The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safurasts15, 2021-05-17 01:22:03

Kemahiran Belajar Berkesan

Tingkatan 1
SMK Tinggi Segamat

OLEH :
CG. SAFURA BINTI OTHMAN
GURU BIMBINGAN & KAUNSELING

SMK TINGGI SEGAMAT

1. Tentukan MATLAMAT belajar kamu.
2. Belajar mengikut JADUAL WAKTU yang telah kamu

sediakan.
3. Berusaha MENYINTAI pelajaran.
4. Sentiasa berfikiran TENANG, GEMBIRA & CERIA.
5. Hindari MASALAH.
6. Setiap yang kamu baca, kamu mesti INGAT.
7. Belajar dalam keadaan SEGAR.
8. Memohon PETUNJUK dari ALLAH.
9. Jika berjaya, ucap TAHNIAH pada diri sendiri.

Juga ALHAMDULILLAH…(Bagi yang ISLAM.)

1. Kita membina & mengamalkan pelbagai sikap negatif.

 Lemah daya tahan.
 Daya saing rendah (suka tunggu & lihat).
 Tiada wawasan (cita-cita), matlamat & arah tuju.
 Mudah menyerah kalah.
 Malu, malas, segan, bosan & bohong.
 Merahsiakan masalah & menjauhkan diri.
 Mencari helah untuk menarik diri.
 Cepat menyalahkan pihak lain.
 Serah pada takdir semata-mata.
 Mengamalkan pendirian serba tidak boleh.
 Percaya pada maklum balas negatif.

2. Kita mengamalkan kerja & belajar sambil lewa &

memberi perhatian pada aspek remeh-temeh.
 Membuat kerja ala kadar.
Belajar tanpa kesungguhan & mudah berpuas hati.
Tidak dapat mengenalpasti keutamaan (prioriti).

3. Kita menghadapi pelbagai halangan & gangguan.
 Ketidakseimbangan zat makanan.
 Ketidakselarasan psikomotor.
 Gangguan emosi, mental & psikologi.
 Ketegangan emosi, sosial & keluarga.

4. Kita tidak menguasai teknik belajar berkesan serta canggih.
 Penyediaan, kegunaan & kepentingan bahan

pembelajaran (nota).
 Cara mentelaah, mengingat fakta, mengingat kembali

(recall), menyusun fakta mengikut kehendak &

keperluan soalan.
 Terlalu bergantung pada buku bimbingan & buku

ulangkaji komersial.

5. Kita memiliki kepercayaan karut.
 Kelemahan keturunan.
 Pantang larang yang tidak boleh diterima akal.
 Pengaruh negatif keluarga, rakan sebaya & masyarakat.
 Kelemahan, kekurangan & tanggapan negatif pada diri

sendiri.

1. Kita dapat mempelajari, mempertingkatkan, mengemaskini,

menguasai & mengamalkan pelbagai kemahiran asas yang

melibatkan IQ & EQ.
• Pemerhatian – Kesedaran, Ketabahan & Kepentingan Diri.
• Disiplin Diri – Penyertaan, Amanah & Kegigihan.
• Manipulatif – Ketepatan Masa, Keyakinan Diri &

Penghargaan.

2. Kita perlu meningkatkan konsep kendiri bagi mendapat
kepastian berkenaan dengan:-
(i) Siapa Kita – Mengapa & Imej Kendiri.
(ii) Arah Tuju – Matlamat & Keperluan Diri.
(iii) Bagaimana Kita Lakukan – Minat & Kekuatan Diri.

3. Kita perlu mengukuhkan pertahanan diri daripada aspek:
(i) Kesihatan
(ii) Keselamatan
(iii) Emosi
(iv) Keselesaan

4. Kita harus mengamalkan pembelajaran koperatif bagi mencapai
kecemerlangan bersama kerana kita berpeluang:-
(i) Memastikan keberkesanan nota sebagai bahan yang sudah

difahami.
(i) Mengukuhkan keberkesanan pembelajaran secara bersama.
(ii) Memberi rangsangan, dorongan & galakan rakan sebaya.
(iii) Mengamalkan pengajaran, bimbingan & bantuan rakan

sebaya.
(i) Berkongsi nota, pengalaman, kemahiran & ilmu

pengetahuan.
(i) Berpeluang memperbaiki kelemahan diri sebagai hasil

kerjasama rakan sebaya.
(i) Memperbanyakkan sumber rujukan.

