CERAMAH MOTIVASI JATI DIRI JUMAAT | 29 JANUARI | 8 PAGI DEWAN TERBUKA SK BRICKFIELDS 1
PENGENALAN Motivasi merupakan daya dorongan kepada seseorang secara psikologi untuk melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik. Menjadi remaja yang bermotivasi akan lebih fokus terhadap pembelajaran yang diikuti. Mereka akan lebih yakin dan berketerampilan untuk cenderung jauh lebih produktif dan efektif dalam proses pembelajaran dan kehidupan. Jati diri kanak-kanak adalah satu proses mengenal siapa diri untuk apa hidup ini dan ke mana arah proses kehidupan ini. Proses ini akan membentuk mereka menjadi insan yang berupaya menempuh kehidupan yang mendatang.
RASIONAL Program Jati Diri diadakan sebagai medan utama yang boleh dimanfaatkan murid selepas tamat ujian peperiksaan. Program ini menanggapi murid dari segenap aspek kehidupan sebagai seorang murid iaitu kepentingan akademik dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan pelajar.
Objektif Pada akhir program ini, murid-murid akan dapat : Meningkatkan keyakinan diri murid Sebagai murid, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan bila berhadapan siapa jua yang mereka temui Meningkatkan kemahiran dan kreativiti Peserta program akan didedahkan dengan multi skill dan menggunakan bakat dan kreativiti dalam mengikuti aktiviti berkumpulan Menambah nilai jati diri murid Peserta akan didedahkan dengan proses mengenal potensi diri sendiri dan akan lebih yakin dengan bakat semulajadi yang dimiliki
PERLAKSANAAN Tarikh : 29 Januari 2024 Hari : ISNIN Masa : 8:00 pagi – 1.00 tengahari Tempat : Dewan Peperiksaan SK Brickfields 1 SASARAN Semua Murid Tahun 4, 5 dan 6 (165 orang)
TENTATIF PROGRAM 7:50 pagi : Semua murid berkumpul di Dewan Peperiksaan 7:55 pagi : Ucapan Aluan dan oleh Guru Besar Encik Mohd Khairani Bin Hassan 8:00 pagi : Bacaan Doa 8:05 pagI : Ceramah Jati Diri 9:05 pagi : LDK 1 - Lukisan Wajah 9:40 pagi : Rehat 10:05 pagi : Pembahagian Kumpulan – Slot ‘Dariku Untukmu’ 10:45 pagi : LDK 2 – One Happy Family 11: 45 pagi : LDK 3 – Garisan Hati 12:45 tengahari : Penyampaian Hadiah 1:00 petang : Sesi Fotografi 1:15 petang : Bersurai
JAWATANKUASA PROGRAM Penasihat : Encik Mohammad Faizal Bin Abdul Rahman (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Timbalan Penasihat : Encik Mohd Khairani bin Hassan (Guru Besar) Puan Suzana Binti Ramli (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Puan Siti Noor Baien Binti Abdul Latif (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas) Penyelaras : Nur Afni Laili binti Naimuddin (Guru Bimbingan & Kaunseling)
Jawatankuasa Pelaksana Pengacara Majlis : Muhammad Noor Farhan bin Ahmad Bacaan Doa : Muhammad Farid bin Rameli Persiapan Tempat : Aravindashan a/l Krishnan Mohammad Zulhilmi bin Mohamed PA Sistem : Muhammad Hanif bin Abu Bakar Muhammad Faris Asyraf bin Azman Fotografi : Muhammad Syahmi bin Saad Lalithambigai A/P Gengadharan E-Banner/ Buku Program : Mohammad Izzat Syahmi bin Mohd Johari Radien bin Bohari Cenderahati Murid : Nor Rawdhah binti Hamdan Zaliha binti Mustapha Nor Azimah binti Mohammad Nur Syahida binti Ahmad Siti Nur Afiqah binti Maelah Persegaran : Zuraida binti Kamaluddin Kawalan Murid: Guru subjek semasa Dokumentasi : Nur Afni Laili binti Naimuddin
PENUTUP Besar harapan Unit Bimbingan dan Kaunseling agar program berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang serta mencapai objektif utama program untuk meningkatkan keyakinan dan jati diri dalam diri semua peserta. Di harapkan apa jua pengalaman dan pengajaran yang diperolehi dalam program ini dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kelak.