The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rovindapetrus22, 2022-04-17 13:39:43

E-BOOK FOLIO POLITEKNIK MUKAH (PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN)

9e514a98-dd1f-4bb8-8693-61519ac89187

Keywords: ROVINDA & ROSDIANA (PMU)

MPU21032 ETIKA PENGHAYATAN DAN PERADABAN

E-FOLIO

TAJUK:PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI
PERPADUAN

SESI : 2 2021/2022 DIPLOMA KEJURUTERAAN
MEKANIKAL

Nama No. Pendaftaran
Rovinda Petrus 20dkm19f2018

Rosdiana Ismail 20dkm19f2014

NAMA PENSYARAH : Mohd. Norfaeezwan

Bin Buang

Page1

1

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat
Kata Alu-Aluan 4
Objektif Perlembagaan 5
Pengenalan 6
Konsep Perlembagaan 7
Definisi Perlembagaan 8
Jenis Perlembagaan 9
Kepentingan Perlembagaan
Tiang Seri 10-11
Kontrak Sosial 12
Malayan Union 1946 12
Persekutuan Ranah Melayu 1948 13
Suruhanjaya Hubungan Antara Kaum 1946 13
Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Kesimpulan 14-15
Akhir Kata 16
Rujukan 17
18
18

Page2

2

AHLI Page3
KUMPULAN

NAMA :ROVINDA PETRUS
NO MATRIK:20DKM19F2018

NAMA :ROSDIANA ISMAIL
NO. MATRIK :20DKM19F2014

3

Penghargaan Page4

Syukur Ke Hadrat Ilahi Ke Atas Limpah Dan Kurnianya Kami
Dapat Menyiapkan Tugasan Yang Ditugaskan Ini Dengan Baik.
Segulung Penghargaan Kepada Encik Mohd.Norfaeezwan Bin
Atas Sokongan Dan Dorongan Bagi Menjayakan Efolio Ini.
Setinggi-Tinggi Terima Kasih Kepada Ahli Kumpulan Kerana
Memberi Kerjasama Yang Baik Dalam Menyelesaikan Tugas
Yang Diberikan Pada Tarikh Yang Ditetapkan .

4

OBJEKTIF Page5

• Menjelaskan toleransi yang wujud
semasa penggubalan Perlembagaan
Malaysia.

• Menjelaskan peranan dan
kepentingan kontrak sosial dalam
konteks hubungan etnik di
Malaysia.

• Memberi kefahaman mengenai
kerasionalan unsur-unsur tradisi
dalam Perlembagaan Malaysia.

5

PENGENALAN Page6

• Perlembagaan merupakan asas utama kepada
pembentukan sesebuah Negara yang berdaulat. Tujuan
dan fungsi utama perlembagaan adalah untuk
mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil,
mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah,
mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat, alat untuk
menyelesaikan masalah, menjamin riwayat negara
bangsa serta mengekalkan keamanan dan kestabilan
Negara.

• Malaysia, sebagai sebuah Negara yang berdaulat memiliki
perlembagaannya yang unik, unggul dan tersendiri yang
juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen
undang-undang bertulis yang telah dibentuk berdasarkan
kepada dua dokumen perlembagaan terdahulu iaitu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan 1957.

6

KONSEP PERLEMBAGAAN Page7

Perlembagaan perseketuan 1957 memperlihatkan
beberapa ciri pemerintahan dan perlembagaan
sesebuah negara demokrasi.Ianya menekankan
prinsip pemerintahan berasaskan undang-undang.
Diluar bidang kuasa yang diberikan
kepadanya.Malahan ketiga-tiga badan kerajaan
iaitu perundangan,kehakiman,eksekutif mahupunDi
Malaysia tidak ada satu institusi pun yang boleh
mengatasi ketinggian perlembagaan .Parlimen
sendiri memperolehi kuasanya daripada
perlembagaan dan mempunyai kuasa yang
terhad.Ianya tidak boleh menggubal undang-
undang bagi perkara yang terletak Yang Di Pertuan
Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan
Malaysia.

7

DEFINISI PERLEMBAGAAN Page8

Perlembagaan ialah dokumen yang mengandungi semua undang-undang
tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan
system politiknya. Perlembagaaan menjadi sumber kepada undang-undang
dalam negara berkenaan. Semua undang-undang lain tidak boleh bertentangan
dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan,
maka undang-undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai
undang-undang yang lebih utama. Hashim(1983) pula berpendapat
perlembagaan lebih daripada apa-apa perkara yang hanya berkenaan dengan
urusan kerajaan,rangka-rangka demokrasi dan perlindungan hak-hak rakyatnya.
Perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-
peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan
suasana muhibah,penerimaanya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.
Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi ialah
dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah,perkembangan dan tradisi
sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu:

I. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara
II. Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan

sesebuah negara.
III. Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di

dalam negara.

