The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by trlimlp, 2021-10-29 06:12:06

MAT PIBG 2021

MAT PIBG 2021

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-33 SESI 2019/2020
DAN KALI KE-34 SESI 2021/2022

SK ST FRANCIS CONVENT (M)
KOTA KINABALU

TARIKH : 30 OK
TOBER 2021
HARI: S
ABTU
MASA: 8: 30PAGI

TEMPAT: KEDIAMAN MASING-MASING

ISI KAND
UNGAN

1. Aturcara Majlis
2. Kata Alu-aluan Penasihat PIBG
3. Kata Alu-aluan YDP PIBG
4. Surat Jemputan Mesyuarat
5. Agenda MAT PIBG
6. AJK PIBG Sesi 2019/2020
7. Jawatankuasa Pelaksana MAT PIBG ke-33

dan ke-44

8 .0M3i n i t M e s y u a r a t A g u n g T a h u n a n P I B G k e

32
9. Penyata Kewangan 2019 dan 2020
10. Laporan Aktiviti 2019/2020 &

2020/2021
11. Penghargaan

ATURCAR

A MAJLIS

7.30 pagi: Pendaftaran Ahli-ahli Mesyuarat
8.30 pagi: Bacaan Doa oleh Rev. Fr. Paul Lo

Ucapan Alu-aluan Penasihat PIBG
Puan Dora Loi Siew Choo
Guru Besar
SK St. Francis Convent (M)
Ucapan Yang Di Pertua PIBG Sesi 2019/2020
Encik Vivian Leong
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-33 Sesi 2020/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 Sesi 2021/2022
12.30 t/hari: Bersurai
Terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama anda




1

KATA ALU-ALUAN
PENASIHAT PIBG

Salam sejahtera, Salam PPD Kota Kinabalu Dare To Change; Salam Sabah
Hebat, Katakan Tidak Kepada No. 16 dan Katakan Ya Kepada 10 Terbaik,
Sabah Maju Jaya dan tidak dilupakan moto kita Amare Et Servire.
Syukur kepada Tuhan sebab dengan keizinannya kita dapat mengadakan
Mesyuarat Agong Tahunan PIBG SK St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu
kali ke-33 dan ke-34.

Kehadiran ibubapa melalui Google Meet menunjukkan komitmen tuan/puan yang tinggi
bagi merealisasikan Visi dan Misi SK St. Francis Convent (M) untuk mencapai
kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan
hala tuju penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam 3 gelombang iaitu Gelombang 1
(2013- 2015) : Menyokong penglibatan ibu bapa dan inisiatif sektor swasta, Gelombang 2
(2016- 2020) : Memantapkan penglibatan dan Gelombang 3 (2021-2025) : Menggalakkan
lebih banyak inovasi daripada sektor swasta. Persoalannya, adakah keadaan ini akan
membantutkan hala tuju penglibatan ibubapa dan sektor swasta terhenti begitu sahaja?
Sudah tentulah jawapannya tidak. Malah 3 gelombang yang telah digariskan itu perlu
dilaksanakan dengan lebih pantas demi memastikan semua murid berpeluang untuk
mengecapi kejayaan. Tiada sebarang istilah halangan bagi kita dalam menempuh
perjalanan membina kemenjadian murid. Malah semua pihak termasuk sekolah, ibu bapa
dan komuniti perlu berinteraksi dalam memastikan kemenjadian murid dapat dicapai

melalui penye0dia3an persekitaran pembelajaran yang sesuai.

Umumnya, mengetahui bahawa kefahaman sekolah menjadi tempat pembelajaran murid
sudah tidak relevan lagi malah proses pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan
oleh KPM mulai tahun 2020 mengukuhkan lagi kefahaman di atas. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2013, Ekshibit 7-11) mentakrifkan sistem pembelajaran ialah
sesuatu proses pembelajaran boleh berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh
berlaku di rumah serta dalam komuniti. Kita perlu fahami bahawa apabila disebut
Ekosistem Pembelajaran ia bermaksud murid dapat merasai suasana dan ruang belajar
melalui teknologi, pandangan dunia, kuasai pemikiran kritikal, reflektif pengalaman
persekitaran murid, interaksi sosial seperti filem kehidupan, talian internet, buku-buku,
keluarga, kawan-kawan dan komuniti.

2

KATA ALU-ALUAN
PENASIHAT PIBG

Oleh yang demikian, kemenjadian murid di atas boleh dipacu secara komunikasi dua hala
antara sekolah dengan kerjasama ibu bapa yang dapat diterjemahkan melalui rasa
tanggungjawab yang dikongsi bersama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan
pembelajaran berkualiti untuk murid, meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu
pembelajaran murid dan memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah dalam
meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka. Manakala kemenjadian murid juga boleh
dicapai secara kerjasama sekolah dengan komuniti melalui rasa sukarela daripada
pertubuhan dalam komuniti untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dan memberi
manfaat kepada sekolah setempat dan menggalakkan penglibatan murid dalam pertubuhan
dan aktiviti komuniti serta mendapat pengajaran penting melalui proses tersebut.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG kerana sentiasa
menyokong sekolah dalam semua aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah ini.
Mereka sangat prihatin dan selalu merupakan tulang belakang sekolah. Walaupun PdPR
dijalankan, semua program/aktiviti tidak dimansuhkan tetapi dibuat dalam suasana yang
berbeda. Apabila kita mula-mula dilanda oleh COVID-19, sekiranya tanpa sokongan daripada
PIBG, sememang program sekolah akan terbantut terutamanya dari segi pembelian
peralatan yang telah di senaraikan oleh pihak KPM. Waktu pandemik, PIBG banyak
membantu dalam prasarana sekolah seperti pembaikan tandas, keceriaan, bantuan
tambahan peralatan COVID-19, guru ganti, RELA, menyumbang "horn-speaker" untuk
membantu kelancaran waktu penyuraian, dan banyak lagi sumbangan besar dan kecil
daripada PIBG. Dengan itu, apabila sekolah buka, kami sangat bersedia untuk menerima
murid pada hari pertama sekolah dibuka dan minggu-minggu persekolahan seterusnya.

