The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Suryani Sri, 2021-01-25 21:19:02

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DAN APLIKASI

SLIDE PGA 101utk ebook

TEORI PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME DAN APLIKASI

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 8
1 . SRI SURYANI BINTI MOHAMAD NOOR (1 5 4 8 6 0 )
2 . WAN NUR AMIRA BINTI WAN SAIDI (I5 1 2 3 9 )
3 . AMEEZZA ANAK MICHAEL (1 5 1 3 4 5 )

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN
1 PENGENALAN
2 APA ITU KONSTUKTIVISME?
3 TOKOH-TOKOH POLOPOR TEORI KONSTRUKTIVISME
4 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

• JEAN PIAGET(1896- 1980)
• LEV VYGOTSKY (1896-1934)
5 CIRI – CIRI KONSTRUKTIVISME
6 KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
7 PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

8 PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
9 PERBEZAAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL DENGAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

10 STRATEGI MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

11 KESIMPULAN
12 RUJUKAN

PENGENALAN

Pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Konstruktivisme merupakan suatu usaha pelajar itu sendiri dalam mengaitkan
idea lama dengan idea baru dalam proses pembelajaran (Ausubel, 1968). Ramai
yang bersetuju bahawa teori konstruktivisme melibatkan perubahan yang
dramatik yang berfokuskan pengajaran dan usaha pelajar sendiri untuk membina
kefahaman dalam proses pembelajaran.

Menurut Bell&Drive (1984), pembelajaran tidak akan berlaku hanya pelajar
menyerap maklumat yang diberikan oleh guru secara pasif. Pembelajaran hanya
berlaku secara aktif dalam usaha membina pemahaman. Menurutnya lagi, ilmu
pengetahuan tidak dapat dipindahkan oleh guru kepada pelajar dalam bentuk
yang serba sempurna.

Von Glaser (1977), menyarankan pembelajaran konstruktivisme sebagai teori
ilmu yang berakar umbi dalam falsafah pendidikan. Model pembelajaran secara
konstrutivisme mencadangkan bahawa sesuatu pengajaran melibatkan perubahan
konsepsi individu, di samping penambahan pengetahuan baru. Pembelajaran ini
adalah melibatkan interaksi antara konsep baru dengan konsep lama yang sedia ada
sehingga hasilnya bergantung kepada sifat interaksi yang kompleks (Benaim, 1995).

Teori konstruktivisme membantu pelajar membina sendiri makna sesuatu
pengetahuan berasaskan pengetahuan sedia ada mereka. Pengetahuan itu
diaplikasikan dengan persekitaran mereka. Ia juga menjelaskan kepada kita
bagaimana konstruktivisme menyediakan suasana pembelajaran untuk menimbulkan
minat pelajar terhadap pelajaran. Cara yang boleh digunakan ialah dengan
menunjukkan tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem, soal jawab dan
sebagainya.

APA ITU KONSTRUKTIVISME?

Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan
tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu
membina pengetahuan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.

(McBrien & Brandt, 1997)

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintergrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.

(Briner, M., 1999)

Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Hal ini
adalah kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh
kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Murid menbina sendiri konsep dengan membuat
penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

(Sukshin, N., 1999)

Konstrutivisme adalah teori yang berdasarkan pemerhatian dan kajian ilmiah, tentang
bagaimana seseorang itu belajar. Ia menyatakan bahawa orang membina pemahaman dan
pengetahuan mereka sendiri tentang dunia dengan mengalami sesuatu dan merenungkan
pengalaman tersebut .

(Bereiter, 1994)

Konstrutivisme mempunyai akar dalam falsafah, psikologi, sosiologi dan pendidikan.
Walaubagaimanapun, penting bagi para pendidik untuk memahami konstrutivisme, sama
pentingnya untuk memahami implikasi pandangan pembelajaran ini terhadap pengajaran
dan pengembangan profesional guru.

(Tam, 2000)

Teori pembelajaran kostruktivisme adalah falsafah yang meningkatkan pertumbuhan logik

dan konseptual pelajar.
Dua konsep utama dalam teori pembelajaran konstruktivisme yang mewujudkan pembinaan
pengetahuan baru seseorang adalah penginapan dan asimilasi.

(Driscoll , 2000)

Tokoh-Tokoh Polopor Teori Konstruktivisme

TEORI KONSTUKTIVISME KOGNITIF - DIASASKAN OLEH JEAN PIAGET
(1896-1980)

SIAPA JEAN
PIAGET ?

