Edisi 01 | Julai 2022
Kehadiran kembali pelajar KKTMPJ pada
musim endemik ini memberikan kemeriahan
kepada warga KKTM Petaling Jaya
Bila Ketua Editor Julai 2022
Berbicara
Penghasilan buletin Vol #1 ini sangat
dinantikan oleh segenap warga
sebagai platform untuk menulis dan
berkarya dalam apa juga bentuk
penulisan.
Buletin ini diharapkan akan menjadi
wadah kepada warga KKTM dan juga
pelajar dalam menyalurkan informasi
tentang aktiviti dan juga
menyampaikan buah fikiran melalui
artikel dan jurnal penulisan.
Saya selaku Ketua Editor Buletin edisi
#1 ini mengharapkan agar ia dapat
mencetus legasi yang seterusnya
akan menjadi kesinambungan wadah
untuk kita sama sama gunakan.
Saya juga merakamkan
penghargaan dan terima
kasih kasi kepada
penyumbang artikel dan
jurnal juga bahan untuk
dimuatkan dalam buletin kali
ini. semoga ia bermanfaat
dan dijadikan rujukan untuk
kita semua.
Ketua Editor
Intipati
01 Bingkisan Berita e-Pendidik
Perkara Anda Perlu tahu
Kenapa Perlu Berniaga ?
02 Tips & Petua
Technoloy
IOT & Kehidupan
03 Jurnal Pilihan
Luahan Rasa
Tawaduk
04 Berita Sana Sini
Hobi Bulan Ini
05 Pembudayaan Usahawan
Personaliti Pilihan
15
Perkara
Anda
Perlu tahu
tetang Otak
1. Otak manusia dapat menyembuhkan dirinya saraf sendiri
2. Ada triliunan neuron yang terbentuk di otak
3. Kapasiti otak manusia tidak terbatas dalam menyimpan informasi
4. Dugaan bahawa otak manusia hanya terpakai 10% hanyalah mitos belaka
5. Kemampuan otak dapat ditingkatkan dengan berfikir dan berlatih
6. Otak dapat menghasilkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan lampu
7. Kecepatan memindahkan informasi di otak mencapai 431 km/jam
8. Otak manusia terus berkembang seumur hidup
9. Puncak kecerdasan kognitif manusia pada usia sekitar 20 tahun
10. Anda mampu belajar walaupun lanjut usia
11. Menjaga nutrisi seimbang dapat meningkatkan kemampuan otak manusia
12. Tubuh dan mental yang sihat pemangkin daya ingatan yang kuat
13. Pola tidur yang buruk dapat menurunkan kemampuan otak manusia
14. Aroma dan rasa dapat membantu Anda untuk mengingat / imbas kembali
15. Seseorang dianggap mati bila otaknya sudah berhenti berfungsi
#SilaPakaiOtakk
1 Buat senaman Minum Air Kosong
Senaman dapat
memberikan kesegaran 2 Air kosong lebih elok dari
pada rongga salur darah penggunaan air yang
yang menyebarkan berkafein yang mana air
oksigen kepada saraf mata kosong boleh
dan lain lain mengimbangkan suhu badan
dan seterusnya memberi
kesegaran pada minda
Basuh Muka
3 Cara membasuh muka
boleh menggerakkan saraf
dibahagian muka dan
menyegarkan sel muka
yang mana melibatkan sel
mata dan juga otak
4 Dengar Muzik
Mendengar alunan muzik
memang antara cara untuk
menjadikan teman belajar,
ia adalah instrumen yang
membantu mengaktifkan
sel deria secara luar kawal
Bercakap
5 Bertutur seperti menyanyi
atau berbual sambil belajar
dapat memberikan satu
ransangan dan pemindahan
tenaga seterusnya
mengelakkan mengantuk
5
Tips Tidak
Mengantuk Semasa
Belajar
Teknousahawan 5
oleh : Noorhisyam Razali
Sebab
Perkara kenapa Perlu
Berniaga ?
Saya nak kongsikan pengalaman saya kenapa perlu berniaga pada masa ni.
Walaupun dalam Islam 9/10 kekayaan itu datangnya dari berniaga. Tak semua
terbuka atau berminat untuk berniaga. Ada yang selesa makan gaji. Rezeki setiap
orang itu sudah tertulis. Seperti dalam firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu
sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka" (Surah Ar-Rad:11)
Maka disini, jelas tidak cukup dengan hanya berdoa, kita wajib berusaha untuk
mendapatkan apa yang kita inginkan. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja.
Tetapi sebagai manusia, kita digalakkan berniaga untuk memajukan taraf ekonomi
dan meningkatkan kualiti hidup kita sendiri.
1.Cabar Kemampuan Diri
Dengan berniaga, kita dapat menggunakan segala kepakaran yang kita ada
untuk mendapatkan keuntungan. contohnya, kita mahir membaiki alat elektronik,
kita menjual khidmat membaiki barangan dan mengambil upah dari pelanggan
yang inginkan barangan dibaiki 2. Hidup Lebih Selesa
Untuk hidup lebih berkualiti dan memenuhi kehendak yang tidak terhad,
keperluan material iaitu kewangan yang baik akan memberikan kesempurnaan
dalam kehidupan. Bayangkan jika kita mempunyai lebih pendapatan, semestinya
kehendak untuk menikmati juadah makan dan minum akan dapat yang lebih
enak dan berkualiti.