03

Syabas dan tahniah kepada AJK Pelaksana Mesyuarat Agong Tahunan PIBG ke-33 dan ke-34
atas komitmen dan kerjasama yang padu membolehkan program hari ini berjalan dengan
lancar. Semoga Tuhan memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab
masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat
yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.

Sekian, terima kasih. Tuhan memberkati anda semua.

AMARE ET SERVIRE

Saya yang menjalankan amanah,
(DORA LOI SIEW CHOO)
Penasihat PIBG
SK St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu

3

KATA ALU-ALU
AN YDP PIBG

Syukur kepada Tuhan dengan kasih kurniaNya dapat kita bersama-
sama sekali lagi bertemu dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SK St. Francis Convent (M) Kota
Kinabalu kali ke-33 dan ke-34.

Saya berbangga dan berterima kasih kerana diberi kesempatan untuk memberikan sepatah dua
kata dalam buku atur cara ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang bersedia memberikan khidmat dengan
tekun untuk menjayakan majlis ini. Saya percaya tanpa kerjasama dan tanggungjawab seperti
ini, majlis seperti ini tidak akan dapat diadakan dengan lancar, baik dan memuaskan.

Saya juga amat berharap agar mesyuarat kali ini akan dapat mengumpul beberapa input yang
baik serta sumbang saran untuk kita sama-sama gunakan sebagai anduan dan landasan
kecemerlangan sekolah dan PIBG. Saya selaku YDP juga difahamkan sekolah ini telah
merancang pelbagai aktiviti terutamanya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Saya juga
berbangga dengan kejayaan murid-murid sekolah ini berjaya mengharumkan nama sekolah
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Sebagai penutup bicara, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan PIBG kepada semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Terima kasih saya
kepada Pengerusi Lembaga Sekolah, Guru Besar sekolah, guru penolong kanan, guru-guru dan
kakitangan sekolah serta semua ibu bapa yang telah membantu kami AJK PIBG sesi 2019/2020
dalam menjalankan tugas kami. Terima kasih juga kepada AJK saya yang telah banyak

03menolong saya menjalankan tugas sebagai YDP dengan sebaik-baiknya.

Ucapan tahniah juga saya rakamkan kepada AJK baharu yang bakal dilantik nanti. Semoga
mereka dapat meningkatkan lagi prestasi PIBG ke arah membantu sekolah dan warganya. Saya
berdoa agar sekolah ini akan terus cemerlang dalam bidang akademik, dan kokurikulum agar
segala sasaran sekolah akan tercapai. Saya juga berharap mesyuarat agung PIBG kali ke-33 dan
ke-34 ini akan berlangsung di dalam suasana yang penuh damai dan harmoni.

Sekian, terima kasih.

AMARE ET SERVIRE

Saya yang menjalankan amanah,
(VIVIAN LEONG)
Yang Di Pertua PIBG
SK St. Francis Convent (M) Kota Kinabalu

4

SURAT JEMPUTA
N MESYUARAT
03

5

SURAT JEMPUTA
N MESYUARAT
03

6

AGENDA MKAELSIYKUEA-
3R3A&T A3G4UNG PIBG

Sesi 1 : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 Sesi 2019/2020

1.Ucapan Yang Di Pertua PIBG Sesi 2019/2020
2.Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan

kali ke-32 Sesi 2019/2020
3.Perkara Berbangkit
4.Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG

2019/2020
5.Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG

yang berakhir pada 31 Disember 2019
6.Pembubaran AJK PIBG Sesi 2019/2020
7.Perlantikan Pengerusi Sementara
8.Pemilihan dan perlantikan AJK PIBG Sesi 2020/2021
9.Pemilihan Juruaudit Dalaman
10.Ucapan Penutupan Yang Di Pertua PIBG
11.Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan

Sesi 2 : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 Sesi 2021/2022

1. UMceampbaennY0taa3nngg Dipertua PIBG Sesi 2020/2021 Tahunan PIBG
2. dan Menerima Laporan Aktiviti

2020/2021

3.Membentang, Meluluskan dan Menerima Penyata Kewangan PIBG

yang berakhir pada 31 Disember 2020

4.Pembubaran AJK PIBG Sesi 2020/2021

5.Perlantikan Pengerusi Sementara

6.Pemilihan dan perlantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022

7.Pemilihan Juruaudit Dalaman

8.Membahas usul-usul yang diterima dan cadangan

9.Hal-Hal Lain

10.Ucapan Penangguhan

7

AJK PIB
G

03

8

JAWATAN KUASA
PERLAKSANA

Urus Setia Pendaftaran
Puan Messilina @ Meslina Lanog Puan Julia Andrew
Puan Suhane Binti Misran Encik Mohd. Arief Bohain Bin Roszan
Puan Elmeyaton Binti Ashroof
Puan Haslina Binti Jismit Pencatat Minit Mesyuarat
Puan Noraini Husni Puan Dg. Norasmah Binti Jamlu
Puan Rohaiyah Binti Daha
Moderator Puan Rosnah Binti Harun
Puan Faidathul Adawiyah Binti A. Malek Puan Rohayyu Binti Rokijan
Puan Imelda Binti Fanny / Puan Riani Hj Musib
Nur Hidayah Fanny Abdullah Puan Sarinah

