TRAGEDI
MEI 1969
13 PUNCA DAN PENGAJARAN
MPU 21032
PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN
Nama Pensyarah : Mior Iskandar bin Mior Azizan
Nama : Muhd Danial Fitri bin Samsul Faizul (15DET20F1001)
Muhd Danial Izzat Bin Mohd Shah (15DET20F1059)
Airul Shazmie bin Sulaiman (15DET20F1055)
ISI KANDUNGAN
37
9 10 12
PENGENALAN 2 PASUKAN YANG 10
PUNCA
TERLIBAT
HARI
PERGADUHAN 3
DARURAT
KORBAN 12
7 PENGAJARAN 14
SUMBER 15
9 RUJUKAN
1
PENGENALAN
Peristiwa 13 Mei pada
tahun 1969 ialah insiden rusuhan
kaum yang berlaku dan kemuncak
masalah perpaduan di Malaysia.
Tragedi ini telah meragut nyawa serta
harta benda dan mempunyai kaitan
yang rapat dengan ―Pilihan Raya Umum
10 MEI 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Peristiwa ini juga melibatkan isu
perkauman diantara kaum Bumiputera
dan rakyat bukan Melayu.
2
PUNCA TERJADINYA PERISTIWA
13 MEI 1969
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon
pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai bumiputera dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang
ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam
pilihanraya.
.
3
Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA,
dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di
parlimen walaupun masih berjaya membentuk
kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti
pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenangi
Parti Perikatan dalam Dewan Rakyat (Parlimen)
telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun
1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Pihak pembangkang yang memperoleh
pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah
meraikan kemenangan mereka dengan berarak
pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut
sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan
isu perkauman. Namun, terdapat segelintir
pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat
dikenal pasti) telah mengeluarkan slogan-slogan
bersifat sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya sekitar
bandaraya Kuala Lumpur
4
Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana
kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian
tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Parti Tindakan
Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan
yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang
ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru,
menyorak penduduk di situ.
5
Sesetengah penunjuk perasaan membawa
penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai
simbol menyapu keluar orang Melayu dari
Kuala Lumpur, sementara yang lain
meneriak slogan mengenai tengelamnya
kapal Perikatan — logo perikatan.
Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969
sebelum Parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di
atas kelakuan penyokong mereka. Menteri
besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas
meraikan kemenangan UMNO akan
dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei
1969.
6
HARI BERLAKUNYA PERGADUHAN
UMNO bercadang untuk mengadakan perarakan
balas pada 7.30 petang 13 Mei hari Selasa, tetapi
kebanyakan orang Melayu mula berkumpul di depan
rumah menteri besar Selangor pada awal pagi. Orang
Melayu dari luar Kuala Lumpur turut serta dalam
perarakan ini seperti dari Morib, Banting dan juga
Perak.Pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam
pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina
menghalang beberapa orang Melayu yang dalam
perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai
perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan
batu ke arah mereka.
7
Pergaduhan ini diketahui oleh orang Melayu yang
berkumpul di Kampung Baru Jalan Raja Muda. Dalam
pukul 6.30 petang orang Melayu mula bergerak dari
Kampung Baru dan menyerang orang Cina dengan
bersenjatakan parang dan keris. Mereka membakar
rumah-rumah kedai di sekitar kawasan Kuala Lumpur
dan juga kereta. Orang Cina yang terserempak
dibunuh. Menurut laporan majalah Time, sekurang-
kurangnya 8 orang Cina terbunuh dalam rusuhan
pertama yang berlaku.
Rusuhan ini mula tersebar di sekitar Kuala Lumpur
dalam masa 45 minit dari Jalan Campbell, Jalan
Tunku Abdul Rahman (Batu Road), Kampung Datuk
Keramat, Kampung Pandan, Cheras, Kampung
Kerinchi dan Sentul.
8
DARURAT
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16
Mei 1969. Dengan pengistiharan ini,
Perlembagaan Persekutuan telah digantung.
Negara diperintah secara terus oleh Yang
DiPertuan Agong dibawah undang-undang
tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara
(Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman
telah menarik diri dari mengetuai majlis tersebut.
Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu,
Parlimen juga digantung.
9
PASUKAN YANG TERLIBAT
Tentera dari Askar Melayu lebih awal dikerahkan
menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru
dan Askar Melayu dikerah untuk mengambil alih
kawalan. Rusuhan dapat dikawal dengan
mengunakan gas pemedih mata, perintah
berkurung 24 jam (curfew order) diumumkan oleh
radio pada pukul 7.30 petang dan di televisyen
pada 8 malam.
Perintah tembak di keluarkan oleh Ketua Polis
Negara Mat Salleh. Pihak askar mula meronda
kawasan-kawasan rusuhan sehingga pukul 10
malam, ramai yang tidak tahu berkenaan perintah
berkurung ditembak mati, ada juga yang ditembak
kerana berdiri di depan koridor rumah sendiri.
10
ANGGOTA FRU SEMASA
RUSUHAN 13 MEI
11
KORBAN
Angka korban yang dapat diperoleh
daripada peristiwa tersebut :
Angka rasmi menunjukkan 196 mati,
439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah
Terdapat juga beberapa angka yang
tidak rasmi untuk jumlah kematian :
i. Melayu : 86 Orang
ii. Cina : 342 Orang
iii. Lain - Lain : 3 Orang
Angka – angka tersebut juga
dikatakan tidak pasti kerana daripada
mata – mata penduduk sewaktu,
mereka melihat lori membawa mayat
yang tidak sempurna dalam jumlah
yang banyak.
12
13
PENGAJARAN YANG BOLEH
DIPEROLEH DARI PERISTIWA 13 MEI
1969
Peristiwa 13 Mei memberi peringatan
tentang kebenaran peribahasa kalah jadi
abu, menang jadi arang kerana konflik itu
merugikan semua kaum, selain
menjejaskan imej negara di persada
antarabangsa
Peristiwa ini perlu selalu diperingat
kepada rakyat agar kita semua bukan
sahaja perlu muhasabah diri pada setiap
masa, lebih penting lagi ialah kita
hendaklah memastikan ia tidak berulang
lagi dengan menentukan hubungan etnik
sentiasa baik
14
SUMBER
RUJUKAN
INTERNET :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/
Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-
masyarakat-bersatu-padu
http://13051969.blogspot.com/2009/09/rejimen-
renjer.html
https://www.goodreads.com/en/book/show/3559405-
13-mei
https://www.sinarharian.com.my/article/27975/BERITA/
Nasional/Ambil-iktibar-peristiwa-13-Mei
http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa
-13-mei.html
15
SEKIAN TERIMA KASIH