TEORI KONSTRUKTIVISME JEAN PIAGET
- Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas kognitif yang memberi penekanan
kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan. Melalui
teori ini pelajar akan membina pengetahuan sendiri berasaskan premis, pengetahuan dan
pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baharu.

Prinsip-prinsip asas teori pembelajaran konstruktivisme kognitif Jean
Piaget terdiri daripada dua aspek iaitu;
☺ proses yang kita lalui untuk mengetahui sesuatu
☺ peringkat yang kita lalui sambil kita mendapat kebolehan tersebut

Konsep-konsep asas dalam teori perkembangan kognitif Piaget (1970) ialah;
☺ skema
☺ adaptasi
☺ keseimbangan
☺ asimilasi
☺ akomodasi

KAJIAN JEAN PIAGET

Jean piaget berpendapat bahawa kemampuan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara
berperingkat. Beliau menyatakan pengetahuan dibina melalui maklumat baru diserap masuk atau disesuaikan
dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi.

☺Proses adaptasi bermaksud proses menyesuaikan diri dan SKEMA
menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan (PREMIS SEDIA ADA)
keseimbangan antara skema dengan persekitaran. Ini dinamakan
equilibrasi ADAPTASI
(PROSES PENYESUAIAN)
☺Terdapat dua proses adaptasi iaitu asimilasi dan akomodasi
ASIMILASI AKOMODASI
Asimilasi (SERAP MASUK MAKLUMAT (MENGUBAH SUAI SKEMA
Merujuk kepada satu proses di mana maklumat baru yang tidak BARU YANG MENYERUPAI
mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam SEBELUM MAKLUMAT
skema akan diserap dengan mudah ke dalalm struktur kognitif. Hal SKEMA) BARU DISERAP)
ini menyebabkan keseimbangan atau equilibrasi berlaku.
EQUILIBRASI DISEQUILIBRIRASI
Akomodasi (KESEIMBANGAN)
Merujuk kepada satu proses apabila maklumat baru mempunyai
perbezaan dengan maklumat di skema, ia akan menganggu
keseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan
disequlibrirasi. Maklumat baru tidak dapat diserap masuk kerana
maklumat masih terawang-awang sehingga skema berubah. Apabila
skema berubah melalui perbincangan, pembacaan dan seumpamanya,
maklumat baharu akan diserap masuk. Dengan ini, struktur kognitif
akan mencapai equilibrasi.

Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat
individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran. Apabila
proses adaptasi menjadi semakin kompleks, skema turut menjadi
kompleks seterusnya membentuk struktur kognitif. Struktur kognitif
akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum
kepada lebih khusus.

Kesimpulannya, melalui proses adaptasi, maklumat dalam struktur
kognitif perlu sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan dapat digunakan
apabila perlu. Melalui proses adaptasi ini juga pengetahuan sentiasa dibina
sepanjang hayat individu.

TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL - LEV VYGOTSKY
(1896-1934)
Pengasas utama teori

pembelajaran konstruktivisme.

Menurut Vygotsky,
perkembangan konsep kanak-
kanak berkembang sistematik,
logikal serta rasional dengan
bantuan dan bimbingan orang
lain. Jadi teori
konstruktivisme sosial ini
berperanan utama dalam
pembelajaran dalam konteks
sosio-budaya.

Dalam konteks sosial,
individu berkongsi dan saling
membina pengetahuan baru.
penglibatan dengan orang lain
memberi peluang kepada
pelajar untuk menilai dan
meningkatkan pengetahuan
diri.

Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kognitif seseorang dapat ditentukan oleh
orang itu sendiri dan juga dpaat ditentukan dengan lingkungan sosial yang aktif.

Dalam teori pembelajaran ini, Vygotsky telah mengilhamkan Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD) yang mempunyai perkaitan dengan sosial-budaya, iaitu pengetahuan,
sikap, pemikiran, sisitem nilai yang dimiliki oleh seseorang itu akan berkembang melalui
proses interaksi.

Terdapat dua konsep penting yang diperkenalkan oleh Vygotky iaitu konsep Zon
Perkembangan Proksimal (ZPD) dan Scaffolding.

