The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NORSHAHIDA BINTI SHAMSHUL ANUAR IPG-Pelajar, 2024-03-09 00:24:18

Stratifikasi Sosial di Sekolah dan Impaknya terhadap Budaya Sekolah

T2_NORSHAHIDA_2021202340306

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM JALAN MAKTAB, OFF JALAN, AYER HITAM SEKSYEN 12 43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : NORSHAHIDA BT SHAMSHUL ANUAR No. K/P : 030519-10-1682 Angka Giliran : 2021202340306 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : T2S2.01 Nama Pensyarah : PN . SITI BARAKAH BINTI KASRAN Tarikh Hantar : 7 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:_________ _________________Tarikh : _____________________ 7 Mac 2024 7 March 2024


1 Your text here


1


2


3


4 PENGENALAN 1


5 1.0 PENGENALAN Istilah “sosiologi” pertama kali muncul pada tahun 1839 melalui sebuah buku yang berjudul Cours De Philosophie Positive, yang merupakan hasil karya Auguste Comte. Ianya merupakan suatu disiplin ilmu yang sentiasa diterokai oleh para cendekiawan terdahulu seperti Ibn Khaldun, Max Weber dan Karl Max. Secara umumnya, sosiologi adalah kajian tentang tingkah laku sosial dan kumpulan manusia (Schaefer, 2017). Pelbagai konsep dan perkara penting yang telah diketengahkan dalam bidang sosiologi, dan salah satu contohnya ialah stratifikasi sosial. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan stratifikasi membawa maksud; pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan atau kelas yang berlainan, susun lapis masyarakat atau pembentukan strata. Dari sudut istilahnya, stratifikasi sosial adalah sebuah konsep yang menunjukkan adanya perbezaan kelas atau himpunan suatu kelompok sosial (masyarakat) secara bertingkat yang merangkumi strata tinggi, strata pertengahan dan strata rendah (Doddy Singgih, 2007). Perbezaan dalam kalangan masyarakat yang telah ditentukan oleh stratifikasi sosial telah membentuk hierarki pada struktur kehidupan manusia (Yunus Kaya & David Brady, 2008). Hierarki ini pula mewujudkan sistem lapisan sosial sekaligus menentukan kedudukan dan peranan seseorang individu atau kelompok masyarakat itu (Chew, 1979). Stratifikasi sosial mempunyai kesan terhadap pendidikan dalam pelbagai aspek termasuklah aspek institusi sosial. Nickerson (2022) menyatakan bahawa institusi sosial merupakan polapola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undangundang. Meyer (1977) pula menjelaskan institusi sosial adalah sebagai satu cara standard yang diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat seperti menguruskan kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, ahli sosiologi telah mendapati bahawa institusi sosial muncul, berkembang dan berfungsi tanpa niat sedar oleh individu yang terlibat dalamnya. Malah, ianya timbul sebagai akibat daripada keperluan untuk memenuhi peranan sosial yang diharapkan. Sebagai contoh, institusi sekolah diwujudkan untuk menjalankan sistem pendidikan, manakala institusi perkahwinan dan keluarga dicipta bagi memenuhi keperluan keperluan biologi asas. Penjelasan tersebut menunjukkan bahawa institusi sosial merupakan suatu perkara yang lahir disebabkan manusia mempunyai keperluan yang harus dipenuhi oleh manusia. Bagi memenuhi keperluan itu, manusia tidak boleh melakukannya seorang diri, bahkan mereka perlulah bekerjasama antara sama lain. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa institusi sosial 2


6 merupakan kumpulan norma yang berkisar pada suatu keperluan asas dalam kehidupan masyarakat. Semakin banyak keperluan masyarakat yang perlu dipenuhi bersama, maka semakin banyak pula institusi sosial yang lahir dalam masyarakat tersebut (Sulaiman Saat, 2013). Jika difikirkan secara holistik, stratifikasi sosial juga boleh memberi pelbagai impak terhadap institusi sosial seperti institusi sekolah dari aspek budayanya. Antara impaknya ialah program rancangan makanan tambahan, program guru muda, pengasingan kelas dan keciciran murid. 3


