The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ishaz3796, 2020-04-18 22:33:00

Buku Pengurusan Sekolah SK Bahagia

Buku Pengurusan Sekolah

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

4. CUTI
4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

4.1.1 Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun
2017 guru yang berkelayakan mendapat cuti penggal
sekolah layak mendapat cuti rehat khas ( 10 Hari
Setahun). CRK perlu mendapat kelulusan Guru Besar
terlebih dahulu setelah memastikan urusan PdP guru
tidak terjejas.Kelulusan Cuti Rehat Khas adalah
secara Prorata.

4.2 Cuti Sakit
4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang
melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak
boleh melebihi 15 hari dalam setahun.
4.2.3 Cuti Sakit tidak melebihi 90 hari boleh diluluskan
oleh Ketua Jabatan. Cuti sakit yang melebihi 90 hari
setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan untuk menentukan
pembayaran gaji.

4.3 Cuti Tanpa Gaji
4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh
dipohon atas sebab-sebab persendirian yang
mustahak.
4.3.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru
hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.
4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap
genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi
80 hari.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

4.3.4 Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya
boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari
setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang
permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan
Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula
bercuti.

4.4 Cuti Rehat Khas (CRK)
4.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru
sahaja.
4.4.2 Cuti ini hanya boleh diluluskan oleh Guru Besar
hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara
keagamaan bagi tempoh 10 hari dalam setahun
secara prorata.

4.5 Cuti Keluar Negeri
4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti
mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang
permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4
minggu sebelum bercuti.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

5. PAKAIAN
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan

profesion keguruan dan masyarakat timur.

5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak
dibenarkan bagi guru perempuan.

5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan
panjang rambut yang sesuai.

5.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai:-

5.4.1 Guru Perempuan – Seluar trek/panjang yang
sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek dan
kasut sukan.

5.4.2Guru Lelaki – Seluar trek yang sesuai. Kemeja T ,
baju trek atau jersi. Kasut sukan.

5.5 Semua guru juga digalakkan memakai batik Malaysia
pada setiap hari Khamis.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
6.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi
dan professional yang baik dan sihat sesama guru
dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka.
Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan
kekitaan.

6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau
memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan kepada guru atau pelajar atau staf
sokongan sekolah yang lain.

6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang
berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial
ekonomi , kelulusan dan sebagainya adalah tidak
dibenarkan wujud sama sekali di sekolah.

7. BILIK GURU
7.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah
menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak
mengajar di kelas. Masa ini dianggap sebagai
‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa
tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
sahaja.

7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar
untuk berada di bilik guru.

7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-
sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman
mana-mana pihak.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

8. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
8.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah
dalam bidang perjawatan, mereka boleh
berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru
Besar.

8.2 Guru yang menghadapi masalah di dalam bidang
pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia Mata Pelajaran, Penolong Kanan
Kurikulum dan Guru Besar.

9. TUGAS
9.1 Guru akan diberi tugas berbentuk Kurikulum, Hal
Ehwal Murid, Kokurikulum, Pentadbiran dan tugas
khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas
tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
9.2 Apabila diarah untuk melaksanakan sesuatu
tugas/arahan misalnya, menghadiri mesyuarat,
pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain,
guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru
yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru
lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru
Besar.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

10. BUKU REKOD MENGAJAR
10.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3 1999, Penyediaan
Buku Rekod Pengajaran. Pihak sekolah
menetapkan penghantaran RPH menggunakan
aplikasi Google Classroom.Selaras dengan arahan
pihak PPD Tawau. Penghantaran hendaklah dibuat
pada hari Jumaat.

10.2 Jika seseorang guru bercuti, RPH hendaklah
diserahkan kepada Penolong Kanan Kurikulum.

10 Rancangan Pengajaran hendaklah disimpan dalam
apa juga bentuk samada ‘Soft Copy’ atau ‘Hard
Copy’ untuk tujuan rekod dan bukti bila
diperlukan.

11. JADUAL WAKTU
11.1 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan
jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas
sendiri.
11.2 Guru tidak boleh mengubah jadual waktu yang
telah ditetapkan tanpa kebenaran.

12. rekod kehadiran murid
12.1 Rekod kehadiran murid adalah secara ‘on line’
melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid
‘APDM’.Rekod hendaklah dihantar kepada
Pembantu Tadbir yang bertugas sebelum waktu
rehat.
12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-
turut atau berselang-seli dalam satu minggu
ibu/bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara
bertulis.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

12.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan
akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.

12.6 Kehadiran murid mengikut kelas dan keseluruhan
hendaklah mencapai ‘KPI’ 95 % setiap bulan.

13. KESELAMATAN HARTA BENDA
13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama
sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta
benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
sengaja hendaklah dibawa kepengetahuan pihak
pentadbir sekolah.
13.2 Ketua panitia hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan
alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal,
bengkel, bilik khas dan lain-lain.

14. KEBERSIHAN
14.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan
sekolah.
14.2 Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik
khas / tempat khas / bilik kaunseling / makmal dan
lain-lain bertanggungjawab untuk menjaga bilik
tersebut.
14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab
semua guru, staf sokongan dan pelajar.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

15. SURAT-MENYURAT
15.1 Semua surat hendaklah dikirimkan melalui Guru
Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

16. SURAT YANG DITERIMA

16.1 Ada surat yang diterima oleh Guru Besar terpaksa
diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan.
Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan
segera terhadap surat-surat tersebut.

16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan
dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar,
surat itu boleh disimpan sendiri setelah mengambil
tindakan.

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan
Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru
berkenaan, maka guru itu hendaklah:-

16.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di
pejabat jika fail itu tidak berada dalam
simpanannya.

16.3.2 Mengambi tindakan yang diperlukan.

16.3.3 Memulangkan semula fail itu ke pajabat.

17. PERGI KE JABATAN pendidikan/PEJABAT pendidikan

17.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan
Pelajaran Negeri / PPD untuk urusan peribadi.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

18. PELAWAT
18.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan
Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu.
Guru tidak dibenarkan berbincang dengan
wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali
dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

19. MEMBELI BARANG
19.1 Guru yang hendak membeli barang mesti
memohon kebenaran dengan menggunakan borang
yang diperolehi di pejabat.
19.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada
Ketua Panitia / Penolong Kanan sebelum
diluluskan oleh Guru Besar.
19.3 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang
menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan
kemas.