3. Bantu Yang Memerlukan
Sebaik baik manusia adalah memberi manfaat kepada orang lain dan sekiranya
kita berniaga dan mempunyai "extra income", sudah tentulah kita akan dapat
membantu siapa sahaja yang berada disekeliling kita bantuan yang diperlukan
4. Tujuan Kecemasan
Kehidupan memang tak pernah dapat meramal akan malang tak pernah berbau.
mana mungkin kita tahu tentang jodoh dan ajal. apa yang perlu adalah kita
bersedia mendepani apa juga yang mendatang. Bayangkan, kita mengalami
kecemasan dan apakah sumber yang kita harapan kalau tidak dari poket sendiri
5. Simpanan Masa Mendatang
Hari tua adalah hari untuk berehat dan memberikan fokus kepada sisa kehidupan
disamping menikmati keindahan dan mencipta memori bersama yang
tersayang. Jadi, tabungan dan simpanan masa kini akan menentukan kita
dimasa hadapan. simpanan yang kita labur adalah untuk kita dan peninggalan
kepada waris agar hidup diteruskan dengan sempurna
OOTD Hari Ini
HIDUP MESTI ADA GAYA
Ts Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin PENGARAH
KKTM PETALING JAYA
TAWADUK Islam & Kehidupan
Sahsiah Diri Menjadi Keutamaan
Apakah Bekalan Anda.
Adakah Anda sudah
bersedia?
Kekuatan jati diri kebangsaan generasi muda sering menjadi perbincangan masyarakat,
hal ini kerana generasi muda kebiasaannya mudah terjebak dengan gejala keruntuhan akhlak.
Mereka mudah terikut-ikut dengan budaya barat dan perasaan ingin mencuba perkara baru yang
sangat menebal. Hal ini perlu diatasi dengan baik kerana generasi muda merupakan harapan
bangsa yang bakal menerajui negara pada masa hadapan. Islam merupakan agama rasmi negara
berdaulat Malaysia yang mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem politik dan
perundangan di Malaysia. Ia merupakan teras kepada pembentukan jati diri kebangsaan khusus
masyarakat Melayu di negara ini. Jati diri hadir sebelum kemerdekaan tanah Melayu yang
menjadi lambang kebanggaan rakyat dan usaha pembentukan jati diri kebangsaan perlu
diteruskan dan dijadikan agenda utama negara bagi memastikan setiap anak bangsa dibekalkan
nilai-nilai cintakan negara. Usaha- usaha ini sebenarnya bagi mencapai keyakinan masyarakat
terhadap sistem kepercayaan yang dianuti masyarakat kerana apabila rumpun masyarakat
berpegang teguh pada ajaran agama, maka mereka akan menjauhi perkara-perkara yang negatif .
Islam & Kehidupan TAWADUK
Sahsiah Diri Menjadi Keutamaan
Dalam konteks negara Malaysia, salah satu usaha bagi menanam jati diri kebangsaan
dalam masyarakat adalah melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Falsafah Pendidikan Islam
yang diperkenalkan oleh kementerian pendidikan pada tahun 1987 meletakkan Islam sebagai roh
pendidikan yang menerapkan jati diri kebangsaan dalam diri pelajar. Langkah-langkah
penerapan Falsafah Pendidikan Islam dalam diri pelajar perlu diperhalusi keberkesanannya bagi
memperkasakan jati diri kebangsaan dalam diri anak-anak bangsa.
Falsafah pendidikan Islam menekankan kesyumulan yang merangkumi segala aspek
kehidupan. Antara matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang kamil
termasuklah melahirkan insan yang mempunyai jati diri kebangsaan. Hal ini selari dengan
matlamat pendidikan Islam itu sendiri yang menghendaki jiwa manusia dibekalkan dengan roh
Islam. Keperluan jati diri kebangsaan seseorang insan perlukan ilmu supaya kita dapat
mengetahui bahawa apa yang kita perlukan bukan hanya kebendaan. Jati diri kebangsaan yang
diperlukan insan adalah jati diri yang berakhlak mulia. Akhlak merupakan suatu keadaan diri
yang semulajadi yang melahirkan tingkah laku dan peribadi secara langsung tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian. Akhlak yang mahmudah adalah perbuatan yang terpuji mengikut
kewarasan akal dan syariat Islam. Jati diri kebangsaan yang dibina berasaskan akhlak mahmudah
membawa kepada insan yang memartabatkan sifat terpuji Rasulullah SAW.f .
Islam merupakan asas kepada pembentukan jati diri individu dalam masyarakat. Islam
mementingkan ilmu pengetahuan bagi membekalkan individu sebagai intelektual yang serba
lengkap. Hanya pendidikan yang dapat memanusiakan dan membudayakan manusia. Ilmu yang
diperolehi akan membentuk jati diri kebangsaan yang unggul berlandaskan norma-norma
kehidupan yang benar. Seterusnya kefahaman dan penghayatan terhadap ayat-ayat Al-Quran
yang baik mampu menerapkan jati diri kebangsaan dalam diri individu.
Jenayah yang dikategorikan sebagai TIPS KEHIDUPAN
‘telecommunication fraud’ (macau scam)
biasanya dijalankan dengan empat jenis
modus operandi iaitu tipu culik dan minta
wang tebusan, cabutan bertuah, penyamaran
sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan
dan penyamaran sebagai pegawai dari Bank
Negara Malaysia atau bank-bank yang lain.
TIPS ELAK
SCAMMER
1. SCAM SAHAM / PELABURAN
Kebelakangan ini, banyak yang lalu di newsfeed masing-masing, iklan main
saham, salah satunya yang guna nama Hasbr*qu*tu. Antara tawaran yang
diberikan adalah, bagi modal RM2000, boleh dapat untung RM15,000.
Menjanjikan bulan dan bintang. Diharap tiada yang termakan dengan kata-
kata orang yang promosi pelaburan macam ini. a) Pertama, kita kena
faham konsep pelaburan. Dalam pelaburan ini, mesti ada untung dan rugi.
