4) Kepelbagaian
• Aplikasi pelbagai elemen, gaya, kualiti, nilai dan idea
dalam sesuatu reka bentuk.
5) Keringkasan
• Idea yang kompleks diolah semula dalam bentuk visual yang
lebih ringkas.
6) Kesatuan
• Semua bahagian elemen bergabung untuk
membentuk imej, tema atau idea yang sempurna.
7) Harmoni
• Merujuk kepada sesuatu yang dapat memberikan
kedamaian dan dapat menimbulkan emosi yang
positif.
APP.TESTPAPER.COM.MY
1.1.4 Aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas
Langkah 1 : Pilih elemen reka bentuk yang sesuai. Contoh : Rupa , garisan, bentuk
Langkah 2 : Pilih prinsip reka bentuk yang sesuai. Contoh : Keseimbangan, pengulangan
Langkah 3 : Daripada elemen dan prinsip yang telah dipilih, lakarkan suatu produk di petak di bawah.
Rupa Garisan + Rupa organik
Bulat Keseimbangan
Bentuk Kon
Pengulangan
Orang salji
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk
Bagi melakukan banding beza prinsip dan elemen reka bentuk, gunakan satu contoh produk siap yang terdapat
dalam pasaran (Contoh: Monopod). Buat satu senarai semak prinsip dan elemen reka bentuk terhadap lakaran yang
telah dibuat kepada monopod tersebut.
Elemen Tandakan (/) Prinsip Tandakan (/)
Jika ada Jika ada
Garisan / Keseimbangan /
Rupa / Pengulangan /
Bentuk / Kontras /
Tekstur / Kepelbagaian
Saiz Kesatuan /
Warna / Keringkasan
Ruang Harmoni
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
1.1.6 Kriteria reka bentuk yang baik
Jadual di bawah menunjukkan lima (5) kriteria reka bentuk yang baik.
No. Kriteria Penerangan
1 Kecenderungan inovasi Menjadikan produk itu unik dan lebih berdaya saing daripada produk sedia
ada dalam pasaran.
2 Kreativiti Melibatkan idea baharu untuk memperbaiki fungsi produk sedia ada bagi
memberi manfaat yang lebih baik atau lebih pelbagai fungsinya.
3 Keaslian reka bentuk Menekankan kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
produk serta tidak meniru produk sedia ada.
4 Kekuatan kualiti dan Mempunyai ciri kekuatan, iaitu tidak mudah rosak atau hancur. Kualiti produk
kebolehpasaran ditentukan melalui ketahannya semasa digunakan.
Suatu ciri keselesaan produk yang biasanya menjadi pilihan manusia.
5 Ergonomik Contohnya, kerusi yang dapat mengelakkan kesakitan pinggang dan leher.
APP.TESTPAPER.COM.MY
1.1.7 Membina objek asas
Teknik pembinaan objek
Terdapat empat (4) teknik yang lazim digunakan bagi membina satu objek yang baharu.
1) Pembenaman
Sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain.
2) Penyatuan
Mencantumkan dua atau lebih objek tanpa
pembuangan atau pembenaman. (Penyatuan biasanya
dilakukan dengan menggunakan skru, paku, glu dan rivet)
3) Pembuangan
Bahagian yang tidak dikehendaki dibuangkan
dengan cara dikerat, ditebuk atau dicungkil keluar.
4) Peleraian
Objek asas dileraikan sehingga menjadi objek
baharu yang lebih ringkas.
*** Ramai yang selalu keliru dengan pembuangan dan peleraian.
*** Pembuangan → kita BUANG / ASINGKAN bahagian yang tidak dikehendaki.
*** Peleraian → kita LERAIKAN / ASINGKAN satu bentuk asas kepada bentuk baru yang lebih ringkas.
1.2 – Dunia Reka Bentuk
1.2.1 Senarai kepentingan reka bentuk dan teknologi
i) menyumbang kepada perkembangan teknologi moden
ii) menyumbang kepada pembangunan sosial, sains, dan perniagaan
iii) memenuhi kehendak individu dan masyarakat
iv) memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian
v) memupuk nilai invensi, inovasi, dan kreatif
vi) membuka laluan kerjaya dan pekerjaan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
1.2.2 Peranan reka bentuk Peranan reka bentuk Pengeluar dan Negara
Individu Masyarakat
• memberi kebebasan memilih kepada • melindungi & memelihara • mengeluarkan produk
pengguna etika sosial berjenama negara
• menjadikan pengguna lebih kreatif • melahikan nilai estetika • melindungi hak cipta rakyat
• memberi manfaat kepada pengguna • melahirkan masyarakat • meningkatkan pendapatan
APP.TESTPAPER.COM.MY
• menggunakan sumber alam secara terhad yang kreatif negara
• menghasilkan reka bentuk yang serba • membentuk masyarakat • menjadi aset negara
boleh yang lebih bertamadun
1.2.3 Etika reka bentuk
Jadual di bawah menunjukkan lima (5) etika reka bentuk.
No. Etika Penerangan
1 Keaslian Mereka produk dengan usaha sendiri, bukan memplagiat atau meniru hasil kerja
2 Jujur orang lain.
3 Bermanfaat Jujur dalam menentukan harga produk untuk mencari keuntungan tanpa
4 Mesra alam sekitar membebankan pengguna. Tidak mempunyai agenda lain yang terselindung.
5 Selamat digunakan Produk yang dihasilkan dapat memberikan manfaat kepada pengguna. Semakin
banyak orang menggunakannya maka produk tersebut semakin bermanfaat.
Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam sekitar. Gunakan
alatan atau bahan yang boleh dikitar semula.
Menghasilkan produk yang selamat diguna dan tidak memberi kesan sampingan
kepada pengguna.
1.3 – Dunia Reka Bentuk Inovasi
1.3.1 Definisi Invensi dan Inovasi
Invensi
• Kaedah dan proses mencari jalan untuk • Pengubahsuaian terhadap produk sedia ada
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang supaya menjadi lebih baik, bertenaga, bermakna
baharu serta belum pernah wujud serta mesra pengguna.
sebelumnya.
• Inovasi berlaku apabila terdapat
• Contoh : Jika kereta terbang atau Printer 3D penambahbaikan terhadap fungsi, corak,
pencetak makanan dicipta pada masa depan, sistem atau rupa bentuk sesuatu produk.
produk ini akan dipanggil invensi.
• Contoh : Semenjak 1980-an, telefon pintar sering
• Namun, produk ini tidak lagi dipanggil invensi diubahsuai untuk menjadikan ia berfungsi secara
apabila usianya melebihi 10 tahun. paling maksimum pada kos yang munasabah.
1.3.2 Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk
(A) Pertahanan (B) Pendidikan (C) Kesihatan (D) Pembuatan (E) Teknologi maklumat
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MYCIKGU OOI YUAN SHENG
BAB 2
Pengurusan
Projek
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
BAB 2 – PENGURUSAN PROJEK
2.1 – Pengurusan Projek Reka Bentuk
• Sekiranya anda dilantik sebagai ketua dalam sesuatu projek, bererti anda perlu menguruskan sumber,
pengetahuan, kemahiran dan teknik dalam pelbagai bentuk aktiviti dengan bijak.
• Terdapat tiga (3) komponen besar pengurusan, iaitu:
(i) skop kerja (ii) tempoh masa (iii) kos projek
2.1.1 Definisi pengurusan projek reka bentukAPP.TESTPAPER.COM.MY
Pengurusan projek reka bentuk merupakan aktiviti kerja yang melibatkan proses kerja, iaitu skop kerja,
tempoh masa dan kos projek.
A) Skop kerja
Skop kerja terdiri daripada skop produk dan skop projek
• Skop produk: melibatkan kualiti, ciri dan fungsi reka bentuk yang dikehendaki.
• Skop projek: melibatkan kepimpinan dan pengurusan terhadap masa, bahan, maklumat,
ruang dan ahli kumpulan.
B) Tempoh masa
Masa merupakan tempoh yang ditetapkan untuk menyempurnakan sesuatu projek.
C) Kos projek
Kos projek melibatkan peruntukan kewangan bagi menjayakan projek.
Kesimpulannya, pengurusan projek reka bentuk yang baik bermula daripada
i. Merancang aktiviti projek
ii. Menyediakan pelan atau lukisan reka bentuk produk
iii. Menentukan bilangan produk yang akan dihasilkan
iv. Mengawal selia sumber yang terhad
v. Mengawal pelaksanaan
2.1.2 Penjanaan idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah
Idea reka bentuk produk dapat dijana melalui langkah seperti berikut:
A) Meniru apa sahaja yang terdapat di persekitaran dan menukarkannya ke
dalam bentuk produk
Contohnya, idea bentuk sarang burung yang digunakan untuk menghasilkan reka
bentuk buaian gantung.
B) Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
Contohnya, tayar berfungsi untuk memudahkan pergerakan kenderaan. Tayar juga
boleh diterbalikkan fungsinya menjadi pasu bunga.
C) Menukar saiz objek
Contohnya, Jalur Gemilang boleh dikecilkan saiznya untuk dijadikan bendera yang
boleh dikibarkan pada kenderaan.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
D) Menterbalikkan kedudukan
Lazimnya baju hanya dipakai di bahagian luar sahaja. Sekiranya diterbalikkan
bahagian dalam baju itu mempunyai fungsi lain, iaitu sebagai baju hujan.
2.1.3 Langkah pengurusan pelaksanaan projek
APP.TESTPAPER.COM.MYPerancangan Penjadualan Pengawalan
Carta organisasi pasukan projek di sekolah
Pasukan projek di peringkat sekolah boleh dibentuk mengikut kesesuaian projek. Contoh carta organisasi :
Pengurus projek Setiausaha Pereka bentuk
Bendahari Pembangunan mock-up / model
2.1.4 Merangka perancangan projek
A) Perancangan projek
Perancangan projek yang baik dapat memastikan objektif tercapai, mengelakkan pembaziran
sumber dan mencegah gangguan.
Tugas pengurus projek
i) Penentuan utama
Organisasi akan menetapkan tujuan dan objektif projek. Organisasi juga harus menentukan pelanggan projek,
tempoh projek, kos yang terlibat, serta kualiti dan kuantiti yang dikehendaki.
ii) Penentuan subutama
Perancangan yang lebih terperinci seperti sumber kewangan, keperluan tenaga kerja atau pakar, penyediaan
dokumen perjanjian, syarat serta keselamatan, risiko, pengeluaran dan pemasaran produk.
iii) Pengelolaan aktiviti
Melaksanakan aktiviti yang melibatkan pembuatan atau pembangunan produk atau perkhidmatan seperti
brief reka bentuk, penyediaan bahan, konsep reka bentuk dan aliran wang tunai.
iv) Matris organisasi atau pasukan
Membentuk pasukan untuk menjalankan sesuatu tugas khas. Ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang
seperti kejuruteraan, pemasaran dan pengeluaran.
B) Penjadualan
Tujuan penjadualan:
• Mengelakkan kerugian masa dan kos
• Mengawal sumber tenaga pekerja
• Mengurus bahan mentah secara sistematik
• Mengelakkan pembaziran atau pemborosan
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
i) Blok hubungan aktiviti melalui rangkaian
Penjadualan blok hubungan aktiviti menunjukkan perjalanan aktiviti dari satu peringkat
ke peringkat lain.
Milestone ialah penanda atau perkara yang bakal berlaku mengikut urutan.
Latihan : Lukiskan satu blok hubungan aktiviti melalui rangkaian di petak yang disediakan di bawah.
APP.TESTPAPER.COM.MYPerbincangan konsep Lakaran idea Membuat model Milestone
Minggu 3
Minggu 1 Minggu 2
ii) Carta gantt atau carta bar
Setiap aktiviti projek akan ditunjukkan bersama-sama tempoh masa perjalannya. Melalui carta gantt / carta bar, kita
dapat mengenal pasti perkembangan dan kedudukan projek cepat dan pantas melalui gambar grafik berjadual.
Contoh : Carta gantt bagi satu projek pembinaan rak kasut
Bil. Aktiviti Minggu
1. Perbincangan konsep bersama pelanggan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
//
2. Melakar bentuk rak kasut dengan //
persetujuan pelanggan //
//
3. Mencari pembekal bahan
4. Membuat pesanan
5. Mendapatkan bekalan bahan //
6. Menanda, mengukur, memotong ///
7. Memasang rak kasut
8. Menguji-guna / penambahbaikan ///
//
9. Kemasan / mengecat /
//
10. Kerja siap dan membuat laporan dan
tuntutan bayaran
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
C) Pengawalan
Pengawalan merangkumi pengawalan sumber, kos, kualiti, dan belanjawan terutamanya ketidakpatuhan
terhadap penjadualan, kos, piawaian kualiti, dan belanjawan.
2.1.5 Analisis perancangan projek dan jadual kerja
Menganalisis perancangan projek bermaksud mengenal pasti segala aktiviti yang terlibat dalam
pembangunan projek. Dalam proses menganalisis perancangan projek, perkara utama yang perlu lakukan adalah
dengan menyediakan jadual kerja.
Garis panduan penjadualan projek adalah seperti berikut:
i. Menentukan aktiviti jadual
ii. Menyusun aktiviti mengikut keperluan
iii. Menganggarkan sumber yang diperlukan untuk aktiviti
iv. Menganggarkan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti
v. Membangunkan jadual
vi. Menganggarkan kos dan menyediakan bajet
APP.TESTPAPER.COM.MY
2.1.6 Penyediaan anggaran kos
Dua kaedah yang digunakan dalam menyediakan anggaran awal kos adalah berikut :
i) Kaedah unit Kaedah yang digunakan dalam ii) Konsep SMART
menyediakan anggaran awal kos
i) Kaedah unit
Kaedah unit ialah anggaran yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau perkhidmatan. Kaedah unit
lebih mudah difahami dan pantas, namun kurang tepat kerana tidak mengambil kira keseluruhan kos barangan
yang terlibat seperti kos penghantaran.
CoPnatkohHapsesnagniriaaalanh: seorang penjual air tembikai. Katakan kos penyediaan bagi secawan air tembikai ialah RM1.20.
Jumlah air tembikai yang dikehendaki ialah sebanyak 200 cawan. Hitungkan bajet minuman air tembikai.
Bajet minuman air tembikai = RM 1.20 × 200 cawan
Bajet minuman air tembikai = RM 240.00
ii) Konsep SMART
Konsep SMART adalah lebih tepat berbanding dengan kaedah unit kerana ia mengambil kira keseluruhan kos yang
terlibat seperti kos bahan, kos upah dan kos overhed.
Istilah S.M.A.R.T :
S (Specific) Spesifik Penetapan tujuan atua objektif projek.
M (Measurable) Boleh diukur Pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang terlibat.
A (Attainable) Boleh dicapai Projek boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan kewangan dan tenaga
kerja.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
R (Realistic) Realistik Sesuai dengan kehendak pengguna dan dianalisis sama ada kehendak
mereka mencapai tujuan projek.
T (Time-bound) Jangka masa Tempoh masa dan sumber kewangan mencukupi untuk menyiapkan
ditetapkan projek.
S (Tujuan Projek)
(Kita guna monopod sebagai contoh)
APP.TESTPAPER.COM.MYNama projekMonopod boleh laras
Tujuan Memegang telefon pintar semasa mengambil gambar selfie.
Bilangan 100 unit
Sasaran Pengguna yang suka mengambil gambar
M (Pengagihan Kewangan)
a) KOS BAHAN (Kos bahan bagi menghasilkan 100 unit produk monopod boleh laras)
Bil Bahan Kuantiti Kos seunit (RM) Jumlah (RM)
1 Batang aluminium (4 batang / 1 set) 100 0.80 80.00
2 Getah bentuk silinder (pemegang monopod) 100 0.45 45.00
3 Kepala monopod 100 0.55 55.00
4 Skru 400 0.03 12.00
5 Palam (penyambung telefon pintar) 100 0.25 25.00
6 Bateri AA 1.5V 200 0.40 80.00
7 Pemegang bateri 100 0.70 70.00
8 Suis tekan tutup 100 0.50 50.00
9 Wayar lembar tunggal (1.5 m) 100 0.40 40.00
10 Glue PVA (100 ml) 20 3.70 74.00
11 Cat (1 L) 29.00 116.00
4 647.00
Jumlah
b) KOS UPAH : 2 orang
: RM 5 sejam
Bilangan pekerja : 4 jam sehari
Kadar upah : 10 hari
Tempohan masa
Bilangan hari bekerja
ℎ = × ℎ × × ℎ
ℎ = 2 orang × RM 5 sejam × 4 jam sehari × 10 hari = RM 400.00
c) KOS OVERHED Kos sehari (RM) Bilangan hari Jumlah (RM)
2.50 10 25.00
Perkara 0.50 10 5.00
Bil elektrik
Bil air
Jumlah 30.00
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
d) JUMLAH MODEL
Jumlah kos modal = kos bahan + kos upah + kos ovehed
Jumlah kos modal = RM 647.00 + RM 400.00 + RM 30.00 = RM 1077.00
Kos pengeluaran seunit produk = jumlah kos modal ÷ bilangan unit
Kos pengeluaran seunit produk = RM 1077.00 ÷ 100 = RM 10.77
APP.TESTPAPER.COM.MYe) KOS JUALAN *** Pengurus projek berhak menentukan
berapa peratus keuntungan yang munasabah
Peratus keuntungan = 80 %
( ) = 100 × (%)
.
