The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hazieq Ahmat, 2023-02-16 10:50:12

Kertas Kerja program sukan Bersama KMNS

Kertas Kerja program sukan Bersama KMNS

PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA BUKIT KERTAS KERJA PROGRAM SUKAN FELDA BUKIT ROKAN BARAT BERSAMA KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN (KMNS) 2023 TARIKH 11 – 12 FEBRUARI 2023 TEMPAT PERKAMPUNGAN FELDA BUKIT ROKAN BARAT ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA BUKIT ROKAN BARAT DENGAN KERJASAMA 1. KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN 2. JAWATANKUASA KESELEMATAN KAMPUNG RANCANGAN (JKKR) 3. GERAKAN PERSATUAN WANITA (GPW) 4. JAWATANKUASA MASJID FELDA BUKIT ROKAN BARAT 5. KAMI ANAK FELDA (KAF)


TUJUAN 1. Kertas ini bertujuan untuk memohon peruntukan Unit Komuniti untuk mempertimbangkan cadangan pelaksanaan Program sukan bersama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) 2023. LATAR BELAKANG 2. Program ini dirancang bagi mendidik ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan Barat untuk menguruskan program bersama Institusi luar. 3. Projek yang dilaksanakan akan menggunakan kemahiran kerja berpasukan dalam menyelesaikan tugasan secara berkumpulan. 4. Ahli juga dapat mengaplikasikan kemahiran etika dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas berkumpulan. 5. Disamping itu, mereka perlu didedahkan dengan program-program bagi melatih mereka berkhidmat kepada masyarakat kerana pelajar dan peserta program merupakan aset penting pembentukan modal insan dan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. 6. Selain itu, melalui program ini juga akan membantu memperkenalkan Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan Barat pada Institusi luar ASAS PERTIMBANGAN 7. Peserta berkebolehan mempamerkan kemahiran kepimpinan dan mengamalkan nilai dan etika yang baik dalam menguruskan diri. 8. Memberi peluang kepada peserta untuk berkaloborasi secara berkesan dalam kerja kumpulan dan berdampingan bersama Institusi luar.


PERINCIAN CADANGAN 9. Melalui Program ini : 9.1 Peserta dapat menerapkan elemen kemahiran insaniah dengan kemahiran interpersonal yang berfokuskan kerja berpasukan dan kemahiran etika dan profesionalisme. 9.2. Peserta dan penduduk setempat dapat memahami dan menghayati konsep kebersamaan bagi membentuk semangat kerjasama dan perpaduan. 9.3. Mendedahkan peranan Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan Barat sebagai pusat generasi muda di tanah rancangan kepada peserta dan masyarakat setempat dan akhirnya membentuk generasi Malaysia yang progresif. 9.4. Memberikan kesedaran kepada peserta pentingnya generasi muda bagi masa depan negara yang bakal menerajui kepimpinan negara. 10. Tarikh pelaksanaan : 11 hingga 12 Februari 2023 ( Sabtu dan Ahad) di Felda Rokan Barat. 11. Senarai cadangan Jawatankuasa seperti di Lampiran 1. 12. Anggaran perbelanjaan RM 7,950.00 dengan terperinci seperti di Lampiran 2. 13. Tentatif program seperti di Lampiran 3. 14. Sasaran kepada 150 orang peserta (Ahli Persatuan Belia dan pelajar KMNS) 15. Penilaian program akan dibuat menggunakan instrument yang akan disediakan kepada peserta selepas program dijalankan. Laporan program akan disiapkan dalam tempoh 3 minggu selepas program dijalankan.


IMPLIKASI 16. Program ini akan melatih dan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu kepimpinan yang dipelajari dan menabur bakti kepada masyarakat setempat. 17. Melalui program ini peserta akan dilibatkan dengan pelbagai kegiatan yang menjurus kepada berkebolehan untuk berkomunikasi, sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanafaatkan kepada diri dan masyarakat. 18. Peruntukan tambahan diperlukan bagi menampung kos perbelanjaan kerana kewangan sedia ada tidak mencukupi. KESIMPULAN 19. Program ini dirancang dengan harapan dapat memberikan pendedahan kepada Generasi ke 2 Felda Bukit Rokan Barat dalam merencanakan sesebuah program selain dapat melahirkan sifat kepimpinan.


ULASAN PEMOHON/ PENYEDIA 20. Mohon diberi pertimbangan untuk kelulusan peruntukan seperti yang dicadangan Disediakan oleh: …………………………………………………………. (MUHAMMAD AZHAR BIN JAMALI) Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan Barat Tarikh : Disemak oleh: ………………………………………… (HAZIEQ BIN AHMAT) Penyelaras Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Rokan Barat. Tarikh :


ULASAN KETUA PENEROKA FELDA BUKIT ROKAN BARAT 21. Ulasan; ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………. (ABDUL RAHMAN BIN DAUD) Ketua Peneroka Felda Bukit Rokan Barat Tarikh : ULASAN DAN SOKONGAN PENGURUS RANCANGAN 22. Cadangan Program Sukan,Rohani dan Anak Angkat Persatuan Belia Felda Bukit Rokan Barat bersama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 2023 disokong / tidak disokong dengan syarat mematuhi : a) Semua undang-undang dan peraturan berkaitan b) Semua aspek keselamatan perlu diberi perhatian dan dipatuhi ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………….. …………………………………… (ALFIAN SHAH BIN ARIS) Pengurus Felda Bukit Rokan Barat Tarikh : Program yang dilaksanakan akan membentuk sahsiahdiri peserta,menguat kerohanian dan jati diri serta menguatkan semangat bekerjasama berpasukan.


