TERSAHLAADJHIAHPAFDAKHOANMSEP
PENGAJIAN ISLAM
MPU23012
SESI 2 : 2021/2022
MOHD NORFAEEZWAN BIN BUANG
Ahli Kumpulan
NOOR EZLYN BINTI RAMJI
(20DAT21F1037)
AMEERA SHAFEEQA BINTI ABDULLAH
(20DAT21F1007)
SYAFIQAH ALWANI BINTI SAIRUL
(20DAT21F1069)
PENGENALAN
Jihad ialah istilah Bahasa Arab yang berasal daripada
kata perbuatan “jahada” bermaksud berusaha
bersungguh-sungguh mengikut kemampuan dan
kapasiti yang ada. Dalam kamus islam, jihad secara
umumnya bermaksud perang pada jalan Allah.
Tetapi, terdapat segelintir masyarakat memandang
serong atau salah faham terhadap konsep jihad ini.
Hal ini berlaku kerana terdapat pencemaran dalam
ajaran agama islam. Sebagai contoh, pejuang ISIS
yang menggunakan nama islam akan tetapi
menggunakan kekerasan dan kekejaman terhadap
sesama manusia yang bertentangan dengan apa
yang disampaikan oleh Rasullah SAW. Kelompok ini
memahami jihad hanya dengan arti perang (qital).
Menurut para ulama, jihad juga mempunyai makna
lain, misalnya berusaha bersungguh-sungguh dalam
melakukan kebaikan. Para ulama juga menyatakan
bahawa selain membawa maksud perang (qital),
jihad juga mempunyai makna ishlah (perbaikan).
KLASIFIKASI JIHAD
1. JIHAD AL-KUFR - jihad terhadap kekufuran iaitu
menjauhi dan membasmi sebarang elemen yang
merosakkan akidah dan tunjang Tauhid.
2. JIHAD AL-QALB - jihad dengan hati iaitu menahan segala
godaan syaitan dan mengelakkan diri daripada terjerumus ke
dalam dosa.
3. JIHAD AL-NAFS - jihad terhadap nafsu syahwat yang tidak terarah
mengikut landasan syariat Allah seperti nafs al-Ammarah bi al-Su’ (nafsu
mendorong kemunkaran dan kesyaitanan), Nafs al-Lawwamah (nafsu yang
membawa kepada penyalahan diri), Nafs al-Sawwalah (pembawaan nafsu
yang membawa anggapan perkara buruk sebagai sesuatu kebaikan) dan
Nafs Al-Mulhamah (nafsu yang membawa kepada kecelakaan).
4. JIHAD BIL LISAN - jihad dengan lisan, ucapan,
ceramah, syarahan, pidato, debat dan seumpamanya iaitu
menyampaikan perkara yang hak dan menafikan
kebatilan.
KLASIFIKASI JIHAD
5. JIHAD BI AL-‘ILMI WA AL-TEKNOLOJIYYAH - jihad
dengan ilmu dan teknologi iaitu penggunaan ilmu
meniggikan martabat keilmuan islam, agama islam dan
syiar islam serta maruah umat islam keseluruhannya.
6. JIHAD BI AL-MAL- jihad dengan harta-
benda, material, ekonomi dan wang ringgit.
7. JIHAD BI AL-TARBIYYAH - jihad dengan Pendidikan
iaitu meletakkan umat islam sebagai khair al-Ummah
(sebaik-baik ummah), umat yang unggul dalam segala
disiplin dan bidang keilmuan dan terbaik dalam segala
profesion.
8. JIHAD AL-SIYASAH WA AL-IJTIMA’IYYAH - jihad dengan politik
dan kemasyarakatan iaitu jihad menyatupadukan ummah bukannya
menimbulkan persengketaan dan permusuhan, memberikan
kestabilan dan kemakmuran negara bukan menimbulkan huru-hara
dan malapetaka.
9. JIHAD BI AL-QUR’AN - jihad dengan Al-Qur’an iaitu jihad
menegakkan kebenaran Al-Qur’an, menunaikan titah perintahnya dan
menjauhi larangannya.
JENIS-JENIS
JIHAD
1.JIHAD NYAWA DAN TENAGA
-Jihad yang paling tinggi dalam islam adalah melalui pengorbanan jiwa
dan raga untuk agama islam
-Jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan mereka yang
terkorban dianggap mati syahid. Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur
atau mati syahid di Perang Uhud.
