The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iskandarfrankytshong, 2021-09-09 11:42:32

KEPEMIMPINAN DUNIA VUCA

PEMIMPIN VUCA

Realiti Dunia Sekarang dan Jangkaan Masa Akan Datang.

Kehidupan dalam dunia pada maka kini dengan situasi semasa yang bergelojak,
bergelora, ketidak pastian, ketidak tentuan, kucar kacir pemikiran dan hala tuju
yang memang tiada hala pasti menjadikan kita berada dalam situasi The New
Normal dalam satu alam yang dipanggil dunia VUCA. Dahulu kita senang meramal
jangkaan masa hadapan. Namun, dalam dunia VUCA yang penuh dengan ketidak
tentuan yang ketara tetapi kabur ini. Segalanya menjadi sangat sukar bagi membuat
ramalan atau jangkaan atau keputusan muktamad seperti dahulu kala, masa yang
berlalu meninggalkan kita yang akhirnya terpahat dalam kamus sejarah hidup.
Hanya mampu diingat, tetapi tidak mungkin dapat diubah. Melainkan kita ada
mesin yang dicipta untuk kembali ke masa hadapan bagi menambah baik resepi
kehidupan lampau. Nyata bukan rahsia, semua itu fantasi sahaja.

Kepimpinan Instruksional dalam Konteks Pendidikan dan
Kepimpinan VUCA

Kepimpinan adalah perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan (POLC for
Planning, Organizing, Leadering dan Controlling) yang membawa juga pengertian keupayaan
untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya untuk
mencapai sesuatu matlamat organisasi. Dalam konteks institusi pendidikan, kepimpinan ialah
keupayaan pemimpin mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku
pengikutnya (subordinat) untuk menjayakan sebarang perubahan bagi mencapai matlamat
organisasi yang telah dirancang teliti.

Istilah instruksional berasal daripada perkataan bahasa Inggeris instruction yang berasal
daripada kata dasar instruct yang bermaksud ‘ajar’. Perkataan instruksional ialah kata kerja
yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’. Menurut Abdul Ghani (2011),
sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional, pemimpin sekolah di sini adalah pengetua
selaku Ketua Jabatan yang memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan
pembekal sumber bagi menggalakkan dan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran
(kini dikenali sebagai pengajaran dan pemudahcaraan) di sekolah. Kepimpinan sekolah masa
kini perlulah bersifat dinamik dan kolaboratif, yang tidak lagi terikat dalam soal pencapaian
sahaja, malah pelbagai aspek lain yang bersifat global serta glokal juga perlu difikirkan.

Pemimpin instruksional tidak pernah diajar dan dilatih dengan bentuk kemahiran
dalam mengadaptasikan diri pada situasi VUCA. Tapi harus diingat, istilah penting
yang sering diperkatakan dalam mana-mana teori kepimpinan ada menyebut
bahawa semua pemimpin adalah ejen perubahan. Ya, memang betul pemimpin
adalah individu yang akan memandu ahli organinsasinya ke arah perubahan,
namun, bagaimana dalam soal menghadapi situasi VUCA. Kajian menunjukkan
kebanyakan pemimpin dunia sekarang tidak mempunyai kemahiran untuk
menghadapi dunia VUCA. Dapatan kajian oleh Rimita (2020) mendapati hanya
18% pemimpin di dunia ini mampu memimpin dengan berkesan dalam dunia
VUCA ini.

Bidang pendidikan dikatakan sangat terkesan dengan dunia VUCA ini. Ini
dibuktikan dalam kajian yang dibuat oleh Bolden dan Regan (2016) serta OECD
(2018), yang ada menyebut bahawa insitusi pendidikan sangat terkesan akibat

perubahaan norma dalam masyarakat dan dunia VUCA dalam kala dunia pesat
membangun dengan pelbagai teknologi moden yang memudahkan lagi kehidupan
manusia di planet bernama bumi ini. Apa yang akan kita banggakan dengan
teknologi moden ini sekiranya kehidupan kita dikelilingi aura negatif ketidak
pastian dan ketidak tentuan. Oleh sebab itulah aspek kepimpinan perlu ditambah
baik. Pemimpin perlu dilatih dengan kemahiran dan elemen-lemen yang bakal
menyediakan mereka dengan pembelajaran kepimpinan baharu yang dapat
menyediakan pemimpin untuk menghadapi dunia VUCA.