Pengundian Jawatankuasa PIBG Teknikal / Peralatan / Multimedia
secara dalam talian Encik Arlson Bangos
Puan Shaharom Binti Azmi Puan Wong Chui Fung
Puan Wong Pui Shu Puan Marhanizah Binti Mohamad Dun
Dr. Lily Chin Mui Ken Puan Irene Wong @ Genevieve
Cik Vivian Chong Ni Hong Puan Norafizah Binti Tassa
Puan Lena Wong Li Ying Puan Laura Soon Kui Chai
En. Freddie Insiong Puan Nora Takom
Cik Hazwani Kunarto Puan Ruzilah Bte Labansin
Puan Kimoi @Cathrina Binti Aham Puan Airine Galawis
Encik Chan Siau Sing
03
Buku Program / Flip Book
Cenderahati dan Sijil Puan Lim Lai Poh
Puan Dohina Binti Delunsing Puan Jostina Mavil
@ Marcella Jennifer Puan Aryati Binti Kassim
Puan Diana RT Dacany Puan Khairol Fauziah Mohd Isa
@ Diana Bt. Mohd Zain Puan Salimiah @ Sazarinah Bt. Jamil
Puan Priscilla Benedict Puan Jinivy Binti Eddy
Puan Lainah Gupau
Fotografi Puan Jelumie Bulangkau
Puan Hamdiah Binti Abdul Hamid Encik Mohd Isa Bin Etit
Puan Teo Fiev Ne Puan Helis binti Alip
Encik Yusrinizam Mohamed Yusoff

9

MINIT MES
YUARAT

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 32 (SESI 2019/2020)

S.K ST FRANCIS CONVENT (M) KOTA KINABALU




Tarikh : 16 Mac, 2019

Masa : 8.00 pagi (AGM)

Tempat : Dewan St. Claire, Sk St.Francis Convent (M)




SENARAI KEHADIRAN GURU

Nama Guru 24 Rohayyu Binti Rokijan
1 Dora Loi Siew Choo 25 Faidatul Adawiah Binti Abdul Malek
2 Messilina Lanog@Meslina 26 Norhafizah Tassa
3 Helis Binti Alip 27 Salimiah@Sazarinah Jamili
4 Marhanizah Mohd Dun 28 Laura Soon Kui Cai
5 Jostina@Justina Mavil 29 Vivian Chong Ni Hong
6 Shaharom Azmi 30 Hazwani Binti Mohd Kunarto
7 Dg.Norasmah Binti Jamlu 31 Lu Choi Li
8 Freddie Insiong 32 Suriati Ambo
9 Chin Mui Ken 33 Kimoi@Cathrina Aham
10 Teo Fiev Ne@Penny 34 Lainah Gupau
11 Suaeni Binti Hj.Suadi 35 Sarinah Bt Siman@Sorinah
12 Lim Lai Poh 36 Rohaiyah Binti Daha
13 Imelda Binti Fanny 37 Aryati Binti Kassim
14 Lena Wong Li Ying 38 Wong Chui Fong
39 Irene Wong@Genevieve
0315 Khairol Fauziah Mohd Isa 40 Haslina Bt Jismit
41 Rosnah Harun
16 Airine Galawis 42 Yusrinizam Mohamed Yusoff
17 Dohina Delunsing@Jennifer 43 Suliani Hasib
18 Jinivy Eddy 44 Engelyn Yee Yen Ling
19 Pricilla Benedict 45 Suhane Binti Misran
20 Riani Hj Musib 46 Ramlee Bin Mail
21 Diana R T Dacany@Diana Binti Mohd Zain
22 Elmeyaton Binti Ashroff
23 Noraini Binti Husni

