KOLEJ PROFESSIONAL MARA BANDAR MELAKA
DIPLOMA IN HALAL INDUSTRY
KELAS : DHI 1B
TUGASAN : USUL FIQH (ISL1053)
TAJUK : ISU RAMUAN DALAM INDUSTRI MAKANAN DAN KAITANNYA DENGAN
USUL FIQH
NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH :
NO ID PELAJAR
MUHAMMAD ZAMIR ISMAT BIN BMH21-01-009
MUHAMMAD ZAFRI
SITI FATIHAH AINA BINTI ISMAIN BMH21-01-024
SITI NURATIKAH BINTI ABDULLAH BMH21-01-025
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH HAZWANI ADHILAH BINTI MOHAMMAD ZAKI
ISL1053
ISI KANDUNGAN
1. PENDAHULUAN
2. LAPORAN
3. PENUTUP
4. RUJUKAN
5. GAMBAR
USUL FIQH 2
ISL1053
PENDAHULUAN
Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan dan dimasukkan dengan sengaja ke dalam
makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi apa-apa tujuan teknologi yang akan mempengaruhi
ciri-ciri makanan tersebut dan akan mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi,
rupa, bau, rasa kealkalian atau keasidan makanan atau secara tidak langsung semasa
pemprosesan,penyimpanan atau pembungkusan.
Penggunaan aditif atau ramuan perasa makanan telah menjadi amalan biasa sejak daripada
ratusan tahun dahulu dengan ditambah ataupun dimasukkan ke dalam makanan bagi membantu
mengawet, menyedapkan, mencampurkan, memekatkan atau mewarnakannya. Contoh
penggunaan aditif ialah garam bagi mengawet daging dan ikan serta rempah ratus untuk
menyedapkan makanan, kuning telur bagi mengadunkan air dan minyak, cuka serta gula bagi
pengunaan mengawet makanan.
Perkembangan sains dan teknologi telah membantu mempelbagaikan penghasilan aditif
makanan. Penghasilan pelbagai aditif dan ramuan dalam makanan ini yang turut menyebabkan
penimbulan keperluan penetapan halal haram aditif. Terdapat beberapa pandangan hukum
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah diputuskan oleh dan
mempunyai kaitan dengan penetapan halal dan haram aditif.
Sehubungan dengan itu, kajian ini dibuat untuk melihat sejauh mana pendapat fiqh Mazhab
Al-Shafi’I yang menjadi asas pegangan bagi masyarakat umat Islam di Malaysia dalam
penetapan pandangan hukum tersebut. Ini akan membuktikan kearifan tempatan yang
diaplikasikan secara berterusan oleh para ulama tempatan mengenai cara mereka mendepani
situasi di mana isu –isu pemakanan khususnya hukum Halal Haram aditif dan bahan ramuan
makanan di Malaysia dan kaitannya dengan Usul Fiqh.
Islam telah memberi penekanan terhadap umatnya supaya memilih makanan yang sihat,bersih
dan halal dalam kehidupan sehari harian mereka. Kesedaran ini telah diperkuat oleh
pengetahuan yang meluas,kebaikan kepada kesihatan dalaman dan luaran serta hubungannya
dengan amalan keagamaan harian mereka. Konsep Halal perlu diberi perhatian kerana undang-
undang Syariah umumnya membimbing kehidupan umat Islam berdasarkan Al-Quran , Sunnah
serta persetujuan pendapat diantara ahli-ahli perundangan Islam (ijma’) analogi (qiyas) dan
juga lain-lain mengikut logik akal yang matang (ijtihad).
USUL FIQH 3
ISL1053
Di Malaysia, keputusan syariah berdasarkan ijtihad ataupun fatwa mengenai perkara halal
mestilah sejajar dengan Mazhab Shafie Ahlul-Sunnah wa al-Jamaah.
Oleh itu, makanan tertentu itu menjadi Halal dan tidak Halal oleh undang-undang Syariah.
Berkaitan dengan makanan dan minuman Islam telah menetapkan tiga garis panduan yang
sangat penting, iaitu sama ada pengambilan makanan tersebut adalah dilarang oleh Allah.
Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan dan dimasukkan dengan sengaja ke dalam
makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi apa-apa tujuan teknologi yang akan mempengaruhi
ciri-ciri makanan tersebut dan akan mempengaruhi kualiti penyimpanan, tekstur, konsistensi,
rupa, bau, rasa kealkalian atau keasidan makanan atau secara tidak langsung semasa
pemprosesan,penyimpanan atau pembungkusan.
