SM IMTIAZ YT BESUT
I-IBEST COUNSELING INTERACTIVE CENTRE (ICIC)
EDISI PDPR PKP 3.0
23 MEI 2021
POSITIF
SELF TALK
CIKGU SUHARNI BT SAMARUDIN
KAUNSELOR SM IMTIAZ YT BESUT
POSITIF SELF TALK
KOLEKSI TIPS KEJAYAAN ini merupakan satu usaha
kecil untuk membantu remaja, guru- guru dan ibu
bapa memotivasikan diri dan insan terdekat yang
mereka kasihi dengan menggunakan kekuatan
kata – kata (A power of Words). Individu yang
berjaya adalah mereka yang memiliki
kepercayaan diri yang tinggi dan sentiasa
melafazkan kata-kata dalaman (self Talk) yang
positif. Hal ini penting kerana positive self talk yang
dilakukan secara berulang-ulang (repetition) pasti
akan membentuk tabiat kejayaan yang berulang
–ulang secara automatik dalam kehidupan
seseorang.Moga tips kejayaan ini memberi
manfaat kepada semua.
Selamat mengamalkan
POSITIF SELF TALK setiap hari dan sepanjang hayat.
“ Setiap hari adalah
hari yang baru,
justeru ambillah
MANFAAT daripada
masa yang ada”
“ Kejayaan adalah
milik semua
orang,Semua orang
LAYAK BERJAYA.
Saya juga LAYAK
BERJAYA”
“ Kegagalan hanyalah
suatu PERJALANAN HIDUP
yang pasti akan dilalui
oleh semua orang.
Kegagalan dalam sesuatu
perkara bukan beerti
hidupmu gagal sepanjang
hayat”
“ Banyak orang
suka berkata-kata
namun sedikit
yang berusaha
untuk mendengar.
Dengarlah
dengan MATA
HATI agar dirimu
mampu berkata-
kata dengan
penuh hikmah
dan
kebijaksanaan”
“Perubahan KECIL
yang mampu kita
lakukan pada setiap
hari mampu
merubah perkara
yang BESAR pada
suatu masa nanti”
“ Sesuatu kejayaan
haruslah bermula
dengan matlamat
yang JELAS, dan diikuti
dengan perancangan
yang TELITI serta BIJAK
memanfaatkan segala
sumber yang ada dan
disempurnakan ”
dengan tindakan-
tindakan yang
PROAKTIF”
“Kemampuan berfikir
adalah aset paling mahal
yang dimiliki oleh
seseorang yang
membolehkannya
berperanan sebagai
KHALIFAH terbaik di muka
bumi ini.”
“Kemampuan
seseorang menangani
cabaran - cabaran
dan perkara luar
jangka
membolehkannya
sentiasa FLEKSIBEL dan
bersedia untuk
membuat perubahan
dan penyesuaian
kepada perancangan
yang dibuat”
“
BERDOALAH pada
setiap hari agar
hidupmu
terpelihara
”