10

SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA

Nama Ibu Bapa 43 Lidwina Michael 84 Rita Binti Philip

1 Satiah Jumain 44 Helvin Ribus 85 Thomas Leong

2 Alvira Veronie Menggala 45 Roger Josep 86 Jolius Yasoi

3 Russell G.Jimbangan 46 Devilliana David 87 Edwin Ubad

4 Laisah Yaban 47 Fatimah Asan 88 Jaffar Ahmad

5 Nuradieana Afiza
6 Nadia Zahirah Binti Abdul Rajied 48 Malexander B.Bukar 89 Ahmad Omar Kuaw

7 Marina Aman Sham 49 Noria Binti Ingan 90 Jovinia Jude Paulinus

8 Debby Dennies 50 Mohd Syirul Sarudin 91 Susan Coleman

9 Nordiah Binti Rain 51 Robson John 92 Victor Primus

10 Arrianita Musidi 52 Vera@Nur 93 Susan Maika

11 Hilary Sia Pik Leung 53 Willey Unggak@Alfred 94 Clarissa Felix Kadayum

12 Veniessa Joan Ak Kurong 54 Zainul Ikmal Bin Ishak 95 Rejinah Ubin

13 Jeanny Binti Tiga 55 Angeline Madatang 96 Rosalla Mayon

14 Ramleh Puteh 56 Liza Dominic 97 Minih Binti Martin

15 Liew Fui Yun 57 Jovita Jusin 98 Marcus Sipo

16 Carolyne Isnoden 58 Dyana Andrew 99 Ellen Francis

17 Emily Willie 59 Norhalimy Bt Halim 100 Nancy M Joumi

18 Jacqueline Alloysius 60 Roslin Bt Bunahai 101 Lenna Salleh

19 Mohd. Caezar Boyd Bin Wahab 61 Malida Solah Anthony 102 Mouna Ozita Danggang

20 Hartini Oyong 62 Elmer Abragan 103 Lee Leong Foi

21 Audrey Leong Xiao Ling 63 Ahmad Fauzan 104 Rosita Painun

22 Zaidee Bin Sarudin 64 Arizal Wahib 105 Cin Eliane Michael

23 Mohd Azham 65 Magdelina Haui 106 Fiona Hobritus

24 Petrus Paulus 66 Saunah Yasoi 107 Sherilynna Basok

25 Liza Mandali 67 Angeline Yupa 108 Maslini@Natalia Nadirah

26 Nelson Minjoe 68 Serena Sharon Natesan Bt Saiman
69 Andra Vivian Kunsian 109 Awina Bin Linus
0327 Amsharie Bin Amat
70 Johnwain Alphonsus 110 Dr.Ahmad Qabil Bin Khalib
28 Teo Cheng Eng
@Roslie Hamzah 111 Hamdi Hashim
29 Jelian Ak Kasim
71 Jane Fiona Philip 112 Aireinia A.George
30 Shasha Soraya Yusof
72 Mabut L Jinero 113 Suzy Datu Jack Maiks
31 Rinlie Bin Mokibal
73 Husyantie Bte Huseini 114 Norhayati Mahali
32 Kartini Binti Madun
74 Alaysius 115 Lenna Salleh
33 Dasiah Binti Jusmin
75 Alex Chang 116 Hellen Ongging
34 Raymond James
76 Charmaine Andrea W.Chang 117 Annie Pang Thau Jin
35 Matusin Bin Ismail
77 Mohd Sazaly Basarian 118 Suzizan B.Nawi
36 Roslina Yanting
78 Clarice Lobinjang 119 Ir.John Gomez
37 Azahayu Bt Hud
79 Vivian Leong 120 Pauline Bte Yaripin
38 Thomas Gaduid
80 Rutijah Farjila Supain 121 Eddie Jilliun
39 Tati Ismail
81 Selly Lee 122 Marry John Kissol
40 Doigen Bin Golipok
82 Radziah Abdul Razak 123 Roger James
41 Rozinah Bt Antong
83 Adrina Pilis
42 Cheryl Julius

11

1.0 UCAPAN YANG BERUSAHA GURU BESAR SK. ST FRANCIS CONVENT (M) PN. DORA LOI SIEW CHOO

Yang Berusaha Guru Besar mengucapkan salam satu Malaysia dan salam PPDKK ‘Dare to Change’
serta salam ‘Amare Et. Servire’ kepada semua hadirin yang hadir. Beliau juga bersyukur kerana
diberikan peluang sekali lagi untuk mengadakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. St.
Francis Convent kali ke 32.

Yang Berusaha juga mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibu bapa yang hadir pada
mesyuarat kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi
dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah
pelajar.

Menurut beliau lagi, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, adalah mengupayakan pelaksanaan berkesan inisiatif
yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh.

Sehubungan itu, bagi memastikan agenda KPM ini tercapai, keselarian dasar pendidikan dan
pelaksanaan hendaklah disebarluaskan kepada semua guru dan ibu bapa agar kefahaman lebih jelas
dan mutual distrust yang timbul antara guru dan ibu bapa dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Pembudayaan dan penerapan nilai-nilai murni seperti kegembiraan, kasih sayang dan hormat-
menghormati perlu diperkasakan di semua sekolah.

Beliau menjelaskan bahawa tujuan penyebaran maklumat atau dasar-dasar yang telah, sedang dan
akan dilaksanakan oleh KPM, Mesyuarat Agung PIBG adalah satu platform yang sangat sesuai untuk
memberi penerangan dan kefahaman kepada semua ibu bapa mengenai peranan mereka membantu
pihak sekolah.

Beliau juga memberi penekanan dan penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara. Antara isu yang

03dititikberatkan ialah seperti di bawah :

i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2001
ii. Peraturan 5 Peraturan-peraturan Pendidikan PIBG
iii. Pembelajaran Abad ke-21
iv. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
v. 12 Inisiatif Kementerian 2019
vi. Pemansuhan Amalan Peperiksaan Bagi Tahap 1 sesi persekolahan 2019 (melalui video Diskusi
Pentaksiran Bilik Darjah bersama KPPM-Datuk Senin)

Puan Penasihat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan PIBG 2018/2019 yang
diterajui oleh En. Vivian Leong yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan
mahupun idea serta moral kepada ibu bapa , guru dan murid-murid. Beliau turut melahirkan rasa
syukur kerana semua AJK yang telah dilantik menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan.

Akhir kata, Puan Penasihat memohon agar Mesyuarat nanti dapatlah dijalankan dengan penuh
hemah dan dapat membuahkan kata sepakat.

12

2.0 UCAPAN YDP PIBG 2018/2019: EN.VIVIAN LEONG

YDP mengalu-alu kehadiran semua ibubapa dan guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 32
Sesi 2019/2020. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Penganjur
Mesyuarat Agung pada kali ini dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua AJK
Induk PIBG dan Audit Dalam sesi 2018/2019 kerana kerjasama dan usaha gigih yang ditunjukkan
sepanjang sesi 2018/2019 dan berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada sesi
2019/2020 yang bakal dilantik.