20. KEGIATAN KOKURIKULUM
20.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat
kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

21. PERHIMPUNAN SEKOLAH
21.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan
sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang
ditetapkan.
21.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju
kemeja berlengan panjang berwarna putih dan
berseluar warna gelap / hitam.
21.3 Semua guru dikehendaki memakai “kot” yang
berwarna hitam ataupun gelap setiap kali
perhimpunan dan aktiviti-aktiviti sekolah tertentu.
21.4 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan
Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanahairku dan Lagu
Sekolah.

22. MESYUARAT GURU
22.1 Dari masa ke semasa Guru Besar akan memanggil
mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke
mesyuarat tersebut adalah diwajibkan.
22.2 Guru juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang
dipanggil oleh Guru Penolong Kanan / Ketua
Panitia.

23. BUKU STOK/INVENTORI
23.1 Ketua Panitia bertanggungjawab mengurus buku
stok atau inventori dan memastikan maklumat
dalam buku stok atau inventori adalah tepat,
lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan
disemak dari masa ke semasa oleh Guru Besar /
Penolong Kanan.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

24. TANDA NAMA
24.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada
hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah ataupun
di luar kawasan sekolah.

25. KEAHLIAN KELAB GURU
25.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab
guru dan juga PIBG sekolah.
25.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada
keputusan mesyuarat.

26. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
26.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta
mengikut peraturan.
26.2 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan
baik dan memulangkan kembali dengan segera
serta berkeadaan baik.
26.3 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-
merta.
26.4 Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua
Bahagian atau penyelenggara stor sekolah.

27. ARAHAN DAN PEKELILING
27.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang
dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca
dengan teliti , dipatuhi dan ditandatangani selepas
membacanya.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

27.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi
terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail
khas.

27.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian,
Jabatan Pelajaran / PPD, guru hendaklah
mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah
setelah tindakan diambil.

28. TELEFON/FAX/MESIN CETAK/MEDIA
28.1 Penggunaan peralatan di atas hanyalah untuk
urusan rasmi sahaja. Penggunaan untuk urusan
peribadi tidak dibenarkan.

29. KUNCI
29.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.
29.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci
bilik-bilik tertentu dia mestilah mendapat
kebenaran daripada Guru Besar. Guru tersebut
bertanggungjawab terhadap bilik tersebut
sepenuhnya.

30. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
30.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis
atau acara rasmi sekolah

31. GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN
31.1 Guru Bertugas Harian hendaklah datang sekurang-
kurangnya 15 minit sebelum persekolahan bermula
dan pulang sekurang-kurangnya 10 minit setelah
sekolah berakhir.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

31.2 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu,
sampah-sampah telah dibuang serta lampu dan
kipas/tingkap telah ditutup setelah tamat
persekolahan.

31.3 Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar
seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng
pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan
mengambil tindakan yang segera dan munasabah
jika perlu.

31.4 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah , tandas,
kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.

31.5 Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di
kantin sekolah.

31.6 Menguruskan rawatan pelajar yang sakit adan
menghantar mereka ke hospital / ke rumah.

31.7 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan
merekodkan nama pelajar yang memohon.

31.8 Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan
pulang sekolah, masa rehat dan masa pertukaran
guru.

31.9 Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan
barang-barang / wang.

31.10Memastikan keadaan keselamatan pelajar di sekitar
kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.

31.11 Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti
sukan, persatuan-persatuan, unit beruniform dan
lain-lain aktiviti yang dijalankan.

31.12 Membuat catatan mengenai perkara-perkara
penting yang berlaku sepanjang hari/minggu

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah -2020-

persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas,
antara perkara-perkara yang dicatat ialah:-

31.12.1 Kedatangan pelajar, guru dan staf
31.12.2 sokongan.
31.12.3 Pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
31.12.4 Lawatan-lawatan / pelawat.
31.12.5 Ucapan / Pengumuman-pengumuman
dalam perhimpunan.
Laporan Hari Isnin ditulis dalam buku
khas mengenai perhimpunan.

31.13 Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas
yang disediakan dan kalau perlu laporkan terus
kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat
diambil.

31.14 Perhimpunan :-

31.14.1 Memastikan semua guru dan pelajar
31.14.2 menghadiri perhimpunan.
Memastikan bendera-bendera,
31.14.3 pembesar suara dan tempat duduk guru
telah disediakan.
Memastikan pelajar telah beratur
dengan kemas.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 1 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

1. TUGAS JAWATANKUASA KELAB STAF SEKOLAH :-

1.1 Mengadakan mesyuarat bagi membincangkan program-
program tahunan dan menetapkan yuran/sumbangan
guru.

1.2 Menjadi orang perantaraan antara staf dengan Guru
Besar.

1.3 Merancang program untuk meningkatkan kebajikan staf.
1.4 Bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan

bilik-bilik staf.
1.5 Bertanggungjawab mengadakan majlis perpisahan untuk

staf akan bertukar/pencen dan menyambut staf baru.
1.6 Bertanggungjawab mengeluarkan saguhati kerana

kemalangan atau melangsungkan perkahwinan dan
waris staf yang meninggal dunia.
1.7 Bertanggungjawab mengelolakan Hari Guru dengan
kerjasama guru-guru, Penolong Kanan dan Lembaga
Pengawas.
1.8 Bertanggungjawab mengelolakan pertandingan/kegiatan
sukan atau riadah untuk ahli.
1.9 Memastikan semua guru dan staf sokongan menjadi ahli
PSKPP.
1.10 Membantu pihak sekolah menguruskan Lawatan
Terancang/Lawatan Sambil Belajar untuk meningkatkan
profesionalisme keguruan dan kesejawatan.
1.11 Bertanggungjawab mengelolakan jamuan akhir tahun
untuk semua staf.
1.12 Mengadakan perlawanan permainan antara staf sekolah
atau badan luar.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 44 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

2. TUGAS JAWATANKUASA KEWANGAN :-

2.1 Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling
yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan
perakuanan sekolah yang diedarkan dari masa ke
semasa.

2.2 Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada
Penolong Kanan, Penyelia Petang, Penyelaras Tahun,
Guru Darjah dan Kerani.

2.3 Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan
pungutan.

2.4 Mengagihkan buku resit kepada guru kelas dan
penyelaras kelas.

2.5 Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam
bank.

2.6 Memastikan semua pembelian/pembayaran dibuat
mengikut peraturan kewangan (pesanan tempatan,
invois, bil, baucer, dan cek).