5. Setiap orang dapat belajar, dengan syarat:-
(i) Tidak mengalami kecacatan otak.
(ii) Mengambil keputusan belajar bersungguh-sungguh.
(iii) Bersedia menghadapi & mengatasi sebarang cabaran,

dugaan, halangan & masalah.
(i) Sanggup berusaha sehingga mencapai kecemerlangan diri

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

1. SQ3R

SURVEY (TINJAU)
 Baca tajuk, tajuk kecil & rumusan suatu bab.
 dapatkan gambaran secara kasar.

QUESTION (SOAL)
 Bina soalan seperti Apa, Mengapa, Bagaimana, Di Mana, Siapa, Bila dsb.

READ (BACA)
 Baca bagi mendapatkan idea, mendapatkan fakta & memahami keseluruhan tajuk atau
bab.
 Gunakan idea atau fakta itu bagi menjawab soalan yang sudah dibina.

RECITE (LAFAZ)
 Baca, ingat, tutup buku, ingat & buka buku untuk ingat semula.
 Jika tidak ingat, ulang proses yang sama.

REVIEW (ULANGKAJI)
 Catat semua fakta atau isi penting.
 Gunakan kata kunci.
 Buat nota ringkas, peta minda, peta konsep, carta aliran, kad istilah dsb.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

2. OK4R

OVERVIEW (GAMBARAN KESELURUHAN)

 Sediakan bahan untuk dibaca misalnya satu bab daripada buku teks atau buku
rujukan.
 Baca bahan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran hubungan antara
topik, subtopik & susunan bahan secara umum.
 Baca tajuk utama, tajuk-tajuk kecil & rumusan pada akhir bab.
 Pembacaan adalah bagi mendapatkan gambaran umum berkenaan dengan bab
yang sedang anda baca.

KEY IDEAS (IDEA KATA KUNCI)

 Kenalpasti perkataan utama atau kata kunci dalam setiap tajuk, subtajuk &
rumusan yang sudah anda baca.
 Langkah ini membolehkan anda mendapatkan sedikit idea berkenaan dengan
bahan yang anda akan baca.
Tukar tajuk ataupun subtajuk daripada bentuk kenyataan kepada bentuk soalan.

READ (BACA)

 Baca secara intensif bagi mengumpul kata kunci, fakta atau isi-isi penting yang ada
dalam bab yang dibaca.
 Kenalpasti di mana letaknya jawapan bagi soalan yang dikemukakan berdasarkan
tajuk atau subtajuk.
 Cuba perhatikan cara idea kata kunci disokong oleh fakta atau isi-isi penting.

RECALL (INGAT SEMULA)

 Selepas membaca, pastikan sama ada anda dapat mencatatkan semua kata kunci
& isi-isi penting yang sudah dikenalpasti.

REFLECT (IMBAS KEMBALI)

 Imbas semula kata kunci & isi-isi penting daripada bab yang sudah dibaca.
 Sesuaikan kata kunci & isi-isi penting itu dengan olahan atau susunan yang serasi
dengan anda seperti dalam bentuk peta minda, peta konsep, carta aliran, jadual dsb.

REVIEW (ULANGKAJI)

 Lihat semula bab yang sudah dibaca beberapa kali secara sepintas lalu.
 Aspek ini perlu diberi penekanan & dibuat secara berterusan supaya anda dapat
memastikan tiada kata kunci atau isi-isi penting tertinggal.
Murni & lengkapkan catatan anda.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

3. PANORAMA

PURPOSE FOR READING (TUJUAN MEMBACA)

 Berikan penekanan pada konsentrasi anda.
 Anda perlu menjawab soalan-soalan berikut:-
(i) Kenapa saya mempelajari bahan ini?
(ii) Adakah kerana bahan yang dibaca;

- ada kaitan dengan mata pelajaran yang diambil?
- dapat dijadikan bahan rujukan untuk membuat tugasan?
- dapat digunakan untuk menyertai seminar atau kuiz?
- digunakan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan?