Dalam ucapannya, beliau mengajak semua ahli mesyuarat untuk melihat pembaharuan yang telah
dilakukan oleh AJK PIBG terutamanya dari segipembangunan fizikal iaitumenaiktaraf prasarana di
dewan iaitu pemasangan kipas, PA System, pentas, bilik persalinan, bilik audio, pengecatan lantai
dewan, pembelian kerusi dan meja untuk kelengkapan dewan sekolah. Disamping itu, usahasama di
antara PIBG dan syarikat luar melalui program Corporate Social Responsibility Syarikat TNB Repair
and Maintenance Sdn. Bhd. bagi penajaan Water Filtering System, pembelian baju tradisi dan
aksesori murid- murid bagi Pertandingan Sudawil Peringkat Negeri Sabah di KDCA pada 29 Mei 2018
melalui sumbangan Corporate Social Responsibility Syarikat Tabau Energy Sdn Bhd, sumbangan
hadiah-hadiah sempena Hari Keluarga Sk St. Francis Convent(M) kali ke-2.

Selain itu, YDP turut mencadangkan kepada para ibubapa dan guru akan beberapa projek antaranya
Taman Rekreasi Fizikal dan Galeri Sekolah boleh memberi manfaat kepada semua terutamanya
murid-murid di Sk St Francis Convent.

YDP turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat akan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengurusan
Sekolah yang bersetuju untuk membiayai kos pendawaian elektrik fasa 3 di Dewan St Claire dan
pendawaian dijangkakan pada cuti penggal pertama. Disamping itu, YDP turut mengumumkan
Mesyuarat AJK Induk PIBG telah bersetuju untuk memasang 1 kipas gergasi bersaiz 24 kaki di Dewan
yang dianggarkan bernilai RM22,000. Sebagai permulaan tabung dana sebanyak RM5000 telah

03wujudkan dan aktiviti mengumpul dana akan dilakukan dan menyeru semua ibu bapa untuk

menghulurkan bantuan bagi membolehkan pemasangan kipas ini dilakukan demi untuk kegunaan
murid-murid di dewan St. Claire.

YDP turut menegur para ibu bapa agar dapat memberi kerjasama, bertimbang rasa dan memudahkan
keadaan di dalam menangani isu-isu semasa seperti berikut:

2.1 Drop off point
Kawasan Drop off point diwujudkan bagi memastikan murid-murid yang diturunkan atau diambil di
Kawasan drop off point tidak basah semasa hari hujan, tempat ini juga merupakan kawasan larangan
meletakkan kenderaan. Ibu bapa diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan ini bagi keselesaan
semua yang menggunakan kemudahan ini.

Disamping itu, PIBG turut mencadangkan kepada Lembaga Sekolah, agar bumbung drop-off ini
dinaiktaraf kerana keluasan yang sedia ada adalah terlalu sempit.

13

2.2 STEM
YDP turut menyarankan agar ibu bapa dapat memainkan peranan yang penting di dalam pelaksanaan
STEM iaitu penggunaan Sains, Matematik dan Teknologi atau ICT dalam pembelajaran, penggunaan
aplikasi V-Frog KPM sebagai bahan rujukan dan pembelajaran. Pada masa kini murid-murid perlu
bersedia untuk mempelajari dunia Artificial Intelligent seperti penggunaan robotik (appliedscience),
automation application dan sebagainya.

2.3 KESESAKAN LALU LINTAS
YDP memandang isu kesesakan lalu lintas secara positif dengan berharap masalah tersebut pihak
berkuasa dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan keadaan ini. YDP turut memaklumkan
bahawa pada September 2018, pihak sekolah dan PIBG telah berjumpa dengan pihak JKR. Pada 11
Januari 2019, PIBG telah menjemput Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN 13 Inanam Jabatan
Ketua Menteri, Encik Benny Chua ke sekolah untuk turun padang. Kerjasama ibu bapa dan guru
dimohon untuk bersabar dan memberi masa kepada kerajaan untuk menangani masalah tersebut.
Ibu bapa juga dinasihatkan agar lebih bertimbang rasa dan memberi laluan kepada pejalan kaki dan
kenderaan lain bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Di samping itu, ibu bapa diingatkan agar
tidak memandu laju dalam kawasan sekolah. YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Guru Besar kerana membenarkan ibu bapa memandu masuk ke dalam kawasan sekolah untuk
menurunkan atau mengambil anak mereka semasa hari persekolahan dan menyeru agar ibubapa
mematuhi segala peraturan yang dikuatkuasakan.

2.4 PARKING/MELETAK KENDERAAN DI KAWASAN SEKOLAH

Kerjasama semua ibu bapa agar tidak meletakkan kenderaaan di jalan/susur keluar ke Bukit

Padang kerana ini akan menghalang laluan keluar. Di samping itu, ibu bapa turut digesa agar tidak

meletakkan kenderaan mereka di kawasan letak kenderaan bas sekolah kerana kawasan ini telah

dikhaskan untuk bas sekolah. Pihak sekolah diminta untuk memastikan semua bas sekolah yang

memasuki kawasan sekolah wajib mendapatkan pelekat kenderaan bagi tujuan keselamatan.

032.5 PEMBAYARAN SUMBANGAN PIBG RM100

YDP turut memaklumkan pengutipan sumbangan sebanyak RM100 seperti yang dipersetujui pada
Mesyuarat Agung yang lepas berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan menasihatkan ibu
bapa yang bermasalah agar dapat berhubung terus dengan AJK sekiranya memerlukan sebarang
penjelasan dan jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan khabar angin atau media sosial.

2.6 KANTIN SEKOLAH

Kerjasama ibu bapa dimohon agar tidak berada di kawasan kantin sepanjang masa. Namun pihak

sekolah tidak melarang ibu bapa untuk menikmati sarapan dan makan tengahari di kantin. YDP

berpuas hati dengan harga makanan di kantin iaitu berpatutan dengan kuantiti makanan yang

dijual. Namun demikian, harga-harga makanan perlu dipantau dan penjualan makanan yang tidak

berkhasiat adalah tidak dibenarkan.

Akhir kata, YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke 32 dan ibu bapa yang hadir kerana telah menjayakan majlis pada
hari ini dengan jayanya.