Menurut Vygotsky, tahap perkembangan murid dapat dibahagikan kepada dua tahap iaitu
tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan berpotensi.

tahap kebolehan menyelesaikan
perkembangan masalah dengan sendiri

sebenar

tahap menyelesaikan masalah dengan
perkembangan bimbingan orang dewasa/rakan

berpotensi

ZON PERKEMBANGAN
PROKSIMAL

• Konsep zon proksimal boleh dikategorikan kepada
tiga tahap, iaitu berada dibawah,di dalam dan
di atas zon perkembangan proksimal.

• Individu yang berada di bawah zon perkembangan
proksimal dikatakan boleh mempelajari sesuatu
tanpa bantuan daripada orang lain.

• Individu yang berada dalam zon perkembangan
proksimal dikatakan boleh menguasai keupayaan
dan kemahiran dengan mendapatkan bantuan
daripada orang lain,

• Individu yang berada di atas zon perkembangan
proksimal dianggap tidak mampu untuk menguasai
keupayaan dan kemahiran yang sepatutnya
dikuasai oleh mereka

KONSEP PERANCAH (SCAFFOLDING)

• Perancah bermaksud bimbingan yang diberikan oleh seorang dewasa (guru)
dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui soalan-soalan yang
berfokuskan dan interaksi yang bersifat positif.

• Bimbingan diberikan kepada pelajar dalam mempelajari kemahiran baharu,
namun bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai
sesuatu kemahiran.

• Tujuannya adalah untuk menjadi murid lebih berdikari dan berusaha sendiri
untuk menguasai sesuatu perkara.

• Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses perancah.
Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baharu secara
lebih sistematik.

• Scaffolding berkait rapat dengan ZPD, maka scaffolding membantu seseorang
murid menguasai ZPD

CIRI-CIRI- ASAS PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
KONSTUKTIVISME - TAM (2000)

CIRI-CIRI
ASAS

KONSTRUKTI-
VISME

Pengetahuan Guru dan Peranan Kumpulan
akan pelajar guru adalah pembelajaran
berkongsi adalah terdiri
dikongsikan autoriti sebagai
antara guru fasilitator/ drpd
dan pelajar pembinbing sebilangan
kecil pelajar
yg heterogen

Menggalakkan soalan/ Mengambil kira Menggalakkan
idea yg dimulakan oleh kepercayaan dan sikap murid bertanya dan
yang dibawa oleh murid
murid dan berdialog dengan
menggunakannya rakan sekelas dan
sebagai panduan
merancang pengajaran guru

Memberi peluang CIRI-CIRI Menganggap pembelajaran
kepada murid untuk PEMBELAJARAN sebagai proses yang sama
membina pengetahuan KONSTRUKTIVISME
penting dengan hasil
baru melalui Menyokong pembelajaran pembelajaran
penglibatan dalam secara koperaktif
Mengalakkan dan
dunia sebenar menerima daya

Mengambil kira usaha dan autonomi
dapatan kajian murid
tentang bagaimana
murid belajar Menggalakkan proses
inkuiri murid melalui
sesuatu idea kajian dan ekperimen

berfikir dapat memahami dapat
secara sesuatu perkara mengingati
meluas perkara baru
dengan lebih
01 mudah 03

02

KELEBIHAN pembelajaran POWERPOINT lebih
konsruktivisme
TEMPLATE 04 berkeyakinan
dapat 08
06 05
dipindahtangan- seronok
kan meningkatkan
kemahiran
PEMBELAJARAN dapat 07 sosial
SECARA
KONSTUKTIVISME meningkatkan
kerjasama
kumpulan

1. Berfikir secara meluas
• Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana

idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.
• Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti

masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan.

2. Dapat memahami sesuatu perkara dengan mudah
• Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung

dalam pembinaan pengetahuan baru.
• Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru

dalam kehidupan dan situasi baru.

3. Dapat mengingati perkara baru
• Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana

mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru.

4. Lebih berkeyakinan
• Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina
sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih
yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.

5. Seronok
• Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea

secara aktif.
• Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat

walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

6. Meningkatkan kemahiran sosial
• Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang

cabaran dan masalah.
• Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina

pengetahuan mereka.

6.Pembelajaran konstruktivisme dapat dipindahtangankan
di bilik konstruktivisme, pelajar akan membuat prinsip penyusunan di mana mereka boleh bawa ke
persekitaran pembelajaran yang lain.

