The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harisjazimin, 2021-03-18 11:10:50

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

haris2

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD HARIS JAZIMIN BIN MOHAMAD SHARUL NIZAM

6 BESTARI

SK SRI AMAN

KHASIAT BUAH – BUAHAN Disebalik rasanya yang enak,
TEMPATAN
buah-buahan sebenarnya

mengandungi khasiat yang

tinggi untuk kesihatan. Ia

diperkaya dengan zat galian

yang mempunyai nilai

perubatan dan mampu

mengubati pelbagai jenis

penyakit. Namun tidak ramai

yang menyedari hal ini

melainkan masyarakat luar

bandar terutamanya golangan

tua. Ini kerana masyarakat desa

kurang terdedah dengan

perubatan moden dan masih

lagi kuat mempercayai

perubatan tradisional yang

diamalkan sejak turun temurun.

DURIAN Buah durian memilik

kandungan gula, vitamin C

, kalium dan triptofan asid amino

serotoninergik yang tinggi, dan

menjadi sumber baik karbohidrat,

protein dan lemak. Ia disarankan

sebagai sumber sihat lemak

mentah oleh beberapa penyokong

makanan mentah. Di

Malaysia, rebusan daun dan akar

durian pernah dijadikan

ubat antipiretik. Rebusan ini

dilumur pada dahi pesakit yang

demam. Di Indonesia, kulit buah

ini pun biasa dibakar dan abunya

digunakan dalam ramuan untuk

melancarkan haid dan

menggugurkan kandungan. Abu

dan air rendaman abu ini juga

digunakan sebagai campuran

pewarna tradisional.

PISANG Di Malaysia, pisang mempunyai
pelbagai kegunaan selain daripada
dimakan buahnya.

Daun pisang biasanya digunakan
sebagai alas makanan kerana ia
menghasilkan bau yang harum apabila
terkena makanan yang panas. Daun
pisang boleh digunakan sebagai
pelindung hujan, pembalut kuih, dan
pembalut masakan seperti ikan bakar
atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan
untuk membuat rakit. Selain itu batang
pisang mempunyai gentian yang
banyak dan boleh diproses secara
perdagangan untuk membuat tali dan
bahan seumpamanya seperti guni dan
malah untuk tenunan pakaian.

Kulit pisang yang terhasil sebagai
bahan sampingan dari pembuatan
makanan lain seperti kerepek, juga
boleh diproses melalui proses
penapaian untuk penghasilan alkohol
dan cuka makan.

TEMBIKAI

Buah tembikai mengandungi
vitamin A, kukurbisitrin yang
berkesan mengubati masalah
ginjal dan salur kencing. Ia
mengandungi sejenis gula dan
garam yang berkesan
melawaskan buang air kecil
dan merawat masalah ginjal.

MANGGIS Buah manggis kaya dengan 40 dan
lebih bahan Xanthones yang
merupakan sejenis super-antioksida.
Buah ini dikatakan boleh membantu
memulihkan sistem imunisasi badan.

Kulit buah manggis telah digunakan
secara meluas di India sebagai ubat
cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar
sesuku inci tebal dan mengandungi
cecair amat pengering (astringent),
yang mana, pada musim hujan,
menghasilkan cecair melekit
kekuningan, yang merupakan
sejenis gamboge.

Orang-orang Cina menggunakan
kulit pokok sebagai sumber pewarna
hitam, dan turut juga
menggunakannya bagi mengubat
cirit-birit.

BETIK Buah betik yang ranum kaya
dengan vitamin C, mempunyai kandungan
serat yang tinggi. Selain itu, ia juga
mengandungi air, protein, lemak, serat,
zat besi, fosforus, kalium, kalsium,
natrium, niasin, riboflavin, tiamin,
karpain, karposid, mirosin, papain dan
pektin.Betik juga boleh dimakan bagi
melawaskan perut bagi sesiapa yang
mempunyai masalah sembelit.

Masyarakt Mexico menggunakan daun
betik bukan sahaja untuk melembutkan
daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk
asma dan masalah jantung.
Bagaimanapun jika penggunaan daun
terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya
kerana ia boleh menghasilkan toksik.

Khasiat pada pucuk daun betik didapati
secara kajian klinikal oleh Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap
jus daun betik bagi pesakit denggi (denggi
tidak berdarah dan denggi berdarah kelas
satu) menunjukkan pengambilan 30
mililiter (ml) atau dua sudu besar jus
daripada dua daun betik matang setiap
hari, selama tiga hari menaikkan jumlah
platelet.

JAMBU BATU

Jambu batu lazimnya
digunakan sebagai ubat
dalam perubatan tradisional
dalam masyarakat Asia,
Amerika Tengah, Caribbean
dan Afrika

MANGGA

Buah mangga telah dikatakan
melegakan usus-usus dan oleh
itu, menyebabkan buah ini
mudah dicernakan. Buah ini,
dipercayai dapat membantu
menghentikan pendaharan,
mengukuhkan jantung, dan
memanfaatkan otak.


Click to View FlipBook Version