14

3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Minit Mesyuarat Agung kali ke-31 telah disahkan oleh:

Dicadangkan oleh : Pn. Marry John Kissol

Disokong oleh : Pn. Helis Alip

4.0 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2018/2019
Laporan aktiviti sepanjang sesi 2018/2019 telah dibentangkan oleh YDP.

5.0 LAPORAN KEWANGAN OLEH BENDAHARI PIBG SESI 2018/2019
Laporan kewangan sesi 2018/2019 telah dibentangkan oleh Pn. Suzy Datu Jack Maiks, Bendahari
PIBG. Laporan kewangan tersebut telah dipersetujui untuk diperakui dan disahkan oleh semua ahli
mesyuarat.

6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2018/2019
En. Vivian Leong selaku YDP PIBG sesi 2018/2019 dengan rasminya membubarkan AJK PIBG sesi
2018/2019.

7.0 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN
Penyampaian sijil penghargaan dari sekolah kepada AJK PIBG sesi 2018/2019 telah disampaikan oleh
Guru Besar.

8.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2019/2020

8.1 Cik Suaeni binti Suadi selaku pengerusi sementara meminta kepada AJK Kerja Mesyuarat Agung
PIBG Sesi 2019/2020 agar bersedia untuk menjalankan tugas.

8.2 Cik Suaeni binti Suadi juga memaklumkan kepada hadirin bahawa pelantikan ini hanya
melibatkan pelantikan dalam kalangan ibu bapa kerana pemilihan bagi jawatan setiausaha,

03bendahari, 6 orang AJK guru dan juru audit (pihak sekolah) telah ditetapkan terlebih dahulu.

8.3 Setelah pemilihan dijalankan melalui sistem undian bertulis dan keputusan sebulat suara semua
ibubapa dan guru, berikut adalah barisan AJK PIBG Sesi 2019/2020:

Penasihat : Pn. Dora Loi Siew Choo
YDP : En. Vivian Leong
Naib. YDP : En. Ir. John Gomez
Bendahari : Pn. Suzy Datu Jack Maiks
Setiausaha : Pn. Suriati binti Ambo

AJK Ibu bapa : En. Jolius Yasdi AJK Guru : Pn. Messilina Lanog
Pn. Annie Pang Thau Jin Pn. Helis Alip
En. Mohd. Caezar Boyd bin Wahab Pn. Marhanizah bt. Md Dun
Pn. Lenna binti Salleh Pn. Jostina Mavil
Pn. Charmaine Andrea Wong Pn. Aryati binti Kassim
Pn. Irene Wong@Genevieve

15

9.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN JURU AUDIT DALAMAN SESI 2019/2020
Atas persetujuan semua ahli mesyuarat, dua orang juru audit telah dilantik.

1.En. Ednilson Manson (Pihak Ibu bapa)

2.Pn. Elmeyaton Ashroff (Pihak Guru)

10.0 PENETAPAN SUMBANGAN TAHUNAN PIBG SESI 2019/2020
Ahli mesyuarat sebulat surat menetapkan Sumbangan PIBG bagi tahun 2020 sebanyak RM100
dikekalkan.

11.0 CADANGAN USUL BAGI PIBG SESI 2019/2020
11.1 SEKURITI
11.1.1 Harus memainkan peranan dengan mengawal laluan kenderaan
11.1.2 Mohon sekuriti perempuan

Jawapan :
- Tugas utama sekuriti ialah menjaga keselamatan murid di kawasan sekolah.
- Jika sekuriti bertugas mengawal lalu lintas, itu merupakan ehsan dari mereka sendiri dan kita

haruslah bersyukur sekiranya mereka dapat membantu mengawal keadaan lalu lintas.

11.2 KANTIN

11.2.1 Harga makanan mahal.
11.2.2 Makanan tidak berkualiti
11.2.3 Harga mengikut kemampuan murid

Jawapan :
- Harga makanan berpatutan dengan kuantiti makanan yang besar
- Pihak kantin pernah menyediakan makanan sihat seperti disarankan namun permintaan tetap

03kepada makanan pilihan yang menjadi kebiasaan murid. Permintaan pada makanan sihat tidak

mendapat sambutan serta merugikan pihak kantin.

11.3 TRAFIK
11.3.1 Kesesakan lalu lintas
11.3.2 Buat jalan alternatif
11.3.3 Drop-off zone diperketatkan

Jawapan :
- Ibu bapa disarankan perlu bersabar dan memberi laluan kepada kenderaan lain.
- Jalan alternatif - laluan masjid dan kawasan perumahan adalah kawasan larangan dan bukan jalan

alternatif keluar dari SK. St. Francis Convent.
- Ibu bapa digesa agar tidak menurunkan anak berhampiran kantin dan pintu utama kerana

menghalang laluan masuk kenderaan lain.
- Drop-off zone hanya untuk menurunkan dan mengambil murid-murid sahaja.

16

11.4 AKADEMIK teks yang
11.4.1 Buku Khas untuk memantau kerja rumah
11.4.2 Guru kelas / guru mata pelajaran memaklumkan kepada ibu bapa tentang buku
perlu dibawa.
11.4.3 Pilihan kepada ibu bapa untuk kelas tambahan Tahun 5

Jawapan :
- Kerja rumah memang diberikan oleh guru tetapi terpulang kepada murid untuk menyiapkannya.

Pemantauan di rumah oleh ibu bapa adalah diperlukan.
- Murid membawa buku teks mengikut jadual yang telah ditetapkan dan guru mata pelajaran

sentiasa mengingatkan perihal buku yang perlu dibawa pada sesi pembelajaran yang seterusnya.
- Kelas Tambahan Tahun 5 adalah wajib untuk program kecemerlangan akademik sekolah.

