The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CERITA DONGGENG _ YUGEN _ PENULISAN KREATIF

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yugenthiriyugen, 2022-05-12 04:10:11

CERITA DONGGENG _ YUGEN (1)

CERITA DONGGENG _ YUGEN _ PENULISAN KREATIF

PEN
MAGIK

Yugenthiri 280951

Ali dan Abu adalah kawan karib sejak kecil lagi. Mereka
berdua belajar di sekolah yang sama. Sekolah mereka
terletak bedekatan rumah mereka, jadi mereka akan
berjalan kaki ke sekolah setiap hari. Pada waktu petang
pula, mereka akan selalu bermain bola sepak bersama-
sama di padang berhampiran kawasan perumahan
mereka.

Mereka telah memasuki darjah tiga tahun ini.
Kebiasaanya, mereka dapat markah yang
lebih kurang sama dalam setiap
peperiksaan. Satu perubahan besar telah

berlaku kali ini dalam keputusan peperiksaan
Ali yang telah mengejutkan semua orang.

Ali telah mencapai keputusan cemerlang yang luar biasa kali ini.
Manakala Abu telah mendapat keputusan yang kurang
memuaskan walaupun dia telah belajar bersungguh-sungguh
dan sentiasa menumpukan perhatian di kelas. Keputusan Ali
telah menarik perhatian satu kelas. Semua orang telah
merapatkan diri dengan Ali, menjadi kawan baik dengannya. Ali
telah menjadi sangat popular di kalangan pelajar lain. Hal ini
telah menyebabkan Abu berasa cemburu dengan Ali.

Tidak lama kemudian, persahabatan mereka terputus
kerana Ali telah mula meluangkan lebih banyak masa

dengan rakan-rakan barunya. Dia juga tidak
mempedulikan Abu seperti dulu kerana keputusan
peperiksaannya tidak serata dengan keputusan Abu

kali ini.

Abu tidak dapat mempercayakan perubahan besar dalam
markah peperiksaan Ali. Ia membuatkan Abu ingin tahu
tentang kebenaran di sebalik kejayaannya dalam

peperiksaan yang lalu. Abu cuba mencari apakah rahsia Ali
yang membantu dia untuk mendapat markah yang tinggi.

Pada suatu hari, Abu secara curi-curi mamasuki ke dalam bilik Ali
melalui tingkap tanpa disedari oleh sesiapa dan bersembunyi di
bawah katil sebelum Ali kembali ke biliknya.

Tidak lama kemudian, Ali kembali ke biliknya sambil menyanyi
dengan nada suara yang sangat gembira.



“Ini pen apa.. Ini pen magik.. Ini pen siapa... Ini pen Ali” Ali
menyanyi.

Abu yang sedang menyorok di bawah katil terkejut apabila
mendengar lagu yang dinyayi oleh Ali. Abu sedar bahawa
pen magik itulah yang telah membantu Ali untuk mendapat
keputusan yang luar biasa selama ini. Abu berasa marah
dan ingin merampas pen magik itu untuk kegunaan sendiri.

Pada waktu malam, Abu telah memasuki bilik
Ali dan menyorok di bawah katil lagi. Seperti
yang dirancang, Abu telah mencuri pen magik
itu daripada Ali ketika dia sedang tidur.

Selepas beberapa hari, Abu menggunakan pen magik itu
untuk peperiksaannya dan mendapat markah yang tinggi.
Manakala Ali yang tidak mempunyai pen magik telah gagal

dalam peperiksaan. Semua orang di kelas mereka mula
menyukai Abu kerana dia mendapat markah yang lebih baik

daripada Ali.

Ali berasa sangat tidak puas hati. Hal ini
membuatkan Ali ingin tahu tentang
peningkatan Abu yang mendadak dalam
peperiksaannya. Jadi, selepas tamatnya
sekolah, Ali mengekori Abu untuk mengetahui
kebenaran di sebalik keputusannya. Abu
dengan riangnya melompat ke sana sini
dengan pen magik di tangannya sambil
menyanyi ke arah tepi sungai. Ali yang
mengekori Abu perasan bahawa Abu sedang
memegang sesuatu di tangannya.

Ali menyedari bahawa pen magik di tangan Abu adalah pen magik yang
digunakan untuk peperiksaannya yang membantu Ali mendapat

keputusan yang baik. Ali mahukan pen magik itu semula supaya dia boleh
dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan dan semua orang di dalam

bilik darjahnya akan menyukainya.

Dengan pantas dia mula berlari ke arah Abu untuk mendapatkan semula pen
magik itu daripada Abu. Ali cuba merampas pen magik itu dari tangan Abu.
Mereka masing-masing menarik pen itu dengan mengunakan kekuatan
mereka sepenuhnya.

Tiba-tiba pen magik itu terlepas dari tangan mereka lalu jatuh ke dalam
sungai di sebelah.

Ali dan Abu terkejut apabila pen magik itu tenggelam ke dalam sungai.
Mereka tidak dapat menyelamatkan pen magik yang telah menolong
mereka untuk mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Ali dan Abu
sedar bahawa pen magik itu sudah tiada lagi dalam kehidupan mereka.
Mereka juga sedar bahawa mereka akan didenda oleh pihak sekolah
akibat menipu dalam peperiksaan sebelum ini. Mereka juga berasa serba
salah dengan tindakan mereka yang telah menipu dalam peperiksaan dan
juga bergaduh antara satu sama lain hanya untuk pen magik itu.

Selepas mereka menyedari kesalahan-kesalahan mereka, Ali dan Abu berjanji
antara satu sama lain bahawa mereka akan belajar dan menduduki
peperiksaan dengan jujur tanpa pen magik itu.

Akhirnya, Ali dan Abu mula belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat
markah yang cemerlang dalam semua peperiksaan. Mereka juga menjadi kawan

baik seperti sebelum munculnya pen magik itu.

__TAMAT__

PENGAJARAN:
KITA HENDAKLAH MENJAUHI

SIKAP CEMBURU ANTARA KAWAN DAN TIDAK
MENIPU DALAM APA JUA KEADAAN.

SIKAP TAMAK UNTUK BENDA YANG KITA TIDAK
MAMPU MILIKI JUGA AKAN MENYEBABKAN KITA

KEHILANGAN APA YANG KITA SUDAH MILIKI.


Click to View FlipBook Version