7 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL 4


8 2.0 IMPAK POSITIF STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH 2.1 PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Umum sedia maklum bahawa kebanyakan sekolah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, perkara ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya stratifikasi sosial ekonomi dalam kalangan murid-murid itu sendiri. Stratifikasi sosial ini merangkumi muridmurid yang berasal daripada golongan berpendapatan tinggi, berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah. Antara impak stratifikasi sosial ekonomi terhadap budaya sekolah ialah penubuhan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Secara umumnya, RMT ialah pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar dan daripada golongan berpendapatan rendah, bagi meningkatkan amalan pemakanan harian dan kesihatan fizikal. Walau bagaimanapun, RMT tidak bermaksud untuk menggantikan makanan yang diberikan kepada murid sekolah oleh ibu bapa atau penjaganya. Program ini bertujuan untuk menyediakan makanan tambahan, iaitu satu perempat hingga satu pertiga daripada keperluan pemakanan harian murid dari aspek taraf pemakanan. Kadar RMT ialah sebanyak RM2.50 seorang murid x 190 hari bagi negeri-negeri di Semenanjung, manakala RM3.00 bagi kawasan Sarawak, Sabah dan Labuan (Kementerian Pendidikan Malaysia, t.t). 5


9 Sehingga kini, semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Malaysia telah mempunyai sekolah-sekolah yang terlibat dalam program RMT ini. Murid yang layak menerima RMT ini akan disediakan dengan makanan yang mengikut 20 jenis menu yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Perjanjian Pembekalan Makanan bagi RMT. Pihak sekolah boleh membuat pilihan daripada senarai tersebut mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid-murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, t.t). Rasional pelaksanaan RMT ini adalah kerana terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa 15-20 peratus murid dalam keadaan kelaparan ketika menghadiri sekolah. Kemudian, kira-kira 35 peratus murid menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan (malnutrition). Justeru, program RMT ini sememangnya merupakan intervensi yang berkesan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Malah, program sebegini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mereka di samping memupuk budaya prihatin dan bertimbang rasa dalam kalangan warga sekolah. 5 6


10 2.1 PROGRAM GURU MUDA Selain itu, stratifikasi sosial juga boleh mendorong pihak sekolah untuk mengadakan program Guru Muda dalam kalangan murid-murid. Guru Muda di sini bukanlah bermaksud guru baharu yang masih berumur dalam lingkungan 20an, tetapi ianya adalah gelaran bagi murid yang terpilih untuk membantu guru dalam membimbing rakan-rakan mereka. Justeru, secara konseptualnya, Guru Muda adalah program yang dirancang khas bagi membantu murid lemah dalam pembelajaran, melalui mentor dalam kalangan rakan sebaya yang mempunyai pencapaian yang lebih cemerlang. Setiap individu dilahirkan dengan gaya yang berbeza, terutamanya dari segi gaya kognitif. Menurut Hayes dan Allison (1998), gaya kognitif merujuk kepada cara seseorang memperoleh, memproses dan menilai sesuatu maklumat yang diterima. Daripada pernyataan ini, tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid mempunyai keunikan tersendiri dan tahap kognitif yang berbeza, seterusnya menunjukkan bahawa terdapat stratifikasi sosial kognitif dalam setiap sekolah. Stratifikasi sosial kognitif ini terdiri daripada strata murid yang cemerlang, murid yang sederhana dan murid yang lemah dalam akademik. 7


