S EBKDUOILLIA H
DI SEKOLAH
AHLI
KUMPULAN
Joshua Gruner Anak Changgan
Wong Lee Zieng
Edmund Chong
Erric Gani
Isi Kandungan
Hasil Pembelajaran Objektif
Objektif
•Pengenalan/Pengertian
Faktor-Faktor Isu Moral
Kesan-Kesan Isu Moral
Cara Mengatasi Isu Moral
Contoh Isu yang pernah berlaku di
Negara Malaysia(Surat
Khabar/Majalah/Internet/Blog yang
sahih)
Penutup/Kesimpulan
Rujukan
Lampiran
Hasil Pembelajaran Objektif
Matlamat kajian ini adalah mencari
penyelesaian yang memudahkan guru-guru
menyampaikan maklumat pelajar ponteng
sekolah kepada pihak kaunselor sekolah supaya
tindakan seterusnya boleh diambil oleh pihak
sekolah.
Objektif kajian adalah seperti
berikut:
1. Mengenalpasti pihak-pihak yang perlu
terlibat secara langsung dalam
mendapatkan maklumat pelajar ponteng di
sekolah.
2. Membangunkan satu aplikasi yang
mewujudkan penghantaran maklumat segera
dari satu pihak kepada satu pihak di sekolah.
3. Membuat penilaian terhadap
kebolehgunaan aplikasi
1
PENGENALAN
Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada
tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran
(Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng
sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu
bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang
tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa.
Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang
menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan
bermoral rendah. Ponteng sekolah adalah sejenis
penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak
masyarakat kita mengenal alam persekolahan.
2
Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng
sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran
pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa
sebarang alasan yang munasabah. Masa yang
sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu
pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya
dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak
bermanfaat seperti melepak di komplek membeli
belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.
Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada
beberapa tingkat, dari tingkat bawah hingga
tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah
ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat,
ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun
adanya peraturan atau disiplin sekolah yang
ketat tetapi seketat mana pun undang-undang
dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian
Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin
meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama
3
KESAN-KESAN ISU PONTENG SEKOLAH
PEMBAZIRAN MASYARAKAT MEMANDANG SERONG
MASA DAN KEPADA PELAJAR
TENAGA
masyarakat akan memandang rendah ataupun
masa dan tenaga mereka akan hina kepada mereka dan ini secara tidak langsung
dirugikan kerana masa yang
dibazirkan tidak akan dipulang mereka akan memalukan maruah keluarga.
ataupun dikembalikan. Jika
mereka dapat menggunakan MASA DEPAN TIDAK TERJAMIN
masa mereka dengan baik iaitu
tidak ponteng sekolah dan Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar
mementingkan pelajarannya, tersebut adalah mereka akan ditertawakan oleh
mereka akan berjaya dalam
masa yang akan datang dan rakan-rakan lain sekiranya mereka gagal dan
kerjayaannya dapat memberi masa depan pelajar ini akan hancur kerana
kehidupan yang baik dan selesa
kepada generasi seterusnya. mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh
masyarakat dan negara akan kekurangan bakal
peneraju yang berwawasan.
MENJEJASKAN PERATUS KESAN GEJALA
KEDATANGAN PELAJAR PONTENG
Lazimnya para pelajar yang kerap SEKOLAH KEPADA
ponteng sekolah dengan sendirinya GURU
turut menjejaskan rekod kedatangan
fail peribadi pelajar. Kesannya lebih Selain melihat kesan gejala ponteng
sekolah terhadap para pelajar
meruncing sekiranya peratus sendiri perlu juga dititikberatkan
kedatangan pelajar terbabit tidak berkaitan implikasi gejala ponteng
mencapai syarat wajib kedatangan sekolah kepada pihak sekolah
harian ke sekolah sebanyak 85%. terutamanya guru-guru. Diantara
alasan guru-guru yang merasa
tertekan dengan perlakuan para
pelajar yang terlibat dengan gejala
ponteng sekolah.