8

JENIS PERLEMBAGAAN Page9

a. Perlembagaan bertulis
• Perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen.
• Sukar dipinda kecuali wujud peruntukan perlembagaan yang
membenarkannya.
• Menjadi rujukan undang undang negeri dan persekutuanapabila berlaku
perbezaan antara - negara yang mengamalkan:
- Malaysia

b. Perlembagaan tidak bertulis
• Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen
seperti resam dan tradisi, Undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan
keputusan-keputusan mahkamah
• Mengutamakan keadaan negara keselamatan pentadbir
• Contoh negara yang mengamalkan:
United Kingdom,New Zealand,dan Israel.

9

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Page10

Kepentingan utama Perlembagaan Malaysia adalah mengukuhkan perpaduan
antara kaum.Umum sedia maklum,rakyat yang menetap di negara kita terdiri
daripada pelbagai kaum,bangsa,dan agama.Setiap di antara kita mempunyai
perbezaan dari segi aspek dan generasi terdahulu iaitu nenek dan moyang
kita Berjaya menunjukkan sifat toleransi telah mewujudkan masyarakat
majmuk walaupun dalam kesusahan hidup pada ketika itu .Dengan wujudnya
Perlembagaan Malaysia,hak dan kebebasan waganegara terjamin.Selain
itu,setiap warganegara berhak untuk menganuti agama masing-masing dan
tiada diskriminasi yang akan timbul sehingga menyentuh sentiment
perkauman yang akan menggugat keamanan negara .Izharnya,undang-
undang bertulis ini mustahak dalam memastikan setiap ahli masyarakat
menjaga tata tertib dan mengormati hak masing-masing dalam menjalani
kehidupan di Malaysia. Kepentingan lain Perlembagaan Malaysia adalah
memastikan pentadbiran dan pemerintahan yang adil dan telus dapat
dilaksanakan.Malaysia menerusi Kerajaan Persekutuan yang dibentuk adalah
berlandaskan kepada demokrasi berparlimen .Perkara ini dapat dijalankan
melalui proses pilihan raya yang memberikan hak kepada rakyat untuk
memilih wakil masing-masing.Seterusnya ,parti yang mempunyai majoriti
kerusi di parlimen akan membentuk kerajaan persekutuan dan menjalankan
tugas-tugas eksekutif negara.Berdasarkan Perlembagaan Malaysia ,kita juga
mempunyai sistem Raja Berperlembagaan di mana Yang Di Pertuan Agong
akan dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk menjadi ketua negara dan
mempunyai bidang kuasa seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan
Malaysia .Sistem yang mempunyai tempoh masa iaitu sepanjang lima tahun
sepenggal adalah adil dalam memberi peluang dan ruang kepada mereka
yang berkuasa untuk memerintah dan mentadbir ke arah kemajuan yang lebih
baik daripada sebelum ini.Kesannya,pertindihan atau pemusatan kuasa
dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dapat dielakkan serta rakyat
boleh menetukan hala tuju politik negara.

10

Kepentingan Perlembagaan Malaysia yang Page11

seterusnya adalah

Penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara yang
memberi manfaat kepada rakyatnya .Menurut persetujuan yang dicapai
dalamPerlembagaan Malaysia,terdapat peruntukan dari segi hak sebagai
warganegara dalam peluang Pendidikan dan pekerjaan.Perkara ini menunjukkan
bahawa undang-undang itu berperanan dalam mengenal pasti hak social yang wajar
diperoleh .Selaras dengan Perlembagaan Malaysia,polisi dan dasar-dasar kerajaan
yang digubal seharusnya mengguntungkan rakyat dan kesejahteraan hidup dapat
dicapai.Situasi ini memberikan imej yang baik dimiliki oleh negara di mana ia bakal
menarik minat pelabur asing untuk melabur di dalam negara.Secara
langsung,peluang pekerjaan dicipta untuk masyarakat tempatan dan pertumbuhan
ekonomi domestic akan bercambah.Intihannya,berlandaskan undang-undang yang
baik,kita mampu merencana kemajuan dalam diri,organisasi mahupun negara dan
mendapat manfaat terbaik di athasil usaha yang dilaksanakan. Akhir
sekali,Perlembagaan Malaysia berperanan dalam mengekalkan hak keistimewaan
golongan bumiputera iaitu orang Melayu,Sabah dan Sarawak. Dalam perkara 153
Perlembagaan Malaysia,hak istimewa yang disebut merangkumi jawatan dalam
perkhidmatan awam,biasiswa,pendidikan,perniagaan dan kemudahan khas
lain.Misalnya,Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia telah diangkat sebagai Bahasa
kebangsaan dan agama islam sebagai agama rasmi Kerajaan
Persekutuan.Walaubagaimanapun,kaum lain bebas untuk menganuti agama masing-
masing dan bersifat hormat- menghormati antara satu sama lain.Tambahan pula,kita
mempunyai Rukun Negara di mana kedaulatan undang-undang dan kesopanan Dan
kesusilaan adalah rukun yang wajib dipatuhi oleh warganegara
Malaysia.Natijahnya,golongan bumiputera seharusnya bersyukur dan menggunakan
hak keistimewaan yang diperoleh dengan baik serta tidak menindas hak golongan
lain.Jika nilai hormat yang kita berikan kepada seseorang,nescaya kita akan
mendapat semula penghormatan tanpa perlu meminta-minta.