2.7 Menyediakan Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar
Wang Runcit.

2.8 Menyemak dan menandatangani penyata kewangan
dalam Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang
Runcit.

2.9 Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran
JPN.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 45 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

3. TUGAS JAWATANKUASA PENGHAYATAN ISLAM :-

3.1 Merancang program pembangunan Insan Kamil.
3.2 Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah.
3.3 Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam.
3.4 Mengadakan Progaram Penghayatan Islam sepanjang

bulan Ramadan.
3.5 Merancang dan meyelenggar surau sekolah.
3.6 Menyediakan Jadual Waktu Beribadah secara berjemaah

di surau.
3.7 Menyelaras program-program Nadwah Islamiah yang

dianjurkan oleh agensi-agensi luar.

# Jika Guru Besar seorang bukan islam, Penolong
Kanan seorang beragama Islam menjadi
Pengerusi.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 46 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

4. TUGAS JAWATANKUASA DATA MAKLUMAT :-

4.1 Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut tahun,
kelas, kaum dan jantina.

4.2 Menyediakan data / maklumat guru mengikut jantina,
gred, kategori, opsyen dan lain-lain.

2.3 Menyediakan Penyata bulanan pelajar dan penyata
bulanan butiran guru.

4.4 Menyediakan carta atau graf pencapaian akademik
pelajar.

4.5 Menyediakan data pelajar yang menerima biasiswa.
4.6 Menyediakan data tentang latar belakang pelajar

mengenai ekonomi, tempat tinggal penjaga dan
pendidikan penjaga, jenis pengangkutan ke sekolah,
agama yang dianuti dan lain-lain.
4.7 Menyemak jadual kedatangan kelas pada setiap hujung
minggu.
4.8 Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan
rapi.
4.9 Memastikan setiap pelajar baru diberi nombor
pendaftaran sekolah.
4.10 Menggalakkan penggunaan komputer untuk memproses
dan menganalisis data.
4.11 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Besar dari masa ke semasa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 47 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

5. TUGAS JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH :-

Tugas-tugas Guru Perpustakaan
1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan

pengguna perpustakaan.

2. Membuat anggaran belanjawan perpustakaan.

3. Menyediakan senarai buku-buku, alat-alat bilik
perpustakaan.

4. Melantik, melatih dan menyediakan pengawas
perpustakaan dalam membantu mengurus
perpustakaan.

5. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi
peraturan perpustakaan.

6. Menjamin bahawa perpustakaan diurus dengan teratur.

7. Dengan kerjasama guru-guru memilih dan memesan
buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain jenis bahan
bacaan sesuai untuk murid-murid serta guru-guru.

8. Membuat pesanan buku dan alat-alat perpustakaan
melalui Guru Besar.

9. Memeriksa buku-buku atau alat-alat perpustakaan yang
dibekalkan cukup serta akur dengan borang pesanan
atau invois.

10. Menyimpan rekod pembelian dan perbelanjaan bahan-
bahan perpustakaan.

11. Memasukkan kenyataan mengenai buku-buku tersebut
ke dalam stok dan mengelaskan buku-buku tersebut
mengikut perkelasan “Perpuluhan Dewey”.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 48 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

12. Mempastikan setiap buku mengandungi poket buku, kad
buku, “slaid” tulang belakang dan kad katalog sebelum
digunakan.

13. Merancang dan mengadakan aktiviti tahunan seperti
menganjurkan pertandingan kuiz, mengadakan
pameran, mereka buku, bercerita, perbincangan
mengenai buku, ceramah, drama ringkas, pertandingan
membaca dan seumpamanya.

14. Menyediakan rekod peminjam-peminjam buku dengan
senarai kekerapan murid-murid meminjam buku.

15. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada
pihak yang memerlukannya.

16. Menjilid majalah-majalah.
17. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di

dalam perpustakaan daripada kecurian atau kehilangan.
18. Memastikan dan menentukan keselesaan dan kebersihan

bilik perpustakaan.
19. Mengadakan fail-fail tegak.
20. Menyimpan guntingan atau keratan akhbar-akhbar dan

kertas-kertas soalan peperiksaan untuk rujukan.
21. Mengadakan aktiviti-aktiviti am seperti :-

~ Mengisi jadual kedatangan.
~ Menyusun buku-buku di rak dan para-para.
~ Mengemas dan menguncikan bilik perpustakaan.
~ Melengkapkan buku stok.
~ Mengisi butir-butir pada buku-buku baru.
22. Menguruskan proses hapus kira.
23. Menyemak dan menutup stok di akhir tahun.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 49 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

24. Memilih dan melantik pengawas PSS.

25. Menjadi perantara pihak sekolah dengan pustaka
bergerak.

26. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Besar dari masa ke semasa.

Tugas-tugas Guru Media
1. Menyediakan peraturan dan Peraturan Khas

Penggunaan Pusat Sumber.
2. Membuat anggaran perbelanjaan PSS.
3. Memastikan murid-murid memahami dan mematuhi

peraturan PSS.
4. Menyediakan senarai peralatan dan alat bantu mengajar

mengikut mata pelajaran.
5. Membuat pesanan keperluan PSS melalui Guru Besar.
6. Menyediakan rekod penggunaan PSS termasuklah

mencatat bilangan penggunaan PSS setiap kali ia dibuka.
7. Menyediakan buku rekod peminjam-peminjam peralatan

dan alat bantu mengajar dan mengadakan rekod
kekerapan pinjaman.
8. Memastikan keselamatan segala harta dan perabot di
dalam PSS daripada kecurian dan kehilangan.
9. Memastikan keselesaan dan kebersihan bilik media.
10. Menyemak dan menutup stok peralatan media di akhir
tahun.
11. Menubuhkan kelab PSS.
12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Guru Besar dari masa ke semasa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 50 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - Unit Pentadbiran 2020-

Pembantu guru APD/K (Komputer)

1. Memastikan alat-alat BBM/APD/K yang berkuasa
elektrik dan bahan software / hardware sentiasa dalam
keadaan baik.

2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku
sebarang kerosakan atau kehilangan.

3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-
alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas
digunakan.

4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan
BBM/APD/K.

5. Mengurus penggunaan BBM/APD/K secara berterusan.
6. Menyelaras rancangan TV Pendidikan mengikut jadual

waktu sekolah.
7. Memastikan keselamatan BBM/APD/K.
8. Membantu Guru Besar dalam urusan pemilihan, sebut

harga alat-alat BBM/APD/K.
9. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/K dalam

pengajaran dan direkodkan dengan kemas.
10. Memastikan bilik BBM/APD/K sentiasa kemas, selamat

dan ceria.
11. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/K.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 51 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

1. TUGAS JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN:-

1.1 Menjadi Ketua atau Pengerusi Panitia Mata Pelajaran
dengan mengadakan mesyuarat dan Dialog Prestasi 4
kali setahun dan mengadakan perjumpaan “ ad-hoc” di
mana perlu.