1. Merasa kerugian kerana tidak 2. Mengangu proses pembelajaran pelajar-
dapat memberi ilmu setaraf dengan
pelajar lainnya kepada pelajar yang pelajar lain dan merumitkan lagi tugas
kerap ponteng sekolah dan
akibatnya memberi kesan seorang guru kerana terpaksa mencuri masa
kemerosotan terhadap corak
pengajaran dan pembelajaran di untuk mengulang kembali pelajaran yang
sekolah.
tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar
ponteng. 4
Cara mengatasi isu moral
1.Kaunseling
2.Amaran
3.Merotan (sekali)
4.Merotan (2 kali)
5.Merotan (3 kali)
6.Merotan melebihi 3 kali
7.Gantung sekolah
8.Buang sekolah
9.Tindakan polis
5
Peranan Masyarakat
Masyarakat haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan
bekerjasama.
Masyarakat sekeliling haruslah mendukung konsep ummah atau
kekitaan dalam menangani gejala ponteng sekolah, sikap tegur-
menegur, nasihat-menasihat
Masyarakat haruslah mengelak sikap lepas tangan apabila
berlaku sebarang gejala gejala negatif dan jangan bertindak
seperti enau dalam belukar.
Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan
menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau
membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis
dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat
berkumpulnya pelajar ponteng.
Melakukan siasatan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar
terlibat, jika pelajar ponteng dalam kuantiti yang ramai, pihak
sekolah akan menghubungi pihak berkuasa tempatan seperti
pihak polis untuk membuat rondaan di kawasan tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan hubungan
kemasyarakatan hendaklah diadakan seperti aktiviti hari
keluarga ataupun gotong royong.
Untuk menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk
melakukan perkara negatif seperti ponteng sekolah. Melalui
aktiviti ini juga, pelajar akan lebih berdisiplin dan
bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Program kemasyarakatan yang melibatkan PIBG dan JKK
kampung, AJK kampung turut diadakan bagi membanteras
gejala ponteng.
6
Peranan Media Massa
Media massa juga memainkan peranan dalam
menangani gejala pelajar ponteng sekolah. Hal ini,
kerana keberkesanan media massa dalam
mempengaruhi minda memang tidak dapat
disangkal lagi.
Media massa elektronik seperti televisyen, telefon
bimbit boleh memapar kesan gejala ponteng di
kalangan pelajar sekolah agar boleh menjadi
pengajaran kepada mereka.
Kesan gejala ponteng akan menyebabkan pelajar
terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat
seperti menghisap dadah, seks bebas dan
sebagainya.
Berita dan rencana mengenai gejala ponteng yang
disiarkan oleh media cetak juga mampu memberi
pengajaran dan maklumat kepada kita semua.
Sikap bertanggungjawab dalam diri setiap
anggota masyarakat penting dalam menangi
gejala ponteng sekolah ini dan tidak berleluasa.
Media massa juga haruslah tidak menayangkan
cerita-cerita, program atau iklan-iklan yang
bersifat negatif seperti cerita berunsur gengster.
7
Peranan ibu bapa
Antara cara untuk mengatasi gejala ponteng sekolah ialah ibu
bapa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan memberi
perhatian terhadap anak-anak supaya tidak terlibat dengan
gejala-gejala yang tidak sihat seperti ponteng sekolah. Hal ini
demikian kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu
bapa di rumah. Hal ini juga cukup bertepatan dengan langkah
Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat yang
telah mengisytiharkan cuti pada hari sabtu dan Ahad kepada
semua pegawai kerajaan. Perkara ini cukup membuktikan bahawa
keprihatinan kerajaan Malaysia dalam menyediakan ruang dan
peluang kepada ibu bapa untuk bersama anak-anak. Oleh itu, Ibu
bapa perlulah sentiasa mengawal dan memerhati setiap gerak-geri
atau tingkah laku anak-anak mereka dari semasa ke semasa.
Menurut respon yang ditemubual, Ibu bapa merupakan tulang
belakang dalam membentuk perilaku anak. Tahap sosial yang
semakin meninggi menyebabkan keghairahan mencari wang ringgit
dan harta menjadi keutamaan. Wang ringgit diberikan sewenang-
wenangnya tanpa menyiasat bagaimana wang tersebut digunakan.