ADAPT READING RATE (SESUAIKAN KADAR MEMBACA)

 Sesuaikan kadar kelajuan membaca anda dengan bahan yang dibaca.
 Tentukan keupayaan anda bagi membaca bahan yang dipilih.
 Jika bahan yang dibaca terlalu sukar, perlahankan kadar kelajuan membaca anda.

 Walau bagaimanapun, bersedia untuk membaca secara luncuran (skimming) atau
secara imbasan (scanning) pada bahagian-bahagian tertentu.

NEED TO MAKE QUESTION (PERLU MEMBINA SOALAN)

 Tukarkan tajuk, subtajuk, pernyataan dsb kepada bentuk soalan.
 Setiap jawapan bagi soalan yang dibina akan diperoleh apabila anda membaca
secara intensif.
 Cuba sedaya upaya dengan penuh konsentrasi memahami bahan yang dibaca
terutamanya bagi bahan bacaan yang berat atau sukar difahami.

OVERVIEW (GAMBARAN KESELURUHAN)

 Perhatikan organisasi atau susunan bahan yang dibaca.
 Buat penelitian secara sepintas lalu berkenaan dengan;

- Nama pengarang & latar belakang kelayakannya.
- Tahun buku itu diterbitkan.
- Kandungan buku mengikut bab.
- Penggunaan subtajuk atau tajuk-tajuk kecil dalam setiap bab.
- Gambarajah, graf, jadual dsb.
- Rumusan pada akhir bab.
- Glosari & indeks.
- Penelitian terhadap pengarang & tahun terbit penting bagi menentukan
kewibawaan penulis & maklumat terkini yang disajikan di dalam buku itu.

READ & RELATE (BACA & HUBUNGKAITKAN)

 Lakukan pembacaan secara preview (gambaran awal), luncuran, imbasan atau

bacaa secara intensif mengikut keperluan bahan yang dibaca.
 Kenalpasti tesis (mauduk atau perkara utama), idea-idea utama & fakta-fakta
sokongan.
 Hubungkaitkan dengan pengalaman ataupun pengetahuan anda bagi memperolehi
makna & kefahaman yang tepat bagi bahan yang dibaca.
 Baca bagi mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda bina sebelum ini.

ANNOTATE (ANOTASI)

 Anotasi adalah nota, tanda atau simbol yang ditambah pada bahagian teks untuk
diberikan perhatian.
 Gunakan sistem berikut pada bahan bacaan anda sendiri.
 Gariskan idea-idea utama & fakta sokongan dengan pen atau pensil warna.
Gunakan kod warna seperti merah untuk idea utama, biru untuk tahun dsb.
 Bentuk sistem penanda seperti bulatan, kotak, asterisk (*), titik dsb bagi mengenali
maklumat-maklumat penting.
 Sekiranya anda tidak dapat membuat sebarang tanda pada bahan yang dibaca
(contoh, buku pinjam dari perpustakaan & tidak boleh dibawa keluar untuk

difotostat), maka gunakan sistem anotasi pada buku catatan anda.

MEMORISE (INGATKAN)

 Semua konsep & fakta disusun secara sistematik bagi memudahkan anda
mengingati semula apabila diperlukan (misalnya menulis di atas kad).
(i) Bentuk lakaran atau tanda yang bermakna kepada anda bagi memudahkan anda

mengingatinya.
(ii) Bina cara baru menyusun nota mengikut kefahaman anda.
(iii) Gunakan akronim bagi mengingatti kata-kata kunci.
(iv) Gunakan mneumonik atau kaedah perkaitan bagi mengingat kembali semasa

maklumat-maklumat itu diperlukan.

ASSESS (NILAI SEMULA)

 Nilai semula kerja anda.
 Uji diri anda dengan soalan-soalan berikut:-
(i) Adakah anda sudah mencapai tujuan pembacaan yang ditetapkan pada

peringkat awal pembacaan?
(ii) Adakah anda memperolehi sebarang maklumat yang sangat berguna sepanjang

proses pembacaan anda?
(iii) Bolehkan anda mengingat semula idea-idea utama & fakta-faktanya dengan

tepat?
(iv) Paling utama, adakah anda dapat memahami bahan yang sudah anda baca?