= × % = .
= +
Jadi, Kos Jualan seunit produk = RM 10.77 + RM 8.62 = RM 19.39
A (Boleh dicapai)
Keuntungan = kos jualan – kos pengeluaran seunit produk
Keuntungan = RM 19.39 – RM 8.62 = RM 10.77
R (Realistik) Gabungan bahan yang mudah diperoleh dengan kemahiran pereka bentuk membuktikan
produk ini mampu direalisasikan menjadi produk sebenar.
T (Tempoh masa) Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan tanpa melebihi kos yang
dianggarkan.
2.1.7 Pembentukan kumpulan kerja berdasarkan tugas dan peranan
Kelebihan pembentukan kumpulan kerja
Individu Pasukan
a) Kurang tekanan a) Memperoleh hasil yang optimum
b) Dapat mempengaruhi ahli lain b) Rapat dan mesra sesama ahli
c) Tanggungjawab yang lebih pakar c) Komunikasi berlaku secara terbuka
d) Tanggungjawab dikongsi bersama-sama d) Penglibatan yang menyeluruh
e) Penghargaan dikongsi bersama-sama e) Sumber digunakan secara maksimum
f) Pengetahuan dikongsi bersama-sama f) Peningkatan motivasi staf
Bagi melibatkan individu bekerja dalam pasukan, perkara yang berikut perlu diberi perhatian.
A) Memberi tugas yang mencabar
B) Menentukan pembentukan individu
(Contoh: Pemilihan, Latihan & Ganjaran)
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MYCIKGU OOI YUAN SHENG
BAB 3
Proses
Reka Bentuk
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY BAB 3 – PROSES REKA BENTUK
3.1 – Projek Brief
3.1.1 Definisi projek brief
Projek brief ialah proses perbincangan awal antara pengurus projek dengan pelanggan yang
turut dihadiri oleh pereka bentuk. Pereka bentuk berperanan menterjemahkan idea reka bentuk
produk daripada pelanggan kepada bentuk lakaran bebas atau contengan.
Tujuan utama perbincangan ini adalah untuk mendapatkan maklumat secara terus daripada
pelanggan mengenai produk yang ingin dibangunkan bersandarkan ciri-ciri projek brief.
3.1.2 Ciri projek brief
Pengurus projek akan menentukan ciri-ciri yang terdapat dalam projek brief. Pengurus akan berinteraksi
dengan pereka bentuk dan kumpulan kerja untuk menjayakan projek.
Ciri-ciri projek brief ditunjukkan dalam jadual di bawah:
A) Tajuk projek
Merujuk kepada produk yang ingin dihasilkan. Tajuk projek seharusnya spesifik dan memberikan gambaran awal
bentuk serta fungsi produk yang akan dihasilkan.
B) Gambaran keseluruhan projek
Terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu pengurusan projek dan gambaran awal produk yang ingin dihasilkan.
Gambaran awal produk perlu dibincangkan bersama-sama pelanggan, pengurus projek dan pereka bentuk untuk
mengelakkan pereka bentuk tersalah tafsir kehendak pelanggan. Gambran ini boleh ditunjukkan melalui foto,
bahan konkrit atau tayangan video.
C) Kriteria produk
Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk. Kriteria ini turut mengambil kira produk sedia ada dalam
pasaran sebagai rujukan.
D) Perancangan dalam pengurusan projek
Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan pembentukan kumpulan kerja.
Skop projek merujuk kepada harga pengeluaran produk, kualiti dan kecepatan penghasilan.
E) Analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran
Merangkumi dua perkara, iaitu kajian reka bentuk produk dan kajian pasaran.
• Kajian reka bentuk produk : Membuat perbandingan produk sedia ada dalam pasaran.
• Kajian pasaran : Membuat soal selidik dan pemerhatian terhadap sasaran produk dan persaingan.
F) Lakaran idea
Idea produk dilukis oleh pereka bentuk untuk dipersembahkan kepada pengurus projek dan pelanggan. Lakaran
idea ini biasanya adalah dalam bentuk visual yang menarik dan memenuhi kehendak pelanggan.
G) Penghasilan mock-up atau model
Selepas membuat lakaran persembahan idea dan mendapat persetujuan daripada pelanggan, mock-up atau
model akan dihasilkan.
• Mock-up : Dikenali sebagai model olokan yang diperbuat daripada bahan yang mudah didapati, bahan kitar
semula, dan mudah dibentuk.
• Model : Dihasilkan sama ada dalam bentuk model berfungsi sepenuhnya atau separa berfungsi.
(*** akan belajar mock-up dan model dengan lebih terperinci di topik 3.1.6)
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
3.1.3 Perancangan projek brief
Perancangan projek brief merangkumi 2 kriteria, iaitu:
(i) Kriteria pertimbangan utama (ii) Catatan
Kedua-dua kriteria ini akan diletakkan di dalam borang projek brief
(A) Senarai semak ciri-ciri pertimbangan utama
Terdapatkah 8 kriteria pertimbangan utama yang akan diletakkan di dalam borang projek brief, iaitu:
APP.TESTPAPER.COM.MY
1) Fungsi 2) Persembahan 3) Tujuan pasaran 4) Kuantiti
5) Stail / Gaya 6) Kualiti 7) Kos 8) Jangka masa
(B) Borang projek brief
Borang projek brief perlu merangkumi 2 kriteria, iaitu kriteria pertimbangan utama dan catatan peneranganya.
Maklumat di ruang catatan pada borang ini ialah jawapan kepada semua pernyataan masalah yang disenaraikan di
dalam jadual senarai semak kriteria pertimbangan utama.
Contoh borang projek brief :
Tajuk : Monopod boleh laras Catatan
Kriteria Pertimbangan Utama 1. Produk digunakan untuk memegang telefon pintar
Fungsi semasa mengambil gambar selfie.
1. Apakah kegunaan produk ini 2. Produk digunakan di mana-mana sahaja mengikut
2. Dimanakan produk ini akan digunakan
keperluan pengguna.
Persembahan
1. Bagaimana cara produk ini dipersembahkan Produk dipersembahkan dalam pelbagai warna.
Tujuan pasaran 1. Produk akan digunakan oleh pengguna yang suka
1. Siapakah yang akan menggunakannya mengambil gambar.
2. Siapakah pesaing yang wujud
3. Pelanggan manakah yang akan menggunakan 2. Ada pesaing tetapi produk kurang inovatif.
3. Pengguna-pengguna yang suka pergi melancong atau
produk ini
berjalan-jalan dan mengambil banyak gambar.
Kuantiti Untuk fasa pertama, 100 unit.
1. Berapakah jumlah yang diperlukan
Stail/Gaya 1. Produk menggabungkan bentuk geometri, bersaiz
1. Bagaimanakah reka bentuk produk ini kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
2. Apakah reka bentuk iniakan mendapat perhatian
2. Sudah semestinya kerana reka bentuk produk yang
di pasaran unik.
Kualiti 1. Pembuatannya berkualiti tinggi.
1. Bagimanakah kualiti pembuatannya 2. Produk yang boleh dilaraskan (jimat ruang untuk
2. Adakah pelanggan mempunyai sebarang
menyimpan juga), terdapat butang ON/OFF yang
permintaan yang istimewa senang dicapai dengan ibu jari tangan pengguna dan
terdapat stand untuk mendirikan monopod.
Anggaran Kos seunit
1. Berapakah kos untuk menghasilkan produk ini Kos menghasilkan seunit produk dianggarkan RM 10.77.
Jangka masa Pelanggan ingin projek disiapkan dalam tempoh 10
1. Bilakah pelanggan ingin produk ini disiapkan minggu waktu bekerja.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
3.1.4 Menyaring maklumat dalam projek brief
Maklumat yang telah dilengkapkan dalam borang projek brief perlu disaring (diringkaskan) untuk
memudahkan pengurus projek dan pereka bentuk menjalankan tugas masing-masing. Maklumat yang telah disaring
boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual bermaklumat seperti yang di bawah.
