REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
TINGKATAN 2
BAB: 1
PENYELESAIAN MASALAH SECARA
INVENTIF
1.1 PENGENALPASTIAN MASALAH
1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif Dan
Inventif
MASALAH BUKAN INVENTIF
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan.
Contoh:
1. Mentol rosak,penyelesaiannya gantikan dengan mentol yang baru.
2. Pisau tumpul,penyelesaiannya asah pisau supaya menjadi tajam.
MASALAH INVENTIF
Masalah baharu atau masalah sampingan yang wujud setelah masalah asal diselesaikan.
Contoh:
1. Penggunaan pendingin hawa akan menjadikan rumah lebih selesa tetapi akan meningkatkan kos
elektrik.
2. Penutup balang yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau,penutup balang ditambah baik,
namun timbul masalah baru iaitu penutup terlalu ketat menyebabkan susah untuk buka.
3. Meja tidak dapat menampung berat.Untuk selesaikan masalah tu kaki meja ditukar dari kaki kayu
kepada kaki besi. Selesai masalah menampung berat,tetapi masalah timbul apabila meja itu berat
untuk dialihkan. Untuk gambar boleh rujuk buku teks m/s 4.
1.1.2 Menerangkan Proses Penyelesaian Masalah
Bukan Inventif Dan Inventif
MASALAH BUKAN INVENTIF
Carta alir proses penyelesaian masalah bukan inventif.
1.1.2 Menerangkan Proses Penyelesaian Masalah
Bukan Inventif Dan Inventif
MASALAH INVENTIF
Carta alir proses penyelesaian masalah inventif.
LATIHAN: BUKU AKTIVITI (SASBADI) RBT TINGKATAN 2
.
LATIHAN: BUKU AKTIVITI (SASBADI) RBT TINGKATAN 2
.
TERIMA KASIH
DAN JUMPA LAGI PADA KELAS SETERUSNYA…..
.