The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cthajar493, 2021-07-11 05:24:52

Sang Kancil Memperdaya Gergasi

Sang Kancil Memperdaya Gergasi

Sang Kancil Memperdaya Gergasi

NOR ASFARINA BINTI SUHAIMI
(3202037952)

NUR FARIDAH BINTI ABDUL HAMID
(3202030891)

SITI HAJAR BINTI ISHAK
(3202000951)

SITI NURASYIRA LIANA BINTI
MURAD (3202001231)

Suatu masa dahulu, tinggallah seekor kancil di
dalam hutan. Kancil disukai haiwan lain kerana

sifatnya yang suka menolong.

Ketika kancil keluar mencari makanan ia
telah bertemu seekor monyet seperti
dalam ketakutan.

Kancil pun menegurnya.

“Ke mana kau mahu pergi, monyet?” tanya kancil. “Kenapa pula wajah
kau cemas sahaja?”

“Aku ada berita buruk untuk disampaikan pada Raja Singa,” kata
monyet itu.

“Berita buruk apa?” tanya kancil yang sedang kehairanan.

tsine“Sgb““kgKeeSaalteaumaluemmhdpkujiouuodhagnnriukmayggtueeapakt,rnkeigttlraaiakadlnlusiuaitingkasbsiee,eiea”lrnaddrgikema,aa”adnsagtaicgatereik.tmrmluagan,ehao”nsndkkiuyiaayjreunitatacn.kigle.

Beberapa hari selepas itu, berulah kancil
sedar seekor gergasi yang amat besar
sedang mengganas di hutan mereka.

Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsanya. Setelah kenyang, gergasi itu

akan tidur sepanjang hari.

Apabila terjaga dan berasa lapar semula,
ia akan mencari mangsa baharu.

Raja Singa telah memanggil semua haiwan untuk bersidang. Kancil turut
hadir dan mereka mencari jalan supaya tidak menjadi mangsa gergasi itu.

“Seluruh penghuni rimba dalam keadaan bahaya,” kata Raja Singa. “Kita
mesti berbuat sesuatu.”

“Saya cadangkan kita berpindah
dari hutan ini,” kata gajah
dengan suara garaunya.

“Kami bersetuju!” sorak haiwan-
haiwan yang lain.

“Lebih baik kita berpindah
daripada ditelan gergasi ganas
itu!” Kebanyakan haiwan di situ

mahu berpindah.

Tiba-tiba kancil mencelah.
“Kita tidak boleh mengambil tindakan

yang bodoh!” jerit kancil penuh
semangat.

“Kalau kita berpindah, hutan ini akan
didiami haiwan lain. Ini tidak adil
kerana di sinilah kampung kita!”

“Jadi kau mahu dimakan oleh gergasi
itu,” kata Raja Singa dengan nada
sinis.

“Saya tidak mahu dimakan oleh gergasi itu,” kata kancil
yang bijaksana.

“Biar saya yang membunuh gergasi itu!”

“Bagaimana haiwan sekecil kamu mahu membunuh
gergasi itu?” tanya Raja Singa.

“Saya akan buktikannya,” kata kancil lalu beredar.

Pada suatu hari, kancil merayau-rayau
di dalam hutan mencari gergasi yang

sedang mengganas itu.

Akhirnya kancil tiba di sebuah bukit
kecil. Kancil berasa hairan kerana
selama ini tiada bukit kecil yang wujud
di laluan denai itu. Ia pun mendakinya.

Kancil terkejut kerana ia sebenarnya sedang mendaki perut gergasi itu. Kancil
ditangkap lalu disuakan ke mulutnya.

“Jangan makan aku!” jerit kancil yang sedang ketakutan. “Sebenarnya aku datang
untuk membawa lebih banyak makanan pada engkau!” jerit kancil lagi.

“Benarkah begitu?” suara gergasi kedengaran begitu kuat bagaikan halilintar.

“Memang benar,” kata kancil yang terawang-awang di udara. “Aku tahu di mana ada
banyak haiwan bertubuh besar.”

Kancil bernasib baik apabila gergasi percaya kata-katanya. Kancil akhirnya dilepaskan.

“Di manakah mereka tinggal?” tanya gergasi.

Ayuh ikut aku mendaki bukit paling tinggi di
hutan ini. Dari puncak bukit, aku akan tunjukkan

kau tempat mereka berkumpul,” kata kancil.

Gergasi itu bersetuju. Mereka pun mendaki bukit
paling tinggi di hutan itu. Gergasi berasa tidak

sabar untuk memakan haiwan yang lebih besar di
hutan itu.

Setelah jauh berjalan, mereka tiba di
puncak bukit itu. Kancil pun
menuding ke bawah.

“Di kawasan lembah itu banyak
haiwan berkumpul. Untuk melihat,

kau perlu berdiri di atas batu di
tebing itu,” kata kancil pada gergasi.

Gergasi itu hanya menurut saja.

Nasib gergasi itu amat malang. Batu besar itu tidak mampu menampung berat
gergasi lalu menggelongsor jatuh ke dalam gaung.

Jeritan gergasi itu didengari oleh semua haiwan di rimba sambil menyaksikan
ia jatuh ke bawah.

Akhirnya kancil berjaya membunuh gergasi itu.

Jangan cepat mengalah, kita
hendaklah berani dalam
menangani masalah.

Tamat

Terima Kasih


Click to View FlipBook Version