PILIHAN TAJUK
1. Kajian Guna Tanah (Pertanian) di Kampung Tok Sadu
SENARAI KANDUNGAN
Bil Perkara Muka
Surat
1. Tajuk Kajian 1
2. Senarai kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pendahuluan 4
5. Objektif kajian 5
6. Kawasan kajian 6
7. Kaedah kajian 7
8. Dapatan kajian 8
1. Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang 9
kawasan kajian
2. Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di 9
kawasan kajian
3. Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan 10
menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan
4. Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap 11
alam sekitar di kawasan kajian.
5. Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi 12
kesan guna tanah tersebut.
9. Rumusan 13
10. Lampiran 14
11. Rujukan 15
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton binti Ismail selaku pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menggunakan
segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Cikgu Arhamni binti Robian atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong
saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Abdul
Rais bin Ku Baharoom dan Noor Hamidah binti Nanyan yang telah banyak memberi sokongan
moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong
saya mengumpulkan maklumat-maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas saya
terutamanya Nur kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
PENDAHULUAN
Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan
3 (PT3). Saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 3 di Maktab Mahmud Alor Setar
Saya telah memilih tajuk kajian Kajian Guna Tanah(Pertanian) di Kampung Tok Sadu.
Tujuan saya memilih kawasan Kampung Tok Sadu ini adalah kerana kawasan ini merupakan
kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya. Ekoran itu, kawasan ini memudahkan lagi
saya menjalankan kajian ini.
Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya yang lain telah
dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian tentang
guna tanah ini. Tempoh kajian adalah selama sebulan iaitu bermula dari 30 September 2021
sehingga 30 Oktober 2021.
Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 3 orang responden
yang terpilih untuk mendapatkan maklumat terkini tentang latarbelakang kawasan kajian
dengan tepat disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna
tanah tersebut daripada responden.
Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya. Kerjasama yang diberi
telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja bagi melengkapkan kajian tentang
guna tanah di kawasan saya ini. Semua data dan maklumat yang dipilih telah direkod.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta
melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar belakang kawasan
kajian.
(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan
kajian.
(c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan satu
faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar
di kawasan kajian.
(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi kesan
guna tanah tersebut.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah di Kampung Tok Sadu, Kedah.
Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar adalah ibu negeri
Kedah. Terdapat 34 buah mukim dalam daerah Kota Setar. Salah sebuah mukim yang
terdapat dalam Daerah Kota Setar adalah Derga.
Derga adalah salah sebuah mukim yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan penduduk.
Kawasan Derga ini adalah sebuah kawasan pertanian. Kampung Tok Sadu merupakan
sebuah kampung yang terletak di mukim Derga Alor Setar, dalam negeri Kedah Darul Aman,
iaitu negeri di utara di Malaysia, dan bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya,
serta bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di
bahagian utara.
Secara keseluruhannya, guna tanah di Derga adalah lebih kepada kegiatan ekonomi seperti
pertanian, perniagaan, perindustrian dan lain-lain. Kebanyakan kawasan telah dibangunkan
untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah sangat penting kerana ia menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
KAEDAH KAJIAN
Saya telah memilih dua jenis kaedah kajian :
1)Pemerhatian
Kaedah pemerhatian membantu saya untuk mengenal pasti kegiatan ekonomi yang terdapat
di kawasan tersebut.Maklumat yang saya peroleh akan membantu saya dalam melukis dan
mentafsir peta kawasan kajian tersebut.
2)Rujukan Internet
Kaedah rujukan internet membantu saya mendapatkan maklumat tambahan bagi mencapai
objektif kajian
3)Temu bual
Saya menggunakan kaedah temu bual bagi mendapatkan pandangan dan maklumat tentang
kajian yang saya jalankan dan saya juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan guna
tanah di tempat tinggal saya.
DAPATAN KAJIAN
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
Kampung Tok Sadu mempunyai penduduk seramai 80 hingga 90 orang dan merupakan
salah satu kampung yang terletak di dalam mukim Derga. Negeri Kedah merupakan sebuah
negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya
sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.Hal ini dapat
dibuktikan berdasarkan kepada pekerjaan utama penduduk iaitu pesawah.
PETA LAKAR YANG DILUKIS
TAFSIRAN PETA LAKAR
Peta lakar menunjukkan Kampung Tok Sadu yang hampir keseluruhannya mempunyai
tanah pamah.Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pesawah. Sumber utama penduduk
adalah daripada hasil penanaman padi. Sebatang sungai yang agak besar juga terfapat di
sini untuk mengairi tanaman padi tersebut. Tanah yang digunakan dalam penanaman padi
ialah tanah jenis aluvium yang mampu menakung air untuk beberapa lama. Terdapat juga
penduduk yang berniaga sebagai pekerjaan sampingan.