Kalau ‘offer’ adalah untung saja dan siap dengan jumlah yang tetap, itu
adalah tipu. Tiada orang yang hendak rugi sebab bagi duit dekat orang
lain. b) Kedua, kita kena tahu kita melabur untuk syarikat apa dana pa jenis
perniagaan syarikat itu. Kalau orang Islam, lagi lah wajib untuk ambil tahu
syarikat tu patuh syariah atau tidak. Jangan ingat ada nombor SSM sahaja
terus sah untuk melabur di syarikat tersebut. c) Ketiga, kena pastikan ejen
yang kita hendak daftar untuk melabur itu ada lessen yang sah atau tidak.
Hendak selamat, cari sahaja remiser di bank-bank di Malaysia. Cuma kita
perlu ingat, melabur ini ada yang jenis High Risk, high profit, low risk, low
profit. Jadinya di sini, kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan yang
akan berlaku. Kalau tidak berani hendak ambil risiko, jangan melabur. d)
Keempat, kalau hendak melabur ini, gunakan duit lebihan sahaja. Bukannya
simpanan kecemasan. Duit lebihan ini bermaksud, kalau kita rugi, kita boleh
redha. Kalau untung, Alhamdulillah.
Anwar Bin Mohd Abd Mahi
[email protected]
2. SCAM LHDN / POLIS / MAHKAMAH / KKM TIPS KEHIDUPAN
Kalau ada yang telefon dan maklumkan kita ada tunggakan cukai ataupun
saman sampai hendak kena naik mahkamah, lebih baik letak sahaja telefon itu.
Untuk pengetahuan, LHDN kalau buat audit atau minta tambah bayaran cukai,
dia akan hantar surat rasmi,lepas sudah dapat surat rasmi tersebut, barulah
staf akan telefon dan Tanya ada dapat tak surat rasmi LHDN itu. Dia tidak akan
sambung-sambung panggilan ke balai polis, mahkamah dan sebagainya.
3. SCAM BARANG / EMAS / KUCING / UBATAN
Untuk barang-barang elektrik, belilah secara COD ataupun di kedai, sebab boleh semak
barang tersebut elok ataupun ada kerosakan terutama kalau hendak beli telefon. Kalau
hendak beli jugak secara online, boleh semak dahulu akaun penerima bayaran itu sama
atau tidak dengan akaun syarikat tersebut. Kalau akaun itu akaun peribadi dan berlainan
dengan akaun penjual itu, elakkanlah beli melalui dia. Ditakuti, itu cumalah keldai akaun
sahaja. Lagi satu cara, boleh semak nombor telefon dan nombor akaun bank tersebut
pernah ada rekod polis ataupun tidak. Boleh semak guna applikasi ‘semak mule ccid’.
Contoh yang pernah berlaku, ada penjual hendak menjual ‘scooter branded’ dengan
harga RM8 sahaja, kononnnya hendak release model baharu. Ada seorang yang komen
yang dia dah dapat scooter tu, jadi Nampak macam real promosi ini, nasib baik lah ada
yang tolong semak fb pembeli tersebut, dan sememangnya tipu.
Kalau nak beli kucing pulak, cari kucing yang puse BSH, jangan mudah terpedaya kalau
orang letak harga online murah sangat. Pure BSH tapi harga RM900 lepas tu kena bayar
siap-siap. Tak boleh COD. Taktik ni biasanya sama sahaja, tak boleh COD. Nak tahu dia
scam atau tidak, minta alamat dia, beritahu yang kita nak pergi beli kucing tu sekarang
jugak. Kalau dia terkial-kial, confirm la scam. Boleh juga minta buat video call, nak tengok
kucing tu. Kalau dia bagi alasan kucing tu kat rumah abang dial ah, dan macam-
macam alasan lain, confirm scam. Study dulu harga pasaran untuk breed kucing-kucing
mahal ni, baru boleh agak berapa harga yang reasonable. Kalau pasal ubatan ni, sejak
zaman dulu lagi, kalau ada penjual ubat yang claim boleh mengubati banyak penyakit,
berhati-hatilah. Kalau ada ubat macam itu, dah tentulah doctor akan beli banyak-
banyak dan letak dekat hospital atau klinik masing-masing. Sebelum ambil apa-apa
produk atau supplement, Tanya pendapat doctor dulu,sesuai ataupun tidak.
4. SCAM EJEN TRAVEL/ HOMESTAY.
Bila nak book homestay online, baca dulu review orang lain, kalau banyak review yang ok,
boleh proceed dengan booking, tapi kalau new property yang listed, berhati-hatilah. Chat
dulu dengan owner tentang keadaan rumah, jalan ke arah homestay tu. Boleh guna
medium facebook penduduk setempat di area homestay tu untuk Tanya kalau homestay
tu ok ataupun tidak, memang area tu wujud atau tidak dan sama tak gambar homestay
dalam iklan dengan reality homestay.n
Belajar & Pupuk Menjual dengan orang
Minat Berniaga awam memang
mencabar dan
Noorhisyam Razali memerlukan
Pensyarah Keusahawanan kemahiran komunikasi
dan keyakinan yang
Berniaga merupakan 9/10 dari punca tinggi
pendapatan. Atas sebab itu, melalui
pembelajaran secara realistik, pelajar #Digital Enterprise
didedahkan dengan aktiviti yag
membuka fikiran mereka untuk
menjadikan perniagaan sebagai kerjaya
pilihan.
Biarpun sekadar menjual lolipop didalam
bas dan juga di tempat umum, dengan
SOP yang dijaga, pelajar dapat
menggunakan kebijaksaan mereka untuk
menjual dan pengalaman ini adalah
pengalaman yang cukup berharga
IOT & KEHIDUPAN
Oleh : MiM
Pengumpulan data dalam bidang IoT bukanlah sesuatu yang asing, malahan data
sedia ada yang terkumpul telah membentuk kumpulan data yang sangat besar dan
kompleks sehingga ianya dipanggil data raya. Namun begitu, adakah semua data ini
memberi apa-apa makna kepada kita? Piramid nilai akan membantu kita dalam
menentukan nilai data tersebut, adakah ia menjadi sesuatu yang penting atau tidak
kepada masyarakat atau kumpulan tertentu.
