KETAGIHAN GAJET ELEKTRIK
KETAGIHAN GAJET ELEKTRONIK
Ketagihan gajet ialah apabila seseorang itu
tidak dapat mengawal dirinya daripada
menggunakan gajet secara berlebihan.
Penggunaan gajet secara berlebihan akan
mengakibatkan ketagihan dan jika tidak
dapat dikawal ia akan memberikan kesan
negatif kepada individu tersebut.
Video dan permainan yang terdapat dalam
gajet telah menyebabkan ketagihan kepada
anak-anak seawal usia 3 tahun ke atas.
Golongan ini sepatutnya tidak didedahkan
dengan penggunaan gajet di peringkat awal
kerana mempunyai impak yang sangat
negatif kepada mereka.
KESAN KETAGIHAN GAJET
ELEKTRONIK
Kurang Tidur
Kanak-kanak yang ketagihan gajet akan
kekurangan waktu rehat yang diperlukan.
Gajet juga dijadikan alat untuk menidurkan
anak oleh sesetengah ibubapa .Sikap tidak
bertanggungjawab ini menyebabkan
anak-anak melayan video dalam tempoh yang
lama.
Melayan video atau permainan didalam
aplikasi elektronik semakin menjadi-jadi
dikalangan anak-kanak disebabkan ibubapa
lebih suka dan selesa membuat kerja tanpa
diganggu anak-anak mereka.
Amalan ini haruslah dihentikan demi kesihatan
anak-anak.
KESAN KETAGIHAN GAJET
ELEKTRONIK
Merosakkan Hubungan
Kekeluargaan
Penggunaan gajet punca keretakkan
sebuah institusi kekeluarga. Isu ketagihan
gajet ini menyebabkan kanak-kanak dan
orang dewasa mencipta dunia mereka
sendiri.Walau didepan mata tiada interaksi
berlaku.Lebih mementingkan alam maya.
Kanak-kanak kurang kasih sayang.Pergaulan
di antara keluarga makin berkurangan.
Ini menyebabkan kanak-kanak semakin
bersikap ganas dan tidak menghormati
ibubapa.Lebih parah lagi bila kanak-kanak
mengikut dan menjadikan apa yang ada
didalam gajet sebagai contoh walaupun
ianya negatif.
KESAN KETAGIHAN GAJET
ELEKTRONIK
Obesiti
Tempoh yang terlalu lama dengan gajet
menyebabkan pembakaran kalori tidak
berlaku.
Kanak-kanak obesiti akan mendapat
kompilasi penyakit seperti
diabetis,serangan jantung dan strok.
Ibubapa perlu menghadkan tempoh
untuk menonton aplikasi elektronik
dengan tegas.
Ibubapa perlu mendorong anak-anak
untuk melakukan aktiviti fizikal seperti
bermain di taman,berbasikal dan
bersenam.
Pelbagai aktivit fizikal yang menarik
dapat dilakukan bersama keluarga untuk
mengelakkan anak-anak berasa bosan
dan memilih gajet.
Aktiviti fizikal sangat membantu untuk
mengalihkan perhatian anak-anak dari
menonton aplikasi elektronik.
KESAN KETAGIHAN GAJET
ELEKTRONIK
Gangguan
Perkembangan Otak
Kajian menunjukkan bahawa kekerapan
menggunakan gajet boleh memberi kesan
negatif pada fungsi otak kanak-kanak.
Mereka akan menghadapi masalah seperti
kekurangan perhatian,masalah
kognitif,gangguan pembelajaran dan kawalan
kendiri.
Oleh itu ibubapa dinasihati untuk melakukan
aktiviti fizikal seperti bermain bola,bersenam
dan sentiasa bercakap dengan anak-anak
mereka dan tidak membiarkan anak-anak
bersama dengan gajet sentiasa.
KESAN KETAGIHAN GADGET
ELEKTRONIK
Masalah Postur Badan
Perhatikan postur badan kanak-kanak yang
sering menggunakan gajet. Penggunaan
yang berterusan dengan gajet menyebabkan
sakit belakang dan masalah lain yang
berkaitan dengan otot pada kanak-kanak.
Postur duduk yang salah akan menyebabkan
sakit leher. Sakit leher dan punggung pada
usia kanak-kanak akan memberi kesan
sehingga mereka dewasa.
Penggunaan gajet dalam tempoh lama
boleh mengubah keadaan postur leher dan
bahagian atas tulang belakang dengan
begitu drastik sekali.
Kecederaan akibat tekanan yang berulang
disertai kesakitan pada bahagian leher
disebabkan penggunaan gajet yang
berlebihan.
KESAN KETAGIHAN GAJET
ELEKTRONIK
Masalah Penglihatan
Kanak-kanak tidak digalakkan terdedah
kepada alat elektronik dalam tempoh yang
lama.Akibat melihat alat elektronik lebih dari
2jam seminggu menyebabkan implikasi serius
pada mata mereka.
Kanak-kanak hanya dibenarkan bermain atau
menonton alat elektronik 17minit sehari
sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan
terlalu lama mengakibatkan sakit mata akan
berlaku.
Mata menjadi merah atau berair dan daya
penglihatan menjadi semakin merosot.
Ibubapa dinasihati mengawal pengunaan
gajet anak-anak supaya masalah ini dapat
dielakkan.
KESAN KETAGIHAN GAJET
ELEKTRONIK
Tantrum Dan Agresif
Akibat membiarkan penggunaan gajet
dalam tempoh lama,kanak-kanak akan kerap
tantrum dan bersikap lebih agresif bila disuruh
berhenti.
Tantrum adalah bentuk agresif di kalangan
kanak-kanak, terutama apabila mereka
dihalang untuk menggunakannya.
Jika tidak dibendung daripada awal, isu
tantrum akan terus berlaku dan sukar dikawal.
KESILAPAN IBUBAPA AKIBATKAN
KETAGIHAN GAJET ELEKTRONIK
Ibubapa memberikan gajet kepada anak-
anak tanpa mengawasi anak-anak tersebut.
Ibubapa berkongsi kata laluan kepada
anak-anak.
Ibubapa tidak menetapkan peraturan
penggunaan gajet menyebabkan
kanak-kanak tersebut menggunakan gajet
dalam tempoh yang sangat lama.Ibubapa
tidak menetapkan had masa penggunaan
gajet.
Ibubapa tidak mewujudkan zon bebas gajet
dirumah sehingga semasa makan tetap
bersama gajet.
Ibubapa lebih suka memujuk anak yang
menangis dengan memberikan gajet.
Guna kaedah YOUTUBE sebagai kaedah
pembelajaran tetapi disalahguna untuk
menonton pelbagai tontonan kerana tiada
bimbingan dan sikap tidak peduli ibubapa
menjadikan anak-anak tersebut ketagih
gajet.