Contoh jadual bermaklumat:
Kriteria Catatan
Fungsi 1. Memegang telefon pintar semasa ber-selfie.
2. Digunakan di mana-mana sahaja.
Persembahan Pelbagai warna.
APP.TESTPAPER.COM.MY
Tujuan pasaran Pengguna yang suka mengambil gambar.
Kuantiti 100 unit (fasa pertama).
Stail / gaya 1. Gabungan bentuk geometri.
Kualiti 2. Ringan dan saiz yang kecil.
Anggaran kos seunit Mudah dibawa ke mana-mana.
1. Boleh dilaraskan .
2. Terdapat butang ON/OFF yang dicapai tangan.
Terdapat stand.
RM 10.77
Jangka masa 10 minggu waktu bekerja.
*** kandungan dalam jadual bermaklumat adalah sama dengan kandungan dalam borang projek brief, cuma jadual
bermaklumat ialah ringkasan daripada borang projek brief.
Info Extra
Proses menyaring maklumat perlu dijalankan oleh pengurus projek dan pereka bentuk. Proses ini boleh dibuat
dengan kaedah yang dicadangkan di bawah.
• Mengadakan sesi perbincangan lanjutan dengan pelanggan tersebut.
• Mengadakan video conference untuk mendapatkan maklumat tambahan.
• Mendapatkan maklum balas bertulis daripada pelanggan.
3.1.5 Aplikasi projek brief dalam bentuk jadual dan lakaran
Setelah proses saringan maklumat selesai, proses yang seterusnya adalah dengan mengaplikasikan semua data
dalam bentuk jadual dan lakaran.
Aplikasi projek brief dalam jadual melibatkan semua ciri-ciri projek brief.
Contoh aplikasi projek brief dalam bentuk jadual
Tajuk: 1. Monopod.
2. Digunakan untuk memegang telefon pintar semasa
A. Tajuk projek
1. Apakah jenis produk atau mengambil gambar selfie.
perkhidmatan?
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
2. Apakah kegunaan produk ini? 3. Di mana-mana sahaja.
3. Di manakah produk ini akan digunakan?
B. Gambaran keseluruhan projek 1. Pengguna yang suka mengambil gambar.
1. Siapakah yang akan menggunakannya? 2. Memudahkan pengguna mengambil gambar selfie.
2. Apakah tujuan produk ini dihasilkan? 3. Ya, amat diperlukan.
3. Adakah produk ini diperlukan oleh 4. Dipersembahkan dalam pelbagai warna.
pelanggan? 1. Elemen yang akan digunakan ialah garisan, rupa, bentuk,
4. Bagaimanakah produk ini digunakan tekstru, warna, ruang dan saiz. Prinsip yang akan
digunakan ialah keseimbangan dan pengulangan.
atau dipersembahkan?
C. Reka bentuk produk 2. Konsep reka bentuk yang ingin diterapkan ialah bentuk
mengikut fungsi (form follow function).
1. Apakah elemen dan prinsip reka bentuk
yang akan digunakan? 3. Inovasi daripada produk sedia ada.
2. Apakah konsep reka bentuk yang ingin 1. Pembahagian kumpulan kerja, jadual kerja dan kos
diterapkan? pengeluaran dinyatakan dalam kertas kerja.
3. Adakah produk ini inovasi daripada 2. Kuantiti penghasilan ialah 100 unit bagi fasa pertama. Fasa
produk sedia ada atau produk yang seterusnya bergantung kepada permintaan pelanggan.
baharu digunakan?APP.TESTPAPER.COM.MY
D. Perancangan dalam pengurusan projek
1. Pembahagian kumpulan kerja
2. Jadual kerja
3. Kos pengeluaran
4. Kuantiti penghasilan
1. Jadual perbandingan
E. Analisis kajian reka bentuk produk dan Sebelum inovasi Selepas inovasi
pasaran Tidak boleh dilaraskan, tiada Boleh dilaraskan, ada
1. Membuat perbandingan dari segi butang ON/OFF dan tiada butang ON/OFF dan ada kaki
fungsi, persembahan, tujuan pasaran, kaki untuk mendirikan untuk mendirikan monopod.
kuantiti, kualiti, anggaran kos seunit monopod.
dan jangka masa.
2. Adakah produk ini akan mendapat 2. Sudah pasti kerana produk mempunyai rekaan yang
permintaan di pasaran? berinovasi sesuai dengan fungsinya.
F. Lakaran idea Lakaran dipersembahkan dalam bentuk lakaran piktorial yang
1. Bagaimanakah rupa bentuk produk memaparkan bentuk 3D.
dalam bentuk 2D dan 3D?
Menggunakan getah, aluminium, plastik, pembaris, gunting,
G. Penghasilan mock up @ model pisau pemotong dan lain-lain lagi.
1. Bahan dan peralatan yang diperlukan
untuk menghasilkan mock-up atau
model?
3.1.6 Pembinaan mock-up atau model
Setelah membuat saringan borang projek brief, proses seterusnya adalah dengan membina mock-up atau model.
Mock-up Model separa berfungsi
Pembinaan
Model Model berfungsi sepenuhnya
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
No. Jenis Ciri-ciri
1 Mock-up • Model olokan yang dibuat sebelum menghasilkan model sebenar.
• Tidak menggunakan bahan sebenar. (Boleh menggunakan bahan-bahan
mock-up seperti dawai kasa, polisterin, plastisin, kadbod, foam dan kayu.
• Menunjukkan idea rekaan (gambaran awal produk) dalam bentuk 3D
• Tidak berfungsi sepenuhnya.
2 Model separa berfungsi • Juga dikenali sebagai model blok.
• Tidak semestinya menggunakan bahan sebenar.
APP.TESTPAPER.COM.MY
• Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk 3D yang lebih realistik.
• Hanya sebahagian komponen boleh berfungsi. Kefungsian sebenar produk
tidak dapat diuji.
3 Model berfungsi • Menggunakan bahan sebenar.
sepenuhnya • Menunjukkan idea rekaan dalam bentuk yang sebenar.
• Berfungsi sepenuhnya. Diuji dalam situasi sebenar dari segi reka bentuk dan
kefungsian.
Padankan gambar-gambar berikut dengan jenis model yang betul.
Mainan penyedut Kasut yang Model kereta
yang dapat diperbuat kanak-kanak yang
menyedut daripada surat dapat mengawal
sampah-sampah khabar lama arah, pergerakan
kecil dengan kuasa bateri. dengan kelajuan kereta.
Mock-up (model olokan) Model separa berfungsi Model berfungsi sepenuhnya
Plastisin
Pelbagai jenis bahan dapat digunakan untuk penghasilan mock-up , iaitu:
Dawai kasa Polisterin
Kadbod Foam Kayu
Alatan dan bahan untuk cantuman mock-up aau model
Pistol perekat panas Digunakan untuk mencantum bahan seperti plastik,
mounting board dan kadbod
Perekat kayu Digunakan untuk mencantum bahan berunsur kayu.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
Gam paip PVC Digunakan untuk menyambung paip PVC yang tidak
Super glue berulir (tiada skru).
Benang dan jarum
• Sangat popular kerana boleh merekat bahan
dengan kuat.
• Digunakan untuk mencantum mana-mana bahan
sahaja.
Digunakan untuk mencantum atau menyabung
bahan-bahan fabrik seperti baju, kain, seluar dan
lain-lain lagi.
APP.TESTPAPER.COM.MY
3.1.7 Penilaian hasil mock-up atau model
Penilaian hasil mock-up atau model ialah proses terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan
Tahap keberhesanan produk diukur berdasarkan 3 faktor penting, iaitu : (iii) ketepatan rupa bentuk
(i) mematuhi kriteria prjek brief (ii) memenuhi kehendak pelanggan
Pengujian terhadap produk yang telah dihasilkan boleh dijalankan sama ada dengan menggunakan kaedah
ujian makmal atau kaedah ujian parameter.
Kaedah Ujian Ujian makmal Ujian parameter
Maksud • Pengujian terhadap produk berfungsi di • Pengujian terhadap produk berfungsi
Contoh Ujian dalam makmal atau bengkel dengan yang dibuat dalam situasi dan di lokasi
menggunakan peralatan dan kelengkapan yang sebenar.
tertentu yang bersesuaian.
• Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, • Ujian kefungsian
angin, kelajuan dan lain-lain lagi dikawal • Ujian kesesuaian
oleh peralatan di dalam makmal / bengkel. • Ujian keupayaan
• Ujian kemuluran • Ujian kebolehgunaan produk
• Ujian kekuatan cantuman
• Ujian beban
• Ujian kestabilan
A) Penilaian mock-up
Pengujian bagi mock-up dibuat berdasarkan bentuk , keseimbangan , kestabilan dan kekuatan
cantuman. Pengujian mock-up tidak boleh mengukur fungsi produk.
Jenis Ujian Parameter Keputusan
Ujian kekuatan Kepala monopod memegang beban 500 gram Produk dapat bertahan tanpa rosak
cantuman selama 10 minit. selepas 10 minit.
Ujian kestabilan Monopod (dibuka kaki) diletakkan pada satu Produk tidak jatuh dan kukuh pada
tapak dengan sudut condongan permukaan 300. tapaknya.
B) Penilaian model
Pengujian model adalah dari segi kefungsian. Contohnya, ujian kefungsian dan ujian kesesuaian.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MYCIKGU OOI YUAN SHENG
BAB 4
Lakaran
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
BAB 4 – LAKARAN
4.1 – Lakaran Piktorial
4.1.1 Peranan lakaran dalam reka bentuk
Antara peranan utama lakaran dalam reka bentuk produk adalah seperti berikut:
A) Mempercepat pembangunan konsep
Meneroka konsep bagi menunjukkan gambaran pereka.
• Jimat masa kerana hanya lakar konsep di atas kertas
• Jimat ruang kerana boleh dipindah ke komputer
B) Asas komposisi untuk ilustrasi
Lakaran dapat ditunjukkan dalam 3 sudut pandangan
C) Medium komunikasi pelanggan
Komunikasi awal antara pelanggan dan pereka
D) Eksplorasi visual
Pereka menunjuk beberapa pilihan visual melalui
lakaran.
E) Penyelesaian perincian visual
Lakaran diperincikan dengan menambah pelbagai elemen
berdasarkan prinsip reka bentuk.
APP.TESTPAPER.COM.MY
Jenis-jenis lakaran
i) Lakaran peribadi atau contengan
Lakaran ini tidak kemas, tidak tersusun, dan dilukis di
dalam buku lakaran.
ii) Lakaran penerokaan
Lakaran ini biasanya lebih kemas. Dilakar untuk dibuat
perbandingan dengan produk yang sedia ada dalam
pelbagai aspek evolusi.
iii) Lakaran teknikal
Lakaran mengandungi perincian dimensi yang dapat
membantu pereka menggambarkan rekaan produk.
iv) Lakaran perkembangan idea
Menunjukkan kesemua lakaran objek bermula
daripada idea pertama hingga ke objek terakhir.
v) Lakaran persembahan
Lakaran ini membantu pelanggan memahami konsep
rekaan yang ingin disampaikan oleh pereka.
vi) Lakaran digital
Menggunakan alatan (gadget) dan aplikasi terkini
untuk melakar supaya kelihatan lebih menarik.
4.1.2 Teknik lakaran piktorial
Terdapat 3 teknik lakaran piktorial, iaitu:
(a) Lakaran oblik (b) Lakaran isometrik (c) Lakaran perspektif
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY(A) LAKARAN OBLIK
*** Lakaran perlu dilukis ‘freehand’, iaitu tak boleh guna pembaris
1 Lakarkan garisan secara halus
a) Paksi mendatar (X)
b) Paksi menegak (Y)
2 Lakarkan rupa geometri (2D) yang anda ingin
lukis pada garisan paksi mendatar (X) dan
garisan paksi menegak (Y)
3 Lakaran garisan bersudut 45o pada setiap
penjuru rupa geometri (2D)
4 Sambungkan semua titik garisan untuk
menjadikan satu bentuk 3D
5 Legapkan semua garis objek untuk bentuk 3D
*** Sebelum legapkan garisan (Langkah 5),
semua garisan hendaklah dilukis secara halus.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY(B) LAKARAN ISOMETRIK
*** Lakaran perlu dilukis ‘freehand’, iaitu tak boleh guna pembaris
1 Lakarkan garisan secara halus
a) Paksi menegak (Y)
b) Paksi kanan
c) Paksi kiri
2 Lakarkan rupa geometri (2D) pada paksi menegak
dan paksi kanan
*** Garis mendatar selari dengan paksi kanan
*** Garis menegak selari dengan paksi menegak
3 Lukis garis yang selari dengan paksi kiri pada
setiap penjuru.
4 Sambungkan semua titik garisan untuk
menjadikan satu bentuk 3D
5 Legapkan semua garis objek untuk bentuk 3D
*** Sebelum legapkan garisan (Langkah 5),
semua garisan hendaklah dilukis secara halus.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY(C) (i) LAKARAN PERSPEKTIF SATU TITIK
*** Lakaran perlu dilukis ‘freehand’, iaitu tak boleh guna pembaris
1 Lakarkan secara halus
a) Garis Ufuk (GU)
b) Garis Bumi (GB)
c) Titik lenyap di sebelah kanan GU
2 Lakarkan rupa geometri (2D) di atas GB.
3 Sambungkan setiap penjuru rupa geometri (2D)
dengan titik lenyap.
4 Lakarkan rupa yang sama (bersaiz kecil) dengan
rupa geometri (2D) yang anda lukis tadi di mana
setiap penjuru bersentuhan dengan garis yang
bersambung ke titik lenyap.
5 Legapkan semua garis objek untuk bentuk 3D
*** Sebelum legapkan garisan (Langkah 5),
semua garisan hendaklah dilukis secara halus.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY(C) (ii) LAKARAN PERSPEKTIF DUA TITIK
*** Lakaran perlu dilukis ‘freehand’, iaitu tak boleh guna pembaris
1 Lakarkan secara halus
a) Garis Ufuk (GU)
b) Garis Bumi (GB)
c) Dua Titik lenyap (TL) di sebelah kanan dan
sebelah kiri GU
2 Bina satu garis menegak (tinggi objek) pada GB
dan labelkan sebagai garisan AB.
3 Unjurkan garisan perspektif bermula dari titik A
dan titik B ke TL1 dan TL2.
4 Tandakan panjang objek pada garisan perspektif
TL1 - A dengan titik C. Tandakan lebar objek pada
garisan perspektif TL2 - A dengan titik F. Unjurkan
garisan menegak selari dengan garisan AB
bermula dari titik C menjadi garisan CD dan dari
titik F menjadi garisan FE.
5 Unjurkan garisan perspektif
• TL 1 → titik E
• TL 2 → titik D
Titik G ialah titik persilangan antara dua garis
perspektif ini.
6 Legapkan garisan pembinaan objek tersebut
sehingga menjadi lakaran perspektif.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY(C) (iii) LAKARAN PERSPEKTIF TIGA TITIK
*** Lakaran perlu dilukis ‘freehand’, iaitu tak boleh guna pembaris
1 a) Bina garis ufuk (GU)
b) Lakarkan garisan menegak di tengah-tengah
garis ufuk (GU)
c) Tandakan TL1 dan TL2 di sebelah kiri dan
kanan GU dan TL3 di atas garisan menegak.
d) Tandakan dua titik (Titik 1 dan titik 2) di atas
TL3.
2 Sambungkan garisan:
a) TL1 → Titik 1 dan titik 2
b) TL2 → Titik 1 dan titik 2
Ukur lebar objek (katalah 1.5cm) dari titik 1 ke
TL1 dan TL2. Tandakan kedua-dua titik tersebut
sebagai titik 3 dan titik 4.
3 Sambungkan garisan:
a) TL1 → Titik 4
b) TL2 → Titik 3
Ujurkan garisan:
a) TL3 → Titik 3 → melepasi GU
b) TL3 → Titik 4 → melepasi GU
4 Legapkan garisan pembinaan objek sehingga
menjadi lakaran perspektif.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MYGaya Visual Lakaran
Untuk menjadikan lakaran objek lebih realistik dan nampak menarik, dua teknik boleh digunakan, iaitu:
i. Rendering
ii. Kesan cahaya dan bayang
Rendering digunakan untuk memaparkan permukaan rata supaya kelihatan melengkung atau membonjol keluar.
Rendering boleh menggunakan warna, tekstur, garisan dan bentuk.
Kesan cahaya dan bayang: Ton yang gelap pada lakaran menunjukkan kawasan tersebut yang terlindung daripada
cahaya.
Contoh : Hasilkan rendering serta menunjukkan kesan cahaya dan bayang pada produk berikut.