2.JIHAD HARTA
-Pengorbanan harta dan wang juga termasuk dalam jihad
fisabilillah. Bagi golongan kaya, mereka boleh berjihad
dengan menyumbang dalam bentuk kewangan bagi
menyokong golongan yang berada di medan perang
-Sebagai contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan
hartanya dengan perjuangan menegakkan syiar islam.
3.JIHAD AKAL FIKIRAN
-Sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas serta memberi manfaat
kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah
SWT.
-Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang beliau juga
menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam Perang Khandak.
TUJUAN JIHAD
DALAM ISLAM
1.MENJAGA KESUCIAN AGAMA ISLAM
-Dapat dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur
golongan al-Riddah yang merosakkan kesucian agama Islam yang
mengaku menjadi nabi, enggan membayar zakat dan mengisytiharkan diri
keluar daripada agama Islam (murtad)
2.MENJAGA MARUAH UMAT ISLAM
-Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila maruah
seorang Wanita Islam dihina oleh Yahudi Bani Qainuqa’,
tentera Islam dihantar dan bertindak mengepung
perkampungan mereka seterusnya menyebabkan Yahudi
berkenaan diusir dari bumi Madinah.
3.MENGHAPUSKAN KEZALIMAN
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir
(kaum Qibti) memohon bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir
daripada kezaliamn Rom, lalu Khalifah Umar menghantar tentera yang
dipimpin oleh Amru bin al-As yang membawa kepada pertapakan Islam
sepenuhnya di bumi Mesir.
SALAH FAHAM BARAT
TERHADAP JIHAD
Konsep jihad yang disalahertikan terutama oleh
media Barat apabila perkataan itu diterjemahkan
secara langsung sebagai “perang suci” (holy war)
seolah-olah menunjukkan bahawa Islam itu
hanyalah peperangan sedangkan perkara ini tidak
benar. Janganlah kita terikut-ikut dengan telunjuk
Barat bahawa jihad itu hanyalah peperangan dan
pertumpahan darah.
PENGAJARAN
a)Kewajipan menuntut ilmu juga penting dsamping keluar ke
medan jihad. Tidak seharusnya mementingkan kepada
berjuang semata-mata dan meninggalkan tuntutan
menuntut ilmu pengetahuan. Ini kerana golongan yang
berilmu berkewajipan menyampaikan ilmu yang berkait
dengan hukum hakam dan sebagainya kepada golongan
yang keluar berjihad apabila mereka pulang.
b)Kita hendaklah tidak mengambil mudah dalam urusan
menuntut ilmu kerana ia juga adalah sebahagian daripada
jihad.
c)Pejuang islam mesti mempunyai ilmu agama dan ilmu
kemahiran yang lain kerana inilah alat utama untuk
mendirikan agama dan membangun negara yang sejahtera.
PUNCA-PUNCA SALAH FAHAM
TERHADAP JIHAD
1.JAHIL AGAMA
-Menurut JAKIM, perkara yang utama kenapa penganut
Islam salah tafsiran terhadap jihad adalah kerana jahil
jihad. Ini kerana semua perkara kesederhanaan dalam
Islam adalah bermatlamatkan kebenaran dan tidak
mungkin dicapai melainkan dengan Kembali kepada
ajaran Sunnah Rasulullah SAW dan Al-Quran. Umat
Islam harus menghayati dengan jelas tentang fiqh
keutamaan untuk membuat pertimbangan hidup.
-Selain itu, umat Islam perlu sentiasa berpegang kepada
prinsip kesederhanaan. Ini bagi mengelakkan umat
Islam akan mendatangkan fitnah pada Islam sendiri.
-Jahil jihad juga menunjukkan ISIS melantik khalifah
sendiri dan ini melanggar undang-undang syariah. Ini
disokong oleh Prof. Ahmad al-Raysuni yang mendakwa
Khalifah Islamiah yang dilaungkan oleh ISIS adalah tidak
lebih dari angan-angan semata-mata. Ini juga dilihat
oleh institusi fatwa tersohor iaitu Darul Ifta yang
membuat keputusan bahawa ISIS adalah haram pada
rukun syarak.
PUNCA-PUNCA SALAH FAHAM
TERHADAP JIHAD
2.MENGELIRUKAN KONSEP FARDU
-Urusan muslim di dunia dapat dibahagikan dua iaitu – Fardu
‘Ain dan Fardu Kifayah. Fardu ‘Ain itu adalah sesuatu yang
diwajibkan ke atas setiap individu Muslim yang sudah baligh
seperti solat, zakat, puasa dan menunaikan haji. Manakala
fardu kifayah ialah perbuatan yang wajib dilakukan oleh
seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa
melihat siapa yang mengerjakannya. Tetapi apabila tidak ada
seseorang pun yang melakukan fardu ini, maka semuanya
berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit,
menyembahyangkan mayat dan sebagainya.