11

TIANG SERI Page12
• Agama islam sebagai agama persekutuan
• Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu
• Kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bahasa Melayu sebagai rasmi

KONTRAK SOSIAL
Kontrak Sosial merupakan satu permuafakatan antara kaum yang dicapai
sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat dan
pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.Dua Istilah
kontrak sosial sebenarnya tidak ditulis di dalam perlembagaan persekutuan
1957. Walau bagaimanapun, kita wajib memahami bahawa kontrak sosial ini
telah menjadi asas utama dalam perlembagaan tersebut, yang merangkumi
empat perkara iaitu kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, Hak istimewa orang
Melayu dan Bahasa Melayu. Secara mudahnya, kontrak sosial adalah satu
istilah yang mewakili kesediaan orang Melayu untuk memberi
kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu dengan bayaran keempat-
empat perkara yang telah dinyatakan tadi.

12

11)MALAYAN UNION 1946 Page13

Catatan sejarah yang jelas membawa kepada pembentukan kontrak sosial
adalah Ketika penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union pada tahun
1946. Faktor utama penentangan Orang Melayu terhadap bentuk pentadbiran ini
ialah hak kewarganegaraan sama rata, penghapusan istilah Peribumi
(Bumiputera) dan Anak negeri serta penghapusan mutlak Kedaulatan Raja-Raja
Melayu. 4 Perkara utama yang terkandung dalam dasar Malayan Union ialah
konsep Jus Soli. Jus soli bermaksud hak untuk mendapat kerakyatan
berdasarkan kelahiran di sesebuah negara. Konsep ini akan menguntungkan
golongan imigran atau orang pendatang kerana mereka boleh memperoleh
kerakyatan dengan mudah di Tanah Melayu pada masa itu. Hal ini berbeza
dengan nasib penduduk asal Tanah Melayu pada masa itu yang kebanyakannya
terdiri daripada orang Melayu yang akan terancam status quo mereka sebagai
rakyat asal di Tanah Melayu.

12)PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
• Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union kemudiannya berhasil
dan memaksa pihak koloni British untuk menggantikan Malayan Union
dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini
merupakan satu kejayaan besar bagi perjuangan orang Melayu untuk
mengekalkan status quo mereka terutama sekali dalam isu
kewarganegaraan dan kedudukan Raja-raja Melayu. Perjanjian ini juga
buat kali pertamanya menunjukkan pengiktirafan koloni British terhadap
status orang Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.
• Orang Melayu kebanyakannya telah berpuas hati dengan perlembagaan
baru ini. Walaubagaimanapun, orang bukan Melayu telah menimbulkan
reaksi yang berbeza disebabkan ketidakpuasan
hati mereka mengenai undang-undang
kerakyatan Persekutuan yang ketat.

13

13)SURUHANJAYA REID Page14
• Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid

yang ditubuhkan pada 1956.
• Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British),Sir William Mckell

(Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
• Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang

banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.
• Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik ,

orang ramai, individu- individu dan Raja-raja Melayu.
• Ini menjelaskan perlembagaan merupakan kontrak sosial dan perjanjian

perdamaian.
• Melalui pemfuakatan sosial ini, orang bukan melayu diberikan hak

kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
• Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga

tentang kedudukan agama Islam,Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa
orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.
• Melalui kontrak sosial ini,orang bukan melayu telah diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
• Manakala orang melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai
agama Islam,Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
Kedudukan Raja-raja Melayu.