11 Sehubungan dengan itu, sebilangan besar sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah mengadakan program Guru Muda dalam kalangan murid-murid. Eisen (1999) telah menggariskan ciri-ciri pendekatan Guru Muda yang sewajarnya diberi perhatian oleh pihak sekolah ; Ciri-ciri Pendekatan Guru Muda 1. Struktur Kebiasaannya 3 ahli atau lebih, formal dan tidak formal 2. Status Pelajar Rakan sebaya dengan kemampuan berbeza 3. Pemilihan Rakan Kongsi Dipilih oleh guru berdasarkan keupayaan dan tujuan pembelajaran yang sama 4. Kaedah PdP Tunjuk ajar, bimbingan, perbincangan, penyelesaian masalah bersama 5. Fokus Bantuan pelbagai arah yang membawa kepada penyelesaian masalah Berdasarkan jadual di atas, Eisen menyatakan bahawa struktur dalam pendekatan Guru Muda adalah biasanya satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ahli atau lebih dan boleh berlaku secara formal mahupun tidak formal. Dari segi status pelajar, setiap pelajar dalam kumpulan mempunyai keupayaan yang berbeza untuk saling membantu. Bagi pemilihan rakan kongsi pula, ianya akan ditentukan oleh guru berdasarkan keupayaan pelajar untuk membantu rakannya dan bagi mencapai objektif pembelajaran yang sama. Seterusnya, ciri kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang digunakan adalah melalui tunjuk ajar, bimbingan, penyelesaian masalah bersama dan perbincangan. Akhir sekali, fokus pendekatan Guru Muda ini akan melibatkan bantuan pelbagai arah yang membawa kepada penyelesaian tugasan serta sokongan ahli kumpulan. Pendekatan Guru Muda ini sememangnya mempunyai banyak kelebihan terhadap guru muda itu sendiri dan menteenya. Guru muda yang dilantik dalam kalangan murid membolehkan mereka untuk mengasah beberapa kemahiran dalam diri seperti kemahiran kepimpinan dan kemahiran komunikasi. Kemahiran kepimpinan itu dapat dipupuk melalui pengalamannya menjadi mentor kepada rakan sebaya dalam subjek-subjek tertentu, manakala kemahiran komunikasi dapat dilatih ketika mengajar rakan-rakan melalui penggunaan laras bahasa yang bersesuaian dengan mereka. Seterusnya, daripada pendekatan ini, mentee-mentee pula dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam diri mereka terhadap akademik. Hal ini kerana, murid kebiasaannya lebih berasa selesa dan terbuka apabila melakukan pembelajaran kendiri melalui interaksi rakan sebaya. Oleh itu, mereka akan menjadi lebih semangat dan bermotivasi untuk belajar seterusnya boleh meningkatkan prestasi akademik mereka. 8


129


13 3.0 IMPAK NEGATIF STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 3.1 PENGASINGAN KELAS Dari sudut impak yang negatif pula, stratifikasi sosial berbentuk kognitif boleh menyebabkan berlakunya pembahagian kelas mengikut prestasi akademik. Pembahagian kelas berdasarkan prestasi akademik telah menjadi topik perbincangan yang berterusan dalam sistem pendidikan. Sistem ini melibatkan pengkelasan murid dengan mengasingkan murid yang mempunyai tahap penguasaan akademik yang sama dan meletakkannya dalam satu kelas yang serupa (Mohd Syaubari Othman, 2022). Walaupun sistem ini memberi manfaat kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif, ia hakikatnya akan memberi kesan psikologi terhadap muridmurid sekolah. Hal ini kerana, adalah terlalu awal untuk melabel murid mengikut kategori tertentu kerana pada peringkat sekolah rendah, mereka baru sahaja bermula untuk mengenali potensi diri masing-masing1 . Malahan, motivasi murid adalah sangat penting dan boleh mempengaruhi prestasi akademik mereka. Oleh itu, pihak sekolah wajarlah mempertimbangkan kesan jangka panjang terhadap murid, termasuk keyakinan, emosi, mental, dan sahsiah diri mereka (Husnizam Hosin, 2021). Dalam usaha untuk mengatasi isu ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti semula isu ini dan pada tahun 2019, Datuk Dr. Amin selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengumumkan bahawa budaya pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik murid perlu dimansuhkan. Kaedah pengasingan rasmi seperti Ujian Kemasukan Tahun Satu juga haruslah dimansuhkan sepenuhnya bermula tahun 2019 (MalaysiaKini). Ini adalah langkah positif untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pendidikan. Bahkan, ianya dapat mewujudkan iklim positif dalam kalangan murid seterusnya memastikan mereka diberi peluang yang sama untuk berkembang dan mencapai potensi maksimum. 10