Arah Cahaya
4.1.3 Lakaran asas produk dalam bentuk 3D berdasarkan 2D
A) Lakaran 2D
Lakaran 2D terdiri daripada satu pandangan sahaja, iaitu sama ada pandangan atas (pelan) ,
pandangan hadapan atau pandangan sisi. Ukuran yang terdapat dalam lakaran 2D bergantung
pada sudut pandangan, sama ada panjang dan lebar, panjang dan tinggi atau lebar dan tinggi.
B) Lakaran 3D
Lakaran 3D memberikan gambaran sebenar objek yang ingin dibina. Lakaran ini mempunyai lebih
daripada satu permukaan kerana menunjukkan tiga ukuran dimensi, iaitu panjang, lebar dan tinggi.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
4.1.4 Pemilihan lakaran produk terbaik berdasarkan elemen reka bentuk
Pemilihan lakaran produk terbaik boleh dibuat berdasarkan elemen reka bentuk,
iaitu garisan, rupa, bentuk, tekstur, saiz, warna dan ruang.
Elemen Produk A Produk B Produk C
Garisan Kurang garisan Banyak garisan Garisan kasar
Bentuk Kubah Kubah Kubah
Tekstur Sederhana licin Licin Kasar
Saiz Sederhana Sederhana besar Kecil
Warna Warna merahAPP.TESTPAWarna ungu Kombinasi warna
Ruang
(warna panas) (warna sejuk) panas dan sejuk
Besar antara Kecil antara Kecil dalam petak
garisan garisan
Jadual : Analisis elemen lakaran produk
A) Kriteria Pemilihan Lakaran
Bagi memilih lakaran terbaik, 5 kriteria perlu dinilai pada lakaran tersebut,
iaitu
i ) Menarik perhatian pelanggan
ii) Warna seimbang dan sesuai
iii) Bentuk mudah dihasilkan
iv) Mempunyai nilai estetika
v) Maklumat lakaran lengkap
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertu
APER.COM.MYAktiviti
Bentuk satu kumpulan yang mengandungi 3-5 orang. Lakar sejenis produk dengan
3 corak yang berbeza. Buat analisis produk berdasarkan elemen reka bentuk
seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Elemen Produk A Produk B Produk C
Garisan Kurang garisan Banyak garisan Kurang garisan
Bentuk Berbentuk T Berbentuk T Berbentuk T
Tekstur Sederhana licin Kasar Kasar
Saiz Kecil Sederhana Besar
Warna Merah jambu Hitam biru Jingga
Ruang (warna panas) (warna sejuk) (warna panas)
Besar antara Kecil antara garisan Sederhana besar
garisan antara garisan
B) Borang Penilaian Pelanggan
Selain daripada menilai lakaran melalui 5 kriteria di bahagian A, pemilihan
lakaran produk juga boleh dibuat dengan mengedarkan borang penilaian
kepada pelanggan atau pengguna.
Kaedah ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan pandangan dan
pendapat mereka.
g mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
ulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
4.1.5 Penilaian maklumat yang ada pada lakaran yang dipilih
Katalah kalau kita ingin membeli satu baju, apakah yang kita kena buat?
Mencari Menilai Memilih
Maklumat Maklumat Produk
Merujuk kepada ketiga-tiga lakaran produk topi di atas, apakah maklumat yang ada
pada ketiga-tiga lakaran tersebut? Sila membuat penilaian maklumat.
No Maklumat APP.TESTPA Penilaian Maklumat
1 Bahan yang Produk A Produk B Produk C
digunakan
Kain felt lembut Kain felt biasa Kain felt kasar
2 Penyambungan
yang digunakan Jahitan mesin Jahitan mesin Jahitan mesin
dan tangan
3 Jenis kemasan Butang kecil di Tiada kemasan Corakan dan
produk atas kepala garisan
4 Fungsi produk Menutupi Menutupi Menutupi
kepala kepala kepala
5 Elemen yang Semua elemen Semua elemen Semua elemen
digunakan
Produk yang anda pilih ialah produk A
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertu
APER.COM.MY 4.1.6 Penambahbaikan pada lakaran yang dipilih
• Berdasarkan penilaian yang dilakukan pada 3 lakaran topi tersebut,
satu daripada lakaran telah dipilih sebagai lakaran yang terbaik,
iaitu lakaran A.
• Penambahbaikan akan dilakukan terhadap lakaran yang
terpilih.
• Tujuan penambahbaikan adalah seperti yang berikut.
1) Memenuhi cita rasa pengguna terkini
2) Mengikut trend semasa
3) Menyaingi produk-produk yang ada dalam pasaran
4) Mengikut kehendak pasaran semasa
Berdasarkan produk yang anda pilih, lakarkan produk tersebut dengan
membuat penambahbaikan.
g mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
ulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY CIKGU OOI YUAN SHENG
BAB 5.1
Reka Bentuk
Sistem
Fertigasi
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
BAB 5.1 – REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI
5.1.1 – DEFINISI SISTEM FERTIGASI
A) Sistem Hidroponik
• Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman tanpa tanah. Kaedah ini memerlukan larutan zat
makanan di dalam takungan yang berisi air.
• Hidroponik diperkenal bagi meningkatkan hasil tanaman di samping ia tidak memerlukan
kawasan yang luas untuk penanaman.
• Dalam bab ini, kita akan belajar tentang 6 kaedah sistem hidroponik.
APP.TESTPAPER.COM.MY
1) Teknik aliran cetek 2) Teknik aliran dalam 3) Teknik takungan
• 2 bekas (Bekas air dan tanaman) • 2 bekas (Bekas air dan tanaman) • 1 bekas sahaja
• Air cetek di bekas tanaman • Air lebih dalam di bekas tanaman • Tidak menggunakan pam / timer
4) Teknik pasang surut 5) Aeroponik 6) Teknik pengairan titis
(teknik agregat)
• 2 bekas (Bekas air dan tanaman) • 2 bekas (Bekas air dan tanaman) • Menyalurkan air dan baja terus ke
• Guna timer untuk bagi air turun • Guna timer untuk menyembur akar pokok dengan teknik menitis
kabus • Guna timer untuk menyalurkan air
• Paling berkesan
*** Sistem fertigasi ialah inovasi teknik pengairan titis (Keadah ke-6 di atas). Jadi, sistem fertigasi merupakan satu
cabang pada sistem hidroponik. Pada bab 5.1 ini juga, kita akan fokus kepada reka bentuk sistem fertigasi.
Definisi Sistem Fertigasi
Sistem fertigasi ialah sistem pengeluaran tanaman yang menggunakan sistem pengairan pembajaan
yang rapi. Larutan baja dalam air dibekalkan ke akar pokok secara terus dengan menggunakan sistem
pengairan. Media tanaman seperti coco peat atau sekam padi diguna bagi
menggantikan fungsi tanah.
B) Tujuan menanam secara fertigasi
1. Mengelakkan tanaman daripada dijangkit penyakit bawaan tanah yang disebabkan oleh kulat.
2. Memudahkan pengawalan serangga dan perosak tanaman.
3. Pemberian baja yang lebih berkesan kepada tanaman.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
C) Kelebihan sistem fertigasi
1. Penggunaan baja secara cekap dengan kadar 85% dapat diserap akar tanaman.
2. Penggunaan air secara efisien (air terus diserap oleh akar tanaman)
3. Pembajaan dapat dilakukan serentak serta nutrien lengkap.
4. Menghindar masalah penyakit kerana menggunakan media tanaman dan persekitaran yang bersih.
5. Mengatasi masalah tanah tidak subur, perumah kepada penyakit, dan perosak tanaman.
6. Masalah merumpai sangat rendah.
7. Kos operasi seperti penggunaan air, baja, dan tenaga buruh dapat dikurangkan.
8. Peningkatan hasil tanaman.
D) Keadah penanaman fertigasi di Malaysia
1) Nama : Penanaman menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
Ada bumbung, dan ia biasanya diperbuat daripada bahan plastik
yang mempunyai lapisan perlindungan ultraviolet (melindungi tumbuhan
daripada hujan dan pancaran cahaya matahari)
APP.TESTPAPER.COM.MY
Kebaikan menggunakan SPH :
i) Tanaman tidak cepat layu kerana tidak ada pancaran UV.
ii) Mengurangkan serangan penyakit yang disebabkan oleh kulat.
iii) Mengurangkan penggunaan racun perosak.
2) Nama : Penanaman tanpa Struktur Perlindungan Hujan (SPH)
• Diletakkan di tempat yang terbuka tanpa bumbung.
• Semasa musim hujan, air hujan akan bercampur dengan air baja di
dalam polibeg, mengakibat kandungan baja dalam media tanaman menjadi cair.
