The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16433400, 2021-07-02 13:35:03

NOTA BIDANG AKHLAK ISLAMIYAH ( PAI TING 1)

PENDIDIKAN ISLAM KSSM

PELAJARAN AKHLAK TERPUJI HIASAN DIRI
27

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Bahasa Perkataan akhlak berasal daripada perkataan ‫ ُخ ُل ٌق‬yang
MAKSUD
AKHLAK Istilah bermaksud budi pekerti, watak, kelakuan dan tabiat .

Sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong lahirnya
sesuatu perbuatan dengan mudah tanpa pertimbangan dan
pemikiran yang mendalam.

AKHLAK Akhlak kepada Syukur, sabar, reda,
MAHMUDAH Allah SWT tawakal, zikir dan
Sifat dan tingkahlaku
terpuji yang terdapat qanaah.
pada diri seseorang
yang bertepatan Akhlak kepada Tawaduk,
dengan nilai dan manusia menghormati orang
perakuan syara’ lain, pengasih dan

AKHLAK pemurah.
MAZMUMAH
PEMBAHAGIAN Sifat dan tingkahlaku
AKHLAK keji yang terdapat
pada diri seseorang
yang berlawanan Akhlak kepada Riya, putus asa,
dengan nilai dan Allah SWT sangka buruk dan
perakuan syara’
lalai.

Akhlak kepada Sombong,
manusia memandang hina
terhadap orang lain,
kasar, memfitnah,
khianat dan bakhil.

KELEBIHAN BERAKHLAK
✓ Orang yang berakhlak mahmudah mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi

Allah SWT. Kemuliaannya ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang berikut :
Hu‫ا‬r‫ق‬aُ‫ُخل‬ira‫م‬h‫سنُ ُه‬r.a‫أح‬m‫نا‬e‫ما‬n‫ إِي‬y‫ي‬aِ‫ن‬t‫ِم‬a‫ُؤ‬k‫الم‬a‫ُل‬n‫م‬b‫ ْك‬a‫"أ‬h:a‫ل‬w‫قا‬a‫م‬R‫سل‬a‫و‬su‫يه‬l‫ل‬u‫ع‬ll‫ه‬a‫الل‬h‫ئ‬S‫ل‬A‫ص‬W‫الله‬b‫ل‬e‫و‬r‫س‬s‫ر‬ab‫ل‬d‫قا‬a:,
(‫أبو داود‬ ‫)رواه‬ ‫عن أبي ُهريرة رضي الله عنه قال‬

Terjemahan : Abu "Orang mukmin yang paling

sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya".

(‫ ما ِم ْن ش ْيٍء أثْق ُل ِف الْ ِميزا ِن ِم ْن ُح ْس ِن ا ْلُلُِق )رواه أبو داود‬:‫ع ْن أِبي ال َّدْرداِء ع ْن الّنَِ ِِّب صّلَى اََّّللُ علْيِه وسّلَم قال‬

Terjemahan : Abu Ad Dardha' r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Tidak ada sesuatu yang
lebih berat dalam timbangan ( di akhirat ) daripada keelokan akhlak ".

Rasulullah SAW‫اقاا‬b‫ل‬e‫ ْخ‬r‫ أ‬s‫ْم‬a‫ُك‬bُ‫ِسن‬d‫ا‬a‫أح‬la‫مِة‬g‫ا‬i‫ِقي‬sْ‫ال‬e‫م‬b‫ي ْو‬a‫ا‬g‫اس‬aِ‫ل‬i‫ْم‬mَ ‫ن‬aِِّ ‫ِم‬n‫ْم‬a‫ ُك‬y‫رب‬aْ‫وأق‬ng‫إََِّل‬d‫ْم‬ir‫ُك‬iَw‫حّب‬a‫ن أ‬yَّ ِa‫" إ‬tk:a‫م‬nَ‫سّل‬o‫و‬le‫يِْه‬h‫عل‬ Jُ‫لل‬aََّّ‫ا‬b‫ى‬aَ‫ّل‬r‫ص‬r.ِ‫لل‬aََّّ‫ا‬ :
‫ر ُسوُل‬
‫قال‬

Terjemahannya : Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dalam kalangan kamu dan paling dekat

kedudukannya dengan-Ku pada Hari Akhirat ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Meningkatkan Mewujudkan Mendapat kasih
kualiti modal insan kehidupan yang sayang Allah SWT

yang amat aman dan dan sentiasa
diperlukan dalam harmoni. diberkati.

membina TUJUAN Membentuk
kemajuan dan MEMELIHARA hubungan yang
ketamadunan yang baik antara hamba
AKHLAK dengan Allah SWT.
tinggi.

