The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhananabdullah2021, 2022-08-01 09:26:31

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN HEM BIL.1 / 2022

MINIT MESY PENGURUSAN HEM BIL 1 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG CHERAS BAHARU

JALAN 34B, KG CHERAS BARU, 56100 KUALA LUMPUR
TEL / FAKS : 03-42941801, EMAIL : [email protected]

MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)

BILANGAN 1 TAHUN 2022

Tarikh : 17 Mac 2022 (Khamis)
Masa : 8.30 am
Tempat : Bilik Mesyuarat SKKCB

Kehadiran :

BIL. NAMA JAWATAN

1. En. Nordin Bin Koher Guru Besar
2. En. Razami Bin Ramli PK Pentadbiran
3. En. Mohd Zuffi Bin Abdul Majid PK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Zaimaniza Bt. Zainudin PK Kokurikulum
5. En. Surinderaj A/L Govindarajoo Ketua Unit Data
6. Pn. Nordeana Bt Dewa Guru Unit Sahsiah & Pengawas
7. Cik. Norfarhah Bt Fauzi Ketua Unit Sarana
8. Cik Rathina A/P Magisperan Guru Unit Keselamatan
9. Pn. Noor Haza Azura Bt Hashim Guru Unit Sahsiah & Pengawas
10. Pn. Nur Hanan Binti Abdullah Setiausaha HEM
11. Pn. Lelasarifathulaiezam Bt Abu Guru Unit Kebersihan
12. En. Malket Singh A/L Belwet Singh Guru Unit Sahsiah & Pengawas
13. Cik Siti Hafizah Bt Hakimi Ketua Unit Kebersihan
14. En. Mohamad Annas B Jullam Ketua Unit Sahsiah & Pengawas
15. En. Muhammad Helmi B Shamshulbahri Guru Unit RMT & Susu
16. Pn. Norazira Bt Sahari Guru Unit SPBT
17. Pn. Suhaily Bt Saad Guru Unit Kesihatan & Rawatan
18. En. Mohamad Fikri Hakim B Mohd Hashim Ketua JK Kedai Buku
19. Pn. Siti Norazna Bt Ishak Guru Unit SPBT
20. En. Ahmad Arieff Aiman B Mohamad Penyelaras Tahun 1
21. Pn. Nur Hafizah Bt Abdul Radzak SU Hari Kanak-Kanak
22. Cik Nur Izzat Binti Nadzri Guru Unit PPDa
23. Pn. Roswati Bt Mohamed Addnan Guru Unit KWAPM
24. Pn. Noor Farawahida Bt Din Guru Unit SPBT
25. En. Mohd Saufi Bin Ruslan Guru Unit SPBT
26. Pn. Salzura Bt Mohd Noor Guru Unit RMT
27. Pn. Siti Hasniza Bt Marlan Guru Unit KWAPM
28. Pn. Halmimazila Bt Abd Razak Guru Unit Sahsiah & Pengawas
29. En. Muhammad Sani B Fadzil Guru Unit PPDa
30. En. Md Shazili Bin Nasir Ketua Unit Kesihatan & Rawatan

31. En. Faisir Anuar B In Isa Ketua Unit Keselamatan
32. En. Ahmad Zakwan Bin Rosli Guru Unit Bimbingan & Kaunseling
33. Pn. Siti Maslina Bt Mohd Ramli Guru Unit Sahsiah & Pengawas
34. Pn. Fadillah Bt Samsudin Guru JK Kantin
35. En. Zailani Bin Mansor Guru JK Kantin
36. Pn. Sharifah Aisyaton Bt Syed Ghazali Ketua Unit KWAPM
37. Pn. Noor Saidatul Marshila Bt Bahador Guru Unit Kesihatan & Rawatan

Turut Hadir
Tiada

Tidak Hadir (Bersebab) Temujanji Hospital
Pn. Marlinah Bt Salleh Cuti Kuarantin
En. Mohd Fadli B Abdul Razak Cuti Kuarantin
Pn. Fatimah Zaharah Bt Nuwawi Cuti
En. Mohd Khairi bin Budin Cuti Kuarantin
Cik Davamalar a/p Kunasegaran Cuti Kuarantin
En. Mohd Khairul bin Md Noor Cuti Kuarantin
Pn. Nursyuhada binti Zakaria Cuti Bersalin
Pn. Rohani binti Abdul Rahim Cuti Kuarantin
Pn. Roslaini binti Abd Razak Cuti Kuarantin
Cik Noriah binti Ismail@Musa