• Sistem konvensional
• Penanaman perlu menggunakan racun kulat dan racun serangga
untuk melindungi tanaman daripada serangan penyakit.
E) Perbandingan sistem fertigasi dengan sistem konvensional
Perbandingan Sistem Fertigasi Sistem Konvensional
Jenis tanaman Sayur dan buah Semua jenis tanaman
Struktur Perlindungan Hujan (SPH) Pilihan Tidak perlu
Jaring kalis serangga Pilihan Tidak perlu
Sistem pengairan Titis dan baja Penyiraman biasa
Air Air bersih Pelbagai sumber air
Modal Tinggi Rendah
Tapak tanah Mesti rata Tidak perlu rata
Elektrik Mesti ada Tidak perlu
Pengetahuan teknikal Sangat perlu Perlu
Keadaan tanah Tidak penting Perlu tanah subur
Kos operasi Rendah Tinggi
Risiko penyakit Rendah Tinggi
Keseragaman pokok Seragam Tidak seragam
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
5.1.2 KOMPONEN UTAMA SISTEM FERTIGASI
A) Komponen Utama
s
Sumber : Tempat simpanan bekalan nutrien (Contoh: Tangki nutrient)
Medium : Laluan penyampaian nutrien (Contoh : Paip)
Alur Keluar : Tempat keluaran nutrien ke tanaman (Contoh : Penitis)
APP.TESTPAPER.COM.MY
B) Komponen Sistem Fertigasi Komersial
1) Tangki nutrien 2) Pam air 3a) Penitis (dripper)
Menakung larutan baja dengan air Mengepam larutan baja dan air Tempat keluaran baja dan air
3b) Nipple 3c) Tiub mikro 4) Penapis
Dimasukkan ke dalam lubang paip Penyambung dripper dengan nipple Manapis benda asing ke sistem
5) Alat pengatur masa (timer)
6a) Paip ladang 6b) Bahan penyambungan
Memastikan penyaluran larutan Sebagai laluan penyampaian larutan Menyambungkan paip-paip
baja dilakukan pada masa tepat baja dan air
C) Keperluan Asas
1. Tangki larutan baja : Sama dengan tangki nutrient – untuk tujuan menakung larutan baja dengan air.
2. Larutan stok baja : Campuran baja dan air hendaklah dilakukan mengikut sukatan yang betul.(Rujuk bahagian D)
3. Media tanaman : Sebagai pemegang akar agar dapat tumbuh dan pengganti kepada tanah.
Contoh : coco peat, sekam padi dan peat moss.
4. Biji benih : Pastikan biji benih bebas daripada sebarang penyakit.
5. Alat pengukur : Menguji kualiti air pengairan sistem fertigasi.
a) pH meter : mengukur keasidan atau kealkalian air (pH normal air ialah pH 7)
b) EC meter : mengukur kepekatan larutan baja.
D) Contoh penyediaan larutan stok baja
= (1 + 100 ) + (1 + 100 )
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
E) Pemilihan jenis dan variety tanaman
Tanaman hendaklah sesuai dengan persekitaran kawasan seperti suhu, kelembapan sudara dan
tahap pengurusan . Biji benih yang dipilih perlu disemai terlebih dahulu di dalam dulang semaian.
F) Pengurusan tapak dan alatan
1) Pemilihan tapak Mesti di tapak yang rata supaya aliran air baja ke tanaman adalah sama.
2) Sumber air Hendaklah bersih. Guna pH meter untuk mengukur keasidan / kealkalian
3) Anggaran kos Penting untuk kita mengenal pasti kos atau modal permulaan
APP.TESTPAPER.COM.MY
G) Pengurusan sistem pengairan
1 Nama : Sistem pengairan percikan
Semburan air dilakukan ke udara daripada nozel dan jatuh ke
permukaan air seperti air hujan. Nozel berputar sebanyak 360 o.
2 Nama : Sistem pengairan semburan kabus
Nozel yang digunakan lebih halus untuk menghasilkan
semburan kabus.
3 Nama : Sistem pengairan titis
Pengairan air dibekalkan secara terus ke zon akar tanaman. Sistem ini
paling berkesan kerana penggunaan air yang berlebihan dapat dielakkan.
H) Langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi
Terdapatlah 12 langkah untuk memasang sistem fertigasi, iaitu:
1. Menyediakan lakaran reka bentuk sistem fertigasi
2. Pemotongan paip poli
3. Membuat lubang untuk nipple pada paip tertier
4. Penyediaan set penitis
5. Penyambungan paip tertier pada set penitis
6. Penyambungan paip tertier pada paip sekunder
7. Pemasangan injap penahan pada paip utama
8. Melengkapkan pemasangan paip tertier
9. Penyambungan saluran air keluar ke pam air dengan tiub lut sinar dan paip poli
10. Memasukkan pam air ke dalam tangki nutrien
11. Pemasangan pam air pada alat pengatur masa (timer)
12. Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki
5.1.3 – LAKARAN REKA BENTUK BAHARU SISTEM FERTIGASI
Teknik penyusunan :
Sistem fertigasi jejari
Teknik penyusunan :
Sistem fertigasi gegelang
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
APP.TESTPAPER.COM.MY CIKGU OOI YUAN SHENG
BAB 5.2
Reka Bentuk
Fesyen
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
BAB 5.2 – REKA BENTUK FESYEN
5.2.1 – Definisi Reka Bentuk Fesyen
A. Definisi Reka Bentuk: Proses menterjemah idea dan kreativiti bagi menghasilkan sesuatu produk.
B. Definisi Fesyen: Fesyen merujuk kepada gaya atau stail serta tingkah laku yang diterima dan
menjadi popular pada satu-satu masa.
C. Definisi Reka Bentuk Fesyen: Satu proses atau bidang seni yang mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk
atau rekaan pakaian atau aksesori. Ia dipengaruhi oleh budaya dan sosial.
Populariti sesuatu reka bentuk fesyen berbeza mengikut umur, geografi, pekerjaan, dan tempat.
APP.TESTPAPER.COM.MY
D. Kerjaya dalam bidang Reka Bentuk Fesyen
Kerjaya Peranan
Pereka fesyen - terlibat dalam proses mereka bentuk fesyen pakaian dan aksesori
(fashion designer) - menghasilkan lakaran atau ilustrasi reka bentuk fesyen yang baharu
Peramal fesyen - membuat ramalan trend fesyen yang akan popular
(fashion forecasting) - membuat analisis trend fesyen dari dahulu hingga sekarang
Tenaga pengajar fesyen - mengajar kemahiran menjahit serta pelbagai ilmu yang berkaitan jahitan
- terdiri daripada guru sekolah, pensyarah di kolej atau universiti
Perunding imej - memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan
(image consultant) - biasanya bekerja di stesen televisyen, iaitu sebagai perunding kepada
artis, wartawan, pelakon dari segi pemilihan stail pakaian dan aksesori
5.2.2 – Jenis Reka Bentuk Fesyen
Reka bentuk fesyen difokuskan kepada dua jenis, iaitu reka bentuk pakaian dan aksesori.
A) Pakaian B) Aksesori
Penerangan: Penerangan:
Penutup kepada badan dan anggota badan seperti Benda yang dipakai oleh individu sebagai perhiasan
tangan, kaki, dan kepala. atau tambahan kepada pakaian.
Contoh: Contoh:
Seluar, baju-T, skirt, blaus, kemeja, baju kurung dan Topi, tali pinggang, sarung tangan, beg, kasut, jam dan
tudung skaf
5.2.3 – Teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen
A) Teknik Cantuman B) Alatan
i) Kaedah jahitan i) Alatan mengukur
ii) Kaedah sulaman ii) Alatan mendraf
iii) Kaedah tampalan iii) Alatan memotong
iv) Kaedah lain iv) Alatan menanda
v) Alatan menjahit
vi) Alatan lain
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
A) Teknik Cantuman
i) Kaedah Jahitan: Teknik cantuman yang biasa digunakan dalam reka bentuk pakaian.
Contoh: Jahitan tangan atau jahitan mesin
ii) Kaedah Sulaman: Menggunakan teknik jahitan untuk menghiaskan satu produk. Contoh:
APP.TESTPAPER.COM.MYSulaman manikSulaman applique Sulaman benang Sulaman reben
iii) Kaedah Tampalan: Menggunakan gam, cecair lilin untuk menampal susunan bahan seperti manik, reben,
fabric, dokoh, mutiara, butang dan hiasan lain.
iv) Keadah lain: Contoh: Mencantum dengan stapler, pita selofan dan ikatan tali.