Istilah VUCA dan Dunianya

Perbincangan berkaitan VUCA (Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity) atau The
New Norm bukan perkara baharu, ia telah menjadi topik perbincangan dunia pada awal tahun
2000 lagi. Penggunaan VUCA mula diperkenalkan oleh Kolej Perang Tentera Amerika
Syarikat untuk menggambarkan keadaan dunia yang tidak stabil (volatility), tidak pasti
(uncertainty), rumit (complexity) dan kabur (ambiguity). Konsep dunia VUCA menyatakan
bahawa sesuatu perkara itu tidak dapat dijangka, sukar diramal, tidak menentu, kompleks dan
tidak jelas dengan melihat kepada perubahan kepada landskap global.VUCA pernah diwar-
warkan kepada rakyat Amerika selepas peristiwa 9/11 tetapi hanya benar-benar telah mendapat
perhatian dalam sektor swasta selepas bermulanya krisis kewangan pada tahun 2008-09. Pada
akhirnya istilah VUCA diguna pakai dalam segala aspek dan situasi sehingga kepada hal
akademik dan pendidikan.

Pada masa kini, kita banyak mempelajari sesuatu yang kita fikir baharu dan terkini.
Sedang kita seronok mengaplikasikan sesuatu yang baharu, belum sempat kita
mengguna dan menimatinya atau ketika kita sedang mencubanya, apa yang kita
belajar itu sudah berubah dalam sekelip mata. Segalanya bertukar menjadi istilah
outdated atau ketinggalan zaman. Kita jadi tidak ketentuan kerana tidak mampu
mengejar perubahan yang terlalu pantas. Paling ketara, jika kita dapat lihat adalah
perubahan teknologi telefon pintar, komputer atau teknologi lain. Perubahan harga
komoditi global, trend semasa dunia, isu kesihatan, semua berubah terlalu cepat
tanpa dijangka. Adakah zaman ketenangan sudah berlalu? Indahnya zaman aman
ketenangan pada sekitar tahun 1970-an sehingga 1980-an. Jika ada mesin masa,
semua ingin kembali ke zaman ketenangan itu. Sekarang cuba katakan, dapatkah
kita buat ramalan atau jangkaan mengenai apa yang akan berlaku seterusnya?
Waima bomoh mahupun dukun garu kepala, guna kelapa dan mengintai dengan
buluh nak ramal dunia masa depan.Kerja gila.

Istilah VUCA dan Kaitan dengan Kepimpinan Pendidikan

V-Vision

Pemimpin bukannya bomoh atau dukun. Pemimpin instruksional dunia VUCA
perlu mempelajari kemahiran tentang Vision. Mereka perlu mempunyai kemahiran
meramal apa akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan keadaan semasa.
Mereka sentiasa peka dan mengikuti perkembangan semasa dan terkini. Pemimpin
perlu Anticipate, dinamik, kolaboratif, global, glokal dan sebagainya bagi

memastikan organisasi yang dipimpin bersedia dengan perubahan yang tidak
dijangka.

Dalam konteks kepimpinan pendidikan, peranan pengetua dan barisan pentadbir
sekolah perlu digerakkan sepenuhnya melalui semangat kolaboratif dalam
mengerakkan misi serta visi yang disasarkan. Biarpun keadaan dunia VUCA ini
mungkin menyukarkan proses ramalan masa hadapan organisasi, segalanya masih
kabur dan tiada hala tuju yang pasti. Adalah sangat penting bagi golongan
kepimpinan sekolah ini menyediakan lebih awal segala bentuk kemahiran baharu
kepada warga pendidik agar bersedia dalam mengharungi perubahan semasa
pendidikan akibat daripada pelbagai faktor yang tidak dijangka.

U-Uncertainty

Uncertainty pula adalah satu keadaan yang tidak pasti dan ketidak-tentuan. Dalam
dunia VUCA, tidak ada satu perkara pun yang benar-benar pasti. Cara
menghadapinya ialah dengan memahami sesuatu perkara itu. Lebihkan berfikir.
Kita tidak boleh lagi banyak bercakap dan hanya memahami sesuatu daripada sudut
pandangan kita saja sebagai pemimpin. Sesi mesyuarat atau apa saja perbincangan
bukan milik pemimpin sepenuhnya, tetapi menjadi hak bersuara bersama.
Pemimpin perlu lebih banyak mendengar supaya lebih memahami apa yang sedang
berlaku. Melalui cara ini mereka akan dapat lebih melihat dan menilai sesuatu
perkara daripada setiap sudut dan pendapat.

Kemahiran mendengar pula melibatkan beberapa teknik yang perlu pemimpin
organisasi pendidikan perlu tahu dan kuasai. Pemimpin sekolah tidak boleh lagi
menggunakan bahasa-bahasa yang terlalu tinggi atau istilah-istilah power atau
high intelligent word yang tidak difahami oleh orang lain. Bak kata netizen, jangan
syok sendiri. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua orang dalam
menerang dan menjelaskan sesuatu. Dalam dunia VUCA, adalah sangat membuang
masa apabila kita mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara.
Libatkan semua warga organisasi sekolah dalam setiap perbincangan mengenai
visi dan misi organisasi. Rajinkan diri mendengar pendapat orang lain. Jangan
layan subordinat kita sebagai golongan yang tidak cerdik pandai. Jangan fikir
bahawa pemimpin saja yang rasa dirinya betul dalam semua perkara.

