ADAB BEKERJA NORSHIDA BINTI MAHMOOD (770607016254001)
ISI KANDUNGAN 2 4 5 PENGENALAN ADAB DAN KONSEP BEKERJA MENURUT ISLAM JAUHI SIKAP NEGATIF KETIKA BEKERJA CIRI-CIRI PEKERJA YANG BAIK KELEBIHAN BERADAB KETIKA BEKERJA ADAB BEKERJA 2 KESIMPULAN M/S 15 M/S 3 M/S 5-8 M/S 10-11 M/S 12 M/S 14
PENGENALAN Buku skrap digital ini akan membincangkan tentang adab yang berkaitan dengan kehidupan harian kita iaitu adab bekerja. Adab ini adalah amat penting dalam menjalankan kehidupan di dunia yang fana ini dengan sempurna dan diredai Allah SWT. Adab ini juga diajarkan oleh agama Islam agar kita dapat memahami dan mendapat panduan dalam kehidupan harian kita. 3
ADAB DAN KONSEP BEKERJA MENURUT ISLAM
•Islam menuntut umatnya untuk bekerja. • Kerja merupakan usaha bagi mendapatkan upah dan ganjaran. • Sebagai umat islam, pekerjaan dianggap sebagai ibadah. • Oleh itu, untuk meraih manfaat di dunia dan akhirat kelak, umat islam dituntut untuk menjaga adab ketika bekerja. • Sebagai pekerja, kita perlu patuh kepada tatacara atau adab menjalankan tugas yang telah digariskan dalam islam. • Pekerjaan merupakan suatu pengalaman harian dalam kehidupan bersosial, kita berusaha menjadi pekerja berdasarkan acuan yang telah disediakan oleh islam. 5 ADAB BEKERJA 20XX ADAB BEKERJA
• Agama islam mewajibkan umatnya bekerja untuk memajukan diri, keluarga dan negara. • Bekerja bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah dapat menjana ekonomi negara dan ekonomi diri sendiri. • Kerja adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. • Orang yang bekerja dengan ikhlas bukan sahaja mendapat gaji atau ganjaran yang lumayan, malah mendapat keredaan Allah SWT dengan ganjaran pahala yang besar. • Islam mewajibkan agar pekerjaan yang dilakukan oleh umatnya mestilah pekerjaan yang halal dan bertepatan dengan hukum syarak. • Pekerjaan yang halal bermaksud pekerjaan yang tiada kaitan dengan larangan allah swt seperti bekerja dalam bidang penjualan arak dan sebagainya. ADAB BEKERJA 6 KONSEP BEKERJA MENURUT ISLAM
• Bekerja yang dilaksanakan menurut syariah ialah suatu bentuk ibadat dan jihad yang tidak boleh diasingkan daripada konteks keagamaan atau spiritual. • Kerja adalah keterikatan seseorang pegawai atau kakitangan dengan kontrak kerja yang telah dipersetujui semasa dia telah menerima tawaran kerja tersebut. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 1: وِدۚ ُقُ ع ْ بِٱل ۟ وا ْوفُ َ أ ۟ ٰٓوا ُ َمن ِذي َن َءا َّ َها ٱل ُّ ي َ يَ ـٰٓأ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, tunaikan segala janji kamu”. • Abu Bakar al-Jazairi (1996), menegaskan bahawa pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang hamba itu adalah dikira sebagai manifestasi ubudiah dan pengabdian seseorang hamba pada penciptaNya. Allah SWT menjelaskan misi sebenar penciptaan manusia melalui firman-nya dalam surah al-zariyat, ayat 57: مو ِن م ُ ْطِع ُ َن ي د أ ُ ِري ُ َو َمآٰ أ هم ِ من ِ ر ْز قٍۢ د ِمْن ُ ُ ِري ُ ََآٰ أ ٥٧ Maksudnya: “Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku”. 7 ADAB BEKERJA
Bagi melahirkan pekerja yang mahir, berwawasan, berketerampilan dan berdedikasi, adab ketika menjalankan tugas perlulah dijaga dan diamalkan agar mendapat pahala. Antara adab menjalankan tugas yang harus dijaga ialah: a) Memulakan pekerjaan dengan bacaan Bismillah. b) Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. c) Menyelesaikan tugas pada waktu yang ditetapkan. d) Berpakaian menutup aurat, bersih dan kemas ketika menjalankan tugas. e) Bekerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain iaitu rakan setugas. f) Bertoleransi. g) Bersungguh-sungguh ketika melakukan pekerjaan. h) Mematuhi peraturan dan arahan ketua selagi arahan tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. 8 ADAB BEKERJA ADAB KETIKA BEKERJA
JAUHI SIKAP NEGATIF KETIKA BEKERJA “ ” ADAB BEKERJA 9
ADAB BEKERJA 10 Cuai ketika melakukan pekerjaan SIKAP NEGATIF PEKERJA Tidak menyiapkan tugasan pada waktu yang ditetapkan Malas bekerja dan curi tulang Tidak bekerjasama dengan rakan sekerja ketika menjalankan tugas secara berkumpulan.
11 ADAB BEKERJA SIKAP NEGATIF PEKERJA Bersifat hasad dengki terhadap rakan sekerja Tidak ikhlas melakukan pekerjaan Mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa Mementingkan kewangan berbanding kepentingan awam
CIRI-CIRI PEKERJA YANG BAIK Ikhlas dalam melakukan pekerjaan Menganggap kerja sebagai satu ibadah Tekun dan bersungguh-sungguh Bertanggungjawab, jujur dan amanah. Tidak meninggalkan perintah Allah SWT.
“ ” ADAB BEKERJA 13 KELEBIHAN MENJAGA ADAB KETIKA BEKERJA
Setiap pekerjaan dilakukan dengan ikhlas mengandungi hikmah dan kelebihan tertentu, termasuklah mengamalkan adab ketika bertugas. Dengan mengamalkan adab-adab yang baik ini, banyak kelebihan yang diperoleh untuk menentukan kejayaan dalam kehidupan. Antara kelebihan tersebut adalah seperti berikut: (a)Pekerjaan mendapat keberkatan; (b)Pekerjaan dapat dilakukan dengan sempurna; (c)Pendapatan daripada hasil pekerjaan yang ikhlas dan beradab adalah halal dan suci; (d)Disukai rakan sekerja; dan (e)Kasih-sayang dan kerjasama dapat dijalinkan. ADAB BEKERJA 14
15 Bekerja tanpa berpandukan Islam, akan membawa implikasi yang negatif dan boleh menimbulkan fitnah. Selain itu, hasil pengeluaran tidak dapat memenuhi piawaian dan matlamat yang dikehendaki. Jika matlamat tidak dapat dicapai dengan baik, maka hasil pengeluaran akan terjejas dan kesan buruk akan terjadi. Sikap negatif menghilangkan kepercayaan seseorang. Selain itu, ekonomi sesebuah negara akan merudum, dan semua rakyat terkesan. Sektor ekonomi akan semakin mundur sekiranya terdapat pekerja yang tidak beretika. Seterusnya, peluang untuk memperoleh rezeki semakin terjejas. Hal ini juga akan menghalang negara daripada terus membangun dan maju. KESIMPULAN
SYUKRAN JAZIILAN