The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuhailabintiumar, 2022-10-03 11:30:12

E-FOLIO KESIHATAN DAN MASYARAKAT

E-FOLIO KESIHATAN DAN MASYARAKAT

NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD KURSUS : MPU21032
NAMA PENSYARAH : USTAZ SAYUTI BIN MUHAMMAD SABDAN
TAJUK E-FOLIO : KESIHATAN DAN PERPADUAN

AHLI KUMPULAN

NAMA NO PENDAFTARAN
SYUHAILA 36DUP22F1031
NURAIN NATASHA 36DUP22F1035

ISI KANDUNGAN

UNIT PERKARA MUKA
SURAT
1.0 PENGHARGAAN 3
4
2.0 OBJEKTIF
5
3.0 PENGENALAN 6

4.0 DEFINISI KESIHATAN DAN PERPADUAN 7-8

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN 9-11
BERMASYARAKAT 12
13
6.0 KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DALAM KALANGAN
BERMASYARAKAT

7.0 KESIMPULAN

8.0 SUMBER RUJUKAN

2

1.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, puji syukur kehadirat ilahi Tuhan Yang Maha
Esa, karena kita dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.
Kami sangat menghargai Encik Muhammad Sayuti Sabdan, pensyarah etika dan
peradaban, di atas kesudian beliau memberikan tugas ini kepada kami beliau juga
banyak membantu kami selama tugasan ini dijalankan. Juga, tidak lupa untuk
berterima kasih kepada kedua orang tua kami atas dukungan dan dorongan mereka
baik secara fisik dan mental selama proses pencarian kerja kursus ini dijalankan. Akhir
kata, kami juga mengucapkan terima kasih yang sebesar-besarnya kepada kawan-
kawan yang telah banyak membantu kami secara langsung mahupun tidak langsung
dalam proses pencarian maklumat. Tanpa bantuan semua pihak agak mustahil untuk
kami menyiapkan tugas yang telah diamanahkan untuk kami menyelesaikan kerja
kursus ini dengan sempurna.

3

2.0 OBJEKTIF
➢ Menerangkaan maksud kesihatan dan perpaduan.
➢ Membincangkan kepentingan kesihatan dan perpaduan kaum dalam
kehidupan masyarakat.
➢ Menjelaskan kepentingan perpaduan

4

3.0 PENGENALAN

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan
harmoni kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai
air dan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau
ini.Kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara
yang harmoni dan menuju ke arah negara yang maju. Kesihatan dan perpaduan dapat
dikaitan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam
memastikan semua masyarakat mendapat kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Apabila kesihatan rakyat terjamin, maka pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat
dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan. Selain itu,
pembangunan negara yang dirancang juga berjalan dengan lancar. Oleh itu,
kesihatan dan perpaduan harus diperkukuhkan supaya dapat melahirkan masyarakat
yang kreatif dan inovatif. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatu dan
teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat diutamakan.
Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin
kesihatan dan hidup yang sihat

5

4.0 DEFINISI KESIHATAN DAN PERPADUAN

Apakah itu kesihatan ?
❖ Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan sebagai

keadaan fizikal, mental dan sosial berdasarkan status sosial masyarakat, iaitu
sihat, cerdas dan bebas daripada sebarang penyakit. Definisi tersebut juga
menegaskan bahawa kesihatan disokong oleh faktor fizikal, psikologi dan sosial
yang sihat, dan tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh menjejaskan
kesihatan contohnya, diabetes dan obesiti.

Apakah itu perpaduan ?
❖ .Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan atau kerjasama yang diwujudkan secara

sedar antara kaum yang berbeza untuk tujuan bersatu. Dalam erti kata lain,
perpaduan ialah proses menyatukan seluruh masyarakat menjadi satu identiti.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat berbilang
kaum, hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Antaranya Melayu, Cina, India,
Iban, Melanau dan lain-lain.