Urus Setia Mesyuarat : Setiausaha HEM
1. Pn Nur Hanan bt Abdullah

1 PERUTUSAN PENGERUSI : (ENCIK MOHD ZUFFI – PK HEM)

1.1 Pengerusi mengucapan salam dan selamat sejahtera serta dimulakan
dengan bacaan al-Fatihah. Pengerusi meminta Ustaz Zakwan untuk
membacakan doa.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam Mesyuarat
Pengurusan Hal Ehwal Murid Kali Pertama bagi sesi 2022.

1.3 Pengerusi berharap agar unit-unit HEM bekerjasama dalam membentuk
sahsiah murid supaya kecemerlangan dan disiplin murid dapat
dipertingkatkan.

UCAPAN TUAN HAJI NORDIN BIN KOHER (GURU BESAR)

1.4 Beliau mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd Zuffi dan semua
setiausaha unit atas kerja buat demi kelangsungan program Unit HEM.

1.5 Beliau mengingatkan semua guru bahawa guru bukan hanya mengajar
tetapi mendidik dan membentuk keperibadian mulia serta akhlak terpuji
dalam kalangan anak-anak.

1.6 Beliau telah menyentuh tentang pengurusan covid di sekolah. Jawatan

1.7 pengurusan covid telah diwujudkan untuk menjalankan tugas bagi
1.8 memastikan murid, guru dan warga sekolah sentiasa mematuhi SOP dan
1.9 penjarakan sosial pada setiap masa dengan pengawasan guru.
Walaubagaimanapun beliau memohon agar guru-guru sentiasa berusaha
1.10 untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan keluarga sama ada di luar
1.11 atau dalam sekolah supaya dapat memutuskan rantaian covid -19 di
1.12 sekolah.
Beliau meminta guru-guru sentiasa memberi peringatan dan hebahan
1.13 kepada murid-murid dan ibubapa tentang jangkitan covid 19 supaya tidak
1.14 ada klaster covid di sekolah.
Beliau berharap agar semua warga sekolah mematuhi SOP yang telah
1.15 ditetapkan bagi memudahkan segala urusan di sekolah.
Beliau juga meminta kerjasama dengan semua guru supaya kempen
kepada ibubapa agar mendaftar anak-anak dalam mysejahtera untuk
mengambil vaksin kerana jangkitan di kalangan kanak-kanak semakin
meningkat.
Beliau mengingatkan supaya semua guru mengawasi pergerakan anak-
anak di luar tanpa kawalan.
Beliau meminta agar guru-guru mematuhi masa hadir ke sekolah.
Kehadiran guru-guru mesti tepat pada masa yang ditetapkan.
Semua guru perlu tahu tarikh bertugas mingguan. Beliau memohon guru-
guru yang bertugas agar datang lebih awal ke sekolah supaya dapat
menjalankan tugas di pintu pagar dan waktu rehat. Pastikan murid-murid
mematuhi SOP dan kawalan kelas. Hanya 2 orang murid sahaja yang
dibenarkan keluar dengan menggunakan PAS.
Beliau memberitahu model penguraian waktu balik murid dikekalkan dan
mengharapkan supaya semua guru dapat memberi kerjasama dalam
memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beliau mengumumkan tentang perubahan kedudukan kelas iaitu tahun 2
di blok A, tahun 1 dan 6 di blok D dan tahun 3,4 dan 5 di blok E. Beliau
menyerahkan tugasan perubahan kerusi dan meja tahun 2 ke tahun 5
kepada Puan Zaimaniza.
Harapan beliau agar semua guru telah bersedia untuk menjalankan tugas
dan tanggungjawab yang diamanahkan bagi sesi 2022/2023.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 PERLANTIKAN AJK HAL EHWAL MURID SESI 2022/2023

4.1.1 En. Mohd Zuffi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
jawatankuasa Unit HEM yang telah membantu dan bekerja dalam Unit
HEM bagi sesi 2021.

Makluman

4.1.2 En. Mohd Zuffi mengucapkan selamat datang kepada jawatankuasa baru
Unit HEM bagi sesi 2022/2023. Ada beberapa perubahan AJK. En. Zuffi
berharap agar guru-guru dapat menerima jawatan dengan hati yang
terbuka dan dapat bekerja dengan lebih kuat kerana sasaran yang telah
ditetapkan oleh Guru Besar untuk KPI kehadiran adalah 95% dan 0%
untuk disiplin.