11.5 TANDAS
11.5.1 Kebersihan tandas murid tidak memuaskan kerana kurang penjagaan.
11.5.2 Tandas perlu dicuci dan berbau
11.5.3 Sabun tandas perlu disediakan

Jawapan :
- Pekerja membersihkan tandas mengikut jadual yang telah ditetapkan
- Sabun tidak disediakan di atas sebab keselamatan - murid akan terjatuh jika keadaan lantai licin.

12.0 HAL-HAL LAIN
12.1 Talian WhatsApp untuk Info
- Talian whatsApp untuk tujuan penyebaran informasi terkini tentang sekolah sedang giat

dibangunkan secara berperingkat oleh Unit Bestari Sekolah.

12.2 Sumbangan PIBG perlu dikurangkan

03- Sumbangan adalah perlu untuk tujuan pembangunan dan menampung kos aktiviti atau program

kecemerlangan murid sepanjang tahun.

12.3 Tempat meletak kenderaan perlu diperluaskan
- Tempat meletakkan kenderaan telah diperluaskan dan ianya adalah terhad kerana saiz kawasan

sekolah yang kecil.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.08tengahari.

17

PENYATA KEWANGAN

03

18

PENYATA KEWANGAN

19

PENYATA K
EWANGAN

20

PENYATA K
EWANGAN

03

21

PENYATA K
EWANGAN

03

22

PENYATA K
EWANGAN

23

PENYATA
KEWANGAN

24

PENYATA
KEWANGAN

25

PENYAT
A KEWANGAN

26

Kurikulum LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2019

BIL BULAN AKTIVITI / PROGRAM

1. April Program Kecemerlangan UPSR ( Pembelian Buku Kerja Tambahan

kepada murid-murid Tahun 6 )

2. Jun-September Program ' EZ-SN-M3'

3. September Penajaan Program Berkat Jaya

4. November Sumbangan kepada Program Appreciation Day untuk murid-murid
5. November Tahun 1 hingga Tahun 5

Penajaan Majlis Konvokesyen Tahun 6

Ko-Kurikulum AKTIVITI / PROGRAM

BIL BULAN

1. April Sumbangan makanan dan minum murid sempena Hari Sukan Sekolah.
Sumbangan duit saku kepada murid yang menyertai Kejohanan

2. April Sirkit Gimrama Remaja Kebangsaan Siri 01/2019.

3. Jun Sumbangan duit raya untuk murid sempena Sambutan Kaamatan Raya.
4. Jun
5. Jun Sumbangan saguhati bagi murid yang mewakili Pertandingan Poetry ke
Peringkat Negeri (Sandakan) dan Peringkat Kebangsaan (Terengganu).
Sumbangan saguhati bagi murid yang mewakili pertandingan Nyanyian
Solo Peringkat Negeri (Kinabatangan).

6. Jun Sumbangan Khairat kepada keluarga murid.

7. Ogos Penyediaan Backdrop dan bunting sempena Majlis Bulan Kebangsaan.

8. Oktober Sumbangan saguhati kepada murid-murid sempena Sukaneka Hari
Sukan Negara Peringkat Sekolah.

Pembelian sebanyak 18 buah khemah sempena Program Perkhemahan
9. Oktober Unit Beruniform.

Sumbangan saguhati sempena Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum
10. November kepada murid-murid yang menyertai pertandingan peringkat kebangsaan

dan antarabangsa.

27

LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2019

Hal Ehwal Murid &
Khidmat Bantu Sosial

BIL BULAN AKTIVITI / PROGRAM

1. Januari Penajaan Program Transisi Tahun 1

2. Jan - Nov Penajaan Program Intervensi Kehadiran ‘KISS’.

3. Feb Penajaan Sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah.

4. April Membiayai pemasangan pendawaian elektrik di Dewan St. Claire.

5. April Membiayai pengecatan semula tanda parkir kereta guru.
6. Jun
Membiayai pemasangan 1 unit High Volume Low Speed Giant Fan 24
kaki di Dewan St. Claire.

7. Julai Pembelian sebanyak 230 buah kerusi untuk kegunaan Dewan St Claire.

8. Julai Pemasangan dan penyelenggaraan 3 Phase Electrical Wiring di
9. Ogos Dewan St Claire.

Pemasangan dan penyelenggaraan 3 Phase Electrical Wiring di Dewan
St Claire.

10. September Sumbangan sempena Program Ziarah Cakna.

11. Jun Sumbangan kebajikan untuk murid susah

12. November Penajaan Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah

13. November Penajaan Lawatan Sambil Belajar Tahun 6

14. November Penajaan Program Gotong Royong Perdana Siri 2

15. November Penajaan Program 3K (Keselamatan)

16. November Pembelian Video Kamera Go Pro untuk kegunaan rakaman aktiviti-
aktiviti sekolah

17. November Membiayai penyelenggaraan sistem Penapisan Air Minum untuk murid

18. Disember Pembelian cat untuk aktiviti gotong royong mengecat tanda safety line
di kawasan Drop Off dan Pick Up.

28

LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2019

Permuafakatan AKTIVITI / PROGRAM

BIL BULAN

1. April Mesyuarat AJK PIBG Bil 1

2. Ogos Mesyuarat AJK PIBG Bil 2

3. Oktober Penganjuran Aktiviti Fundraising & Hari Keluarga SFC ke-3

4. November Mesyuarat AJK PIBG Bil 3

LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2020

Kurikulum

BIL BULAN AKTIVITI / PROGRAM

1. Disember Penajaan Majlis Apresiasi Tahun 6.

Ko-Kurikulum

BIL BULAN AKTIVITI / PROGRAM

1. Ogos Pembelian 6 unit walkie talkie bagi tujuan memudahkan komunikasi
sempena penganjuran sebarang aktiviti sekolah.

Sumbangan saguhati sempena Anugerah Penglibatan Ko-Kurikulum
2. Disember bagi murid yang menyertai pertandingn peringkat Negeri/

Kebangsaan/ Antarabangsa .

