The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Majalah sukan pemangkin perpaduan (1) (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haikal Azman, 2020-10-21 04:41:41

E-Majalah sukan pemangkin perpaduan (1) (3)

E-Majalah sukan pemangkin perpaduan (1) (3)

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN

1.MUHAMMAD SYAFI HAKIM BIN BONYAMIN (21DDT20F1123)
2.MUHAMMAD ARIFF BIN TAMIRZI (21DDT20F1165)
3.MUHAMMAD DANISH ADRY BIN ANDRY (21DDT20F1143)
4.MUHAMMAD HAIKAL BIN AZMAN (21DDT20F1121)

KANDUNGAN M/S
3
TOPIK 4-7
MAKSUD SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN 8-12
USAHA MENINGKATKAN NILAI PERPADUAN DALAM SUKAN
BUKTI-BUKTI SUKAN PEMANGKIN PERPADUAN

MAKSUD SUKAN PEMANGKIN
PERPADUAN :

Ø SUKAN merupakan medium perpaduan yang paling berkesan dalam menyatukan
masyarakat berbilang kaum di negara ini.Tanpa mengira bentuk sukan yang menjadi
pilihan sama ada bola sepak, badminton, olahraga dan bermacam-macam lagi aktiviti
sukan, rata-rata penggemarnya mampu mengeratkan hubungan silaturahim.Setiap kali
skuad negara bertarung di persada antarabangsa, pastinya rakyat pelbagai bangsa
bersatu dalam memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang berjuang di
gelanggang sukan.Bahkan ada yang sanggup mengeluarkan belanja dan meredah
perjalanan beribu kilometer atau setidak-tidaknya sekadar menjadi penyokong setia di
kaca televisyen demi sokongan padu kepada atlet negara tanpa mengira bangsa mereka.

USAHA MENINGKATKAN
NILAI PERPADUAN
MELALUI SUKAN

1.HARI SUKAN NEGARA

APA ITU HARI SUKAN NEGARA?
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan
Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian
Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah
mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan
matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

https://seriputeri.edu.my/2016/10/05/hari-sukan-negara/

Selain itu, Sambutan Hari Sukan Negara juga berperanan penting dalam isu meningkatkan
perpaduan kaum di Malaysia.Pada hari sukan negara dijalankan kita boleh dapat melihat
sendiri dan mengukurkan tahap perpaduan kaum di Malaysia,di mana setiap kaum berinteraksi
antara satu sama lain tanpa membezakan warna kulit dan budaya masing-masing.Dengan
pelaksanaan sambutan hari sukan negara dapat meningkatkan tahap perpaduan di Malaysia
dengan lebih baik.

GAMBARAN HARI
SUKAN NEGARA

https://images.app.goo.gl/73amofRCkBsvtdq47



BUKTI-BUKTI SUKAN
PEMANGKIN PERPADUAN

JARINGAN N.Thanabalan pada perlawanan separuh akhir menentang Indonesia
dalam Sukan SEA 2017 (KL2017), meletakkan negara ke pertandingan akhir
menentang Thailand, malam ini. Apa yang lebih menarik ialah sokongan tidak
berbelah-bahagi daripada seluruh rakyat Malaysia kepada pasukan bola sepak
dan juga kepada semua atlet dan pasukan negara yang bertanding dalam
KL2017. Dalam hal ini, sokongan adalah kepada semua atlet Malaysia tanpa
mengira kaum. Ini membuktikan yang sukan sememangnya boleh
menyatupadukan rakyat Malaysia.

https://www.bharian.com.my/amp/kolumnis/2017/08/318993/contohi-perpaduan-rakyat-dalam-sukan

PETIKAN “Saya lihat sukan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh sesuatu
kaum sahaja. Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan sebagai pemain, jurulatih
mahupun pengurus.“Mereka bersatu hati untuk mengerakkan sukan negara tanpa
mengira kaum dan agama. Contohnya, dalam pasukan bola sepak negara kita.
Jurulatihnya berbangsa Cina (Tan Cheng Hoe) dan pemain-pemain kebanyakannya
terdiri daripada orang Melayu,” ujarnya kepada Sinar Harian baru-baru ini.Beliau
memberitahu, sukan bukan sahaja dapat meningkatkan perpaduan, malah kegiatan
berterusan dalam sukan juga akan dapat meningkatkan produktiviti, tahap kesihatan
dan kecergasan serta kualiti kehidupan dalam kalangan rakyat Malaysia.

https://www.sinarharian.com.my/article/59429/BERITA/Sukan/Sukan-wadah-erat-perpaduan-kaum

Ketika bersukan, kita akan melupakan warna
kulit.Kita tidak peduli sama ada rakan
sepermainan itu orang Melayu, Cina, atau pun
India.Sebagai contoh, sebelum sesuatu
pertandingan, kebiasaannya para atlet atau
pemain akan berkumpul di kem latihan dalam
tempoh tertentu,biasanya tidak kurang dari
seminggu.Di situlah mereka tinggal,berlatih,
makan, dan berehat.Pergaulan dan interaksi
sesama atlet dan pemain daripadapelbagai
kaum mampu mewujudkan perpaduan
kaum.Ketika pertandingan dijalankan,mereka
akan mempunyai satu misi untuk
mengharumkan nama sekolah, negari,
ataupun negara tanpa memikirkan warna kulit.

https://www.scribd.com/doc/146105737/Kepenti
ngan-Sukan-Kepada-Negara

Usaha memelihara perpaduan kaum melalui
sukan tidak terhenti di situ sahaja apabila Menteri
Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
sebelum ini turut mengharapkan agar sukan dapat
dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus
merapatkan hubungan sesama kaum.

Katanya, apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat
menghapuskan tembok politik perkauman dan agama.“Sukan
bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar
kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita
semua."Jadi rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan
bangga dengan Jalur Gemilang,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/45996/SUARA-
SINAR/Analisis-Sinar/Sukan-wadah-eratkan-perpaduan-1Malaysia


Click to View FlipBook Version