B) Alatan 2. Pita pengukur ‖ ii) Alatan mendraf 2. Pembaris sesiku L
i) Alatan mengukur 1. Pembaris melengkung
1. Pembaris
Membuat garisan lurus, Ukur bahagian Membuat garisan Membuat garisan lurus
mengukur, menanda yang mempunyai sudut
melengkung. Contoh, ukur melengkung semasa tepat
iii) Alatan memotong
1. Gunting kertas badan. mendraf pola 4. Penetas
2. Gunting fabrik 3. Kacip / Snipper
Memotong kertas Memotong fabrik (Kain) Gunting benang, lubang Membuka jahitan tersilap,
butang, bahagian kecil tebuk lubang butang
iv) Alatan menanda
1. Pensel tukang jahit 2. Kapur penanda 3. Roda surih dan kertas 4. Jarum peniti
karbon
Menanda, menulis dan Menanda garis pemadan, Pindah garis pemadan ke Menyemat pola, tetapkan
fabrik kepingan fabrik
membuat garisan penanda pindah tanda pola pada
pada kertas dan fabrik fabrik
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
v) Alatan menjahit 2. Jarum jahit tangan 3. Mesin jahit 4. Mesin sulaman
1. Jidal
Mengelak jari tercucuk Menjahit bahagian Untuk jahitan lurus, Menjahit hiasan sulaman
jarum tertentu dengan tangan cantuman fabrik
APP.TESTPAPER.COM.MY
vi) Alatan lain 2. Pengokot atau stapler 3. Pistol perekat panas 4. Pita selofan
1. Tweezer
Memasukkan benang ke Mencantum kepingan- Mencairkan rod perekat Mencantum atau melekat.
dalam lubang jarum. kepingan kertas. panas semasa mengglu.
5.2.5 – Analisis Elemen dalam Reka Bentuk Fesyen
Terdapat 4 elemen reke bentuk fesyen, iaitu:
1) Bentuk 2) Tekstur 3) Garisan 4) Warna
Elemen 1 – Bentuk
1) Nama Bentuk : Bentuk segi empat (tubular)
Lakaran Bentuk Badan
Lebar bahu = Lebar pinggang = Lebar pinggul
Menimbulkan penegasan melintang supaya kelihatan lebih gempal
seperti:
• Tambah aksesori pada bahagian bahu
• Guna tali pinggang yang lebar
• Pilih baju, seluar atau skirt yang lebih longgar dan tidak sendat
2) Nama Bentuk : Bentuk jam pasir (hour glass)
Lakaran Bentuk Badan
Lebar bahu = Lebar pinggul (Tapi, pinggang sangat kecil / langsing) → Slim
Merupakan bentuk paling ideal dan menjadi idaman setiap wanita
Bentuk tubuh seperti ini membolehkan si pemakai memilih pelbagai stail
pakaian serta fesyen mengikut kegemarannya.
*** Tubuh badan ini sesuai untuk perempuan, tapi tak sesuai untuk lelaki.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
3) Nama Bentuk : Bentuk tiga segi terbalik (inverted triangle)
Lakaran Bentuk Badan
Lebar bahu (lebih besar) >>> Lebar pinggul (lebih kecil)
Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil atau tanpa
pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas.
*** Tubuh badan ini sesuai untuk lelaki, tapi tak sesuai untuk perempuan.
APP.TESTPAPER.COM.MY
4) Nama Bentuk : Bentuk tiga segi (triangle)
Lakaran Bentuk Badan
Lebar bahu (lebih kecil) <<< Lebar pinggul (lebih besar)
• Pilih skirt yang bergaris atau menggunakan seluar labuh atau
palazzo.
• Pilih corak pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur
halus.
Elemen 2 – Tekstur
Tekstur merujuk pada rupa permukaan sesuatu benda atau rasa pada fabrik atau bahan.
Bil. Jenis Tekstur Penerangan
1 Tekstur lembut Penekanan bentuk badan, kelembutan dan menarik kepada pemakai.
2 Tekstur berkilat Memantulkan cahaya dan memberi efek yang lebih elegan.
3 Tekstur kasar Efek lasak dan ranggi. Contoh: Fabrik denim
4 Tekstur legap Menyerap cahaya dan memberi kesan kecil kepada pemakai
Elemen 3 – Garisan
Lakarkan ketiga-tiga jenis garisan (menegak, mendatar dan menyerong) pada baju model di bawah.
Garisan menegak Garisan mendatar Garisan menyerong
1) Garisan menegak memberi kesan panjang, tinggi atau langsing kerana tumpuan mata
bergerak dari bawah ke atas.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
2) Garisan mendatar memberi kesan lebar atau gempal kerana tumpuan mata
bergerak dari kiri ke kanan.
3) Garisan menyerong memberi kesan rendah atau tinggi.
Elemen 4 – Warna
Warna mempunyai pelbagai fungsi dan memberi kesan yang berbeza-beza dalam reka bentuk fesyen.
APP.TESTPAPER.COM.MY
Warna: Putih Warna: Merah jambu Warna: Ungu
# kesucian
Ꙫ yakin dan bersedia # kasih sayang dan tumpuan
Ꙫ tenang
Warna: Biru Ꙫ gembira dan selesa
# komunikasi lancar
Ꙫ berfikiran rasional Ꙫ ceria dan lebih muda
Ꙫ membuat keputusan tepat
Warna: Hijau Warna: Kuning Warna: Jingga
# ketenangan dan keseimbangan
dalam kehidupan # memantulkan tenaga dan menjana pemikiran kreatif dan kritis
Ꙫ ceria dan bergerak aktif
Warna: Merah Warna: Hitam
# keberanian, tuah dan kemewahan # kedukaan / kekuatan
Ꙫ berani mencuba sesuatu yang Ꙫ bertenaga / kuat dan
baharu. berkeyakinan
5.2.6 – Jenis bahan dalam reka bentuk fesyen
1) Fabrik 2) Benang 3) Fabrik felt 4) Kancing
Untuk menghasilkan pakaian Untuk mencantum dan Sebagai hiasan (Contoh: Untuk merapat, mencantum
dan aksesori (Contoh: Kapas, melekatkan dua atau lebih Bunga pada beg, pakaian atau menutup bahagian
denim, satin, lycra) bahan jahitan dengan tangan kanak-kanak, barang pakaian (Contoh: zip,
atau mesin. kelengkapan rumah tangga) cangkuk dan palang)
5) Butang hiasan
6) Lapik dalam 7) Pita perekat 8) Dawai
Sebagai hiasan tambahan Untuk mengeraskan, Untuk mencantum bahagian Untuk membuat aksesori
pada pakaian dan aksesori. mengukuhkan atau melapis pada aksesori dan pakaian. seperti kerongsang, pin
bahagian pakaian dan rambut, gelang dan rantai
aksesori. leher.
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.
9) Getah 10) Tali 11) Bunga reben 12) Bahan trimin
Untuk menghasilkan produk Untuk membuat aksesori Sebagai hiasan tambahan Sebagai hiasan tambahan
seperti getah rambut, ikatan serta hiasan pakaian (contoh: (diperbuat daripada (contoh: pita siku sikam
kepala (headband), taIi jam tali satin/nilon) campuran reben, manik dan renda, pita brid dan pita jalur
dan gelang. tali hiasan) serong tepat)
13) Manik
APP.TESTPAPER.COM.MY
Untuk rantai leher dan
gelang serta hiasan pakaian.
5.2.7 – Penghasilan reka bentuk fesyen
A) Langkah-langkah / Fasa-fasa untuk menghasilkan reka bentuk fesyen.
Bil Langkah-langkah / Fasa-fasa Penerangan
1 Pemilihan tema Memilih tema berdasarkan alam semula jadi, sejarah,
budaya, kehidupan, teknologi dan muzik.
2 Tinjauan dan penyelidikan Mendapatkan gambaran awal melalui produk sedia ada
3 Penjanaan idea Menterjemah idea melalui lakaran / gambar rajah
4 Pembinaan mock-up projek Penghasilan mock-up untuk melihat bentuk sebenar
5 Pengujian dan penambahbaikan idea produk
Produk diuji dan kelemahan / kelebihan dikenalpasti
serta ditambahbaik.
B) Langkah pembangunan produk reka bentuk fesyen
1) Sediakan bahan dan alatan → 2) Mengukur → 3) Mendraf → 4) Menanda
5) Memotong → 6) Mencantum → 7) Kemasan → 8) Produk Siap !
HAK CIPTA © : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modul ini dalam sebarang
bentuk atau cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Penulis dan Testpaper.com.my.