1. HAFAL Isi Yang Dibaca Sebutkan isi yang telah dihafal sehingga boleh didengar oleh telinga
kamu sendiri.

2. Tentukan Perkara Yang Perlu DIINGAT Ingat hanya perkara utama.

3. Isi DISUSUN Dengan Betul Pastikan turutan isi betul. Soal & jawab sendiri.
Baca, baca & terus baca.
4. UJI Kemampuan Daya Ingatan Kamu Sebelum & selepas tidur.
5. Lakukan ULANGKAJI Sekerap Mungkin

6. Cuba INGAT Semula Apa Yang Telah Kamu Baca

7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK Gabungkan kepala huruf untuk bentuk ayat.

8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN Ganti dalam bentuk cerita.

9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR

10.Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA Dalam bentuk lagu.

11.Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR

12.Menggunakan Kaedah AKRONIM Gambarkan objek yang ada
kaitan dengan isi.

Gabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.

1. Persekitaran Belajar Yang Sesuai - Tiada gangguan, selesa, ada

cahaya, tampal gambar yang memberi ketenangan fikiran.

2. Motivasi & Sikap Positif Tinggi – Self-Talk, dorongan,

pengalaman, cari keperluan, adakan matlamat.

3. Strategi Belajar Yang Efektif – Matlamat, cara belajar, cara

membaca, cara mendengar, cara membuat nota, cara menguatkan daya ingatan,
cara berfikir.

4. Strategi Menghadapi Peperiksaan Yang Cemerlang -

Persediaan teliti & berkesan, yakin & bersemangat, tenang & sistematik, sentiasa
berusaha, lakukan pada masa & tempatnya.

5. Riadah – Amalkan senaman, elak daripada punca penyakit, belajar cara

rehat diri.

6. Pemakanan – Amalkan pemakanan yang seimbang, elakkan makan

makanan ringan.

Sentiasa menghargai masa. Mampu serap setiap tekanan
belajar.
Bersabar & tidak mudah putus
asa. Buat latihan & jawab contoh
soalah tahun lepas.
Menambah latihan bagi setiap
tajuk. Tidak malu bertanya.

Ulangkaji setiap hari. Belajar secara sistematik &
konsisten.
Matlamat perlu jelas &
khusus. Hantar tugasan pada masanya.

Rajin baca & buat rujukan. Niat belajar yang
bersungguh-sungguh.

Setiap tajuk pelajaran Siapkan semua tugasan yang
difahami & dikuasai. guru berikan.

Gunakan kekuatan & Tumpukan perhatian semasa
kecerdasan IQ & EQ. guru mengajar.

Sanggup mengorbankan keseronokan & menggunakan
seluruh tenaga & masa untuk belajar.

Kalau Kamu Fikir Kamu Akan Tewas,
Kamu Telah Pun Tertewas.
Kalau Kamu Fikir Kamu Tidak Berani, Jangan.
Kalau Kamu Ingin Menang,
Tetapi Kamu Fikir Tidak Boleh,
Sebenarnya Telah Hampir Pasti Kamu Tidak Akan Menang.
Kalau Kamu Fikir Kamu Akan Kecundang,
Kamu Telah Pun Kecundang.
Kerana Sebenarnya Di Dunia Ini Kita Dapati,
Kejayaan Bermula Dengan Keazaman Seseorang,
Semuanya Tergantung Pada Keadaan Pemikiran.
Kalau Kamu Fikir Kamu Telah Dikalahkan,
Kamu Telahpun Kalah.
Kamu Mesti Berkeyakinan Terhadap Diri Sendiri,
Sebelum Kamu Boleh Meraih Sesuatu Ganjaran.
Perjuangan Hidup Tidak Selalu Dimiliki Oleh Orang Yang
Lebih Kuat Atau Lebih Pantas,
Tetapi Lambat Laun Orang Yang Menang Ialah Orang Yang
Berpemikiran DIA BOLEH.


Click to View FlipBook Version