Makluman

4.1.3 Tahun 2022/2023 merupakan tahun intervensi bagi menyelesaikan
masalah dan isu yang telah dikenalpasti pada tahun 2021. En. Mohd Zuffi
mengharapkan kerjasama dan bantuan daripada semua jawatankuasa
Unit HEM dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Makluman

4.1.4 En. Mohd Zuffi memaklumkan dialog prestasi akan diadakan 2 bulan
sekali untuk setiap unit dalam HEM bagi mengenalpasti dan
menyelesaikan masalah dan isu yang timbul dengan lebih cepat terutama
isu kehadiran murid.

Makluman

4.1.5 En. Mohd Zuffi telah melantik semua AJK Unit HEM bagi sesi 2022/2023
dengan rasminya. Surat lantikan telah diserahkan kepada semua guru
yang berkenaan. (Rujuk Buku Pengurusan)

Makluman

4.2 GURU BERTUGAS

4.2.1 En. Mohd Zuffi menerangkan tentang skop kerja guru bertugas adalah
keseluruhan hari sepanjang berada di sekolah termasuk menguruskan
murid yang sakit dan murid yang cedera dan lain-lain masalah di sekolah.
Beliau berharap agar semua guru bertugas dapat menjalankan
tanggungjawab dengan baik.

Tindakan : Semua Guru

2.2.2 Guru Besar mencadangkan supaya Buku Laporan Guru Bertugas
diwujudkan bagi memudahkan guru-guru membuat pemantauan dan

laporan harian termasuk senarai guru yang tidak hadir, murid yang sakit
dan kebersihan kawasan sekolah. Buku Laporan tersebut akan disemak
setiap minggu oleh PK HEM.

Tindakan : Setiausaha HEM
PK HEM

4.3 UNIT PEMBENTUKAN SAHSIAH

4.3.1 En. Mohd Zuffi menyatakan bahawa berdasarkan rumusan disiplin pada
tahun 2021 tidak ada kes yang berat berlaku. Beliau mencadangkan
supaya Unit Sahsiah hanya perlu perketatkan lagi disiplin murid dengan
mengawal murid keluar kelas dan penggunaan PAS Keluar Masuk.

Tindakan : Setiausaha Sahsiah

4.3.2 En. Mohd Zuffi memohon kerjasama daripada Cikgu Annas untuk
mengenalpasti masalah-masalah disiplin dengan lebih awal supaya dapat
diselesaikan dengan lebih cepat. Terdapat beberapa kes sebelum ini
antaranya lari rumah dan serang rumah kawan. Beliau mengharapkan
masalah seperti ini dapat dicegah dan tidak berlaku lagi.

Tindakan: Setiausaha Sahsiah

4.3.3 Pengerusi mencadangkan pengawas boleh digunakan untuk menjalankan
tugasan khas dan meminta agar bidang tugas, kursus kepimpinan dan
skop kerja pengawas diperkukuhkan lagi bagi membentuk keperibadian
pengawas yang luar biasa.

Tindakan: Setiausaha Pengawas

4.3.4 En. Mohd Zuffi memberitahu bahawa guru bimbingan dan kaunseling juga
telah membuat beberapa laporan berkenaan kes disiplin murid
termasuklah kes lari dari rumah.

Makluman

4.4 UNIT 3K

4.4.1 Unit 3K iaitu Keselamatan, Kebersihan, Kesihatan dan Basmi Denggi.
4.4.2
Pengerusi memberitahu tentang aspek keselamatan di sekolah perlu
dikekalkan dan diperkukuhkan. Keselamatan bukan sahaja ancaman dari
luar tetapi meliputi aspek keselamatan harta benda dan fasiliti sekolah
seperti tangga, besi tangga dan bumbung.

Makluman

4.5 UNIT BANTUAN / KEBAJIKAN MURID

4.5.1 Unit Bantuan iaitu KWAPM, SPBT, RMT dan BAP. En. Mohd Zuffi
memberitahu bahawa Unit Bantuan ini sangat penting kerana melibatkan

audit sekolah. Beliau mengharapkan Unit Bantuan dapat diuruskan
dengan lebih cemerlang pada sesi 2022/2023.

