat sekiranya cara itu dapat menenangkan
haiwan sebelum disembelih serta melemahkan
tendangannya semasa disembelih dan kejutan elektrik
tidak memberi kesan kepada haiwan.

Fatwa al-Azhar

Universiti al-Azhar telah melantik jawatankuasa khas
untuk membuat keputusan tentang kaedah ini
.Keputusannya ialah:

“ Negara Islam yang melaksanakan kaedah moden dalam
sembelihan tiada larangan dalam agama. Ianya halal selagi
kaedah baru itu bersih dan menyebabkan pendarahan.
Sekiranya cara ini lebih cepat dan tepat kaedah tersebut
adalah bertepatan dengan ihsan yang di anjurkan oleh
Rasulullah”.

Ketetapan Arab Gulf Cooperation Council’s (GCC)

GCC telah mengeluarkan standard halal yang digunakan
untuk negara Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan
UAE.Standard tersebut ialah:

Tidak dibenarkan memukul kepala haiwan atau
menggunakan kaedah lain yang seumpamanya.

Binatang hendaklah masih dalam keadaan hidup ketika
dikenakan electrical stunning bagi memenuhi syarat sah
sembelihan. Sekiranya ia mati sebelum disembelih ia

9

dikira dalam golongan “al-mauquzah” dan tidak halal
dimkan.

Pendapat Dr. Wahbah al-Zuhayli

Tidak ada larangan menggunakan apa-apa cara untuk
melemahkan haiwan ketika hendak disembelih tetapi
dengan syarat tidak menyeksanya.Islam membenarkan
pengunaan dadah sebelum disembelih sekiranya ia tidak
mematikan haiwan tersebut. Penggunaan karbon dioksida
juga dibolehkan asalkan tidak menyakiti haiwan tersebut.
Penggunaan CBP, benda berat, aliran elektrik dan
sebagainya tidak dibenarkan kerana menyeksa haiwan
tersebut. Tetapi haiwan tersebut boleh dimakan selepas
disembelih jika ia masih mempunyai hayat mustaqirrah.

Hukum electrical stunning sahaja dibincangkan manakala
CBP belum lagi dibincangkan dalam muzakarah tersebut.
Terdapat juga pandangan agar fatwa ini dikaji semula.
Tarikh keputusan ini dikeluarkan ialah pada 29 September
2005.

Kaedah stunning jenis Penetrative Captive Bolt dan Non
Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah
haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan
kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Elektrik
(Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada
syarat-syarat berikut :

Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala
sahaja (head only stunner).Kekuatan arus elektrik
hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang

10

ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0
ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah
antara 3-6 saat;Perlu dikawal selia oleh petugas muslim
yang bertauliah.

Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik
(poultry) adalah diharuskan dengan syarat;

• Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya
tidak mematikan haiwan.

• Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang
bertauliah.

• Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam
prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan
syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan
tersebut.

Kaedah Stunning Berdasarkan Kaedah
Fiqhiyyah

Antara kaedah-kaedah fiqhiyyah yang digunakan dalam
menentukan hukum ialah :

i. Pengharanam sesuai dengan segi keburukan dan
bahaya.

Apabila dikaji tentang prinsip yang keempat dapatlah
dirumuskan bahawa pengharaman penggunaan stunning
captive bolt adalah sesuai dengan keburukan dan
bahayanya kerana penggunaan alat tersebut boleh

11

menyakitkan haiwan yang akan menyebabkan gegaran
otak dan kerosakan pada bahagian otak.
ii. Yang Menarik kepada Haram hukumnya haram.
Mengikut prinsip yang keenam ini, dapatlah kami
rumuskan bahawa penggunaan stunning jenis captive bolt
adalah haram kerana keadah yang digunakan seolah-olah
menyeksa binatang dan boleh menyebabkan binatang
tersebut mati, maka perkara ini telah menarik kepada
melakukan perkara haram dan hukumnya ialah haram.
iii. Niat baik tidak boleh membersihkan haram.
Islam sentiasa menghargai setiap dorongan yang
mulia,maksud yang baik serta niat yang bersih dalam
perundangan-perundangannya dan tujuannya secara
keseluruhannya. Dalam hal ini niat penggunaaan stunning
ini adalah untuk maningkatkan produktiviti, menjana
ekonomi dan meningkatkan hasil pengeluaran tetapi jika
kaedah yang digunakan adalah bertentangan dengan al-
Quran dan al-sunnah maka ianya tetap haram. Ini kerana
penggunaan stunning akan member kesan sampingan dan
memudharatkan haiwan tersebut.

