The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaini.bighorn, 2021-10-13 02:53:30

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENGKONGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENGKONGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BENGKONGAN
89108, KOTA MARUDU, SABAH

TUGASAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021

TAJUK:

PROGRAM KITAR SEMULA DI SK.BENGKONGAN, KOTA MARUDU, SABAH



JADUAL KERJA

TARIKH HARI PERKARA CATATAN
Guru Mata
04 OKT 2021 ISNIN Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Pelajaran
PDPR
Geografi, Tingkatan 3 menerusi Google (Whatssap)
(1 jam)
Meet
Di rumah
05 OKT SELASA Perbincangan tentang: Di rumah

- Tajuk Kajian Di rumah
PDPR
- Jadual kerja/ pengagihan kerja (1 jam)
Di rumah
- Penghargaan PDPR
(1 jam)
- Pendahuluan PDPR
(1 jam)
- Objektif kajian PDPR

- Kawasan kajian

- Penentuan Kaedah Kajian

- Borang Soal Selidik

- Hasil Kerja Lapangan

- Rumusan

- Rujukan

- Sediakan lampiran

07 OKT KHAMIS Murid menyediakan borang soal selidik

08 OKT JUMAAT Murid menulis

pendahuluan,penghargaan,objektif dan

kaedah kajian

09-10 OKT SABTU- Murid melakukan soal selidik

AHAD Mencari dan mengumpul maklumat

12 OKT SELASA - Menghuraikan konsep

- Menganalisis maklumat/data dalam

bentuk jadual/carta pai/graf bar mudah

- Melukis graf/carta pai

19 OKT SELASA - Membuat jadual mengenai carta pai

26 OKT SELASA - Menghuraikan faktor yang
2 NOV SELASA - mempengaruhi program kitar semula di
kawasan kajian.
Menghuraikan cabaran yang dihadapi

untuk menjayakan program kitar semula (1 jam)

di kawasan kajian..

4 NOV KHAMIS - Mencadangkan usaha-usaha untuk PDPR
9 NOV
mengatasi cabaran di kawasan kajian. (1 jam)

- Membuat rumusan tentang tajuk kajian .

JUMAAT Murid mengemaskini dan menghantar

tugasan.

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 4
1.0 PENGHARGAAN 5
2.0 PENDAHULUAN 6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 7
4.0 KAWASAN KAJIAN
8
4.1 Lokasi kawasan kajian
4.2 Lingkungan kawasan kajian 9-15
4.3 Bentuk muka bumi
4.4 Jumlah penduduk 16
5.0 KAEDAH KAJIAN 17
5.1 Pemerhatian 18-27
5.2 Soal selidik
5.3 Rujukan
6.0 HASIL KAJIAN
6.1 Konsep Kitar Semula
6.2 Peta lakar Kitar Kawasan Kajian
6.3 Kepentingan Program Kitar Semula
6.4 Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di Kawasan Kajian
6.5 Cadangan untuk mengatasi cabaran Program Kitar Semula di Kawasan

Kajian
6.6 Jadual
7.0 RUMUSAN
8.0 RUJUKAN
8.1 Buku
8.2 Internet
9.0 Lampiran

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim ,

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan
sepenuh penghargaan kepada guru mata pelajaran Geografi kami iaitu Puan
Rosmaria Lorin kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa iaitu
Aidah Binti Awang dan Mohd Azizuan Abdullah yang telah banyak membantu saya
untuk menyiapkan kerja kursus ini.Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Frecila Jalson,Mohd Sofian Zulhusnie
dan Maisarah Myrahim yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya
sepanjang proses penyiapan tugasan ini .

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 5 orangresponden
yang telah sanggup memberi kerjasama yang baik terhadap saya semasa kajian ini
dijalankan.

Syukur Alhamudulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah
saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi
saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.

PENDAHULUAN
Saya Allyizza Mirzza Binti Mohd Azizuan pelajar tingkatan 3UMS telah memilih
tajuk ‘Program Kitar Semula’. Saya menjalankan kajian ini di Sekolah Kebangsaan
Bengkongan,Kota Marudu. Sebab saya memilih kawasan ini kerana ianya merupakan
tempat tinggal saya.Tempoh yang diberi bagi menjalankan kajian ini selama 3
hingga 4 minggu.