Makluman

4.5.2 Beliau memberitahu bantuan beg sekolah daripada Mc Donald masih
belum selesai diagihkan kepada murid-murid. Harapan beliau agar
bantuan ini dapat diagihkan secepat mungkin. Guru Besar juga meminta
supaya memaklumkan kepada ibubapa murid yang terlibat untuk
mengambil bantuan tersebut dengan kadar yang segera.

Tindakan: Setiausaha KWAPM

4.6 UNIT PERKHIDMATAN

4.6.1 Unit Perkhidamatan iaitu Kantin dan Kedai Buku. Pengerusi memberitahu
Ustazah Roslaini akan mengelola Unit Kantin menggantikan cikgu
Nordeana. Sistem pesanan makanan waktu rehat dikekalkan seperti
tahun 2021 dengan cara sistem online iaitu melaui whatsapp dan google
form. Beliau berharap agar Ustazah Roslaini dapat mengurusnya dengan
baik.

Tindakan: Setiausaha JK Kantin

4.6.2 Beliau memaklumkan bahawa pihak kedai kedai buku telah membuka
pembelian secara sistem online dan boleh juga membeli buku di Pustaka
Rakyat Bandar Baru Ampang. Makluman terkini pula, kedai buku telah
dibuka semula bermula jam 8 pagi hingga 2 petang. Ibubapa boleh
membeli buku di kedai buku sekolah dengan mematuhi SOP. Beliau
meminta supaya guru-guru membuat makluman dalam group Whatsapp
kelas masing-masing.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.7 UNIT PENGURUSAN MURID

4.7.1 Pengurusan data merangkumi data SPS dan APDM serta SSDM.
Pengerusi meminta kepada semua guru kelas yang dilantik bagi sesi
2022/2023 supaya dapat mengisi data sebenar murid dalam APDM
kerana terdapat beberapa kesalahan seperti alamat rumah dan nombor
telefon. Data ini sangat penting dan perlu dibetulkan kerana Guru Besar
atau pihak sekolah boleh dikenakan tindakan atas maklumat palsu atau
tidak tepat. Beliau mengharapkan kerjasama semua guru kelas untuk
bertindak mengemaskini data yang salah dalam APDM.

Tindakan: Semua Guru Kelas
Setiausaha Data

4.7.2 Guru Besar meminta supaya PK HEM mewujudkan satu fail khas bagi
keciciran murid dari segi ketidakhadiran ke sekolah yang serius. Murid
tersebut perlu diambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Tindakan: PK HEM

4.8 KPI UNIT HAL EHWAL MURID

4.8.1 Pengerusi memaklumkan peratus kehadiran mencapai 95% dan masalah
disiplin 0% berdasarkan KPI Guru Besar. Bagi masalah disiplin 0% adalah
tahap penyelesaian masalah disiplin dengan kadar segera.

Makluman

4.8.2 Pengerusi meminta semua guru menggunakan sistem my disiplin bagi
memudahkan masalah dapat dikesan dengan cepat kerana sistem ini
telah dipantau 24 jam. Sistem my disiplin ini sama seperti dalam SSDM.

Tindakan: Semua Guru

4.9 PEMBENTANGAN PERATUSAN (INTERVENSI) KEHADIRAN

4.9.1 En. Mohd Zuffi memaklumkan pembentangan peratusan 2 bulan sekali
bagi semua unit HEM dalam bentuk slide atau dalam format laporan yang
akan diberikan kemudian. Guru-guru boleh membuat makluman segera
masalah atau isu yang timbul supaya masalah dapat diselesaikan dengan
cepat.

Tindakan: Semua Setiausaha Unit HEM

4.10 MASALAH KEHADIRAN DAN KEHADIRAN MURID LEWAT

4.10.1 En. Mohf Zuffi meminta agar semua guru kelas memaklumkan kepada
beliau jika terdapat murid yang bermasalah dari segi kehadiran yang
serius. Guru kelas boleh mengeluarkan surat amaran 1 jika murid tidak
hadir tanpa sebab atau surat makluman daripada ibubapa atau surat cuti
sakit.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.10.2 Pengerusi mencadangkan untuk mengatasi masalah murid datang lewat
dengan memberi arahan kepada ibubapa supaya menghantar anak-anak
sebelum 7.30 pagi dan meminta pengawas bertugas mencatat nama
murid yang terlibat untuk diambil tindakan. Surat amaran juga akan
diberikan kepada ibubapa jika anaknya selalu datang lewat ke sekolah.