Setiap aras dalam piramid nilai memerlukan kita untuk menjawab persoalan
berkaitan data yang kita kumpul. Semakin banyak persoalan yang dapat dijawab, ia
akan menambah nilai data yang dikumpul. Semakin banyak soalan yang kita jawab,
semakin tinggi kita bergerak ke atas piramid. Dalam erti kata lain, semakin kita
memperkayakan data dengan makna dan konteks, semakin banyak pengetahuan
dan pemahaman yang kita dapat daripadanya. Di bahagian atas piramid, kita akan
mengubah pengetahuan dan pemahaman menjadi pengalaman pembelajaran
yang akan membimbing tindakan kita.
Data merupakan aras dasar dalam piramid nilai. Data adalah merupakan koleksi
fakta dalam bentuk mentah atau tidak teratur seperti nombor atau aksara. Data
tanpa konteks hanya dapat memberikan makna yang sedikit ataupun tidak
memberikan apa-apa makna langsung. Sebagai contoh, 22022022 hanyalah urutan
nombor tanpa memberikan makna dan kepentingan yang jelas. Tetapi jika kita
melihatnya dalam konteks ‘ini adalah tarikh’, kita dapat dengan mudah mengenali
data tersebut sebagai 22 Februari 2022. Dengan menambah konteks dan nilai pada
nombor, data tersebut kini mempunyai lebih banyak makna.
Dengan cara ini, kita telah mengubah urutan nombor mentah tersebut menjadi
maklumat. Aras kedua di dalam piramid nilai adalah maklumat. Data-data yang
telah ‘dibersihkan’ ini akan diproses untuk menjadikannya lebih mudah diukur,
digambarkan dan dianalisis untuk tujuan tertentu. Pemprosesan data boleh
melibatkan operasi yang berbeza seperti menggabungkan set data yang berbeza,
memastikan bahawa data tersedut adalah relevan dan lain-lain, ianya bergantung
kepada tujuan data tersebut diproses.
Dengan bertanya soalan yang relevan mengenai data
tersebut sepertu ‘siapa’, ‘apa’, ‘bila’, ‘di mana’, kita boleh
mendapatkan maklumat berharga daripada data dan
menjadikannya lebih berguna untuk kita. Namun, apabila
kita sampai kepada persoalan ‘bagaimana’, inilah yang
membuat lonjakan dari aras maklumat ke aras
pengetahuan.
Menjawab persoalan ‘bagaimana’ terhadap data yang dikumpulkan adalah sangat
penting dan relevan dalam mencapai matlamat data tersebut dikumpulkan.
Persoalan ‘bagaimana’ ini akan menyambung cebisan-cebisan maklumat dengan
cebisan maklumat yang lain untuk menambahkan lebih banyak makna dan nilai ke
atas data yang dikumpulkan itu. Apabila kita tidak hanya melihat maklumat sebagai
kumpulan fakta, tetapi juga memahami cara menerapkannya untuk mencapai
matlamat, kita mengubahnya menjadi pengetahuan. Pengetahuan ini sering menjadi
kelebihan yang dimiliki oleh mereka yang hebat berbanding pesaing mereka.
Setelah kita dapat menganalis maklumat secara eksplisit, kita akan mendapat
kefahaman ke atas pengetahuan tersebut dan ianya membawa kita ke arah yang
lebih tinggi dalam piramid nilai. Ini hanya akan berlaku apabila kita menggunakan
pengetahuan dan kefahaman yang diperolehi dari maklumat tersebut untuk
membuat keputusan proaktif, dengan cara ini kita dapat mengatakan bahawa kita
telah mencapai aras tertinggi - 'kebijaksanaan' – dalam piramid nilai.
Kebijaksanaan adalah puncak piramid nilai dan untuk sampai ke sana, kita mesti
menjawab soalan seperti 'mengapa melakukan sesuatu' dan 'apa yang terbaik'.
Dalam erti kata lain, kebijaksanaan adalah pengetahuan yang diterapkan dalam
tindakan kita. Kita juga boleh mengatakan bahawa, jika ‘data’ dan ‘maklumat’ seperti
melihat ke masa lampau, ‘pengetahuan’ dan ‘kebijaksanaan’ dikaitkan dengan apa
yang kita lakukan sekarang dan apa yang kita mahu capai pada masa akan datang.
Jadi, persoalannya, sampai ke aras manakah data yang telah kita kumpulkan selama
ini?
JURNAL PILIHAN
Kejuruteraan Mekanikal Komposit Termaju– Satu Inovasi mampu untuk
mengubah seluruh dimensi
Ts.Mohd Nazif Bin Mohd Baharuddin
Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya, Selangor.
·Sarjana Kejuruteraan Pendidikan (Mekanikal) (UTHM)
·Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Bahan) dengan Kepujian (UKM)
·SKM 1 & 3 (Automotif)
Pedagogi (CIAST)
Setelah menamatkan pengajian di dalam bidang Kejuruteraan Bahan di Universiti Kebangsaan Malysia
(UKM) pada tahun 2000, saya telah menyertai organisasi MARA sebagai salah seorang tenaga
pengajar (J3) dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah bermula pada 5 Jun 2001di Institut
Kemahiran MARA Jasin Melaka. Pendedahan saya kepada cabang ilmu Kejuruteraan Bahan bermula
apabila pengunaan kayu getah telah digunapakai sebagai bahan alternatif menggantikan bahan
daripada jenis kayu balak. Kayu getah ini digunakan secara meluas di dalam industri perabot dan
pembinaan terutama sebagai papan partikal. Ini membuktikan ilmu berkaitan Kejuruteraan Bahan
mempunyai potensi bagi membantu menyelesaikan masalah dalam meningkatkan mutu kelasterian
kehidupan alam. Bagi melaksanakan kajian berkaitan kejuruteraan bahan, pemahaman berkaitan
dengan pengunaan alatan dan mengukuran serta pengujian adalah amat penting. Penggunaan alatan
yang sesuai adalah aspek kritikal kerana ia mampu untuk mempengaruhi objektif yang ingin dicapai.