(oleh: SYUHAILA)

6

5.0 KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

Dalam mengikuti arus pemodenan negara berteraskan sains dan teknologi maklumat,
sama ada kita sedar atau tidak, faktor kesihatan masyarakat kini berada pada tahap
yang membimbangkan pihak berkuasa khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.
Wabak pelbagai penyakit semakin menular dalam masyarakat, sama ada muda
mahupun tua. Tambahan pula, Malaysia kini dilanda wabak penyakit Covid-19 yang
sangat berbahaya dan menular kepada masyarakat. Namun, ada juga segelintir yang
mengambil mudah mengenai masalah ini. Persoalannya, apakah kepentingan
menjaga kesihatan dalam kehidupan bermasyarakat?

Salah satu kepentingan memastikan kesihatan diri berada pada tahap yang tinggi ia
dapat meningkatkan produktiviti kehidupan seseorang. Apabila kita dikurniakan
kesihatan yang baik, kita mampu melakukan kerja-kerja yang secara langsung dan
tidak langsung dalam membantu setiap makhluk dimuka bumi ini. Pelajar sekolah
dapat memberikan fokus pada pejaran mereka dan pekerja professional boleh
menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas masing-masing. Setiap
pekerjaan berfungsi dengan baik seperti mana kitaran ekologi yang berlaku dengan
semula jadi. Justeru menjaga kesihatan dapat menjamin kemajuan dalam kehidupan
masyarakat dalam setiap perkara yang hendak dikecapi.

Menjaga kesihatan juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan
persekitaran. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan
sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitarannya. Dengan
mengutamakan kebersihan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari
terus tersebar. Kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan
seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaran melalui mandi, berpakaian bersih,
gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk
disiplin dan peribadi seseorang.

(oleh: SYUHAILA)

7

• Wudud sikap saling mengambil berat dan bantu-membantu sesama kaum.
• Meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum.
• Mendisiplinkan masyarakat dalam mementingkan kebersihan dan menjaga

antara satu sama lain.
• Meningkatkan kemahiran berkomonikasi dan tidak mementingkan diri.
• Negara akan menjadi harmoni dengan adanya rakyat yang bersatu padu dan

ekonomi negara akan berkembang di persada dunia.

Kesimpulannya, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan
dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara
masyarakat, segala masalah dapat dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes covid-
19 yang baru-baru ini yang merebak keseluruh negara seperti cendawan yang tumbuh
selepas hujan dapat diredakan dinegara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh
akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikuti SOP yang ditetapkan
serta mengikuti perintah kawalan pergerakan. Di sini kita dpat lihat kerjasama ini telah
mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mampu
mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhmya.
(oleh: SYUHAILA)

8

6.0 KEPENTINGAN PERPADUAN

Seperti yang semua sedia maklum Malaysia merupakan negara yang unik kerana
terdiri daripada berbilang kaum. Terdapat banyak kaum di Malaysia seperti melayu , cina ,
india , kadazan , iban dan sebagainya. Malaysia patut menjadi contoh terbesar kepada
negara-negara yang lain kerana masyarakatnya dapat hidup dalam keadaan aman walaupun
bebilang agama, bangsa dan budaya. Hal ini kerana , kebijaksaan pemimpin kita yang
menjadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang
maju. Tambahan pula , aspek perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada
kegemilangan Malaysia. Oleh itu , mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat mempunyai banyak kepentingan yang dapat kita perolehi dan sekiranya
perpaduan ini memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Amnya kita mengetahui bahawa Malaysia terdiri daripada berbilang kaum tetapi mejoritinya
rakyat terdiri daripada bangsa melayu , cina dan india yang mempunyai adat resam , agama
dan kepercayaan sejak lima dekad yang lalu. Pemimpin-pemimpin yang lalu seperti Tunku
Abdul Rahman , Tunku Tan Cheng Lock , Tun Sambantha serta ramai pemompin yang
berwibawa yang lain telah berunding dan bertolak ansur untuk mencapai perpaduan demi
sebuah negara yang tercinta. Masyarakat yang harmoni dapat menerima antara satu sama
lain tanpa wujudnya prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan pergaduhan
atau konflik antara kaum. Tragedy 13 may1969 banyak mengajar kita supaya menjadikan
perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini , masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah
hidup Bersatu padu dan saling memerlukan satu sama lain kerana tidak mahu pisang
berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang Pendidikan banyak
menyumbang ke arah perpaduan kaum. Buktinya , di Malaysia wujud sekolah kebangsaan ,
sekolah jenis kebangsaan cina ( SJKC ) dan sekolah jenis kebangsaan tamil ( SJKT ) yang
masing-masing menggunakan Bahasa ibunda , tetapi pada masa yang sama Bahasa lain bole
dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam
keadaan harmoni kerana kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukan bahawa masyrakat yang
harmoni mampu mewujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan. Sudah
menjadi tanggungjawab kita untuk terus memelihara perpaduan yang telah kita warisi sejak
zaman-berzaman lagi. Melalui perpaduan dan keharmonian , Malaysia telah mencorak
Langkah serta melalui satu fasa peruahan yanag drastic sehingga kita setanding dengan
negara-negara maju yang lain dan dikagumi oleh seluruh pelosok dunia.