1.2 Membantu Guru Penolong Kanan Kurikulum dalam
menyelaras pengurusan akademik guru-guru mata
pelajaran.

1.3 Membantu Guru Penolong Kanan Kurikulum
memperolehi sukatan pelajaran/ Dokumen Standard
yang telah dikemaskini untuk kegunaan guru-guru.

1.4 Membantu menyediakan rancangan mengajar untuk
kedua-dua semester dalam tahun persekolahan yang
diselaraskan di antara guru-guru di dalam satu aliran
darjah.

1.5 Membantu dan mencadangkan kepada pihak pentadbir
sekolah, buku kerja tambahan untuk kegunaan murid-
murid berdasarkan kepada kesesuaian buku tersebut
dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap
kebolehan murid tersebut.

1.6 Membantu memilih dan mencadangkan buku-buku
rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan
guru dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.

1.7 Membantu menyelaraskan soalan-soalan dan
permarkahan bagi semua jenis penilaian, ujian dan
peperiksaan serta membantu menubuhkan bank soalan
bagi semua aliran darjah.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

1.8 Mengkaji dan menganalisis keputusan-keputusan
penilaian, khususnya PKBS dan UPSR serta memberi
rumusan cara-cara mengatasi kelemahan pengajaran
dan pembelajaran.

1.9 Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dalam usaha ke
arah memajukan murid-murid yang lemah.

1.10 Menyemak buku latihan murid jika diarahkan oleh Guru
Penolong Kanan Kurikulum.

1.11 Menyelanggarakan fail-fail panitia yang berkenaan
dengan semua minit mesyuarat atau laporan mesyuarat,
surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

1.12 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru
Besar dari masa ke semasa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

2. TUGAS JAWATANKUASA JADUAL WAKTU :-

2.1 Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2.2 Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut

mata pelajaran.
2.3 Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang

sesuai.
2.4 Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran

tertentu.
2.5 Menentukan penggunaan bangkel dan makmal.
2.6 Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti

jadual waktu anjal dan jadual waktu blok.
2.7 Menentukan guru kelas berdasarkan kelas yang diajar.
2.8 Memastikan jadual waktu induk dan persendirian

disediakan pada waktu tertentu.
2.9 Membuat pindahaan, jika perlu.
2.10 Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Guru

Besar dan dipaparkan untuk makluman semua guru.
2.11 Berusaha menggunakan komputer dalam pengurusan

jadual waktu.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

3. TUGAS JAWATANKUASA PENILAIAN & PEPERIKSAAN:-

3.1 Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat
sekolah.

3.2 Menyediakan jadual pembinaan soalan.
3.3 Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat

menyimpan kertas soalan.
3.4 Memastikan keselamatan.
3.5 Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada

pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
3.6 Memastikan skema jawapan disediakan oleh ahli panel

penggubal soalan.
3.7 Memastikan jadual waktu peperiksaan kertas jawapan

mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
3.8 Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
3.9 Menetapkan tarikh perjumpaan ibu bapa dengan guru

untuk membincangkan kemajuan pelajar.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

4. TUGAS GURU MATA PELAJARAN:-

4.1 Memiliki, memahami dan boleh mentafsir serta
menghuraikan kandungan sukatan pelajaran yang
berkenaan.

4.2 Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan
arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang
diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang
harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan
dan kemahiran di akhir tiap penggal bagi tiap kelas /
darjah.

4.3 Mempunyai sebuah buku/fail Rancangan Pengajaran
yang dikemaskini dan menyerahkan kepada Guru Besar
pada masa yang telah ditetapkan.

4.4 Menyediakan Rancangan Pengajaran bagi mata
pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh
setahun /semester/ minggu / harian dan melaksanakan
P&P mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.

4.5 Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan yang
cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan
memulangkan semula secepat mungkin.
Menyerahkan/menunjukkan buku latihan murid kepada
Guru Besar/Penolong Kanan pada masa yang
dikehendaki.

4.6 Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada
pelajar. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian
dalam Buku/Fail Rancangan Pengajaran.

4.7 Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas
pemulihan/bimbingan.

4.8 Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri
serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat
panitia.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

4.9 Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan
buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran / Jabatan Pelajaran dan PPD.

4.10 Memastikan keselamatan pelajar di makmal/bilik khas /
bilik Kemahiran Hidup serta mengawasi penggunaan
peralatan.

4.11 Menghadiri mesyuarat / taklimat mengenai mata
pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan
oleh Kementerian Pelajaran / Jabatan Pelajaran Negeri /
PPD. Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain
yang mengajar mata pelajaran yang sama.

4.12 Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan
tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran berkenaan
bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.

4.13 Melapor kepada Ketua Panitia Mata Pelajaran tentang
masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan
selanjutnya.

4.14 Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu
mengajar / belajar dan menggunakannya secara meluas.
Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantu
mengajar / belajar bagi memperkayakan Pusat Sumber
sekolah.

4.15 Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan di
dalam kelas-kelas diajar.

4.16 Membantu menguruskan Bank Soalan.
4.17 Menjalankan tugas seorang kaunselor dan seorang guru

disiplin.
4.18 Menjalankan tugas yang di arah dari masa ke semasa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

5. TUGAS GURU KELAS:-

5.1 Pengurusan dan Organisasi Kelas;

5.1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri
daripada Ketua Darjah, Penolong Ketua
Darjah , Bendahari, AJK Kebersihan dan AJK
Keceriaan. Memastikan AJK kebersihan
mengagihkan pelajar untuk membersihkan
papan hitam, menyapu lantai, mengelap
tingkap, menyusun kerusi meja dan
membuang sampah. Memastikan AJK
Keceriaan sentiasa mengemaskini papan
kenyataan dan papan maklumat dari masa ke
semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika
perlu) untuk kelas.

5.1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut
ada di dalam kelas :-
a) Jadual Waktu
b) Jadual Tugas
c) Perabot Kelas seperti kerusi meja

murid, meja guru dan papan
hitam diinventorikan.
d) Moto Kelas
e) Alatan pembersihan seperti
penyapu, bakul sampah dan penyedok
sampah.

5.1.3 Menentukan wayar elekrik, kipas angin dan
lampu dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.

5.1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik
yang rosak kepada guru yang berkenaan.

5.1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik
menjalankan tugas.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

5.2 Jadual Kedatangan dan kedatangan pelajar;

5.2.1 Menandakan jadual kedatangan harian
selewat-lewatnya sebelum waktu kedua
5.2.2 berakhir dan menyimpan buku daftar
5.2.3 kedatangan pelajar di pejabat.
5.2.4
Menentukan semua butir yang dikehendaki
ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar
ditulis.

Memastikan data terkini pelajar ditulis.