Setelah menamatkan pengajian di dalam bidang Kejuruteraan
Bahan di Universiti Kebangsaan Malysia (UKM) pada tahun 2000,
saya telah menyertai organisasi MARA sebagai salah seorang
tenaga pengajar (J3) dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah
bermula pada 5 Jun 2001di Institut Kemahiran MARA Jasin Melaka.
Pendedahan saya kepada cabang ilmu Kejuruteraan Bahan
bermula apabila pengunaan kayu getah telah digunapakai
sebagai bahan alternatif menggantikan bahan daripada jenis kayu
balak. Kayu getah ini digunakan secara meluas di dalam industri
perabot dan pembinaan terutama sebagai papan partikal. Ini
membuktikan ilmu berkaitan Kejuruteraan Bahan mempunyai
potensi bagi membantu menyelesaikan masalah dalam
meningkatkan mutu kelasterian kehidupan alam. Bagi
melaksanakan kajian berkaitan kejuruteraan bahan, pemahaman
berkaitan dengan pengunaan alatan dan mengukuran serta
pengujian adalah amat penting. Penggunaan alatan yang sesuai
adalah aspek kritikal kerana ia mampu untuk mempengaruhi
objektif yang ingin dicapai.
JURNAL PILIHAN
Sehubungan dengan itu saya sentiasa secara proaktif meneroka pengunaan teknologi alatan terkini
yang dapat membantu meningkatkan ketepatan dan kualiti kajian yang dilaksanakan. Saya sentiasa
berhubung dengan pihak pembekal, menghadiri seminar, menyertai pameran berkaitan kejuruteraan
dan membuat kobolorasi dengan pihak universiti bagi memastikan ilmu berkaitan Kejuruteraan Bahan
sentiasa dikemaskini selari mengikut perkembangan teknologi semasa. Semasa bertugas di MARA, saya
telah menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam mengoperasikan mesin Gas Chromatography–
Mass Spectrometry (GC-MS), Solid-Phase Microextraction (SP-ME), Thermogravimetric Analysis (TGA)
dan Differential Scanning Calorimetry (DSC) di makmal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk
menjalankan ujikaji dan menganalisa data berkaitan kejuruteraan bahan. Selain daripada itu, saya juga
telah menggunakan mesin Universal Testing Machine (UTM), Scanning Electron Microscopy (SEM),
Energy Dispersive X-Ray (EDX) dan Hot Press Machine (HPM) di makmal bahan yang ditempatkan KKTM
Kuantan, KKTM Kemaman dan KKTM Masjid Tanah bagi menguji sifat mekanikal dan fizikal bahan.
Di samping menggunakan alatan-alatan tersebut, saya juga di
beri tunjuk ajar berkenaan pengurusan data, keselamatan
pengendalian mesin, pematuhan kepada akta alam sekitar,
pengurusan sumber bahan dan kewangan serta kaedah dalam
membuat penerbitan kajian ilmiah serta pembentangan hasil
kajian di peringkat dalam dan luar negara oleh pakar-pakar yang
menguruskan makmal tersebut. Sebagai contoh hasil daripada
pendedahan kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi ini
telah membolehkan saya membuat ujikaji berkaitan bahan
komposit termaju dengan hanya menggunakan bahan terbuang
daripada pokok terbiar dan mengoptimumkan ekstrak bahan
semula jadi daripada hasil hiliran kelapa sawit. Melalui kemahiran
dan pengetahuan ini, saya cuba mencari penyelesaian kepada isu
kelemahan yang ada pada papan partikel. Ia secara tidak
langsung akan menangani masalah berkaitan pergantungan
sumber kayu dari hutan oleh industri perabut negara, isu
penggunaan bahan kimia sebagai perekat yang membahayakan
keselamatan dan kesihatan pengguna, isu pencemaran alam
sekitar dan bagaimana kejuruteraan boleh menyumbang kepada
sumber ekonomi baru kepada masyarakat luar bandar khususnya
dan negeri amnya.
JURNAL PILIHAN
Selain daripada kemahiran dalam mengendalikan mesin-mesin tersebut, saya juga telah belajar dan
didedahkan kepada penggunaan perisian Taguchi Method, ANOVA dan SPSS dalam meningkatkan
kemampuan saya untuk membuat Analisa dapatan kajian dan data. Kemahiran ini saya pelajari semasa
mengikuti pengajian peringkat master di UTHM di dalam subjek rekabentuk ujikaji. Perisian ini telah
membantu saya menganalisis data secara tunggal dan data terkumpul. Ia juga membolehkan saya
menghasilkan parameter khusus dalam mencari nilai suhu yang paling optimum, tekanan maksima, saiz
partikel terbaik dan nisbah campuran perekat antara poliol dengan isosianat untuk tujuan pengeluaran
papan partikal di industri perabut negara.