Selain itu , pelancong atau pendatang asing dari luar negara berkunjung ke Malaysia kerana
tertarik dengan budaya masyarakat yang berbilang kaum yang terdapat di Malaysia.
Terdapat banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum yang ditonjolkon seperti
kepelbagaian makanan , pakaian , rumah ibadat , kesenian dan sebagainya kepada
pelancong asin. Kemasukan pelancong asing yang kian bertambah disebabkan perpaduan
yang terjalin antara masyarakat dapat menghasilkan dan mewujudkan sebuah negara yang
aman , sejahtera dan bebas dari huru-hara , sebagai contoh pelancong dating ke negara kita
ini kerana meraka tertarik akan keharmonian yang ada antara kaum di negara kita.
Pelancong asing akan bersa terselamat makan angin di Negara kita berbanding dengan
negara yang sedang bergolak seperti Iraq , Thailand , Ukarain , Rusian dan sebagainya.

9

Buktinya , pada tahun sebelum COVID 19 menyerang negara kita tahun 2019 seramai 25 juta
orang pelancong asing datang ke negara kita terhasil daripada usaha kerajaan yang
bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia khususnya
kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sin. Jadinya perpduan kaum yang kukuh di
negara kita mampu menarik pelancong asing dayang ke sini.

Disamping itu , perpaduan kaum turut menyumbang kepada pembagunan dan
kemajuan negara. Tidak dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani
menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan
kerajaan yang mesra labur. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan , negara kita telah
berkembang pesat. Kepesatan dalam pembangunan ini disebabkan rakyat negara kita yang
berbilang kaum Bersatu padu dan tolong-menolong bagai aur dengan tebing. Perpaduan ,
dalam kalangan masyarakat telah meningkatkan ekonomi negara melalui aktivi perniagaan ,
pemasaraan dan menjadi keutamaan pelabur negara asing. Hal ini kerana , mereka tidak
mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibar pergolakan yang berlaku
di sebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur asing daripada
America , Eropah , Jepun , China dan India. Baru-baru ini pelabur dari china datang
membawa sebanyak 1.5 Biliion untuk dilaburkan kepada malayasia dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerjaan yang
bersungguh-sungguh untuk memacu negara menjadi sebuah negara menjadi sebuah negara
maju berpendapatan tinngi pada tahun 2023 nanti. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu
mampu menjana mendapat negara sekali gus menyediakan peluan pekerjaan kepada
pendududk setempat. Kestabilan politik di negara ekoran daripada masyarakat yang hidup
Bersatu padu tanpa sebarang perbalahan ini dapat memberi keberanian dan kepercayaan
kepada pelabur yang bermodal tinggi. Sudah terang dan lagi bersuluh bahawa perpaduan
kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara. Sebelum itu berbalik kepada akitiviti yang
dapat memajukan negara. Contohnya , rakyat di negara kita dapat menjalan kan akitiviti
perniagaan dan ekonomi tanpa sebarang diskriminasi dari segi agama , keturunan atau
kaum. Pendek kata , pembangunan sesuatu negara tidak akan dapat mencapai tanpa
perpaduan ibarat telur sesangkak , pecah sebiji pecah semua.