7. Dapat meningkatkan kerjasama kumpulan.
Murid dapat meningkatkan kerjasama dalam kumpulan dengan mengemukakan idea yang bernas
dan pendapat mereka dalam kumpulan, melaksanakan tanggungjawab masing-masing, belajar
berunding, berfikiran terbuka dan menjadi lebih kreatif. pengalaman kerja berkumpulan ini dapat
mengajar mereka untuk sentiasa berkerjasama dan menavagasikan antara idea orang lain pada
masa hadapan

PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN
DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS

● Apabila pembelajaran secara konstruktivisme
diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru
akan berubah.

●Terdapat beberapa perubahan dalam bilik
darjah khususnya tentang peranan murid dan
guru serta cabaran yang mungkin akan
dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran
konstruktivisme

PERANAN GURU

Guru

• Menggalakkan murid menerangkan idea mereka dengan
lebih lanjut serta menghargai pandangan mereka.

• Guru membantu murid menyedari aktiviti kurikulum kepada
kehidupan mereka.

• Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab
soalan.

• Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan
soalan setelah soalan dikemukakan.

• Membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang lebih
tepat.

GURU BERPERANAN GURU MENDORONG, MENDORONG PELAJAR GURU DAPAT MENDORONG
SEBAGAI FASILITATOR MENERIMA AUTONOMI UNTUK TELIBAT DALAM MENGENALPASTI PERTANYAAAN
YANG MEMBANTU MURID DIALOG/ KOMUNIKASI PENGETAHUAN SEDIA ADA PELAJAR DENGAN
MEMBINA PENGETAHUAN DAN INISIATIF MURID DAN MERANCANG MENGEMUKAN SOALAN-
PELAJAR BERSAMA GURU DAN KAEDAH PENGAJARANNYA SOALAN YANG BERNAS
DAN MENYELESAIKAN RAKAN SEKELAS DENGAN SIFAT ASAS DAN TERBUKA

MASALAH PENGETAHUAN SEDIA ADA

ANTARA PERANAN GURU SEMASA PROSES PdP

GURU BERTANYA MENGENAI GURU BERPERANAN SEBAGAI GURU MENILAI MELIBATKAN PELAJAR
PEMAHAMAN SESUATU PEREKA BENTUK BAHAN PEMAHAMAN PELAJAR DALAM AKTIVITI YANG
PENGAJARAN YANG MELALUI APLIKASI DAN
KONSEP PELAJAR SEBELUM MENYEDIAKAN PELUANG MENUNJUKKKAN
BERKONGSI PENGALAMAN KEPADA MURID UNTUK PRESTASI TUGAS PERCANGGAHAN PENDAPAT
BERSTRUKTUR TERBUKA
SENDIRI MENGENAI KONSEP MEMBINA PENGALAMAN BARU DAN SETERUSNYA
TERSEBUT MENDORONG KEPADA

PERBINCANGAN

PERANAN MURID-MURID

Murid-murid

• Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-
soalan dan isu, kemudian secara individu mereka
membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.
Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.

• Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama
mereka. Perbincangan itu akan membantu murid
mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.

• Jika murid itu berpeluang mengemukakan
pendapatmereka dan mendengar idea orang lain, murid
tersebut dapat membina asas pengetahuan yang
mereka faham.

Cabaran guru konsrtuktivis

i) Guru merasa mereka tidak mengajar.

-Guru merasakan penerangan yang mereka terangkan kepada para pelajar tidak
dapat difahami sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

ii) Amalan yang diterapkan dalam pembelajaran secara konstruktivisme
dianggap tidak realistik.

iii) Kawalan kelas agak merosot.
- Guru tidak dapat mengawal murid-murid dalam kelas sehingga menyebabkan
murid menjadi agresif dan keadaan kelas tidak terkawal.



PERBEZAAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL
DENGAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL Pengenalan kepada Penerokaan PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
konsep
- Murid menghadapi situasi
- Konsep diperkenalkan atau masalah baru.
secara deduktif kepada
murid Soalan daripada murid

Latihan - Murid mengajukan
beberapa soalan yang
- Bagi mengukuhkan konsep, berkaitan situasi atau
murid diberi banyak latihan masalah yang dihadapi
supaya dapat memahami
sesuatu dengan mudah. Penyiasatan dan kajian
saintifik
Aplikasi
- Murid memilih satu
- Murid mengaplikasikan daripada soalan yang
konsep yang dipelajari dalam diajukan dan menjalankan
situasi baru. penyiasatan penuh.