Tindakan: Setiausaha Sahasiah & Pengawas

4.10.3 Waktu lewat berdasarkan APDM ialah selepas waktu pertama iaitu jam
8.11 pagi tetapi waktu lewat yang perlu dicatat di pintu pagar sekolah

bermula jam 7.31 pagi.

Makluman

4.11 PENGGUNAAN SISTEM PENCARIAN DATA ASAS MURID DALAM
KECEMASAN

4.11.1 Sistem ini dibuat bagi memudahkan guru-guru mencari maklumat dan
data murid serta ia juga menjimatkan masa. Pengerusi meminta semua
guru menggunakan sistem pencarian data ini terutama bukan guru kelas
bagi mendapatkan data murid seperti nombor telefon, alamat dan lain-
lain.

Tindakan: Semua Guru

4.12 KEHADIRAN APDM

4.12.1 Pengerusi meminta kepada semua guru kelas supaya mengisi kehadiran
dalam APDM sebelum jam 9.30 pagi. Kehadiran ini penting kerana jika
berlaku kehilangan murid atau murid lari dari rumah maklumat kehadiran
sangat diperlukan. Perkara pertama yang ditanya oleh pemantau juga
adalah kehadiran murid. Beliau berharap agar semua guru kelas dapat
mematuhi masa yang ditetapkan.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.13 UNIT COVID PERLU SENTIASA BERWASPADA

4.13.1 Pengerusi meminta supaya jawatankuasa Covid sentiasa bersedia.
Semua guru perlu memberi kerjasama dengan jawatankuasa Covid dan
membuat laporan segera jika ada murid yang dijangkiti .

Tindakan: Semua Guru

4.14 PROSEDUR MURID PINDAH

4.14.1 Pemindahan data murid dalam APDM hanya boleh dibuat oleh PK HEM
sahaja. Guru kelas juga tidak dibenarkan memindahkan nama murid
dalam APDM. Pengerusi memaklumkan bahawa untuk membuat
pemindahan data murid dalam APDM perlu mendapat surat kelulusan
daripada PPD. Jika ada murid yang pindah, guru kelas hanya perlu
memaklumkan perpindahan murid kepada PK HEM.

Makluman

4.15 KEMASKINI FAIL UNIT HEM

4.15.1 En. Mohd Zuffi meminta kepada semua jawatankuasa Unit HEM untuk

mengemaskini fail masing-masing termasuk fail murid. Hanya fail induk
HEM sahaja yang lengkap dan telah selesai disemak bersama setiausaha
HEM sebelum bersalin. Guru-guru yang terlibat boleh datang ke bilik PK
HEM mengambil fail masing-masing untuk dikemaskini.

Tindakan: Semua Jawatankuasa HEM

4.15.2 Fail-fail peribadi murid yang telah dikemaskini hendaklah diletakkan
semula di rak dalam bilik PK HEM kerana fail-fail ini akan disusun
mengikut kelas yang terkini untuk diserahkan kepada guru kelas yang
baru. Beliau berharap agar guru kelas dapat bertindak dengan kadar
segera.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.16 FAIL KEBERADAAN KELAS

4.16.1 Semua guru yang masuk ke kelas hendaklah mengisi dan tandangan
dalam fail keberadaan kelas. Fail tersebut perlu dihantar ke pejabat untuk
disemak oleh PK pada setiap hari jumaat.

Makluman

4.17 KAWALAN KELAS DAN MURID KELUAR MASUK

4.17.1 Pengerusi meminta kepada semua guru agar memperketatkan kawalan
kelas dan murid keluar masuk waktu rehat dengan menggunakan PAS
keluar masuk kelas .PAS akan diuruskan oleh Setiausaha HEM.

Tindakan: Setiausaha HEM

4.18 HEBAHAN GOOGLE SITE HEM

4.18.1 Pengerusi telah menyediakan satu google site untuk kegunaan semua
guru bagi mendapatkan maklumat, bahan dan makluman awal berkaitan
HEM di sekolah. Site ini
(https://sites.google.com/view/skkcbhem2022/home) mengandungi semua
perkara tentang HEM dan memudahkan semua guru untuk mengakses.