Seterusnya , selain daripada pembangunan dan kemajuan ekonomi dan Pendidikan
juga menjadi tunjang kepada perpaduan dan nasionalisme negara. Dalam pembentukan
warganegara yang Bersatu padu , sekolah dan Pendidikan sebenarnya memainkan peranan
yang penting dalam aspek ini. Sudah s=kita sedia maklum bahaawa kandungan falsafah
Pendidikan kebangsaan telah dicatatkan bahawa “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
atau insiantif berterusan kea rah untuk perkembangan dan menyerlahkan lagi potensi setiap
individu supaya sentiasa bersatu padu dengan mewujudkan individu yang harmonis dan
mendapat keseimbangan dari segi intelek , emosi rohani dan juga jasmani dengan percaya
dan patuh kepada tuhan. Usaha yang dilakukan ini juga penting untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang luas ilmu pengetahuan , berbudi pekerti , bertanggungjawab dan
berkemampuan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan keharmonian
setempat dan juga negara tercinta. Secara tidak langsung satu masyarkat Malaysia yang
Bersatu dan berintergrasi dapat melahirkan selari dengan Hasrat yang terkandung di dalam
Rukun Negara. Jelaslah bahawa perpaduan kaum sangat penting dalam melahirkan

10

masyarakat Malaysia yang sentiasa mementingkan semangat Bersatu padu dalam
memenuhi Hasrat dan impian kerajaan menerusi konep slogan 1Malaysia.

Tambahan pula , kita mampu menhadapi ancaman dari luar bila-bila masa. Dalam hal
ini , jika semua rakyat negara kita Bersatu , kita dapat mempertahankan negara kita
daripada ancaman oleh musuh bak kata pepatah “ Besatu kita teguh , Bercerai kita roboh “.
Sebagai contoh , negara asing tidak akan dapat menggugat keamanan negara kita , jika
semua rakyat yang berbilang kaum di negara kita Bersatu padu. Tegasnya , kita mestilah
sentiasa memelihara atau menjaga perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum
di negara kita.

Kesimpulannya , jika kita semua berganding bahu menggunakan konsep pepatah
ibarat “ Kebukit sama didaki , Kelurah sama dituruni “ dengan izin tuhan perkara ini dapat
dijayakan dengan cemerlang dan direalisasikan lebih awal daripada sangkaan kita.
Perpaduan kaum merupalan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di dunia
menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prajudis antara masyarakat. Oleh itu
, pijak kerajaan seharunya mempertingkatkan pelbagai Langkah yang proaktif untuk
mnegekalkan dan meningkatkan perpaduan di negara kita. Semua pihak perlu menyadari
kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan merupakan tunjang kejaan dan
kemajuan negara. Semangat perpaduan di negara kita hendaklah di pertahankan oleh
semua rakyat tercinta dan dapat menyambut objektif negara impian.

(oleh: NURAIN NATASHA)

11

7.0 kesimpulan
Apa yang dapat kita simpulkan dan huraikan ialah tidak dinafikan lagi bahawa

Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum ,
buadaya dan agama. Hal ini, jalinlah satu hubungan perpaduan yang merupakan tonggak
utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa adanya perpaduan yang
utuh maka keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati. Oleh itu , setiap rakyat
mestilah mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara supaya
negara sentiasa kekal dan aman dan harmoni.

Untuk kesihatan pula, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berganding bahu untuk
mengekalkan dan mengamalkan amalan dan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan setiap
rakyat. Selain itu, pengalaman maknan yang sihat dan seimbang juga perlulah sentiasa
diterapkan dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia supaya dapat mengekalkan diri kita
daripada sebarang penyakit berjangkit. Tambahan pula, sector kesihatan mampu membentuk
dan mewujudkan hubungna perpadua yang utuh dan teguh antara masyarakat. Konteks
perpaduan itu sendiri telah membawa makna yang sangat terbesar terhadap komuniti dan
negara kita yang tercintai. Kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menjaga kesihatan
perpaduan yang terbina ini bagi memastikan kesinambungannya pada generasi akan datang.
Jika tiadanya perpaduan antara masyarakat, maka kerharmonian negara akan tergugat.

12

8.0 SUMBER RUJUKAN
➢ https://dat1aperpaduandankesihatanmpu21032.blogspot.com/?m=1
➢ https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/08/30/kesihatan-gaya-hidup-
masyarakat-dahulu-apa-pengajarannya/

13


Click to View FlipBook Version