USUL FIQH 4
ISL1053
LAPORAN
Di Malaysia,terdapat berbagai jenis aneka makanan yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia
itu sendiri. Namun bagi rakyat yang beragama Islam,adakah mereka peka dan prihatin terhadap
apakah ramuan yang terkandung dalam makanan yang mereka ambil dan makan setiap hari.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai begitu banyak restoran dan kedai makan namun adakah
ramuan yang mereka gunakan dalam pembuatan makanan tersebut mematuhi syariat yang
ditetapkan dalam Islam. Mari kita kupaskan isu ini :
Ketika membeli sebarang makanan atau minuman ,kita perlu periksa label atau kandungan
ramuan serta status halal yang ada pada sesebuah produk tersebut secara terperinci agar tidak
timbul sebarang keraguan pada produk tersebut. Kita juga harus memastikan bahawa status
halal pada produk tersebut produk telah diiktiraf oleh JAKIM supaya kita boleh mengetahui
sama produk itu boleh diambil atau tidak .
Firman Allah SWT:”Wahai orang yang beriman!Makanlah daripada benda yang baik(halal)
yang kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah ,jika betul kamu hanya
beribadat kepada-Nya.(Al-Baqarah:172).
Selain itu,ketika makan di sesebuah restoran atau kedai kita harus memastikan bahawa premis
telah mendapatkan perakuan sijil halal daripada pihak JAKIM.Ini untuk memastikan bahawa
setiap apa yang dimakan atau minum itu tidak haram dan syubhah kerana ianya akan
mnedatangkan sebarang kemudaratan kepada kita kelak dan ia adalah satu tuntutan dalam
Islam dalam pengambilan makanan dan minuman.
Firman Allah SWT:”Dan makanlah makanan halal lagi baik dari apa Allah rezekikan
kepadamu dan bertakwalah kepada Alllah yang kamu beriman kepada-Nya(Al-Ma’idah:88).
Islam amat mengutamakan tentang pengambilan makanan dan minuman dari segi halal lagi
tayyib.Kandungan yang suci dan berkualiti dalam sesebuah produk itu ,dapat memberi jaminan
selamat kepada kita sebagai pembeli dan pengguna dari ancaman bahaya bersifat fizikal atau
spiritual yang sering dilakukan oleh ramai orang kepada orang lain.Perkara ini dilakukan agar
kita sebagai pengguna dapat menghindari sebarang unsur syubhah dan haram serta dapat
mengetahui status halal sesebuah produk.
USUL FIQH 5
ISL1053
Pada masa kini,terdapat pelbagai isu ramuan makanan yang timbul disebabkan oleh kerana
keraguan pengguna terhadap kandungan yang ada pada produk itu seperti najis , lemak haiwan
dan unsur-unsur lain yang ada. Pengguna menjadi ragu-ragu sama ada produk itu boleh
dimakan atau tidak selain status produk itu sendiri telah diluluskan atau tidak.
Pada zaman yang semakin moden ini,sains dan teknologi juga semakin berkembang dari
semasa ke semasa di mana ianya telah meningkatkan kualiti dan hasil sesebuah produk
makanan dan minuman.Namun,kecanggihan sains dan teknologi ini juga telah mendatangkan
keraguan dan kemusykilan kepada pengguna dimana tertanya adakah produk yang dihasilkan
itu ada bercampur dengan bahan tau ramuan makanan yang tidak halal.Selain itu juga,pada
peringkat akhir produk itu diproses serta dihasilkan adakah produk itu halal atau haram kerana
ditakuti mepunyai elemen yang tida halal lalu mendatangkan kemudaratan kepada pengguna .
Dalam undang-undang Islam itu sendiri,setiap proses sesebuah produk amat penting dan antara
kaedah yang ada ialah al-Intiqal,al-Istihalah,al-Istihak dan al-Istibra’(Mohammad Aizat dan
Mohd Anuar 2011).Namun kaedah ini kurang dibicarakan oleh para sarjana Islam.
Allah SWT menurunkan pelbagai perintah dan larangan untuk menjaga maslahah antaranya
kita disuruh menjaga pemakanan yang menepati konsep halal dan baik(halalan
tayyiban).terdapat banyak dalil dan hadis menyuruh kita memilih pemakanan yang baik lagi
halal.Allah berfirman melalui surah Al-Baqarah ayat 168 yang membawa maksud :”Wahai
sekalian manusia!makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan
janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesugguhnya syaitan itu adalah musuh
kamu yang nyata”.
Hikmah jika kita makan makanan yang Halalan Tayyiban ialah :
Jiwa kita akan lebih tenteram kerana sesuai dengan fitrah manusia .Kalau makan
makanan yang haram jiwa kita akan resah dan gelisah disebabkan melawan hukum
Islam.
Sesiapa yang utamakan makanan yang hala lagi baik maka dia lebih dekat Allah SWT.
Amal ibadah yang dilalukan juga diterima oleh Allah serta doa yang dipinta akan
dimakbulkan.
Dapat menyelamatkan nyawa seseorang itu dari sebarang bahya atau penyakit.Juga
dapat menyelamatkan mereka dari azab api neraka. Nabi SAW bersabda yang
bermaksud:Tidak tumbuh daging daripada yang haram,melainkan api neraka lebih
utama baginya”.Riwayat al-Termidhi).