14

14)JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM (CLC) 1946 Page15
• Perbincangan mengenai hak kerakyatan bukan Melayu telah menjadi isu

penting yang dibincangkan oleh CLC pada pertemuan mereka pada Disember
1949 di Pulau Pinang. Tan Cheng Lock yang merupakan salah satu anggota
CLC telah memainkan peranan penting dalam usaha mendesak orang
Melayu untuk menerima kerakyatan secara Jus Soli untuk orang bukan
Melayu. Dalam perbincangan itu, beliau Berjaya memujuk wakil CLC Melayu
termasuk Dato’ Onn untuk menerima kerakyatan jus soli bagi kaum bukan
Melayu.
• Keputusan mengejut daripada CLC ini telah menimbulkan kemarahan dari
orang Melayu dan orang-orang UMNO sendiri. Mahasiswa-mahasiswa
Melayu pada masa itu mendakwa Dato’ Onn sebagai pembelot dan
pengkhianat orang Melayu. Perkara ini berlarutan sehingga Dato’ Onn
meletakkan jawatan beliau sebagai Presiden UMNO dalam Persidangan
Agung UMNO pada 11 Jun 1950. Beliau bagaimanapun dipilih semula
sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO pada Ogos 1950 sebelum keluar
dan menubuhkan Parti Malaya Merdeka (IMP).

15

15)PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN 1957 Page16

• Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957,
Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu sebelum memperoleh kemerdekaan
daripada Britain. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada Mac 1956.
Sebanyak 118 pertemuan telah diadakan antara Jun hingga Oktober
1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari
Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari
pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum
daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan
terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan yang
telah memenangi Pilihan Raya umum 1955 itu sendiri.

• Terdapat lima jenis kerakyatan yang terkandung di dalam
Perlembagaan Kemerdekaan ini. Kategori yang kedua di dalam syarat
kerakyatan ini jelas menunjukkan ciri kerakyatan Jus Soli yang mana
mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas Kemerdekaan akan
memperolehi kerakyatan walaupun kedua-dua ibu atau bapanya masih
belum memiliki kerakyatan. 7 Selain itu, kategori-kategori lain
kerakyatan yang terkandung dalam suruhanjaya ini juga jelas
membawa kepada konsep kerakyatan terbuka yang menimbulkan
kritikan daripada Parti Politik, Organisasi dan pemimpin-pemimpin
Melayu.

• Secara umumnya, orang Melayu membantah dan menyuarakan
kebimbangan atas cadangan suruhanjaya Reid ini. Menurut majalah
Qalam bilangan 70, keluaran Jun 1956, prinsip jus soli yang
terkandung dalam suruhanjaya Reid akan menyebabkan bangsa
Melayu akan menjadi penumpang dalam negara ini dan mereka akan
diperintah oleh orang asing dalam masa sepuluh atau dua puluh tahun
akan datang disebabkan peningkatan bilangan golongan pendatang di
Tanah Melayu 8

16

16)KESIMPULAN Page17
Rentetan peristiwa sejarah yang berlaku bermula daripada 1946 iaitu sejak
penubuhan Malayan Union sehinggalah kepada Laporan Suruhanjaya Reid, yang
menjadi isi utama perlembagaan Negara merupakan bahagian penting kepada
pembinaan Negara berdaulat kita pada hari. Penentangan orang Melayu
terhadap konsep kerakyatan terbuka melalui konsep jus soli bukanlah
bersandarkan kepada emosi semata-mata, sebaliknya berpunca daripada
sejarah mereka yang panjang di Tanah Melayu yang hari ini dikenali sebagai
Malaysia. Akhirnya, tuntutan-tuntutan kewarganegaraan terbuka oleh orang
bukan Melayu diterima tetapi bersyarat, iaitu orang bukan Melayu wajib
menerima Islam sebagai agama Persekutuan, Hak istimewa orang Melayu,
Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi dan kedaulatan Raja-raja Melayu. Sejarah
ini jelas menunjukkan kepada rakyat Negara, sama ada Melayu atau bukan
Melayu, bahawa sebarang usaha untuk mencabar asas perlembagaan ini hanya
akan mengakibatkan ketidakstabilan serta huru hara di tanah air yang kita cintai
ini.

17

17) RUJUKAN Page18
• https://fokus.my/2015/04/22/tiang-seri-kepada-perlembagaan-
persekutuan/
• https://www.slideshare.net/sitikhairiyahsulaiman/bab-4tiang-seri-
hubungan-etnik
• https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-
negara-asas-perpaduan-pembinaan-negara-bangsa
• https://www.ipendidikan.my/kepentingan-perlembagaan-malaysia.html
• https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/01/369328/perlem
bagaan-wujud-harmoni-antara-kaum

18


Click to View FlipBook Version
Previous Book
portfolio
Next Book
ความรู้เกี่ยวกับจำนวนเต็ม