OBJEKTIF KAJIAN
 Mengenal pasti kawasan kajian.
 Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas.
 Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula.
 Menggunakan 3 kaedah kajian iaitu pemerhatian,temu bual dan rujukan.
 Menghuraikan 3 kepentingan Program Kitar Semula
 Menghuraikan 3 cabaran mengadakan Program Kitar Semula di Kawasan Kajian
 Mencadangkan 3 cara untuk mengatasi cabaran Program KItar Semula di

Kawasan Kajian.
 Membentangkan laporan kajian tersebut.

Kawasan kajian

Lokasi kawasan kajian: Sekolah Kebangsaan Bengkongan Kota Marudu,Sabah.

Lingkungan kawasan kajian:
Sekolah Kebangsaan Bengkongan terletak dalam Pantai Barat Utara
(PBU). Manakala kedudukannya terletak di tepi lebuh raya menghala ke Kudat dan
Kota Kinabalu. Jarak Sekolah Kebangsaan Bengkongan dari pekan ialah 21 KM
manakala jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bengkongan ialah 230
M.Keluasan Sekolah Kebangsaan Bengkongan ini ialah seluas 3 ekar.

Bentuk muka bumi:
Bentuk muka bumi Daerah Kota Marudu adalah berbukit bukau di kawasan
pedalamannya,dan di kawasan persisirannya pula khusus di bahagian tengah-utara
adalah merupakan kawasan tanah rendah yang dikelilingi oleh delta sungai.Gunung
tertinggi di Daerah Kota Marudu adalah Gunung Tambayukon (2,579 m) ia juga
merupakan gunung ketiga tertinggi di Malaysia. Sungai terpanjang di Daerah Kota
Marudu adalah Sungai Bongan/Kiharom. Seterusnya,khazanah alam yang menjadi
kebanggaan rakyat Sabah iaitu Taman Tun Mustapha Khazanah Laut.

Jumlah Penduduk:
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bengkongan memiliki 193 pelajar lelaki dan 185
pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 378 orang. Ia
mempunyai seramai 33 orang guru.Populasi penduduk Daerah Kota Marudu pula
dianggarkan seramai 81,300 orang pada tahun 2009 dan majoriti penduduk daerah ini

mendiami kawasan seperti Pekan Kota Marudu,Pekan Tandek,Pekan Langkon dan
Pekan Goshen.

Kaedah Kajian

Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya
mencatat maklumat secara terperinci dan sistematik. Oleh itu, saya
menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian. Berikut adalah kaedah
kajian yang digunakan :-

a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat
kawasan kajian saya iaitu SK. Bengkongan. Saya telah mengumpul beberapa data
dari pemerhatian saya. Saya juga telah memerhati dengan teliti dan melukis peta
lakar kawasan kajian dengan betul dan tepat di dalam kajian ini.

b) Soal Selidik
Saya telah menjalankan soal selidik seramai 8 responden di sekitar kawasan bagi
mendapatkan maklumat tentang kepentingan,cabaran dan cadangan Program Kitar
Semula.
c) Rujukan
Saya juga membuat rujukan di internet untuk mendapatkan maklumat tambahan
mengenai Program Kitar Semula.

HASIL KAJIAN

KONSEP KITAR SEMULA
Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang
terpakai dan terbuat untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar
semula barang-barang terpakai diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan
penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan
pencemaran dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar
semula termasuklah kertas,plastik,aluminium dan getah. Barang seperti botol kaca
boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan.

PETA LAKAR

Kepentingan Program Kitar Semula

Kitar semula ialah proses BAHAN BUANGAN untuk menghasilkan
barangan baharu supaya boleh digunakan lagi. Antara kepentingan kitar semula
ialah menambah pendapatan seperti barang yang kita sudah kitar semula dapat
membuat sesuatu yang kreatif dan dapat menjualnya. Ini dapat menambah
pendapatan dengan hasil jualan.

Selain itu, kepentingan kitar semula juga dapat menjimatkan kos, sumber
dan tenaga seperti jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat
mengurangkan 4,300 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih.