Kesemua kemahiran dalam menggunakan perisian ini telah
meningkatkan kemampuan saya dalam membentuk parameter dan
merekabentuk formula matematik baru bagi mengatasi kelemahan
yang pada sifat fizikal dan mekanikal papan partikal di dalam
pasaran semasa. Sehubungan itu beberapa faktor dan tindabalas
ujikaji seperti ujikaji Modulus of elasticity (MOE), Modulus of
rupture (MOR), Water Absorption (WA) dan Thickness Swelling (TS)
telah saya jalankan. Kesemua data ini telah saya isi ke dalam
format Design of Experiments (DOE) yang dihasilkan melalui
perisian Taguchi Method bagi membolehkan saya mengeluarkan
formula yang paling optimum. Formula ini amat penting untuk
membantu industri perkayuan negara dalam merancang dan
penjimatan kos pengeluaran, mengurangkan penggunaan tenaga
elektrik dan kewangan di samping membantu industri perabut
negara untuk menghasilkan perabut yang lestari kepada alam
sekitar, murah dan selamat kepada pengguna.Secara umumnya,
hasil daripada pengetahuan dan kemahiran yang saya ada dalam
bidang ini telah membolehkan spesimen dan formula papan
partikel yang terbaik dan memenuhi piawaian antarabangsa dan
negara untuk industri perabut dapat dihasilkan walaupun dengan
hanya menggunakan campuran bahan sisa pokok terbiar.
Saya juga telah belajar dan didedahkan dengan piawaian Japan Industry Standard (JIS), Brazil Standard
(NBS) dan Malaysia Standard (MS) sepanjang berkecimpung dalam kejuruteraan bahan komposit termaju
ini. Pemilihan piawaian ini berdasarkan kepada beberapa aspek seperti geomografi kawasan, pengaruh
iklim, struktur pokok akasia, cadangan pengkaji terdahulu dan juga kesesuaian kajian yang digunakan.
Sebagai contoh, mengikut piawaian JIS, bagi ujikaji pengembangan (TS), kadar pengembangan maksima
untuk 2 jam mesti kurang daripada 13% daripada saiz asal sampel. Manakala untuk ujikaji modulus young
pula, nilai MOE adalah mesti melebihi daripada 4000MPa dan nilai bagi ujikaji kerapuhan atau MOR pula
mesti melebihi 12MPa. Bagi ujikaji WA pula, piawaian NBS telah menetapkan nilai maksima resapan air
untuk redaman selama 2 jam mesti kurang daripada 16% daripada berat asal sampel.
Saya cenderung kepada penggunaan JIS sebagai piwaian utama berbanding ASTM kerana piawaian
ASTM hanya sesuai untuk bahan kayu yang berasal daripada negara beriklim 4 musim. Ada kajian
daripada pengkaji terdahulu yang mengatakan struktur serat bagi pokok akan dipengaruhi oleh jenis iklim
kawasan tersebut. Memandangkan Brazil mempunyai iklim yang sama dengan Malaysia iaitu Khatulistiwa
maka pemilihan NBS adalah tepat dan dipercayai sesuai sekiranya saya menggunakan sumber bahan
daripada dalam negara. Di samping itu, piawaian NBS juga saya gunakan kerana piawaian untuk
umenguji kadar resapan air tidak dinyatakan dengan jelas dalam JIS dan juga MS berbanding NBS.
JURNAL PILIHAN
Papan partikel merupakan salah satu komponen penting di dalam industri perabut dan pembinaan
negara. Jesteru itu, kajian berkaitan papan partikel sentiasa mendapat keutamaan di pihak industri
bagi mengurangkan kos pengeluaran di samping mempertingkatkan kualiti produk. Manakala bagi
pihak akademik pula lebih menumpu kepada kajian untuk meningkatkan keupayaan bahan dalam
menyumbang kepada kemajuan kejuruteraan negara dan seterusnya mempunyai sifat yang mesra
pengguna. Sehubungan dengan itu, saya merasa bertanggungjawab untuk menjalankan kajian
kejuruteraan bahan komposit termaju dan menghasilkan produk papan partikel baru tanpa merosakkan
alam sekitar, tidak membahayakan pengguna dan mampu untuk menyumbang kepada peningkatan
ekonomi masyarakat luar bandar dan negara. Bahan daripada sisa pokok terbiar daripada jenis Acacia
Mangium telah saya pilih memandangkan sumbernya yang boleh diperolehi secara mudah di dalam
negara kita. Secara khusus, kajian ini dilaksanakan bagi menyelesaikan tiga masalah yang telah
dikenalpasti iaitu;
1.Bagaimana membangunkan papan partikel yang tidak mengeluarkan gas beracun yang
membahayakan manusia?
2.Apakah keberangkalian pokok terbiar menjadi bahan utama dalam pembangunan papan partikel?
3.Bagaimana merekabentuk parameter terbaik mengurangkan kadar resapan air bagi papan
partikel?
Penggunaan sisa pokok terbiar sedia ada sebagai sumber bahan utama dalam kajian saya ini dipercayai
dapat mengurangkan kebergantungan sumber kayu daripada hutan. Aktiviti penebangan hutan
sebenarnya telah menyumbang kepada isu pemanasan global dan juga kepupusan flora dan fauna. Di
samping itu, pemilihan sisa pokok ini juga saya buat disebabkan oleh isu tanah berasid ekoran sisa
daripada spesis pokok ini mampu meningkatkan kandungan asid dalam tanah. Keadaan ini menyumbang
kepada kepupusan spesis pokok lain dan menggugat keseimbangan ekosistem hutan negara. Di samping
itu, sisa pokok ini menyumbang kepada berlakunya kebakaran hutan sekunder hampir setiap tahun
terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia menjadi penyebab dan menyumbang kepada masalah
jerebu negara saban tahun dan akhirnya mengganggu kesihatan manusia.
Melalui projek ini juga saya telah menggantikan perekat daripada sumber petroleum iaitu Urea
Formaldehyde (UF) kepada sumber alam semula jadi iaitu Polyurethane (PU) hasil percampuran Poliol
kelapa sawit dengan Isocyanate. Penggunakan UF telah dibuktikan oleh banyak pengkaji terdahulu
sebagai penyebab kepada peningkatan penyakit barah di kalangan manusia. Ia juga boleh memberi
kesan serta merta kepada mata dan penafasan manusia khususnya apabila pengguna terdedah kepada
perabut baharu. Oleh itu dengan penggunaan bahan berasaskan semula jadi ini, ia dipercayai dapat
menjaga kesihatan pengguna di samping menjadi nilai tambah kepada produk yang berasaskan kelapa
sawit negara. Secara tidak langsung ia telah menyumbang kepada ekonomi negara dan peladang yang
mengusahakan industri kelapa sawit.