Mewujudkan
kestabilan politik

dan keamanan
negara.

Mendapat syafaat Sentiasa berada
dan rahmat Allah dalam

SWT pada hari pemeliharaan
akhirat. Allah SWT.

IMPLIKASI TIDAK MEMELIHARA AKHLAK

Berakhlak dengan akhlak yang mulia. Hiasilah diri dengan akhlak mahmudah dan
peliharalah diri daripada akhlak mazmumah. Sesungguhnya akhlak yang buruk
meruntuhkan maruah diri dan menjadikan kita hina di sisi Allah SWT dan pandangan
manusia.

Binalah peribadi dan jauhilah sifat mazmumah. Ingatlah bahawa sifat sombong dan
bongkak menjadikan kita dibenci manusia. Sifat riya' pula menjadikan kita dimurkai Allah
SWT.

Jangan sekali-kali kita bersikap biadap terhadap guru. Bersopanlah dengan guru kerana
amalan ini kunci keberkatan ilmu yang kita pelajari.

Hiasilah diri dengan sifat amanah, sabar dan bertanggungjawab. Dengan ini, pasti kita
akan dihormati, disayangi dan dicontohi serta dapat memimpin orang ke jalan yang benar.

PELAJARAN AMANAH TUNGGAK KESEJAHTERAAN
28

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

Bahasa Tunai janji.
MAKSUD
AMANAH Istilah Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan dalam urusan
harta benda, kehormatan dan kerahsiaan.

DALIL NAQLI
Firman Allah SWT :

…..                                

( Surah an-Nisa' : 58 )

Terjemahan : Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menunaikan segala amanah kepada ahli yang
berhak menerimanya, dan apabila kamu memutuskan hukum antara manusia, Allah SWT kamu menghukum
secara adil….

KEPENTINGAN SIFAT AMANAH

• Pengurusan baik dan lancar .

Pengurusan yang bersih daripada sebarang rasuah dan penipuan akan menjimatkan
kuasa pentadbiran. Perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih baik,cukup dan
sempurna. Kualiti dan produktiviti negara juga akan meningkat.

• Pengurusan baik dan lancar .

Orang yang amanah mudah mendapat kepercayaan ramai. Hal ini dapat dilihat pada diri
Rasulullah SAW yang sangat dipercayai dan disenangi oleh masyarakat Arab Jahiliah
sejak sebelum kerasulan baginda.

• Pengurusan baik dan lancar .

Tidak sempurna iman seseorang yang tidak memelihara amanah. Orang yang
mengkhianat amanah tergolong dalam kalangan orang munafik. Orang munafik
dijanjikan seksa azab neraka jahannam oleh Allah SWT.

• Pengurusan baik dan lancar .

Orang yang menjaga amanah mampu melintas titian sirat dengan lancarnya tanpa
sebarang halangan .

CARA MENGAMALKAN SIFAT AMANAH DAN IMPLIKASI TIDAK AMANAH.

CARA MENGAMALKAN SIFAT AMANAH IMPLIKASI TIDAK AMANAH

AMANAH TERHADAP DIRI

• Mematuhi suruhan dan larangan • Menjejaskan iman.
Allah SWT.

• Memelihara penampilan diri. • Tidak diredai Allah SWT.

• Berdisiplin dan mematuhi • Hilang kepercayaan orang ramai.
peraturan.

• Bersungguh-sungguh dan rajin.

AMANAH TERHADAP KELUARGA

• Taat kepada ibubapa. • Menjadi anak derhaka.

• Bertanggungjawab terhadap amanah • Mencemarkan nama baik keluarga.
keluarga.