USUL FIQH 6
ISL1053
Makanan yang halal dapat membentuk darah daging yang bsik dan dapat membantu
melahirkan insan yang punyai sahsiah yang terpuji.
Dapat menghindarkan daripada penyakit.
Senarai Bahan Ramuan Yang Diragui Di Dalam Industri Makana Dan Alat Untuk
Mengesannya :
No Jenis bahan yang diragui Alat /kaedah mengesan
1 DNA haiwan (khinzir) Polymerase Chain Reaction (PCR)
High quartz Surface Acoustic Wave(SAW) Sensor
(Electric Nose)(Untuk pengesanan awal)
2 Alkohol (yang memabukkan) Comprehensive Two Dimensional Chromotagraphy
Time of Flight Mass Spectrometer(GC x GC –ToF-
MS)
Gas Chromotraphy
Solid Phase Microextraction(SPME)
Headspace coupled to Gas Chromatography Flame
Ionization Detector(HSGC-FID)
3 Protein dari sumber haiwan(Asid Reverse Phase High Perfomance Liquid
amino,gelatin,kolagen) Chromatography(RP-HPLC)with pre-column
derivatisation
4 Darah dan plasma darah Spectrophotometric methods
Immunoassay
Liquid chromatography tandem mass spectrometric
Ultrathin-layer isoelectric focusing
5 Bakteria yang diasingkan dari sumber najis Analisis mikrobiologi
6 Lemak haiwan(gliserida,gliserol,lelemak),lard Fourier Transform Infrared(FTIR)spectroscopy
Geometric Method to differentiate between pork
origin and non-pork
7 Tukang haiwan Near infrared microscopic methods(NIRM)
8 Kehadiran unsur ubah suai genetic Polymerase Chain Reaction (PCR)
DNA profiling
9 Kandungan Whey protein Amino Acid Profiling
USUL FIQH 7
ISL1053
10 Kehadiran bahan pengawet berbahaya Enzymatic biosensor
(formalin)
PENUTUP
Kesimpulan
Penumpuan terhadap ramuan dalam makanan haruslah dititikberatkan oleh orang muslim
sebelum menjamahnya.Hal ini perlu diambil berat kerana makanan pada zaman kini
mengandungi banyak ramuan-ramuan yang haram. Dengan demikian,kita sebagai umat islam
perlulah menghindari segala makanan yang diragui ramuannya agar kita terpelihara daripada
makanan-makanan yang haram.
Rujukan
Herrero, A.M., Cambero, M.I., Ordonez, J. A., Hoz, L.D.L. & Carmona,P . 2009
Plasma powder as cold-set binding agent for meat system:rheological and Raman
spectroscopy study. Food Chemistry 113(2): 493-499. Dailloux, S., Djelveh, G.,
Peyron, A. & Oulion, C .2002. Rheological behaviour of blood plasma concentrated
By ultafiltration and by evaporation in relation to liquid-gel transition temperature.
Journal of Food Engineering 55(1): 35-39. Saguer, E., Davila, E., Toldra, M., Fort, N.,
Baixas, S. & Carretero, C. 2007. Effectiveness of high pressure processing on hygienic
and technological quality of porcine plasma from biopreserved blood. Meat
Science 76(1): 189-193. Shleikin, A.G., Danilov, N.P. & Ternovskoy, G.V. 2011.
Modification of food products properties by use of transglutaminase.Procedia Food Science 1:
1568-1572.
Maktabah al-Syuruq al-Dauliyyah, hlm. 255; Sa,,di Abu Jayyib (1988), al-
Qamus
al-Fiqhi: Lughatan wa Istilahan, cet. 2, Damsyik: dar al-Fikr, hlm.123.
Muhammad Rawwas Qal’ahji(1996), Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, Beirut:
Dar
Al-Nafa’is, hlm 179.
USUL FIQH 8
ISL1053
Abu Bakr Muhammad bin ‘Abd Allah Ibn al-‘Arabi(t.t.), Ahkam al-Qur’an,
Beirut:
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, hlm. 209
Nicholl,Desmond S. T. (2002), An introduction to gnetic engineering. Cet.
2,
Cambridge: Cambridge University Press, h. 1-2
Codex Alimentarius Commission (1997). General guidelines for the use of
the term
“HALAL” . CAC/ GL-24-1997.
Nestle Malaysia.2014. Our Halal Promise. Petaling Jaya: Trade Brochure.
Ismail, M.. 2006. Food Ingedients and Additives From Islamic Perspective,
In
Ibrahim A. R. and Nor Jaidi, T. (Ed.) 2006. Proceedings of the National
Seminar on
Science from The Islamic Perspective. Brunei: Faculty of Science, UBD
USUL FIQH 9