PERANAN JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH 1. Menjadi pemimpin/ketua kepada semua pengawas. 2. Memastikan peranan Jawatankuasa Pengawas diketahui , difahami dan dilaksanakan. 3. Sentiasa memperlihatkan kepimpinan/ketokohan sebagai pengawas. 4. Memberikan arahan dan mengagihkan tugas pengawas berdasarkan arahan guru dan pentadbir sekolah. 5. Memastikan setiap biro jawatankuasa pengawas merancang dan melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru. 6. Memastikan tugasan dan arahan dipatuhi oleh semua pengawas. 7. Menerima dan menyemak laporan mingguan sebelum dihantar kepada guru pengawas. 8. Mengadakan perjumpaan pengawas seperti yang diarahkan oleh guru pengawas 1. Mengambil alih tugas – tugas ketua pengawas semasa ketiadaannya. 2. Membantu ketua pengawas melaksanakan setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan. 3. Membantu mengagihkan tugas kepada para pengawas. 4. Membimbing pengawas dalam menjalankan tugas. 1. Menguruskan fail – fail pengawas 2. Mencatat minit mesyuarat dan membuat catatan perjumpaan pengawas. 3. Mengumpul laporan setiap aktiviti yang dijalankan. 4. Mengendalikan urusan surat – menyurat dan laporan. 5. Memastikan semua ketua membuat laporan tugasan dengan lengkap. 6. Memastikan semua info di papan kenyataan sentiasa dikemaskini. 7. Memastikan semua aduan dalam peti aduan dilaporkan kepada guru pengawas atau guru disiplin. 8. 1. Menerima wang bayaran/derma/sumbangan daripada ahli. 2. Mencatat wang masuk dan keluar dalam buku laporan kewangan. 3. Menyerahkan segala kutipan untuk disimpan oleh guru pengawas. 4. Mengeluarkan resit bagi penerimaan dan pembayaran yang dibuat. KETUA PENGAWAS LUQMANUL HAKIM BIN MOHD KHAIRI PENOLONG KETUA PENGAWAS IRIS AL ZAHRA BINTI ROZISYAM SETIAUSAHA RASYIQAH KAISAH BINTI AFENDI PENOLONG SETIAUSAHA 1 QIASATINA CAMELIA BINTI ABDUL RAHIM PENOLONG SETIAUSAHA 2 ZARRA AESYAA BINTI AHMAD KHADARI BENDAHARI MUHAMMAD FARIS NAZRIN BIN MOHD NAJIB PENOLONG BENDAHARI NUR FARHANAH HANNANI BINTI YUSRIZA
5. 1. Membantu guru menyediakan doa – doa yang lengkap untuk majlis – majlis rasmi atau semasa perhimpunan. 2. Membaca doa untuk majlis – majlis rasmi atau semasa perhimpunan. 3. Memastikan pengawas bertugas membaca doa pagi atau semasa perhimpunan. 4. Membantu guru pada setiap pagi Jumaat dan dalam program – program keagamaan . 5. a. 1. Membantu dalam menguruskan system siaraya semasa majlis rasmi , perhimpunan pagi dan perhimpunan sekolah. 2. Menyediakan tempat duduk untuk pentadbir sekolah serta guru – guru semasa majlis perhimpunan. 3. Menguruskan , manaikkan dan menurunkan bendera setiap hari. 4. Melaporkan keselamatan sekolah kepada guru bertugas. 5. Bertugas secara bergilir untuk membuat rondaan dan laporan di Blok A, B , C , kantin dan tandas. EXCO KEROHANIAN MUHAMMAD AQSA RIZQI BIN AFFANDI EXCO KEROHANIAN WAN AFHAM HADIF BIN WAN MOHAMAD AMIRUL EXCO KEROHANIAN AMIR YUSOF BIN YUSRI AMIR EXCO PERHUBUNGAN AWAM PUTRI KATRIENA DANISCHA BINTI MOHD JOHARI EXCO PERHUBUNGAN AWAM ARIANA BINTI MOHD RIZMAN EXCO PERHUBUNGAN AWAM MUHAMMAD YASSIER ZHAFRANE BIN MOHD FAISAL EXCO PERHUBUNGAN AWAM MUHAMMAD RAZIQ IQBAL BIN MOHD REDZA EXCO PERHUBUNGAN AWAM NIK DANISH IRFAN BIN NIK ARIFF
PERANAN SEORANG PENGAWAS 1. Mengawal disiplin murid. 2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada Murid dan pengawas junior. 3. Menjaga imej dan nama baik sekolah. 4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan murid. 5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga. 6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya. 7. Memimpin rakan-rakan (murid lain). 8. Mencegah kes jenayah di sekolah. 9. Menghormati guru. 10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. 11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain. 13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. 14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan. 15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka. 16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah. 17. Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa hadapan. 18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan. 19. Memastikan murid beratur semasa membeli makanan di kantin.
PIAGAM UnitPengawas Kami Pengawas SK SUNGAI TALAM dengan penuh iltizam berjanji akan bekerja dengan usaha tenaga kami untuk: § memantapkan disiplin ke hala tuju yang cemerlang dan gemilang. § membantu pihak pentadbir dan guru-guru sekolah dalam segala aktiviti yang diadakan dengan cemerlang dan berkesan. § memberi layanan dan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan. § memastikan peraturan sekolah dipatuhi dan berusaha meningkatkan mutu disiplin. § menjana pemikiran dan sahsiah pelajar ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi sekolah. IKRAR PENGAWAS Bahawasanya kami , Pengawas Sekolah SK Sungai Talam berikrar dan berjanji bahawa kami akan : Mematuhi ajaran agama Sentiasa beretika dan berdisiplin Menjalankan tugas dengan taat dan setia Melaksanakan dan membantu menguatkuasakan peraturan sekolah Sayang akan sekolah Menjaga nama baik sekolah
PERATURAN AM PENGAWAS 1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada muridmurid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan berani menjalankan tugas. 2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas dengan baik. 3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan mempastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid. 4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan mereka mesti mematuhi arahan pengawas. 5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan am pengawas. 6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa. 7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain. 8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid lain termasuk ke acara/majlis rasmi. 9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Lembaga Pengawas ini sepanjang masa.