STRATEGI MODEL GENERATIF
MODEL MODEL INTERAKTIF
MODEL KOPERATIF
PEMBELAJARAN MODEL PEMETAAN KONSEP
BERASASKAN TEORI MODEL KITARAN PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA
KRITIS DAN KREATIF (KBKK)
MODEL 5 FASA NEEDHAM (1987)

Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999)
kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara
aktif melalui proses saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar. Kajian Sharan dan
Sachar (1992, disebut dalam Sushkin, 1999), membuktikan kumpulan pelajar yang
diajar menggunakan pendekatan konstruktivisme telah mendapat pencapaian yang
lebih tinggi dan signifikan berbanding kumpulan pelajar yang diajar menggunakan
pendekatan tradisional.

Perkembangan dalam fahaman dan teori pembelajaran ini telah menghasilkan
beberapa model pengajaran dalam dunia pendidikan. Model-model yang diaplikasikan
dalam teori pembelajaran konstruktivisme termasuklah model pengajaran generatif,
interaktif, koperatif, pemetaan konsep, model kitaran pembelajaran, model penyebatian
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), dan model lima fasa Needham
(1987).

A) MODEL PEMBELAJARAN GENERATIF

Model pengajaran ini telah dikembangkan oleh Osborne & Freyberg (1985). Model
ini adalah bertujuan untuk mengembangkan idea pelajar terhadap sesuatu topik pelajaran
yang telah sedia ada diketahui dengan lebih lanjut. Ciri utama model ini adalah fasa
cabaran iaitu semasa pandangan guru diperkenalkan, akan wujud satu keadaan sama ada
pandangan itu diterima atau sebaliknya sebagai lanjutan kepada pemahaman awal
pelajar.

Model ini juga sengaja mengenakan cabaran minda ke atas konsep awal pelajar
yang berbeza daripada idea asal mereka supaya pelajar dapat mengubah suai mengikut
pemahaman pelajar. Model ini melibatkan empat fasa seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 : Fasa-fasa Model Pembelajaran Generatif – 4
fasa

FASA AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

Persediaan Meninjau pandangan pelajar secara formal.

Mengenal pasti pandangan lama dan sebab pandangan

lama ditolak.

Fokus Menetapkan konteks. Menyediakan pengalaman untuk Mula memberi pandangan kepada
memotivasikan. perbincangan tentang konsep.

Menyertai dan menanya soalan terbuka. Memikirkan apa yang berlaku, menanya
soalan berkaitan dengan konsep.
Mentafsir gerak balas pelajar.
Menentukan dan memperihalkan apa
Mentafsir dan menjelaskan pandangan pelajar. yang diketahui tentang peristiwa
berkenaan.Menjelaskan pandangan
sendiri tentang konsep.

Membentangkan pandangan diri kepada
kumpulan dan kelas melalui perbincangan
dan persembahan.

FASA AKTIVITI GURU AKTIVITI PELAJAR

Cabaran Memperkenalkan pandangan ahli, menggunakan Membandingkan pandangan ahi dengan
analogi, mengemukakan konsep alternatif, mentafsir pandangan kelas.
Aplikasi semua istilah.

Mengemukakan bukti-bukti yang menyokong pandangan Menguji kesahan pandangan dengan cara
ahli. mendapatkan bukti.

Meminta pelajar menggunakan pandangan ahli dalam Menikmati permainan, teka-teki, kuiz,
konteks diri mereka. perbincangan yang mengeratkan konsep
baru dengan bidang pemahaman yang
Memudahkan pelajar mengaitkan konsep ini dengan lain.
konsep yang lain
Menyelesaikan masalah yang praktikal
Memikirkan masalah yang dapat diselesaikan dengan dengan menggunakan konsep sebagai
mudah dengan menggunakan pandangan ahli yang asas.
diterima umum

B) MODEL PEMBELAJARAN INTERAKTIF

Model ini merupakan kaedah pengajaran yang diubahsuai daripada model
Faire & Cosgrove (1988). Model pengajaran ini bertujuan untuk menyediakan
suasana pembelajaran yang menggalakkan pelajar bertanya lalu menyelidik soalan-
soalan mereka.

Pengajaran interaktif melibatkan siri urutan yang membenarkan guru
berinteraksi dengan pelajar dengan cara menggalakkan pelajar mengemukakan
pandangan secara terbuka, kemudian mengemukakan soalan. Model ini melibatkan
beberapa urutan seperti dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Urutan Model Pembejaran Interaktif

Persediaan Kelas bersama guru memilih tajuk lalu mencari maklumat latar
belakang.