Memastikan kelas mempunyai buku
kedatangan kedua dan diselenggarakan
seperti yang diarah :-
a) Buku diambil dan dihantar pada waktu

dan tempat yang disediakan.
b) Menjamin keselamatan buku tersebut.

5.3 Laporan Pelajaran;

5.3.1 Memastikan setiap pelajar mempunyai kad
5.3.2 kemajuan pelajar.
Mengisikan markah dan membuat laporan
5.3.3 kemajuan akademik, kokurikulum dan fizikal
5.3.4 dalam kad kemajuan murid bagi setiap
5.3.5 semester.
Menyampaikan kad kemajuan pelajar kepada
ibu bapa / penjaga.
Mengambil kad 001R daripada GPK HEM.
Menyedia dan mengisi :-
a) “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan

sekolah.
b) Kad 001R
c) Sijil berhenti dan surat akuan bagi

pelajar yang meneruskan persekolahan
lulus.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

5.4 Masalah Pembelajaran, Kesihatan Diri dan Disiplin;

5.4.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsang
minat pelajar terhadap akademik.

5.4.2 Menggalakkan pertandingan yang berbentuk
akademik dan memberikan hadiah (jika
perlu).

5.4.3 Sentiasa prihatin terhadap semua masalah
pelajar.

5.4.4 Melaporkan kepada Guru Kesihatan Jika
terdapat pelajar yang menghadapi masalah
kesihatan.

5.4.5 Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan
Kaunseling jika terdapat pelajar yang
menghadapi masalah kemerosotan pelajar.

5.4.6 Melaporkan kepada Guru Disiplin jika
terdapat pelajar yang melanggar disiplin
sekolah.

5.4.7 Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur
yang berikut:-
a) Mendapatkan dan mengisi dalam dua

salinan borang “ Melanggar Peraturan
Sekolah”

b) Menghantar satu salinan borang
tersebut kepada ibu bapa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

5.5 Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan;

5.5.1 Memastikan skim pinjaman buku teks diagih
kepada pelajar yang layak dan memastikan
buku-buku tersebut dibalut dan ditulis nama
pelajar.

5.5.2 Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.

5.5.3 Memulangkan buku teks pada tarikh yang
ditetapkan dan menyenaraikan nama pelajar
yang tidak memulangkan buku teks pada
akhir tahun dan memberikan senarai itu
kepada guru SPBT.

5.5.4 Mengenalpasti pelajar yang layak menerima
sebarang bentuk bantuan yang lain dan
melaporkan kepada Guru Kebajikan / GPK
HEM.

5.6 Kutipan Yuran dan Derma;

5.6.1 Memastikan semua pelajar membayar yuran
persekolahan.

5.6.2 Mencatatkan No. Resit pembayaran Yuran di
dalam buku Jadual Kedatangan Murid untuk
rujukan.

5.6.3 Menyerahkan semua wang kutipan yuran
(sekiranya ada) kepada GPK Tadbiran dan
Kurikulum.

5.7 Pendaftaran Pelajar Baru;

5.7.1 Menerima kemasukan pelajar baru dari
Penyelaras Kelas / GPK HEM.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

5.7.2 Mendaftarkan nama pelajar baru ke dalam
5.7.3 buku kemasukan pelajar dan mendapatkan
5.7.4 nombor pendaftaran pelajar baru daripada
5.7.5 GPK HEM.
5.7.6 Menentukan penerimaan borang SPBT
(sekiranya layak) dari sekolah yang terdahulu
dan memastikan pelajar ini mendapat buku
teks.
Menyemak jika pelajar ini mendapat sebarang
bentuk biasiswa / wang bantuan dan
melaporkannya kepada guru berkaitan / GPK
HEM.
Menentukan penerimaan kad Kemajuan
Pelajar dan Rekod 011R dari sekolah yang
terdahulu.
Menentukan kedudukan rumah sukan.

5.7.7 Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

5.8 Murid Keluar;

5.8.1 Memastikan borang SPBT, kad kemajuan
pelajar dan kad 011R dihantar ke Pejabat.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

5.8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah
disempurnakan.

5.8.3 Memastikan surat kelulusan untuk bertukar
5.8.4 telah diterima.
Memastikan buku teks telah dipulangkan.

5.8.5 Memastikan penerimaan bantuan/
kemudahan dilaporkan ke pejabat untuk
tindakan GPK HEM.

5.9 Pendaftaran Sukan, Persatuan dan lain-lain;

5.9.1 Menentukan setiap pelajar mempunyai rumah
sukan.

5.9.2 Memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti
kokurikulum dan menyerahkan senarai nama
mereka mengikut persatuan, kelab dan badan
beruniform yang dipilih kepada Penyelaras
Kokurikulum.

5.9.3 Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam
sukan dan juga aktiviti kokurikulum.

5.10 Guru Kaunselor dan Guru Disiplin;
5.10.1 Menjalankan tugas sebagai guru kaunselor.
5.10.2 Menjalankan tugas sebagai guru disiplin.

6. TUGAS GURU PENYELARAS KELAS:-
6.1 Bertanggungjawab membuat pembahagian pelajar dalam

kelas di bawah jagaannya. Persetujuan Guru Penolong
Kanan perlu diminta terlebih dahulu.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

6.2 Menerima kemasukan pelajar baru dan membuat
penempatan mengikut kelulusan / perkara-perkara yang
telah dipersetujui.

6.3 Membantu guru kelas dalam hal-hal barkaitan
pengagihan bantuan pelajar miskin / Yayasan Sabah /
buku teks (SPBT).

6.4 Membantu GPK HEM dan guru penyelaras bantuan
menguruskan hal-hal berkaitan kelayakan pelajar yang
mendapat wang bantuan setelah mendapat maklumat
daripada guru kelas.

6.5 Memaklumkan kepada GPK / Guru Besar tentang
jumlah pelajar dalam setiap kelas dari masa ke semasa.

6.6 Menjadi penyelaras peperiksaan bagi kelas di bawah
jagaan.

6.7 Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan pelajar
baru disimpan dalam daftar masuk dengan kemas dan
teratur.

6.8 Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling
bagi mendapatkan kad-kad berikut untuk dihantar ke
sekolah baru jika berlaku pertukaran pelajar.

6.8.1 Buku Rekod Kemajuan Pelajar
6.8.2 Kad Gerko
6.8.3 Kad 001R
6.8.4 Borang Kelulusan Pinjaman Buku Teks
6.8.5 Lain-lain yang difikirkan perlu.

6.9 Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran pelajar. Fail
tersebut mesti disimpan di pejabat. Perlu mendapat
kerjasama dari Pembantu Am Rendah.