JURNAL PILIHAN
Pada masa kini, masalah banjir kilat dan fenomena musim tengkujuh yang melanda negara setiap
tahun akan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit ekoran kerosakan pada perabut. Oleh yang
demikian saya menjalankan ujikaji dan merekabentuk formula baru bagi menghasilkan papan partikal
yang mampu bertahan apabila terendam lebih daripada 24 jam tanpa merosakkan kualitinya. Keadaan
ini juga secara tidak langsung dapat menyelamatkan perabut daripada rosak apabila berlaku banjir
dan mengurangkan kerugian kepada pengguna dan negara secara keseluruhannya. Formula ini juga
dapat mengurangkan kos pengeluaran industri, mesra alam, menjamin kesihatan pengguna dan murah.
Saya telah menjalankan ujian awalan bagi mencari parameter baru sebelum ujikaji sebenar dilakukan.
Kajian literasi juga telah saya jalankan dengan merujuk kepada kajian pengkaji terdahulu. Di dalam
kajian ini terdapat 3 peringkat kajian telah direkabentuk iaitu peringkat persedian kajian, kerja makmal
dan analisa data dan yang terakhir adalah keputusan dan perbincangan. Melalui peringkat persedian
kajian, saya telah menjalankan teknik rawatan bahan, proses penentuan saiz partikal, mencari nisbah
campuran bahan dengan resin, nisbah campuran resin dengan pengeras, suhu dan masa yang sesuai
untuk proses tekanan pada mesin Hot Press Machine.
Bagi peringkat kerja makmal dan Analisa data pula, saya telah memberi tumpuan kepada proses
pencarian nilai min, S/N Ratio, R², Sdn.Dev. Maklumat ini diperolehi melalui perisian Taguchi Method
untuk tindakbalas tunggal yang menekan kepada Analisa Mean Effect Plot dan Liner Model Analysis.
Manakala untuk analisa tindakbalas pelbagai pula, saya telah menggunakan kaedah ANOVA untuk
membuat analisa pelbagai yang merangkumi nilai pekali gabungan “Bigger is better” dan “Smaller is
better”. Bagi analisa nilai F, Regression Equation Formula dan pembuktian perhubungan secara negatif
pula, perisan SPSS telah saya digunakan. Rekabentuk papan partikal ini menggunakan acuan yang
ditetapkan oleh JIS.
Untuk menghasilkan specimen, acuan yang mengikut piawaian JIS telah saya bangunkan dengan
menggunakan "Stanless steel" dan direkabentuk menggunakan perisian AutoCAD. Kemahiran saya
dalam menggunakan mesin larik di KKTM Kemaman telah membantu saya saya dalam menghasilkan dan
membentuk acuan ini. Saya telah menggunakan suhu setinggi 120˚C semasa menggunakan Hot Press
Machine (HPM). Ini adalah hasil dapatan kajian yang saya lakukan melalui ujikaji TGA, GS-MS dan SP-
ME. Manakala tekanan untuk HPM yang saya gunakan adalah 160 MPa dan masa yang diambil adalah
selama 300s. Parameter ini telah membentuk satu papan papan partikal yang terbaik. Hasil kajian ini
juga telah berjaya menghasilkan papan partikel yang mempunyai sifat fizikal dan mekanikal yang
mengatasi nilai minima yang telah ditetapkan oleh piawaian JIS, NBS dan MS.
JURNAL PILIHAN
Hasil kajian ini telah mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh JIS, NBS dan MS. Produk ini telah
saya gunakan sebagai papan parkeh untuk lantai di salah sebuah kuaters pegawai di KKTM Petaling
Jaya. Ia juga telah digunakan untuk dibuat meja dan juga beberapa alatan perabut. Pada masa
sekarang saya telah menerima pelawaan daripada pihak MARA dan UniKL untuk proses peningkatan
produk dan pengeluaran secara berskala besar.
Projek ini saya telah pusatkan di UniKL-MFI berikutan kekangan ruang di premis saya. Isu berkaitan
kewangan juga telah dapat saya selesaikan melalui geran yang saya perolehi daripada MARA. Isu
mengurangkan tanah berasid dan kaedah melupuskan sisa pokok akasia yang berkesan dan memberi
manafaat kepada industri lebah akasia telah berjaya saya hasilkan. Manakala isu kesihatan pengguna
dan gangguan ekosistem kepada flora dan fauna juga telah dapat saya atasi dengan kemahiran
kejuruteraan bahan melalui penghasilan produk ini. Pemilihan sisa daripada pokok akasia dan perekat
sumber semula jadi yang saya gunakan juga telah dapat menjimatkan kos pengeluaran industri perabut
di samping dapat membantu mengelak kerugian besar apabila musim tengkujuh berlaku setiap tahun
kepada pengguna dan negara. Di samping itu, ia juga telah membuka satu lagi sumber ekonomi baru
kepada masyarakat luar bandar dan meningkatkan permintaan kepada produk hiliran kelapa sawit.
Melalui kemahiran dan pengetahuan yang saya ada dalam teknologi kejuruteraan bahan termaju ini
juga telah dapat memaksimumkan sumber terbiar negara. Bagi meningkatkan nilai produk ini, saya
telah membuat pembentangan dan pameran produk di dalam dan di luar negara. Sehingga hari ini,
produk ini telah berjaya memenangi 9 pingat emas dan 1 pingat perak bagi pertandingan diperingkat
nasional dan antarabangsa. Hasil kajian ini juga telah mendapat pengiktirafan khas daripada negara
Taiwan, Thailand dan Croatia. Saya juga telah menghasilkan 4 kertas kajian kejuruteraa berkaitan
bahan di bawah penerbitan pihak scopus, 1 penerbitan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan 2
penerbitan di bawah ISI Q2 indeks untuk rujukan para penyelidik di seluruh dunia.