14 3.2 KECICIRAN MURID Di samping itu, impak negative stratiifikasi sosial yang lain ialah berlakunya keciciran murid. Secara dasarnya, keciciran bermaksud murid warganegara Malaysia yang berada dalam system pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada system sebelum tamat tempoh pendidikan (KPM). Pada tahun 2013, KPM telah menyahut seruan prinsip Education For All (EFA) yang dilaksanakan oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) bagi mengurangkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menyediakan pendidikan kepada semua warganegara tanpa mengira latar belakang. Di samping itu, dalam Perkara 8 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak sama rata dalam pendidikan formal bagi setiap warganegara tanpa mengira agama, bangsa, asal usul atau jantina (MyWilayah, 2021). Walau bagaimanapun, polemik keciciran murid masih berlaku malah kadarnya mencatatkan suatu jumlah angka yang besar pada setiap tahun.Jika difikirkan secara holistik, terdapat pelbagai factor berlakunya keciciran murid, dan salah satunya ialah sosioekonomi keluarga. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, stratifikasi sosial berbentuk ekonomi sememangnya wujud dalam kalangan murid disebabkan mereka berasal daripada latar belakang yang berbeza antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, isu keciciran murid boleh berlaku dalam sesuatu sekolah sepertimana yang dinyatakan dalam sebuah data yang dikeluarkan oleh Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (IDEAS) (2017); hampir 60% pelajar yang tercicir adalah daripada keluarga berpendapatan rendah, Justeru, pekerjaan ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam sosioekonomi keluarga. Sekiranya pendapatan ibu bapa rendah, ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan perbelanjaan keperluan harian keluarga serta tidak mampu untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana mengalami kesempitan wang. Kitha (2021) ada memberi suatu contoh di mana ibu bapa yang bekerja sebagai petani dengan menngunakan kaedah tradisional, hasil tanamannya adalah kurang dan pendapatan yang diperoleh adalah sedikit. Ini secara tidak langsung boleh menjurus kepada berlakunya kepada kes keciciran murid jika tidak diatasi dengan segera. Seperkara lagi, tahap pendidikan ibu bapa juga berhubung kait dengan isu keciciran murid. Pendapatan isi sekeluarga yang rendah dan ibu bapa yang tidak berpendidikan mungkin tidak dapat membimbing anak-anaknya untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Hal ini kerana, ibu bapa mereka kurang memberikan sokongan kepada anak di samping beranggapan bahawa pendidikan itu kurang penting dalam kehidupan. Malah Noraini (1994) 11


15 juga menyatakan anak-anak dari keluarga yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi adalah lebih maju dalam pembelajaran dan mencapai pencapaian yang lebih tinggi berbanding anak-anak dari keluarga yang sosio ekonominya rendah. Oleh itu, anak-anak akan kurang termotivasi untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi (Khalid et al, 2018). Dalam mengatasi masalah keciciran murid yang disebabkan sosioekonomi keluarga, pihak Kerajaan telah mengambil tindakan dengan menubuhkan satu Tabung yang dinamakan “Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu hingga darjah enam di sekolah rendah dan Tingkatan Satu di sekolah menengah yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan. Pada tahun 2017, kadar baru bantuan KWAPM adalah sebanyak RM100.00 setahun bagi sekolah rendah dan RM150.00 setahun bagi sekolah menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, t.t). Dengan adanya bantuan ini, ianya mampu meringankan beban ibu bapa dari segi menyediakan peralatan persekolahan bagi anak-anak mereka seterusnya mengurangkan masalah keciciran muridmurid secara beransur-ansur. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga perlu memberikan pendedahan kepada ibu bapa mengenai keperluan pendidikan untuk anak-anak (Norfarahzatul Zakari, et.al, 2022). Ibu bapa seharusnya memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak mereka untuk sentiasa menghadiri sekolah untuk mendapatkan pendidikan formal seterusnya membantu mengubah nasib keluarga mereka pada masa hadapan. Seperkara lagi, ibu bapa hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Misalnya ibu bapa menghadiri hari penyerahan kad laporan agar mereka boleh berbincang dnegan pihak guru berkenaan prestasi pendidikan anak mereka di sekolah. Ibu bapa yang sentiasa cakna terhadap akademik anak-anak mereka akan menjamin kecemerlangan dalam pendidikan anak-anaknya sekaligus peratusan keciciran murid akan berkurang dengan efektif. 12