6.10 Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan
UPSR / Semester / Ujian Bulanan.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Kurikulum Sekolah - Unit Kurikulum 2020-

6.11 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan menyedia
dan menyiapkan bilik-bilik peperiksaan.

6.12 Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru
dan bekerjasama dengan guru kelas dan GPK HEM
dalam hal pengagihan / penempatan kelas.

6.13 Sentiasa memastikan bilangan terkini pelajar serta
nombor bilangan/pendaftaran adalah betul .

6.14 Sentiasa menyemak dan mengemaskini fail-fail
kemasukan pelajar dan memastikannya selari dengan
Buku Pendaftaran Pelajar. Buku ini hendaklah disimpan
di pejabat (Simpanan GPK HEM ).

6.15 Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru
dalam fail daftar mengikut kelas.

6.16 Memastikan pelajar baru ditempatkan di kelas mengikut
kelulusan / perkara-perkara yang telah dipersetujui.
Rujuk Guru Kelas dan GPK HEM.

6.17 Menyampaikan laporan tentang pelajar baru kepada
Guru Penolong Kanan atau guru besar.

6.18 Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh guru besar
dari masa ke semasa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

1. JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID :-
1.1 Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah

dengan memberi fikiran dan pandangan melalui perbincangan
dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah dan jika perlu
mengkaji semula dari masa ke semasa.
1.2 Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar
sebelum tindakan diambil ke atas pelajar berkenaan.
1.3 Membincangkan masalah kebajikan murid dengan tujuan
membimbing dan membantu menangani masalah tersebut.
1.4 Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan dari pelajar,
guru, serta ibu bapa mengenai hal-hal yang berkaitan dengan disiplin
sekolah.
1.5 Memberi bimbingan dan panduan dalam hal perlantikan pengawas-
pengawas sekolah.
1.6 Merancang segala aktiviti yang berpusatkan pelajar demi
kepentingan mereka.
1.7 Mesyuarat :-
1.7.1 Ada dua jenis mesyuarat jawatankuasa ini iaitu mesyuarat

sidang penuh dan mesyuarat sidang kes. Kekerapan kedua-
dua mesyuarat ini diadakan adalah terpulang kepada
keperluan dan budi bicara Guru Besar.
1.7.2 Mesyuarat sidang penuh ialah mesyuarat yang diadakan bagi
membentangkan dan membincangkan peraturan yang
digubal, membentangkan dan membincangkan cadangan
tambahan dan pindaan kepada peraturan yang ada dan
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kebajikan pelajar-pelajar. Semua Ahli Jawatankuasa
dikehedaki hadir.
1.7.3 Mesyuarat sidang kes ialah mesyuarat yang diadakan dari
semasa ke semasa mengikut keperluan tertentu apabila Guru
Besar / Pengerusi berpendapat bahawa sidang demikian perlu
diadakan.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 91 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

1.7.4 Dalam semua mesyuarat sidang kes Ahli Jawatankuasa
dikehendaki hadir.

2. JAWATANKUASA DISIPLIN MURID :-
2.1 Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan

sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pelajaran.
2.2 Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha

menguatkuasakan peraturan sekolah.
2.3 Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak

dapat diselesaikan oleh pengawas.
2.4 Membantu Badan Disiplin Sekolah untuk mengesan dan

mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa
kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang
sekolah berpandukan pekeliling Bil. 9/1975. Setiausaha Badan
Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat
tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.
2.5 Bekerjasama dengan Badan Pengawas sekolah untuk menguruskan
kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah.
2.6 Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan
yang berkesan.
2.7 Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan
Prinsip-prinsip RukuNegara.
2.8 Menerima laporan pengawas / guru disiplin dan seterusnya
mengambil tindakan yang sewajarnya.
2.9 Menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘Sekolahku Rumahku’
supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.
2.10 Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru
Besar.
2.11 Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas) untuk
mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 92 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

2.12 Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada
Kementerian / Jabatan / PPG.

2.13 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan
kesedaran dan penghayatan disiplin sekolah.

2.14 Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibu bapa atau penjaga
dalam menangani masalah disiplin.

TUGAS GURU DISIPLIN ;
1. Membantu Guru Besar merangka peraturan sekolah.
2. Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan

di sekolah.
3. Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
4. Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
5. Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru

Besar.
6. Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu

bapa atau penjaga dalam menangani masalah disiplin.
7. Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat

cintakan sekolah di kalangan pelajar dan guru.
8. Mencatat semula kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang

disiplin / buku laporan disiplin.
9. Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada

Penolong Kanan HEM seminggu sekali.
10. Menghubungi pihak sekolah jika perlu.
11. Bekerjasama dengan semua guru bertugas dan pengawas untuk

meronda kawasan sekolah ( spot-check ).

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 93 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

12. Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes
yang serius seperti :
 Penyalahgunaan dadah
 Gambar lucah
 Video lucah
 Majalah lucah
 Peras ugut
 Kumpulan Haram
 Bohsia
 Bohjan dan lain-lain.

13. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang
difikirkan perlu seperti:
 Hari terakhir peperiksaan awam
 Hari sukan
 Hari keluarga
 Majlis-majlis sekolah.

3. JAWATANKUASA BIMBINGAN & KAUNSELING :-

3.1 Khidmat Unit Bimbingan dan Kaunseling meliputi semua aspek
bimbingan dan kaunseling iaitu:

 Bimbingan pelajar
 Bimbingan kerjaya
 Bimbingan sosial
 Bimbingan psikologi
 Bimbingan pencegahan dadah / aids.

3.2 Menyediakan perancangan tahunan yang berkesan dan berfaedah.

3.3 Mengelolakan program orientasi - penerapan budaya sekolah bagi
pelajar tahun 1.

3.4 Mengelola dan mengurus Bilik Unit Bimbingan dan Kaunseling
secara berkesan.

3.5 Menubuhkan dan mengelola Kelab Kerjaya.

3.6 Menyedia dan memaklumkan jadual bertugas, temu janji dan aktiviti
Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 94 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

3.7 Menyelaraskan hubungan dengan Jabatan atau agensi luar untuk
mendapatkan khidmat nasihat.

3.8 Menjalankan soal selidik untuk mendapat maklum balas mengenai
budaya sekolah.

3.9 Menjalankan ujian khas untuk mengesan potensi, minat dan sahsiah
pelajar.

3.10 Mengadakan program khas bagi kumpulan pelajar yang bermasalah
( risiko tinggi ).

3.11 Mengadakan program khas pencegahan dadah / AIDS.

4. JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS :-
4.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks.

4.1.1 Mesyuarat diadakan 2 kali setahun iaitu di awal dan akhir
tahun.

4.1.2 Pembahagian tugas pagi / petang.
4.1.3 Taklimat untuk guru-guru kelas.
4.1.4 Pembahagian tugas-tugas pentadbiran :-