-Dalam perkataan lain, fardu kifayah adalah kefarduan yang
wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang
mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri
ataupun negara. Apabila kefarduan ini telah disempurnakan,
maka kewajipan tersebut menjadi gugur bagi seluruh
anggota masyarakat yang terlibat.
PUNCA-PUNCA SALAH FAHAM
TERHADAP JIHAD
3.HEBAHAN JIHAD SEBAGAI PERANG AGAMA
-Punca utama kekeliruan mengenai jihad, menurut satu tinjauan Council
of Islam-American Relations (CAIR yang berpangkalan di Washington, DC
America Syarikat) ialah Dunia Barat sudah mengistilah dan
menghebahkan jihad sebagai ‘holy war’ (perang suci) yang senantiasa
terdapat dalam minda orang Islam di mana jua mereka berada.
-Tanggapan Barat dapat disusur sejak zaman Perang Salib, lebih 1.000
tahun lalu, dimana perebutan untuk menawan Jerusalem (Baitulmakdis).
Tentera pelbagai kerajaan Eropah dan juga askar upahan telah
dikerahkan oleh Vatican agar merampas Kembali Jerusalem dari tangan
umat Islam, setelah kejatuhan empayar Rom Ketika itu. Sejak itulah,
kebencian terhadap Islam terjadi.
-Selepas itu, peristiwa paling bersejarah moden melihat kepada 9
September 2001, menyebabkan kebencian terhadap Islam sangat berat
di Amerika Syarikat. Perkara ini telah mendapat perhatian umum
sepertimana Islam yang cuba mencetuskan Kembali kebencian serupa
Perang Salib. Manakala, Jerry Falwell pengasas kepada Liberty University
of Law yang menyatakan Al-Quran mengizinkan perang dan keganasan.
-Jadi, erti ‘jihad’ menjadi semacam fobia (ketakutan) kepada orang bukan
Islam. Malangnya, apabila berlaku peristiwa 9/11, maka fobia tadi seolah-
olah mengesahkan apa yang sekian lama digeruni oleh Barat. Mentelah
kalangan umat Islam sendiri, yang walaupun segelintir, menganggap
mereka perlu memerangi Barat yang telah merampas hak mereka. Maka,
wujudlah kumpulan militant yang lebih berat seperti ISIS pada masa kini.
·PENDIDIKAN AGAMA CADANGAN
-Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran harus melihat MENGATASI
Kembali silibus pelajaran agama di sekolah-sekolah SALAH
agama supaya pelajar tidak menjadi jahil agama. Ini FAHAM
dapat dilihat sehingga pelajar tahun 2 ditangkap oleh JIHAD
PDRM di Lapangan Terbang KLIA kerana terpengaruh
terhadap perjuangan jihad ISIS.
·ULAMA BERBINCANG
-Ulama dan ustaz dari pelbagai latar belakang sehingga
Mufti harus berbincang di dalam memahami konsep jihad
dengan jelas supaya penerangan dan khutbah yang
diterangkan kepada penganut Islam tidak bercanggah
diantara satu sama lain. Ini dapat dibuktikan melalui
kenyataan dikeluarkan Ustaz Fathul Bari ‘Ustaz-ustaz dan
ulama juga takut sebut jihad bahkan membincangkannya’
(Kuliah Talbis,2011)
·KELUARGA
-Adalah menjadi tanggungjawab keluarga di dalam
membincangkan konsep-konsep Islam khususnya kepada
kanak-kanak. Ini juga merupakan tanggungjawab keluarga
yang lebih besar yang terdiri daripada datuk, nenek dan
saudara-mara untuk duduk Bersama melihat kepada Islam dan
isu semasa. Hal ini dapat dibincangkan melalui perayaan
seperti perayaan Hari Raya dan juga kenduri-kenduri dimana
semua ahli keluarga Bersama-sama.
RUJUKAN
https://www.researchgate.net/publication/344648713_Pemaha
man_Sebenar_Mengenai_Maksud_Jihad
http://mohammadia5193.blogspot.com/2014/02/1_1528.html
https://berita.pas.org.my/tadabbur-ramadhan-hukum-jihad-dan-
menuntut-ilmu/
https://www.academia.edu/19890542/Salah_Faham_Terhadap_
Konsep_Jihad
TAMAT