Makluman

4.19 PROGRAM TRANSISI

4.19.1 Berdasarkan surat siaran kpm.100-1/3/2 jld.5(7). Pelaksanaan transisi
tahun 1 selama 4 minggu bermula 21 mac- 15 april 2022. Semua guru
tahun 1 akan terlibat dengan program transisi selama 4 minggu dengan
menggunakan modul transisi yang telah disediakan oleh KPM. Murid-
murid juga menggunakan buku transisi dan boleh didapati di pejabat

dengan harga RM10.Beliau berharap agar program transisi ini dapat
dijalankan dengan lancar bermula 21 mac hingga 15 april.

Tindakan: Semua Guru Tahun 1

4.19.2 Pengerusi memaklumkan bahawa JPN akan membuat pemantauan pada
minggu pertama persekolah untuk melihat pelaksanaan program transisi
dan orientasi dijalankan di sekolah.

Makluman

4.20 FASILITI KEDUDUKAN DAN SAIZ MEJA KERUSI MENGIKUT TAHUN

4.20.1 Pengerusi memberitahu terdapat perubahan kedudukan kelas bagi kelas
tahun 2 dan tahun 5. Tahun 2 akan dipindahkan ke tingkat 2 blok A dan
tahun 5 akan ke tingkat 3 blok E.

Makluman

4.20.2 Masalah yang timbul ialah meja dan kerusi di blok A tidak sesuai untuk
murid tahun 2 kerana kedudukannya tinggi. Pn Zaimaniza mencadangkan
supaya kita melihat terlebih dahulu kedudukan murid pada hari pertama
persekolahan jika perlu ditukar akan dibuat secara berperingkat.

Tindakan: Guru Kelas Tahun 2

4.20.3 Pn. Zaimaniza juga meminta semua guru kelas menukarkan label nama
kelas masing-masing mengikut nama kelas yang terkini. Hanya tahun 6
sahaja yang tidak ada kelas uranus.

Tindakan: Semua Guru Kelas

4.21 JAWATAKUASA COVID SKKCB 2022

Pengerusi telah menyenaraikan perkara yang perlu diambil tindakan oleh

jawatankuasa covid iaitu:
• mengemaskini pengurusan fail
• mengendalikan kes covid dalam kalangan warga sekolah
• membuat hebahan bagi mengawal penyebaran covid
• memastikan kedudukan meja dalam kelas dan perjalanan murid

datang serta pulang dari sekolah telah mematuhi SOP
• mengemaskin data covid
• mengagihakan test kit kepada murid-murid dan membuat ujian saliva

pada setiap hari rabu.

Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi telah menyerahkan senarai nama murid penggiliran kepada
guru kelas tahun 3, 4 dan 5 bagi sesi 2022/2023.
Tindakan: Guru Kelas 3,4 & 5

5.2 Menjelang 1 April 2022 kontak rapat guru tidak perlu lagi kuarantin
manakala murid masih lagi dikekalkan kuarantin seperti biasa. Beliau
berharap agar guru-guru sentiasa berwaspada. Guru kelas yang terlibat
akan bertindak mengisi template excel jika terdapat murid yang dijangkiti
covid.
Tindakan: Semua Guru Kelas

5.3 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas supaya memberi
peringatan kepada ibubapa yang ingin membuat urusan dengan pihak
sekolah atau guru hendaklah ke pejabat terlebih dahulu.
Tindakan: Semua Guru Kelas

5.4 Pn. Zaimaniza memberi taklimat gotong-royong yang akan diadakan pada
18 Mac 2022 hari Khamis bermula jam 8.30 pagi. Perkara yang perlu
dibuat adalah seperti berikut:
• dapatkan senarai nama murid kelas masing-masing
• pastikan meja dan kerusi mencukupi
• pastikan kelas dibersihkan
• pastikan meja disusun mengikut SOP
• pastikan tiada langsir dan skirting dipasang
• tukarkan label kelas masing-masing mengikut yang terkini
• setelah selesai ambil gambar dan hantar kepada Pn Zaimaniza untuk
dokumentasi.
Tindakan: Semua Guru Kelas

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru
mendengar dan ambil maklum perkara-perkara penting berkaitan dengan
HEM.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 am.

Urusetia HEM
Bertarikh: 27 Mac 2022
NHA/mesyuarat HEM Bil 1 2022


Click to View FlipBook Version