12

Kesimpulan

penggunaan stunning diharuskan tetapi mengikut syarat-
syarat yang telah ditetapkan. Penggunaan teknologi
moden pada hari ini juga perlulah selari dengan tuntutan
syarak. Sebagai seorang muslim kita perlulah mencari
makanan dan segala keperluan hidup berasaskan sumber-
sumber yang halal lebih-lebih lagi dalam permasalahan
daging halal. Ini kerana negara kita juga tidak terkecuali
dalam mengimport daging dari negara-negara barat dan
status halal adalah di ragui.

Walaubagaimanapun, jika kita terpaksa mengimport
daging, kami mencadangkan agar rumah penyembelihan,
gudang pembekuan, perkhidmatan pengangkutan di dalam
negara itu, di miliki (atau sekurang-kurangnya
sebahagian) dan diusaha oleh orang Islam, untuk
memastikan kualiti halal dalam jangka masa yang panjang
dan berterusan. Sekadar melantik pertubuhan Islam yang
hanya memantau dan mengeluarkan pensijilan halal
terhadap proses penyembelihan adalah tidak mencukupi.
Kerap kali kita mendengar tentang kes di mana pengusaha
bukan Islam tidak mematuhi peraturan syariah, walaupun
pada masa pensijilan mereka melaksanakannya dan layak
memegang sijil halal; tetapi selepas peringkat
pengawasan, haiwan ternakan itu disembelih oleh orang
bukan Islam, mereka memutuskan saluran darah dengan
berlebihan, mencampurkan daging halal dan haram,
menyembelih tanpa Basmallah / Tasmiyah ( Bismillahi

13

Allahu Akbar) atau menggunakan pita rakaman untuk
Basmallah.
Sebenarnya terdapat ramai individu Islam yang terkenal di
Australia, New Zealand, negeri Cina atau India yang boleh
dipercayai untuk mengambil tugas mengawal “Halal
Assurance System” - penyembelihan, penyimpanan, dan
pengangkutan ke pelabuhan. Kerajaan kita boleh
menolong saudara seIslam di negara bukan Islam untuk
mewujudkan pusat penyembelihan sebagai joint-venture
dan yakinlah bahawa tindakan sebegitu akan membawa
keberkatan dan kita akan mendapat kepastian tentang
status halal daging yang diimport itu. Kami percaya lesen
untuk mengimport daging halal patut diberi hanya kepada
orang Islam. Yang penting, “HALAL”, merupakan satu
akad dan tanggungjawab peribadi seseorang Islam kepada
orang Islam lain, berasaskan kepercayaan sesama Islam.

14

Rujukan

http://murnianashazwen.blogspot.com/2009/03/pengenal
an-konsep-penyembelihan-dalam.html?m=1
https://tzkrh.com/apa-itu-kaedah-stunning-dalam-
prosedur-penyembelihan/
http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15293
https://muftins.gov.my/2019/06/13/waterbath-dan-
stunning-dalam-penyembelihan/
https://www.scribd.com/doc/18960536/Penggunaan-
Stunning-Menurut-Pandangan-Islam
https://docplayer.info/209989776-Kaedah-penetapan-
hukum-sembelihan-haiwan-secara-stunning-analisis-
terhadap-keputusan-muzakarah-jawatankuasa-fatwa-
majlis-kebangsaan-malaysia.html
https://www.academia.edu/12328228/Sembelihan

15


Click to View FlipBook Version