4.1.4(a) Buku Stok ( mengikut tahun dan kelas )
4.1.4(b) Pengedaran / pengumpulan
4.1.4(c) Buku rosak / hilang
4.1.4(d) Menubuhkan ‘pasukan petugas’ SPBT ( pelajar ).
4.2 Borang permohonan SPBT :-
4.2.1 Mengedarkan borang kepada setiap pelajar.
4.2.2 Borang yang lengkap dikumpul oleh guru kelas dan diberi
kepada guru SPBT.
4.3 Mesyuarat Jawatankuasa SPBT - Mengadakan mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan HEM bagi
menentukan syarat peminjaman buku teks kepada semua pelajar.
4.4 Membuat pesanan buku :-
4.4.1 Membuat pesanan pada pertengahan tahun ke Biro Buku
Teks

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 95 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

4.4.2 Mencadangkan pertukaran buku pada awal tahun (jika perlu )
4.4.3 Membuat anggaran yang tepat untuk tahun berikutnya.
4.4.4 Mengisi borang maklumat berkomputer dan menghantar

mengikut jadual.
4.5 Pengedaran :-

4.5.1 Mengedarkan buku-buku teks mengikut kelas.
4.5.2 Menentukan tarikh pengedaran.
4.5.3 Mengesan kelancaran pengedaran
4.5.4 Mendapatkan borang dari pelajar yang baru masuk / bertukar

sekolah
4.5.5 Mengedarkan buku-buku teks kepada pelajar-pelajar yang

baru masuk
4.5.6 Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah pelajar

yang bertukar
4.5.7 Memastikan guru kelas telah mengagihkan buku pinjaman

SPBT / borang G mengikut jadual.
4.6 Pengurusan rekod dan dokumen :-

4.6.1 Menyelanggarakan fail yang kemaskini mengikut jenis.
4.6.2 Rekod buku stok yang kemaskini mengikut kelas.
4.6.3 Senarai tugas guru - pengedaran / pengumpulan.
4.6.4 Menyimpan rekod buku, hapus kira, rosak dan hilang.
4.7 Pengurusan keselamatan buku :-
4.7.1 Memastikan ada bilik khas SPBT.
4.7.2 Mengurus bilik SPBT.
4.7.3 Membuat peraturan penggunaan bilik SPBT.
4.7.4 Peraturan mengedarkan ke sekolah lain.
4.7.5 Memastikan pelajar membalut buku SPBT dengan pembalut

plastik.
4.8 Pengurusan pemulangan SPBT :-

4.8.1 Menentukan tarikh pemulangan buku-buku teks mengikut
kelas

4.8.2 Menyediakan senarai nama guru bertugas mengikut tarikh
dan kelas

4.8.3 Melapor kepada Guru Besar atau Penolong Kanan HEM
tentang proses pemulangan buku-buku teks :-
4.8.1(a) Peratus rosak dan hilang.
4.8.2(b) Guru bertugas.
4.8.3(c) Kekurangan atau lebihan buku.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 96 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

4.9 Pengurusan stok dan inventori :-
4.9.1 Surat menyurat kepada Biro Buku Teks dan Jabatan
Pelajaran.
4.9.2 Menyimpan invois, bil dan pengesahannya.
4.9.3 Melengkapkan buku stok dan menyimpan dokumen dengan
teratur dan selamat
4.9.4 Mengemaskini inventori SPBT
4.9.5 Mengisi borang maklumat kekurangan atau lebihan buku
ke PPG.

4.10 Cadangan buku bacaan tambahan :-
4.10.1 Mendapatkan maklumat dari ketua panitia.
4.10.2 Merekodkan dan menyimpan buku-buku bacaan tambahan.
4.10.3 Memaklumkan kepada Guru Besar atau Penolong Kanan
HEM.

5. JAWATANKUASA UNIT SISTEM MAKLUMAT
MURID ( SMM ) :-

5.1 Menyedia dan mengedarkan borang SMM kepada murid-murid.
5.2 Memasukkan maklumat murid ke dalam Sistem Maklumat Murid.
5.3 Memastikan maklumat murid sentiasa dikemas kini ( kemasukkan

dan pengeluaran ).
5.3 Menghantar dan menyiapkan laporan Data SMM kepada Jabatan

Pelajaran Gabungan Tawau.
5.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan SMM seperti

yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan dari masa
ke semasa.

6. JAWATANKUASA UNIT KEBAJIKAN :-

6.1 Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan
khusus seperti:
 Kematian
 Kecemasan / bencana
 Kemalangan
 Rawatan berterusan (penyakit kronik)
 Murid miskin

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 97 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

6.2 Mengurus kutipan derma / sumbangan bagi membantu mereka yang
memerlukan – ( seperti perkara 1 di atas ).

6.3 Mendapatkan senarai nama murid yang layak mendapat bantuan
berdasarkan keutamaan dan keperluan, contohnya : ONE OFF.

6.4 Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping
meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan.

6.5 Mengadakan daftar sumbangan dan daftar penerima yang
dikemaskini dan disahkan oleh Guru Besar.

6.6 Menubuhkan Tabung Kebajikan Murid dan Unit Hilang / Jumpa.
6.7 Menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti

membantu badan kebajikan luar.
6.8 Menjalanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kebajikan

seperti yang diarahkan oleh Guru Besar / Penolong Kanan dari
masa ke semasa.

7. JAWATANKUASA UNIT KESIHATAN :-
7.1 Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan

dan dilengkapi.
7.2 Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan ( sick bay ).
7.3 Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerja sama

guru-guru kelas.
7.4 Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan / gigi oleh

Jabatan Kesihatan.
7.5 Menyediakan Jadual Tugas Bilik Rawatan.
7.6 Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah,

pameran, demonstrasi, tayangan dan lain-lain.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 98 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

7.7 Menyediakan jadual memberus gigi dan ceramah pergigian dengan
kerjasama Jabatan Kesihatan ( Pergigian ).

7.8 Mengurus pelajar yang memerlukan rawatan.

7.9 Menyedia dan membekalkan data dan maklumat kesihatan kepada
Kementerian / Jabatan / PPG.

7.10 Menyediakan laporan tahunan Unit Kesihatan.

8. JAWATANKUASA UNIT KESELAMATAN :-
8.1 Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya

mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah /
yang berkaitan dengan keselamatan.
8.2 Merancang lantikan pengawal lalulintas sekolah kepada Guru Besar.
8.3 Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan
lalulintas ( jika perlu ).
8.4 Merancang dan melaksanakan program keselamatan :
 Keselamatan lalulintas
 Keselamatan bangunan dan perabot
 Keselamatan di makmal dan lain-lain bilik khas
 Keselamatan pelajar di kelas, sekolah dan persekitaran mereka.
8.5 Mengadakan latihan mengosongkan bangunan 2 kali setahun.
8.6 Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik
darjah dan di dalam buku latihan pelajar.
8.7 Meletakkan tanda ‘BAHAYA’ di tempat-tempat yang merbahaya.
8.8 Merancang dan menetapkan pergerakan lalulintas dan tempat letak
kenderaan pada majlis rasmi sekolah.
8.9 Menetapkan laluan tertentu untuk pelajar bagi mengelakkan
kesesakan.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 99 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

8.10 Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang
dihantar oleh Kementerian, Jabatan Pelajaran dan PPG.