• Menyayangi adik-beradik. • Hubungan kekeluargaan menjadi
renggang.
• Memastikan adik-beradik
melaksanakan segala perintah Allah • Melahirkan anak yang tidak mengenang
SWT dengan sempurna. budi ibubapa.

• Dibenci oleh adik-beradik.

AMANAH TERHADAP MASYARAKAT

• Menghormati jiran, guru, rakan dan • Masyarakat tidak harmoni.
masyarakat sekeliling.

• Menyertai program • Keselesaan awam terganggu.
kemasyarakatan.

PELAJARAN ILMU CAHAYA KEHIDUPAN
29

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

KEWAJIPAN MENUNTUT ILMU

✓ Matlamat utama kehidupan manusia ialah keimanan kepada Allah SWT di samping

melakukan amalan-amalan soleh .

✓ Amalan yang didasari dengan ilmu merupakan syarat yang diterima Allah SWT.

✓ Kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat Islam telah dijelaskan dalam
hadis berikut;
✓ .‫ طالب العلم فريضة علىكل مسلم‬: ‫ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‬:‫عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال‬
( Ibnu Majjah)

Anas bin Malik R. A berkata, Rasulullah SAW bersabda, “ menuntut ilmu wajib kepada setiap
umat Islam ”.

JENIS-JENIS ILMU DAN CONTOHNYA

ILMU FARDU AIN ILMU FARDU KIFAYAH .
.
Tujuan: Untuk menjalani kehidupan . Tujuan: Untuk menjalani kehidupan
berlandaskan syariat . berlandaskan syariat

✓ Tauhid ✓ Sains
✓ Fekah ✓ Ekonomi
✓ Akhlak ✓ Kedoktoran

ADAB MENUNTUT Tidak malu bertanya Rajin berusaha,
ILMU berdoa dan

bertawakal kepada
Allah SWT

Memuliakan dan Beramal dengan ilmu Memohon doa dan
menghormati guru. yang dipelajari keredhaan daripada

ibu bapa.

Menjauhi maksiat dan Mengisi masa lapang Niat menuntut ilmu
kemungkaran dengan perkara ikhlas kerana Allah
berfaedah.
SWT

Mendapat ganjaran pahala

KEPENTINGAN BERADAB KETIKA Ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan
MENUNTUT ILMU
Mendapat kejayaan dalam hidup

Mudah melakukan kebaikan dan ketaatan

Hidup menjadi tenang

Dipandang tinggi oleh masyarakat

Doa sebelum memulakan pembelajaran

‫اللهم افتح علينا فتوح العارفي وارزقنا فهم النبيي وإلهام الملائكة المقربي برحمتك يآ ارحم الراحمي‬

Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang yang arif, kurniakanlah kepada
kami kefahaman nabi-nabi dan ilham para malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan
rahmat-Mu wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MENUNTUT ILMU

✓ Susah mengingati dan mengikuti ✓ Mudah terpengaruh dengan unsur-

ajaran guru unsur negatif

✓ Berdosa dan mendapat kemurkaan ✓ Ilmu yang dipelajari tidak mendapat

Allah SWT keberkatan Allah SWT

✓ Ilmu yang dipelajari tidak membawa ✓ Dipandang hina oleh guru dan rakan

kebaikan kepada diri

KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU ✓ Menjadi contoh teladan dalam
✓ Ibarat berjihad di jalan Allah SWT. masyarakat.

✓ Orang yang berilmu pewaris nabi. ✓ Akan di doakan semua makhluk langit
dan bumi.

✓ Pemimpin ke jalan kebaikan. ✓ Dipermudahkan jalan ke syurga.

✓ Allah SWT meninggikan darjat orang yang berilmu mengatasi kedudukan orang yang
berharta.

PELAJARAN MARUAH DIRI CERMINAN PERIBADI
30

(AKHLAK)

HARI : _______________ TARIKH : ______________

MAKSUD MENJAGA MARUAH DIRI

MENJAGA MARUAH DIRI : Usaha memelihara diri daripada melakukan larangan

Allah SWT dan perkara yang boleh mencemarkan kehormatan diri i

KEWAJIPAN MENJAGA MARUAH DIRI

Sabda Rasulullah SAW :

.‫إِن الله ُِي ُب معاَِل الأُُموِر وي ْكرهُ سْفسافها‬

Maksudnya : Sesungguhnya Allah SWT suka kepada perkara yang bernilai dan mulia
serta membenci perkara yang keji.