29

Hal Ehwal Murid & LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2020

Khidmat Bantu Sosial

BIL BULAN AKTIVITI / PROGRAM

1. Januari Penajaan Program Transisi Tahun 1

2. Januari Penajaan Sambutan Hari Krismas Peringkat Sekolah.

3. Februari Pembelian ubat-ubatan dalam Peti Pertolongan Cemas.

4. Januari - Penajaan Program Intervensi Kehadiran ‘KISS’.
November

Sumbangan duit angpao sempena Sambutan Tahun Baru Cina
5. Februari Peringkat Sekolah.

6. Jun Pembelian 1 unit handled Temperature Screening Camera untuk scan
suhu badan murid-murid sewaktu tiba di sekolah.

7. Ogos Pembelian tambahan 3 unit Infrared Thermometer untuk kegunaan
murid-murid.

8. Disember Bantuan Kemanusiaan. Sumbangan berbentuk bantuan bahan
makanan bernilai RM100 kepada13 buah keluarga miskin tegar.

9. Disember Pembaikan dan penyelenggaraan tandas murid.

10. Disember Bantuan khairat kematian kepada keluarga 2 orang kakitangan sekolah.

0311. Disember Pembelian aksesori dan pembayaran upah menjahit langsir bilik-bilik
darjah.

Permuafakatan AKTIVITI / PROGRAM
BIL BULAN Mesyuarat AJK PIBG Bil 4
Mesyuarat AJK PIBG Bil 5
1. Februari
2. Mei

3. Disember Mesyuarat AJK PIBG Bil 6

30

LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2021

Kurikulum AKTIVITI / PROGRAM
BIL BULAN
Pembayaran Upah Guru Ganti sementara bagi guru cuti bersalin
1. Mei ( Cikgu Suliani Hasib ).
2. Jun Penajaan hadiah-hadiah pemenang Platinum bagi projek KMR-PBL
3. Oktober Fasa 1/2021

4. Oktober Pembayaran Upah Guru Ganti sementara sempena perpindahan
Cikgu Raani Onong (sementara menunggu kemasukan guru daripada
Ko-Kurikulum PPD KK).

1. Pihak Sekolah akan memulakan proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PDP) Abad ke-21 dengan penggunaan teknologi ICT dimana sebanyak
16 set Smart TV berukuran minima 60” perlu dipasang di semua Bilik
Darjah. PIBG telah berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak 14
buah TV daripada beberapa orang ibu bapa, Lembaga Pengurusan
ekolah dan orang perseorangan. PIBG bersetuju memberi sumbangan
sebanyak 2 buah smart TV bagi memastikan projek ini dapat dijalankan
sebaik sahaja pembelajaran secara bersemuka dibenarkan.

Tiada aktiviti ko-kurikulum dijalankan atas pematuhan SOP KKM
(Pandemik Covid 19)

Hal Ehwal Murid &

Khidmat Bantu0S3osial

1. Mac Penajaan Program Transisi Tahun 1.

4. Mac Penajaan Program Intervensi Kehadiran 'KISS"
3 April
Pembayaran Upah bagi perkhidmatan 3 anggota RELA bagi membantu
4 Oktober pengoperasian kehadiaran dan penyuraian murid-murid bagi tempoh
5 Oktober bermula dari 4 hingga 30 April 2021.
6 Oktober
Sumbangan saguhati penghargaan kepada 3 orang guru yang
bertukar secara setara dan dinaikkan pangkat
Sumbangan barang-barang keperluan kepada 4 buah keluarga murid
yang terlibat dalam musibah banjir.

Membiayai pemasangan 16 buah 'power socket' dan bracket
TV bagi 16 buah kelas.

7 Jan - Oktober Sumbangan khairat kematian kepada keluarga 2 orang murid
dan 6 orang guru.

31

LAPORAN AKTIVITI TAH
UNAN PIBG SESI 2021

Permuafakatan AKTIVITI / PROGRAM
BIL BULAN

1. April Mesyuarat AJK PIBG Bill 7.
Perbincangan Perkara Berbangkit secara atas talian (guru

2. 14 Mei 2021 ganti bersalin)

3. 26 Mei 2021 Perbincangan Perkara Berbangkit secara atas talian
( Persediaan MAT)

Perbincangan Perkara Berbangkit secara atas talian
4. 7 Julai 2021 ( Penajaan hadiah pemenang Platinum KMR/PBL)

5. 10 September Perbincangan Perkara Berbangkit secara atas talian (guru ganti cikgu
Raani dan sumbangan saguhati guru pindah)
2021

6. 13 Oktober Perbincangan Perkara Berbangkit secara atas talian

2021 ( Persediaan MAT)

15 Oktober Perbincangan Perkara Berbangkit secara atas talian
037.
2021 ( sumbangan musibah banjir)

8. Oktober Mesyuarat AJK PIBG Bill 8.



32

PENGHAR
GAAN

Sekalung Penghargaan
&

Ucapan Terima Kasih
Kepada Semua Yang Terlibat
Secara Langsung dan Tidak Langsung
Dalam Menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG

Kali ke-33 Sesi 2019/2020
dan

03 Kali ke-34 Sesi 2021/2022

33


Click to View FlipBook Version