Pandangan terdahulu Kelas atau individu menyatakan apa yang diketahui tentang tajuk.

Aktiviti penerokaan Melibatkan pelajar secara aktif tentang tajuk

Penyoalan pelajar Kelas dijemput untuk menanyakan soalan tentang tajuk

Penyiasatan Guru dan pelajar memilih soalan untuk disiasat

Pandangan kemudian Kenyataan kumpulan atau individu dikumpul dan dibandingkan
Refleksi dengan kenyataan awal mereka

Masa untuk mengukuhkan apa yang telah dibuktikan dan apa
yang masih perlu diselidiki

C) MODEL PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang bercirikan pelajar-pelajar
bekerjasama dan saling bergantungan secara positif dalam setiap kumpulan , saling
bertanggungjawab, berinteraksi antara kumpulan, kemahiran kolaboratif antara kumpulan,
dan pemprosesan refleksi tentang cara perbincangan antara kumpulan.

Kajian telah menunjukkan bahawa model pembelajaran ini memberi kesan positif
kepada pencapaian akademik, harga diri, saling menghormati budaya, tingkah laku
kerjasama, dan sikap terhadap ahli yang kurang upaya. Pembelajaran ini menekankan
kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis dan penilaian.

Guru perlu membuat persediaan rapi iaitu persediaan maklumat dan bahan rujukan
yang mencukupi untuk pelajar membuat perbincangan.Terdapat beberapa jenis
pembelajaran koperatif seperti Student Team Achievement Division (STAD), Jigsaw dan
Group Investigation (GI).Model ini melibatkan beberapa fasa seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Fasa Model Pembelajaran Koperatif

FASA STUDENT TEAM JIGSAW GROUP INVESTIGATION
Penentu ACHIEVEMENT (GI)
maklumat DIVISION (STAD)
Bahan akademik diberikan Pelajar memilih tajuk
Pembelajaran Guru menyampaikan kepada pelajar spesifik dalam lingkungan
kumpulan maklumat baru kepada masalah umum. Guru dan
pelajar setiap minggu Pelajar dibahagi kepada 4-6 pelajar merancang
kumpulan. Setiap kumpulan prosedur, tugasan dan
Kumpulan berempat/ menghantar ahli untuk matlamat pelajaran.
berlima menggunakan membentuk kumpulan pakar
lembaran kerja untuk yang mengkaji sebahagian Kumpulan melibatkan diri
menguasai bahan bahan akademik. Ahli dalam pelbagai aktiviti
akademik dan saling kumpulan pakar kembali dalam dan luar sekolah.
membantu melalui kepada kumpulan asal untuk Kumpulan menganalisis
tutorial, kuiz, atau mengajar ahli-ahli lain. dan menilai maklumat,
perbincangan. serta merancang
bagaimana maklumat
dapat diringkaskan dalam
bentuk yang menarik.

FASA STUDENT TEAM JIGSAW GROUP INVESTIGATION
ACHIEVEMENT (GI)
Penilaian dan DIVISION (STAD)
refleksi
Pelajar diberi kuiz Pelajar menduduki kuiz Kumpulan membentang
mingguan / bersesuaian. secara individu. Kumpulan dapatan kajian. Penilaian
Setiap pelajar diberi skor dan pelajar mendapat individu atau kumpulan
kemajuan iaitu markah markah tertinggi dicatat pada dijalankan oleh pelajar dan
lebih berbanding purata papan berita. guru.
lalu. Keputusan
kumpulan pelajar
dengan skor kemajuan
tinggi dan skor penuh
dicatat pada papan
berita.

D) MODEL STRATEGI PEMETAAN KONSEP

Strategi pemetaan konsep ini membolehkan pelajar membina kerangka konsep yang
dapat mengaitkan idea-idea baru dengan idea lama. Strategi ini juga membolehkan pelajar
menyusun konsep-konsep yang dipelajari di atas kertas kemudian menghubungkan dan
mengembangkan idea-idea.

Model ini digunakan untuk meninjau pengetahuan terdahulu pelajar sebelum

memasuki topik pembelajaran yang baru. Model ini melibatkan beberapa langkah seperti

dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Langkah-langkah Pengajaran dengan Strategi Pemetaan
Konsep

LANGKAH KOMEN

Senarai tajuk & Tajuk / konsep-konsep yang berkaitan disenaraikan oleh pelajar atau masing-
konsep masing ditulis pada kertas yang berasingan yang ditulis oleh guru atau
pelajar.