Akhir sekali, kepentingan kitar semula juga dapat membuat persekitaran
yang lebih sihat dan lebih bersih seperti melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada
merebak. Jika sampah-sarap dibiarkan bersepah ia boleh mengurangkan bau yang
tidak menyenangkan dan menyebabkan penyakit. Oleh itu, kita mestilah
bertanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa negara bersih
rakyat sihat.

Cabaran mengadakan Program Kitar Semula
Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di kawasan ini adalah sikap penduduk
yang tidak mempedulikan amalan kitar semula.Terdapat segelintir penduduk yang
sudah tahu akan kepentingan amalan kitar semula.Namun demikian, oleh kerana
sikap mereka yang malas, mereka tidak mengamalkan amalan kitar semula ini.
Kebanyakan plastik,kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat
sampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja.Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Seterusnya, kebanyakan penduduk di kawasan ini yang membuang bahan
kitar semula ini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan tentang pentingnya
amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut daripada
mengitarnya semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang maasa
dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Akhir sekali, di kawasan Bengkongan ini tidak mempunyai pusat
pengumpulan dan hanya terdapat di pekan yang merupakan jauh dari kawasan
ini.Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjual barangan kitar semula
memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yang tinggal jauh.
Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh
penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengambil barangan kitar
semula daripada penduduk kampung.

Cadangan untuk mengatasi cabaran program kitar semula
Bagi memastikan program kitar semula ini dijalankan di kawasan
kajian,beberapa langkah bagi memastikan amalan tersebut dilaksanakan dengan baik
ialah kempen. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga
alam sekitar. Ini bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin,peka dan bersama-
sama memainkan peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. Kempen dan
program yang dilaksanakan ini dapat memberi keinsafan kepada rakyat supaya
menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan.
Seterusnya, pendidikan. Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada
pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa
amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada
musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat
pelajar mengamalkan kitar semula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang
menyertai pertandingan tersebut.
Akhir sekali, menyediakan kemudahan pusat pengumpulan. Pihak
berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula
bagi menarik penduduk untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya
penduduk lebih peka dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula ke
dalam tong yang betul.

JADUAL

Cara responden mendapat pengetahuan tentang kitar semula

Cara mendapat pengetahuan Bilangan responden(orang)

Laman web 8

Buku 5

Surat Khabar 4

Diberitahu oleh kawan 2

Jumlah 19

Kepentingan kitar semula

Kepentingan Kitar Semula Bilangan responden(orang)

Persekitaran yang lebih sihat 6

Menjimatkan kos 6

Menambah pendapatan 3

Jumlah 15

Cabaran Bilangan responden(orang)
Kurang Pusat Pengumpulan 7
Kurang Pengetahuan 4
Malas 1
Jumlah 12

Cabaran mengadakan Program Kitar Semula di SK.Bengkongan

Cadangan untuk mengatasi cabaran Program Kitar Semula

Cadangan Bilangan responden(orang)

Kempen 7

Menyediakan Kemudahan Pusat 6

Pengumpulan

Pendidikan 4
Jumlah 17

Kekerapan melaksanakan pengitaran semula di kawasan perumahan

Kekerapan Bilangan responden(orang)

Sekali sebulan 6

Sekali seminggu ke atas 3

Tidak pernah 2

Jumlah 11

Rumusan
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan disemai di kalangan
rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan kitar semula, banyak hutan dapat
diselamatkan daripada ditebang. Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada
sebarang ancaman dan bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu
ada dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk
mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada
segenap lapisan masyarakat.

Rujukan
i. Buku
Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy dan Pau Anak
Utek,2018.Buku Teks Geografi tingkatan 3. IMS Books Trading Sdn. Bhd.

ii. Internet
https://www.scribd.com/document/97635635/Halangan-Amalan-Kitar-Semula
https://www.scribd.com/doc/60637511/Folio-Kitar-Semula-2
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html
https://www.scribd.com/doc/231279388/Kepentingan-Kempen-Kitar-Semula

LAMPIRAN
SOAL SELIDIK 8 ORANG RESPONDEN



GAMBAR KITAR SEMULA











Carta pai




Click to View FlipBook Version