Sayidina Umar RA berkata: ُ‫وِدينُه‬ ‫الْ ُمؤِم ِن‬

.ُ‫خلقه‬ ُ‫وُمُروءتُه‬ ُ‫حسبُه‬ ُ‫ت ْقواه‬ ُ‫كرم‬
Maksudnya : Kemuliaan seorang mukmin terletak pada ketaqwaannya, agama pada

nilai diri dan maruah pada akhlak.

‫ لعن ر ُسوُل اََّّللِ صلي الله عليه وسلم الْ ُمتشّبِِِهي ِمن‬:‫ع ِن ابْ ِن عّبَا ٍس رضي الله عنهما قال‬
(‫ )البخاري‬.‫الِِّرجاِل ِبلّنِِساِء والْ ُمتشّبِِها ِت ِمن الّنِِساِء ِبلِِّرجاِل‬

Maksudnyaٌ: Ibnu Abas R.A berkata bahawa Rasulullah S.A.W melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.

CARA MENJAGA MARUAH DIRI
Penjagaan maruah diri meliputi tiga aspek utama, iaitu; penampilan berpakaian,
kesopanan dalam percakapan dan keelokan tingkah laku.

Menutup aurat

Kemas dan bersih

PANDUAN PAKAIAN YANG Tidak mencolok mata
BERMARUAH
Tidak mengandungi lambang, gambar dan tulisan yang dilarang
dalam Islam.

Sesuai dengan tatasusila masyarakat setempat.

Tidak menyerupai pakaian agama lain

Tidak menyerupai pakaian jantina yang berbeza

PANDUAN PERCAKAPAN YANG PANDUAN TINGKAH LAKU YANG
BERMARUAH BERMARUAH

✓ Percakapan yang sopan dan tidak ✓ Mengamalkan budaya berjabat tangan

keterlaluan. dengan mahram.

✓ Intonasi dan nada suara yang sesuai ✓ Meminta izin sambil menundukkan
dengan suasana dan orang yang badan apabila lalu di hadapan orang
mendengar. yang lebih tua.

✓ Bermanis muka semasa bercakap. ✓ Menzahirkan perasaan belas kasihan
kepada orang yang lebih muda.
✓ Bercakap perkara yang berfaedah.
✓ Mematuhi adab dan undang-undang
✓ Memanggil orang lain dengan panggilan dijalan raya.
yang disukai.
✓ Menolong orang yang memerlukan,
✓ Menghindari perbuatan bercakap contohnya orang buta, orang kurang
bohong, mengumpat, mengadu-domba, upaya, orang fakir dan miskin.
memfitnah dan berkata-kata lucah.
✓ Menggunakan harta wang dengan
✓ Tidak memungkiri janji. bertanggungjawab.

✓ Tidak menzalimi haiwan.

✓ Mengucapkan salam ketika bertemu ✓ Menjaga kebersihan alam sekitar.
dan berpisah.
✓ Menggunakan media sosial dengan
✓ Membudayakan ucapan terima kasih. berhemah.

✓ Menjaga batas pergaulan antara lelaki
dengan perempuan.

CONTOH TINGKAH LAKU BERMARUAH

✓ Menundukkan pandangan ✓ Menjaga kemungkaran

✓ Menjawab salam ✓ Menyuruh membuat kebaikan

✓ Menahan diri daripada menyakiti orang lain.

HIKMAH MENJAGA MARUAH AKIBAT TIDAK MENJAGA MARUAH
✓ Mendapat pahala ✓ Menyusahkan diri sendiri
✓ Disayangi Allah SWT ✓ Menyusahkan keluarga
✓ Hidup dalam keadaan sejahtera ✓ Dipandang hina oleh masyarakat
✓ Negara aman dan harmoni ✓ Mendapat seksa neraka


Click to View FlipBook Version