8.11 Mewujudkan kerjasama sekolah dengan pihak polis / polis trafik,
bomba, JPJ, JKR, SESB dan sebagainya.

8.12 Menggalakkan skim perlindungan kepada pelajar.

8.13 Mengurus dan menyediakan insuran pelajar seperti Takaful dan
sebagainya.

8.14 Memastikan alat pencegah kebakaran mencukupi dan berfungsi.

8.15 Memastikan sistem lalu lintas di kawasan sekolah dan kawasan
berhampiran selamat.

8.16 Menyediakan laporan tahunan unit keselamatan.

9. JAWATANKUASA UNIT KEBERSIHAN &
KECERIAAN:-

9.1 Bertanggungjawab memastikan keadaan kelas dan sekolah sentiasa
kemas dan bersih.

9.2 Merancang dan menyediakan jadual kelas bertugas harian mengikut
blok.

9.3 Merancang dan melaksanakan pertandingan keceriaan dan
kebersihan antara kelas setiap minggu.

9.4 Merancang aktiviti gotong-royong sekurang-kurangnya dua kali
dalam satu penggal.

9.5 Merancang dan melaksanakan program kebersihan seperti ceramah,
pameran, tayangan dan lain-lain.

9.6 Memastikan semua kelas mempunyai peralatan kebersihan yang
secukupnya - ( penyapu, tong sampah dan lain-lain ).

9.7 Menyediakan laporan tahunan unit kebersihan.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 100 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

10. JAWATANKUASA UNIT KANTIN:-
10.1 Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling

Kementerian Pelajaran / Kesihatan.

10.2 Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut
syarat perjanjian.

10.3 Memastikan mutu dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-
syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.

10.4 Memastikan tiada makanan yang bahannya tidak halal , makanan
yang menggunakan minyak binatang campuran dalam mi dan
sebagainya.

10.5 Memastikan penyediaan dan peralatan bersih dan selamat serta
menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.

10.6 Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas
dan ceria.

10.7 Memastikan semua pekerja kantin menjalani pemeriksaan dan
memiliki kad kesihatan yang sah.

10.8 Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya
mudah dihubungi.

10.9 Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa
memakai apron, tutup kepala yang bersih mengikut pekeliling
Kementerian Kesihatan.

10.10 Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji / kain
maslin / disimpan dalam bekas tertutup.

10.11 Memaklumkan kepad pihak pengusaha tentang hari-hari
persekolahan.

10.12 Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

10.13 Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang
mencukupi, selamat dan sesuai.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 101 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

10.14. Membuat laporan mingguan di dalam buku atau borang laporan
kantin.

10.15. Menyampaikan Laporan Bulanan kepada Guru Besar atau
Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.

10.16. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan
perbincangan dari masa ke semasa.

10.17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

11. JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN
TAMBAHAN:-

11.1 Mengedarkan borang RMT kepada murid-murid.
11.2 Mengadakan pemilihan murid untuk RMT.
11.3 Mengurus dokumen dan borang-borang RMT bagi murid-murid

yang layak.
11.4 Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT.
11.5 Mengadakan perjanjian dengan pengusaha kantin mengenai hal-hal

yang berkaitan dengan RMT.
11.6 Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun.
11.7 Mengawasi murid ketika makan.
11.8 Memastikan makanan mencukupi bagi murid-murid RMT yang

terlibat.
11.9 Membuat laporan RMT pada pertengahan dan akhir tahun.
11.10 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan RMT seperti

yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan dari masa ke
semasa.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 102 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

12. JAWATANKUASA KUMPULAN WANG AMANAH
PELAJAR MISKIN ( KWAPM ) :-

12.1 Mengedarkan borang kepada murid-murid yang layak.

12.2 Memilih murid-murid yang layak menerima KWAPM berdasarkan
keutamaan dan kriteria yang ditentukan.

12.3 Menyediakan senarai nama murid yang layak menerima KWAPM.

12.4 Menyediakan, mengurus dan menyimpan dokumen-dokumen yang
berkaitan dengan KWAPM.

12.5 Membantu dalam pengurusan KWAPM.

12.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan KWAPM
seperti yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan dari
masa ke semasa.

13. JAWATANKUASA UNIT BANTUAN SUSU SEKOLAH
13.1 Mengurus dan menerima bekalan susu sekolah.
13.2 Mengurus dan mengedarkan susu sekolah kepada murid-murid -

( Tahap 1 )
13.2 Bertanggungjawab menjaga stok susu sekolah.
13.3 Memastikan semua murid menerima susu sekolah ( Tahap 1 ).
13.4 Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan penerimaan dan

pengeluaran susu sekolah.
13.5 Mengurus, menyemak dan mengemaskini stok susu sekolah.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 103 “Penjana Generasi Gemilang”

Panduan Pengurusan Sekolah - UNIT HAL EHWAL MURID 2020-

14. JAWATANKUASA UNIT BANTUAN KOSAN DAN
ALAT TULIS :-

14.1 Mengurus dan menyediakan pesanan bantuan sosial murid.

14.2 Mengurus dan mengagihkan bantuan sosial murid yang diterima.

14.3 Bertanggungjawab menjaga stok bantuan sosial.

14.4 Mengisi borang pesanan pada setiap kali pesanan dibuat.

14.5 Bekerjasama dengan guru-guru kelas dalam mengagihkan bantuan
sosial kepada murid.

14.6 Mencatat dan merekod data penerimaan dan pengeluaran bantuan
sosial dalam buku

15. JAWATANKUASA UNIT BULETIN SEKOLAH
15.1 Mengumpul dan menerbitkan risalah berkaitan dengan aktiviti
sekolah.
15.2 Menyediakan dokumentasi bergambar bagi setiap aktiviti yang telah
dilaksanakan.

Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau 104 “Penjana Generasi Gemilang”


Click to View FlipBook Version