C-Complexcity

Complexity adalah keserabutan dunia dengan keadaan politik, ekonomi dan sosial
yang mencabar sekarang. Dunia kini sangat kompleks. Akal dan cara fikirpun
bertambah kompleks. Kita langsung tidak dapat mengagak harga komoditi dunia
akan jatuh teruk. Kita tak dapat ramalkan isu kesihatan yang bakal timbul. Kita
tidak dapat ramalkan kucar-kacirnya politik dunia. Perang boleh berlaku bila-bila
masa. Politik, ekonomi dan sosial menjadi proses yang terlalu kompleks kini.

Mentafsirkan data di zaman VUCA tidak sama dengan mentafsirkan data di zaman
ketenangan sebelum ini. Banyak perkara berkaitan yang tidak jelas dan tidak pasti
jawapannya .Bagi menghadapi complexity, perlu ada KPI yang jelas, sasaran,
Balance Score Card, On Board Target dan sebagainya. Skop kerja perlu jelas dan

terperinci. Jangan wujud lagi arahan bertindih. Masalah organisasi adalah masalah
bersama. Jangan biar seorang sahaja yang memikirkan penyelesaian masalah. Libat
uruskan semua. Tak perlu banyak banyak otak, asalkan akal berfungsi
meyelesaikan masalah ke arah proses pembuatan keputusan yang berkesan. Dalam
zaman VUCA kita tidak boleh lagi menganggap setiap orang jelas dengan hala tuju
organisasi. Beri arahan yang jelas. Sebut satu persatu. Yang boleh, itu boleh. Yang
tidak boleh, jangan disebut. Berikan objektif yang jelas dan jelaskan hasil yang
ingin kita capai.

A-Ambiguity

Ambiguity adalah suasana ibarat kejerebuan. Kita akan menyentuh isu dalam
pendidikan dunia VUCA. Masa depan semakin samar-samar dan kabur. Ibaratnya
dulu, kita masih boleh memandu dalam keadaan berjerebu dengan jarak
penglihatan sejauh 1 kilometer atau 500 meter. Sekarang, 20 meter saja pun masih
samar-samar. Dalam keadaan Ambiguity, kita tidak boleh asyik merungut dan
mengadu yang macam-macam. Kita sudah tidak boleh marah-marah lagi apabila
arahan ketua jabatan kejap itu kejap ini. Ketua Jabatan selaku majikan sendiri
tidak mahu memberikan arahan yang berbeza dan berubah-rubah, malahan mereka
sendiri mahukan kepastian dan jawapan ke arah mencapai kestabilan organisasi
seperti yang telah dimatlamatkan.

Namun, dalam dunia VUCA, semuanya samar-samar. Masa, suasana, jalan cerita
dan keadaan berubah terlalu pantas. Pendidikan kini sentiasa dalam keadaan tidak
menentu. Setiap tindakan dan proses pembuatan keputusan melibatkan proses yang
semakin kompleks dan rigid. Pemimpin sendiri belum tentu dapat membuat
ramalan yang tepat atau hampir tepat.

Penawar Ambiguity ialah agility atau kekuatan dan daya tahan minda. Tidak ada
jiwa kacau, cepat mengeluh dan putus asa. Jalan terus lurus ke hadapan tanpa
belok-belok. Dunia VUCA adalah dunia penuh cabaran. Hati perlu cekal, jitu,
jangan asyik komplen, cepat panik atau tergopoh gapah dalam membuat sesuatu
perkara atau keputusan. Walapun kita berjalan secara merangkak dalam keadaan
teraba-raba, namun kita kena tetap perlu menetapkan sasaran kita. Yakin bahawa
sasaran boleh dicapai. Gunakan pelbagai metod. Yang penting, berhenti merungut
sebab kerja takkan selesai jika mulut asyik bercakap tanpa makna..

Penutup bicara

Dalam dunia VUCA, daya ketahanan diri dan mental yang kuat adalah perkara
paling penting yang kita perlu ada sebagai pemimpin sekolah. Dulu, hampir semua
perkara boleh diramal. Corak perubahan boleh diramal. Sekarang jangan mimpi.
Semua itu fantasi sahaja. Data 10 tahun lepas, belum tentu berguna sekarang. Hasil
analisis data belum tentu menyokong data terkini. Pemimpin perlu meramal
berdasarkan keadaan semasa. Sejarah lampau hanya pengajaran berguna, belum
tentu menjadi ukuran untuk hidup lebih baik masa kini. Bijak dan pantas
mengambil peluang yang ada. Gunakan sebaik-baiknya peluang yang terhidang
depan mata. Bersedialah melayan dunia VUCA.

Oleh key2104

“Satu Suratan Takdir yang Menjadi Titik Awal Persediaan ke Arah Laluan Yang Begelora
Namun Pasti Digagahi oleh Setiap Insan Bernama Pendidik”.


Click to View FlipBook Version