JENIS GUNA TANAH UTAMA DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHINYA
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan,saya dapati bahawa guna tanah utama di
kawasan kajian saya iaitu Kampung Tok Sadu ialah guna tanah pertanian.Ini kerana banyak
penanaman padi di sekitar tempat tinggal saya. Saya juga telah mengenal pasti beberapa
faktor yang mempengaruhi kegiatan penanaman padi di kawasan ini, iaitu:
a) Bentuk muka bumi
Kampung Tok Sadu mempunyai kawasan tanah pamah yang banyak yang
menyebabkan penanaman padi sesuai di sini.Tanah di kawasan penanaman
padi juga menggunakan tanah jenis aluvium iaitu sejenis tanah liat halus dan
mampu menakung air untuk beberapa lama.
b) Jenis saliran
Kebanyakan punca saliran air di Kampung Tok Sadu ialah bersaliran baik. Ini
kerana air-air sungai yang mengalir ke pinggir laut dan tidak bertakung.Sungai ini
memudahkan para petani untuk mengairi tanaman mereka.
KESAN GUNA TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR
a) Pencemaran tanah
Kebanyakan petani menggunakan racun dan baja kimia seperti racun serangga. Hal
ini akan menyebabkan tanah menjadi lebih berasid dan akan menggangu kesuburan
tanah.
b) Pencemaran air
Menggunakan baja secara berlebihan juga akan mengakibatkan pencemaran air.
Sebagai contoh,baja kimia yang digunakan akan diserap ke dalam tanah dan apabila
hujan, air huajn akan membawa baja yang diserap oleh tanah ke sungai-sungai.
c) Pencemaran bunyi
Penanaman padi menggunakan jentera dan mesin padi.Jentera dan mesin padi
mengeluarkan bunyi yang kuat. Ini akan menyebabkan terjadinya pencemaran bunyi
dan akan mengganggu keselesaan penduduk.
CADANGAN UNTUK MENGATASI KESAN GUNA TANAH
1.Menggunakan kapur mati untuk meneutralkan kembali tanah
Dengan menggunakan kapur mati,tanah akan menjadi neutral dan membolehkan tanaman
yang ditanam tumbuh subur dengan tanah yang baik.
2.Menggunakan racun atau baja yang mendapat kelulusan
Kandungan racun atau baja yang diluluskan telah disahkan selamat diguna berbanding
dengan baja yang diseludup atau baja yang tidak diketahui kandungannya.
3.Mencipta atau membuat penambahbaikan terhadap jentera dan mesin
Dengan ini, ketika jentera dan mesin beroperasi,ia tidak akan mengeluarkan bunyi dan tidak
akan menggangu keselesaan penduduk.
RUMUSAN
Kajian yang telah saya jalankan ini telah memberi banyak pengetahuan kepada saya.
Dengan ini, saya dapat mengenali kampung saya dengan lebih mendalam seperti jenis guna
tanah pertanian yang utama di tempat tinggal saya.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan memahami definisi guna tanah, faktor yang
mempengaruhi guna tanah dan kesan guna tanah di sini.
Selain itu, dengan menjalankan kajian ini, saya dapat memberi cadangan yang boleh
digunapakai untuk mengatasi kesan guna tanah di tempat tinggal saya.
Akhir sekali, saya berharap dengan kajian yang dibuat dapat memberi kesedaran kepada
saya dan semua agar lebih peka akan kesan-kesan guna tanah jika dibiarkan berterusan.
LAMPIRAN
Nama:Ku Baharoom bin Ku Akil
Berapa lamakah anda Tandakan bagi setiap
tinggal di sini? pilihan jawapan
Kurang daripada 10 tahun
Lebih daripada 5 tahun
Lebu daripada 15 tahun
Apakah pekerjaan utama Tandakan bagi setiap
penduduk di Kampung Tok pilihan jawapan
Sadu?
Pesawah
Peniaga
Peladang
Kesan guna tanah di Tandakan bagi setiap
Kampung Tok Sadu pilihan jawapan
Pencemaran bunyi
Pencemaran udara
Pencemaran air
Nama:Abdul Rais bin Ku Baharoom
Berapa lamakah anda Tandakan bagi setiap
tinggal di sini? pilihan jawapan
Kurang daripada 10 tahun
Lebih daripada 5 tahun
Lebu daripada 15 tahun
Apakah pekerjaan utama Tandakan bagi setiap
penduduk di Kampung Tok pilihan jawapan
Sadu?
Pesawah
Peniaga
Peladang
Kesan guna tanah di Tandakan bagi setiap
Kampung Tok Sadu pilihan jawapan
Pencemaran bunyi
Pencemaran udara
Pencemaran air
Nama:Noor Hamidah binti Nanyan
Berapa lamakah anda Tandakan bagi setiap
tinggal di sini? pilihan jawapan
Kurang daripada 10 tahun
Lebih daripada 5 tahun
Lebu daripada 15 tahun
Apakah pekerjaan utama Tandakan bagi setiap
penduduk di Kampung Tok pilihan jawapan
Sadu?
Pesawah
Peniaga
Peladang
Kesan guna tanah di Tandakan bagi setiap
Kampung Tok Sadu pilihan jawapan
Pencemaran bunyi
Pencemaran udara
Pencemaran air
RUJUKAN
1)Buku Teks
-Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ahmad Ridzuan bin Abd Rahman
2)Internet
-https://images.app.goo.gl/AdaMuXa8b7tErMeK8
-https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kampung_Tok_Sadu
-https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Guna_tanah
3)Orang Sumber
-Abdul Rais bin Ku Baharoom
-Noor Hamidah binti Nanyan
-Ku Baharoom bin Ku Akil