LAMPIRAN 1 JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat 1 : En. Alfian Shah Bin Aris (Pengurus Felda Bukit Rokan Barat) Pengerusi : En.Muhammad Azhar Bin Jamali Penyelaras Persatuan : En. Hazieq Bin Ahmat (Penyelia Rancangan Tanah) Penolong Penyelaras : Setiausaha : Pn Nor Saziqah Binti Sawaldi Bendahari : Pn.Noraida Binti Abdullah AHLI JAWATANKUASA BERTUGAS BIL. JAWATANKUASA NAMA 1. Pendaftaran - Noraida Binti Abdullah (K) - Siti Aisyah Binti Ismail 2. Peralatan - Muhammad Azhar Bin Jamali (K) - Iju Azuha 3. Hadiah dan cenderamata - Noorshahira Binti Abd Manaf (K) - Nurain Binti Roslan - Hanani Binti Ahmad 4. Persiapan Tempat - Nurul Azam Bin Omar (K) - Muzaffar Shah Bin Mokhtar - Yusri Bin Zakaria - Mohd Shukri Bin Saleh 5. Sukan dan permainan - Wan Zubaidah (K) - Hani Mustaqim Bin Mohd Zuki - Muhammad Nor Azam


7. Pengacara Majlis - Ucap Utama Perasmian Penutupan - Tazkirah Agama - Nur Alyah Binti Ab Rahim - En.Alfian Shah Bin Aris - En.Norazaman Bin Samid - Abdul Rahman Bin Daud - Ustaz Jemputan 8. Jamuan - Norahimah Binti Rahim - Norhudah Binti Kamis (K) - Nor Saziqah Binti Sawaldi 9. Multimedia - Siti Nor Fatin Binti Mohd Sani 10. Persediaan Kuliah Agama - Ja;izudin Bin Ahmad (K) - Hazieq Bin Ahmat 11 12 13 Gotong-Royong Pengangkutan Disiplin / kebersihan - Noryati Binti Abdul Razak (K) - Faizul Azizi - Azizan Bin Abdullah (K) - Khalil Bin Ma’arof - Hamdan Bin Musa (K) - Muhammad Jeffry Bin Mohd Amin - Mohd Razif Bin Sahid


LAMPIRAN 2 Anggaran perbelanjaan Bil Perincian Jumlah 1 Makan i. Makan Tengahari ( Rm12.00 x 2 hari x 150 Org) 3,600.00 ii. Minum Petang (Rm 4.00 x 150 Org) 600.00 iii. Makan Malam (Rm 10.00 X 150 Org) 1,500.00 Jumlah 5,700.00 2 Sukan ( Hadiah ) i. Hadiah Utama ( Hamper Rm 125 x 4 Siri Permainan ) 500.00 ii. Tempat Kedua (Hamper Rm 100 x 4 Siri Permainan) 400.00 iii. Tempat Ketiga ( Hamper Rm 50.00x 4 Siri Permainan ) 225.00 iv. Saguhati pengadil perlawanan ( Bingkai gambar tulisan Khat ) 25.00 Jumlah 1,125.00 3 Penyelenggaraan Padang dan Gelanggang i. Padang Bola Sepak ( baik pulih tiang gol dan garisan padang ) 500.00 ii. E - sport (Sewa screen Layar) 125.00 iii. Gelanggang Badminton ( Cat court dan Nett baharu ) 200.00 Jumlah 825.00 4 Cenderahati i. Pengurus Felda Bukit Rokan Barat 150.00 ii. Pengarah Matrikulasi Negeri Sembilan 150.00 Jumlah 300.00 Jumlah Keseluruhan 7,950.00


LAMPIRAN 3 TENTATIF PROGRAM TARIKH MASA AKTIVITI 11/2/2023 (Sabtu) 12/2/2023 ( Ahad ) 8:00 pagi 8:00 - 8:30 pagi 8:30 - 11.00 pagi 11:00 pagi - 2:00 petang 2:00 - 6:00 petang 6:00 petang - 9:00 malam 9:00 - 11:00 malam 11:00 malam - 8:00 pagi 6.30 pagi - 7.30 pagi 8:00 - 10:00 pagi 10:00 pagi - 12:00 tengahari - Ketibaan Pelajar KMNS ke Felda Bukit Rokan Barat. - Taklimat dan pembahagian kumpulan program khidmat masyarakat. - Gotong-royong membersihkan kawasan Masjid/ tanah perkuburan. - Penyerahan pelajar kepada keluarga angkat/ urus diri/ rehat/ solat berjemaah - Karnival sukan & permainan, bola sepak/ bola jaring/ bola tampar/ sepak takraw - Urus diri/ rehat/ solat berjemaah di Masjid/ tazkirah - Pertandingan ‘E-sport’ - Urus diri/ rehat/ Solat berjemaah - Kuliah subuh - Penerangan dan demonstrasi perusahaan getah/ kelapa sawit - Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah. - Sayonara/ Bersurai


Click to View FlipBook Version