The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PUSAT SUMBER & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKBP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norzira1978, 2021-04-12 07:04:14

BULETIN RAMADHAN 2021

PUSAT SUMBER & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SMKBP

HAKIKATNYA, puasa di bulan Ramadan memberi 1,001 hikmah
kesihatan buat manusia. Perkara itu diakui pakar dari Barat, Dr. Mc
Padun bahawa amalan berpuasa dapat membersihkan toksin yang
terdapat di dalam tubuh seseorang.

Kajian sains kesihatan dan sains pemakanan pula mengatakan
kesan lapar (puasa) dalam perubatan adalah lebih baik daripada
penggunaan ubat secara berterusan untuk merawat penyakit yang
disebabkan obesiti.

Selain itu, amalan berpuasa di luar bulan Ramadan juga bukan
sahaja mampu mengurangkan berat badan secara sihat dan semula
jadi, bahkan boleh menyeimbangkan kesihatan jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Pengkaji Islam menerusi kitab At Tib Fil Quranil Karim menerangkan
faedah berpuasa antaranya memberi peluang kepada organ-organ
dalam badan mengemaskinikan sistem pencernaan supaya
berfungsi semula dengan lebih baik.

Sementara itu, kajian dilakukan pakar perubatan Islam dari Arab
Saudi, Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz ke atas 21 responden
membuktikan puasa adalah satu cara amat berkesan menghasilkan
benih dan pertumbuhan kesuburan lelaki, manakala bagi wanita
pula dapat mengurangkan kesan hormon brolaktin yang
menyebabkan kemandulan.

Keseluruhannya, puasa dapat mengawal dan mendidik tubuh agar
mengambil makanan diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan
proses penuaan, membantu proses perkumuhan serta
menyingkirkan racun dalam badan.

DR. AMINUDIN MANSOR

Universiti Kebangsaan Malaysia









SELAMAT
MENJAWAB

Dapatkan jawapan dari guru Pendidikan Islam
anda ya 


Click to View FlipBook Version