16 13


17 4.0 KESIMPULAN Natijahnya, stratifikasi sosial merujuk kepada proses pengkelasan individu dalam lapisan sosial berdasarkan factor-faktor tertentu seperti status ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan keturunan (Rosly Kayar, et.al, 2024). Manakala institusi sosial adalah system yang ditubuhkan oleh Masyarakat untuk memenuhi keperluan dan membentuk tingkah laku manusia (Rosly Kayar, et.al, 2024). Sebagai contoh, institusi sosial pendidikan seperti sekolah mempunyai peranan untuk menyediakan pendidikan dan ilmu pengetahuan kepada anggota Masyarakat sebagai keperluan hidup. Sehubungan dengan itu, kedua-dua stratifikasi sosial dan institusi sosial ini hakikatnya mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Setiap institusi sosial mempunyai stratifikasi sosial yang tertentu termasuklah sekolah-sekolah. Tidak dinafikan bahawa stratifikasi sosial ini boleh memberi impak positif dan negative terhadap budaya sekolah. Justeru, kerjasama dan keprihatinan warga sekolah diharap dapat membantu memanipulasikan impak negatif tersebut agar membentuk impak yang positif terhadap sekolah. 14


18 5.0 RUJUKAN Chew Peh Ting. (1979). Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Doddy Singgih. (2007). Prosedur Analisis Stratifikasi Sosial dalam Perspektif Sosiologi. Jurnal Unair, 20(1). Eisen, M.J. (1999). Peer Learning Partnerships: A Qualitative Case Study of Teaching Partners’ Professional Development Effort . Hayes, & Allison. (1998). Cognitive Style And The Theory And The Practice Of Individual And Collective Learning In Organizations. Human Relations, 51. “Henti Asing Kelas, Tiada Lagi Sekolah Kawalan” . (2017). Malaysia Kini. Husnizam Hosin. (2021). Mansuh Pengasingan Kelas Wajar Dikekalkan. Berita Harian. Institut Hal Ehwal Ekonomi dan Demokrasi Malaysia (IDEAS). (2017). Laporan Keciciran Pelajar. Percetakan Nasional Berhad (PNB). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2019). Dasar Pendidikan Kebangsaan. https://www.moe.gov.my/dasarmenu/dasar-pendidikan-kebangsaan Khalid, Siti Nur Fatimahtul Maryam, Zouhair, & Endie Shazlie. (2018). Children Without. UNICEF Malaysia. 15


19 Kitha Anjali. (2021). Keciciran dalam Pendidikan di Malaysia. Academia Edu. https://www.academia.edu/23788053/Keciciran_Dalam_Pendidikan_Malaysia Meyer, J.W. (1977). The effects of Education as an Institution. American Journal of Sociology, 83(1). Mohd Syaubari Othman. (2022). Tahap Kepandaian Berbeza Tingkatkan Motivasi Belajar. Berita Harian. MyWilayah. (2019). Pendidikan Untuk Semua. https://www.mywilayah.com/2019/11/pendidikan-untuk-semua.html Nickerson. (2022). Positivism in Sociology : Definition, Theory & Examples. SimplyPsychology. https://www.simplypsychology.org/positivism-in-sociologydefinition-theory-examples.html Norfarahzatul Zakari, Zuber Abd Majid, & Muhammad Hussin. (2022). Keciciran Murid Sekolah di Malaysia: Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(2). Rosly Kayar, Idrul Hisham Ismail, & Hanapiah Khamis. (2024). Sosiologi dalam Pendidikan. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Schaefer. (2017). Sociology. McGraw-Hill Education. Sulaiman Saat. (2013). Pendidikan sebagai Institusi Sosial. Lentera Pendidikan, 16(2). 16


20 Yunus Kaya, & David Brady. (2008). Stratification. International Encyclopedia of the Social Sciences. 17


Click to View FlipBook Version