Kejayaan ini adalah satu sumbangan yang besar kepada industri perabut dan pembinaan negara yang
telah saya sumbangkan melalui ilmu kejuruteraan bahan dan meletakkan Malaysia sebagai salah satu
negara yang berjaya membangunkan produk yang lestari kepada alam sekitar dan selamat untuk
pengguna.
28 JUN - 5 JULAI 2022
PROGRAM ANJURAN PELAJAR KKTMPJ
SEMESTER 3 DIGITAL ENTERPRISE
BELAJAR MENGURUS ACARA & MENEROKA POTENSI BAGI
MENDAPATKAN PENDAPATAN SECARA ONLINE
Teknousahawan CLASS 3A
1. MANJAYH ENTERPRISE
Keusahawanan Kerjaya Pilihan
2. HAREY ENTERPRISE
3. MANJAKALI ENTERPRISE
CLASS 3B
1. STUMBLE ENTERPRISE
2. FARUQ ENTERPRISE
3. WHOOSH ENTERPRISE
CLASS 3C
1. ROCKEY ENTERPRISE
2. ALPHA ENTERPRISE
3. BYAKKO ENTERPRISE
CLASS 3D
1. PETALING ENTERPRISE
2. FORCE ENTERPRISE
3. ACE ENTERPRISE
CLASS 3E
1. BOIS ENTERPRISE
2. HOGWARTS ENTERPRISE
3. YOLLOW ENTERPRISE
KKTM PJ
PEMBUDAYAAN
USAHAWAN
UUNNIITT
TTEEKKNNOOUUSSAAHHAAWWAANN
SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA WAKIL PELAJAR KKTM PETALING
JAYA KE PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2022
PERINGKAT PRA KELAYAKAN BIDANG MECHATRONICS.
TARIKH : 28 JUN 2022 (SELASA)
TEMPAT : GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI)
SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA WAKIL PELAJAR KKTM PETALING JAYA KE
PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2022 PERINGKAT PRA
KELAYAKAN BIDANG WEB TECHNOLOGIES.
TARIKH : 1 JUN 2022 (RABU)
TEMPAT : UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)
KKTM PETALING JAYA
WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2022 - PERINGKAT
KELAYAKAN BIDANG WEB TECHNOLOGIES
Cerita Hari Ini
Ensuring Employability Programme bersama industri
Myinvent Technology Sdn Bhd, MGATE Emerging
Technologies Sdn Bhd, Favoriot Sdn Bhd, KTE Smart
Technologies dan Cytron Technology Sdn Bhd..
MAJLIS APRESIASI PELAJAR DAN ANUGERAH DEKAN
KOHORT PERTAMA PROGRAM IoT KKTM PETALING JAYA
Tempat : Hotel TH Kelana Jaya
Tarikh : 7hb April 2022
Majlis Perasmian Penutup Innovation & Competency
Enrichment (iNICE) 2021 & Pra Pelancaran
International Innovation & Competency Enrichment
(iNICE) 2023
VIVA bagi FYP pelajar Semester 4 bersama Kunjungan Hormat Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling
panel-panel penilai dari industri iaitu Dr Jaya (KKTM PJ) ke MBPJ merupakan sesi pengenalan KKTM
Mazlan Abbas (Favoriot), En Kamalludin PJ sebagai salah satu hub IoT(Internet of Things).
Mansor (Circuit Ideas) dan Kunjungan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan
En Idris Zainal Abidin (Cytron). kepada MBPJ input-input mengenai IoT dan juga
berkongsi pandangan berhubung inisiatif MBPJ di dalam
melaksanakan PJSSR 2030.
Di bawah Thematic Learning City, KKTM PJ sebagai
antara rakan strategik PJ Learning City turut memberikan
penjelasan tentang kursus kursus yang ditawarkan di
Kolej.
Pendaftaran Pelajar Kanan Sesi Jun-Julai 2022
(Semester Pendek)
Berita Sana Sini
.
Bersama En. Mohd Zaini Abdul Majid, Pensyarah Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian
Internet) KKTM Petaling Jaya dan En. Mohd Salman,
Pensyarah Program Diploma Teknologi Automotif Jentera
Berat, Institut Kemahiran MARA Jasin berkongsi topik TVET
MARA : KEPAKARAN KAMI UNTUK ANDA di RTM, TV1 dalam
rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) esok 11 Jan 2021,
jam 9:00 pagi
Unit teknousahawan KKTMPJ akan mengadakan sesi
bergambar pada 11 - 13 Januari 2022 (Selasa -
Khamis) bertujuan untuk memberi pendedahan
tentang self branding dalam keusahawanan..
Program ini juga memilih gambar terbaik setiap
pelajar untuk menjadi profile picture media sosial
pelajar dan memulakan perniagaan dengan kredibiliti
sebagai seorang usahawan..
Bengkel Drone untuk persiapan
pertandingan iNice 2021/2022 Kolej
Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
sedang berlangsung..
Bengkel Robotic untuk persiapan
pertandingan iNice 2021/2022 Kolej
Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
sedang berlangsung..
Jom bersama pensyarah KKTM Petaling Jaya,
bersiaran di Bernama Radio dalam program
Cerita Kami @ TVET pada 6 Januari 2022
(Khamis) jam 3.30 petang secara langsung di
radio dan fb page bernama radio..
CALON-CALON MPP KKTM PJ 2022/2023
UNDIAN AKAN DIADAKAN PADA 5 APRIL 2022 SECARA ATAS TALIAN.
SELAMAT BERKEMPEN SEMUA
VIDEO MANIFESTO