LANGKAH KOMEN

Penyusunan Konsep-konsep disusun mengikut hirarki :
konsep 1. Tajuk paling atas, konsep penting dibawah tajuk, konsep kurang penting

paling bawah.
2. Tajuk ditengah-tengah, konsep penting mengelilingi tajuk, konsep kurang

penting di sekeliling luar
Langkah ini dilakukan oleh pelajar sendiri.

Pengaitan konsep Pelajar melukis garis untuk menghubungkan konsep yang berkaitan, menulis
kata-kata penghubung untuk menjelaskan perkaitan konsep , dan akhirnya
menambahkan konsep kecil yang lain atau contoh-contoh tertentu.

Perbincangan & Pelajar dalam kumpulan kecil membandingkan peta-peta konsep yang telah
pemurnian dilukis dan menerangkan sebab-sebab konsep dikaitkan sedemikian. Mereka
digalakkan membuat pengubahsuaian setelah perbincangan dibuat.

E) MODEL KITARAN PEMBELAJARAN

Model ini merupakan kaedah perancangan pelajaran, pengajaran, pembelajaran
dan perkembangan kurikulum.

Menurut Poh (1996), kaedah ini asalnya direka bentuk untuk kurikulum Science
Curriculum Improvement Study (SCID) yang menghasilkan pencapaian terbesar antara
program sains di sekolah rendah yang menggunakan pendekatan eksperimen di Amerika
Syarikat pada 1960-an.

Dalam SCID, model ini terdiri daripada tiga kitaran namun telah diubah suai oleh
Martin (1994) menjadikan empat fasa iaitu penerokaan, penerangan, pengembangan dan
penilaian. Berikut merupakan empat fasa kitaran pembelajaran berdasarkan jadual 4.

Jadual 4 : Fasa-fasa Model Kitaran Pembelajaran

FASA KOMEN

Penerokaan Fasa ini merangsang ketakseimbangan mental pelajar dan mendorong asimilasi
mental melalui cara guru menyediakan bahan dan memberi arahan supaya pelajar
Penerangan dapat berinteraksi. Guru perlu elak menerangkan konsep kepada pelajar tetapi
Pengembangan menjawab soalan mereka, menyoal untuk membimbing kemahiran berfikir dan
mendorong penerokaan pelajar.
Penilaian
Pelajar dan guru berinteraksi untuk membina konsep berdasarkan data atau
pemerhatian semasa fasa penerokaan.

Tujuan fasa ini ialah membantu pelajar mengorganinasikan pemikiran mereka
dengan guru mengemukakan soalan bagi pelajar mengaitkan pengalaman
pembelajaran terkini dengan terdahulu yang berkaitan. Guru juga memberi peluang
kepada pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajarinya dalam fasa ini.

Penilaian boleh dimasukkan dalam setiap fasa kitaran pembelajaran dengan guru
menilai secara menyeluruh terhadap kognitif dan afektif pelajar. Proses ini adalah
berterusan dengan tujuan menggalakkan pembinaan kosep dan proses berfikir
dalam kalangan pelajar.

F) MODEL PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK)

Dalam pelajaran ini, pelajar bukan sahaja belajar tentang kandungan mata
pelajaran yang dipelajari malah menumpuan perhatian ke atas proses berfikir sesuatu
mata pelajaran.

Pembelajaran ini dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia nyata
yang mencabar yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan secara
bermakna, membuat keputusan dengan cekap, dan berkeyakinan diri.

Fasa model ini disesuaikan daripada Swart dan Park (1994). Model ini
melibatkan beberapa fasa seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5 : Fasa-fasa Model Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis
Dan Kreatif (KBKK)

FASA KOMEN

PENGENALAN Guru memperkenalkan objektif isi kandungan dan mengaktifkan pengetahuan
pelajar terdahulu tentang isi kandungan, kepentingan serta relevan isi itu.
Guru menekankan kemahiran berfikir dan kepentingannya.

PEMIKIRAN AKTIF Fasa ini merupakan aktiviti yang menyepadukan proses / kemahiran berfikir
secara eksplisit dengan kandungan pelajaran, membimbing pelajar dengan
menggunakan soalan-soalan dan menggunakan pengurusan grafik.