Selian itu, Lambakan pusat-pusat hiburan, pusat beli belah
menyebabkan tempat-tempat ini menjadi tempat yang ideal untuk
ponteng. Keluar seawal jam 6 pagi dan pulang lewat malam,
sememangnya masa yang diluangkan dengan anak-anak terhad.
Justeru, anak-anak bebas melakukan apa sahaja yang pastinya
sesuatu yang menghiburkan dan menyeronokkan.
8
Di samping itu, sikap ibu bapa juga memainkan peranan
dalam mempengaruhi sikap anak-anak khususnya pelajar dalam
melakukan setiap perbuatan. Ibu bapa seharusnya menunjukkan
sikap yang baik supaya dijadikan teladan kepada anak-anak sejak
kecil lagi. Anak-anak akan mengikut sikap baik ibu bapa yang
ditunjukkan oleh ibu bapa itu untuk dilaksanakan dalam kehidupan
dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
seperti ponteng sekolah. Di samping itu, masalah-masalah
peribadi ibu bapa seperti masalah kerja, perbalahan hendaklah
tidak perlu melibatkan anak-anak kerana akan mendatangkan
tekanan kepada mereka seterus amat mudah untuk mereka
melakukan perkara-perkara negatif seperti ponteng sekolah.
Ingatlah, “segala-galanya bermula di rumah”. Begitulah
ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D Franklin, Maka
ibu bapalah yang bertindak sebagai agen pencorak utama
membentuk karakter anak-anak agar mereka tidak mencetuskan
cangkaliwang pada pada hari akan datang. Justeru penerapan
pendidikan yang sempurna pasti dapat menangani gejala ini. Ibu
bapa perlulah menerapkan nilai-nilai murni dan ilmu-ilmu agama
dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka dapat
menilai perkara yang baik atau yang buruk sejak awal lagi.
Pengajaran ilmu-ilmu agama dan nilai-nilai murni selaras dengan
dengan norma masa kini amat penting bagi memastikan
kerohanian yang mantap dalam diri anak-anak dan tidak terlibat
dengan gejala-gejala negatif khususnya ponteng sekolah. Oleh
itu, peranan ibu bapa penting untuk mendidik anak-anak supaya
tidak berpengaruh dengan gejala-gejala negatif dan contohilah
ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-
anaknya berorientasikan Al-Quran dan Al-Hadis.
9
Contoh Isu yang pernah berlaku di Negara
Malaysia(Surat
Khabar/Majalah/Internet/Blog yang sahih)
10
Kesimpulan/ rumusan
topik
Kegiatan ponteng merupakan masalah serius yang
wujud di kebanyakan sekolah menengah di negara
ini. Kegiatan ponteng ini mempengaruhi
pencapaian akademik para pelajar yang terlibat
dengan masalah ponteng. Sekiranya ia tidak
ditangani secara tuntas, ia boleh menjejaskan
sumber manusia yang akhirnya membantutkan
usaha pembangunan negara. Oleh itu semua pihak
seharusnya memandang serius akan gejala ini dan
berkerjasama untuk membasminya.
11
RUJUKAN
http://aspirasigurudisiplin.blogspot.com/p/ponten
g-sekolah.html
http://eprints.utm.my/id/eprint/3961/2/AziziYahay
a_ponteng.pdf
Abdullah Sani Yahaya (2004). Mengurus Disiplin
Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd
Foziah Binti Ab.Rahman (1999). Masalah Ponteng
Sekolah Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak Pelajar:
Satu Kajian Di Sekolah Men. Keb. Kuala Tembeling,
Jerantut Pahang”. Tesis Sarjana Muda Universiti
Teknologi Malaysia: Tidak Diterbitkan.
Hussein Hj Ahmad (1993). Pendidikan dan
Masyarakat. Kuala Lumpur: dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ismail Haji Din (1990). Cita – Cita Mengejar Dan
Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
12
AHLI
KUMPULAN
Joshua Gruner Anak Changgan
Wong Lee Zieng
Edmund Chong
Erric Gani
DI SEKOLAH