PEMIKIRAN Pelajar ditanya soalan-soalan langsung yang mendorong mereka membuat
TENTANG refleksi tentang jenis pemikiran yang telah dijalankan, bagaimana pemikiran telah
PEMIKIRAN dijalankan dan setakat mana pemikiran yang telah dijalankan.

APLIKASI Pengukuhan konsep dengan mengaplikasikan kemahiran berfikir ke atas situasi
PEMIKIRAN harian.

G) MODEL LIMA FASA NEEDHAM (1987)

Dalam model fasa ini, guru perlu menyediakan kesempatan keppada pelajar dan
melibatkan diri secara langsng dalam atkiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.

Richard Needham (1987) telah mencadangkan lima fasa dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Model ini melibatkan beberapa fasa seperti dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Model Lima Fasa Needham (1987)

FASA TUJUAN KAEDAH
Orientasi
Menyediakan minat dan menyediakan Amali, mengemukakan masalah
suasana. berselisih, tayangan video dan
Memotivasikan pelajar. keratan akhbar.

FASA TUJUAN KAEDAH

Pencetusan idea Mengenal pasti idea pelajar yang sedia ada. Pemetaan konsep, aktiviti soal
jawab.

Penstrukturan Mengubah suai idea terdahulu dengan Aktiviti ‘hands-on’, ‘minds-on’,
semula idea menggantikan idea yang lebih saintifik. perbincangan dalam kumpulan.

Aplikasi idea Penggunaan idea yang dibina ke dalam Penyelesaian masalah, rekacipta ,
situasi baru. projek.

Refleksi Menyedari sejauh manakah idea terdahulu Penyoalan kembali, penulisan
telah berubah. kendiri, perbincangan kumpulan.

RUJUKAN

1. H.Dadang Supardan (2016). Teori dan Praktik Pendekatan Konstruktivisme dalam Pembelajaran. Edunomic. 4(1). 1-12

2. Zurainu Mat Jasin & Abdull Sukor Shaari (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam
Pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2 (1). 79-92

3. ZA. Zainuddin & A Suardi (2008). Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Matematik. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 1-7

4. L C Wei & M Mohini (2004) Pembinaan Modul Pengajaran Berdasarkan Teori konstruktivisme . Dicapai daripada
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2004_6032_9d5a41c3e4f440ab8507cc5e9223cb11.pdf

5. Bada & Olusegun, S. (2015). Teori Pembelajaran Konstruktivisme : Paradigma Pengajaran Dam Pembelajaran. Jurnal
Penyelidikan & Kaedah IOSR Dlaam Pendidikan (IOSR-JRME), 5(1), 66-69.

6. Pusat Perkembangan Kokurikulum. (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kokurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

7. Wikipedia. (2020, Mei 13). Jean Piaget. Dicapai pada 2 Disember 2020 dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Jean_Piaget

8. Wikipedia. (2020, Mei 14). Lev Vygotsky. Dicapai pada 2 Disember 2020 dari https://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygotsky

RUJUKAN

1. Azizi Yahaya. (2010, Januari). Bab 2: Teori-teori perkembangan. ResearchGate. Dicapai pada 21 Disember 2020 dari
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-teori_Perkembangan

2. Saul McLeod. (2019). Constructivism As a Teory For Teaching And Learning. Simply Psychology. Dicapai pada 2
Januari 2021 dari https://www.simplypsychology.org/constructivism.html

3. Nur Shakirah Binti Azizan & Muhammad Saiful Haq Bin Hussin (2017). Penguasaan Asas Membaca Bahasa Melayu
Melalui Program Linus Di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal pengajian Melayu, 28(1), 142-144.

4. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme
http://koleksibungaapril.blogspot.com/2013/05/topik-4-pengurusan-pengajaran-dan.html?m=1

5. Peranan murid dalam pembelajaran konstruktivisme
https://www.google.com.my/search?q=peranan+murid+dalam+pembelajaran+konstruktivisme&ie=UTF-
8&oe=UTF-8&hl=en-my&client=safari#imgrc=tThzjcpW1wHa4M

6. Teks Bacaan Asas Santrock J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching (3rd ed.).New
York: Mc Graw – Hill

7. E-pusat sumber konstruktivisme
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp2/p_2009_8998_4138b1f7fcd342a0b039cf18aa9590a5.
pdf

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version