HIZRAL-ZAINAL-SYASHA-NISA-AZMINA
PRABACAAN
❏ Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Chong (1992) merupakan
satu tempoh menyediakan murid-murid untuk membaca.
❏ Keupayaan dan penggunaan bahasa seorang murid bergantung
pada minat, daya pemusatan, corak komunikasi dan jenis interaksi
yang didapati oleh anak tersebut di rumah sebelum mereka
melangkah ke alam persekolahan.
FAEDAH AKTIVITI PRABACAAN
Murid-murid dapat Dapat mengukuhkan Proses pembacaan lebih
mencapai kemahiran dan kemahiran yang telah mudah diterima dan mampu
memahami proses mereka capai dan menguasai pelajaran
membaca dengan baik, membantu mereka menjadi dengan lebih baik.
pembaca yang cekap dan
menarik dan teratur.
berdirkari.
FAEDAH AKTIVITI PRABACAAN
Murid lebih berkeyakinan Memupuk minat dan Dapat membaca dengan
untuk memulakan alam keinginan murid-murid lebih cepat dan lancar
persekolahan dengan apabila mereka meneruskan
adanya kemahiran asas iaitu untuk membaca. pelajaran ke peringkat
seterusnya di sekolah.
membaca.
AKTIVITI
PENGAMATAN
PENGLIHATAN
AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
DEFINISI CONTOH AKTIVITI
1. Melatih keupayaan mata. ❖ Memadankan objek mengikut jenis dan
2. Murid-murid mampu mengecam, membeza dan kumpulan.
membandingkan bentuk-bentuk gambar,
benda-benda wujud dan sebagainya mengikut Objektif :
jenis, warna, saiz dan seumpamanya. ● Murid mampu mengecam objek mengikut
3. Merupakan asas penting untuk murid-murid jenis dan kumpulan.
sebelum diperkenalkan dengan huruf. ● Membezakan objek mengikut kumpulan.
● Menghimpun dan mengasingkan gambar
mengikut kumpulan.
AKTIVITI MEMADANKAN OBJEK MENGIKUT JENIS DAN KUMPULAN
AKTIVITI
PENGAMATAN
PENDENGARAN
DEFINISI CONTOH AKTIVITI
➢ Kemahiran mendengar merupakan ➢ Membunyikan bunyi haiwan.
kemahiran yang penting kerana
kesilapan mendengar akan Objektif :
memberikan kesan kepada orang ● Murid-murid dapat meniru bunyi
yang bercakap dan kepada yang haiwan-haiwan yang ditunjukkan.
mendengar. ● Boleh mengenal pasti pelbagai bunyi haiwan
➢ Membantu murid fokus kepada yang ditunjukkan.
pelajaran dan sebarang pekerjaan ● Boleh membezakan bunyi-bunyi haiwan yang
yang dilakukan. diperdengarkan.
➢ Abd. Aziz Talib menjelaskan
mendengar merupakan asas dalam
kemahiran lisan.
AKTIVITI MEMBUNYIKAN BUNYI HAIWAN
AKTIVITI
PERGERAKAN
JARI, MATA DAN
TANGAN
PENGENALAN
❏ Kemahiran ini adalah menggunakan kemahiran motor halus.
❏ Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana pada
peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi.
❏ Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan
kreativiti untuk melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang
berbeza.
TUJUAN
❏ Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas
pergerakan tangan seperti memegang pensel atau objek yang
seumpama seperti crayon atau pensel warna secara kemas , berpandu,
terarah dan berfokus.
❏ Meningkatkan kemahiran dan melatih moto halus dan kognitif
murid-murid.
CONTOH AKTIVITI
❏ Menyambung titik
- Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut
nombor atau abjad pada gambar dengan membuat garisan bagi
menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf yang lengkap.
- Oleh itu, guru perlu menyediakan bahan pertama dengan banyak titik,
diikuti sederhana kurang titik dan akhir sekali kurang titik.
CONTOH AKTIVITI
❏ Membuat kolaj
- Murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru menggunakan
kaedah pandang dan sebut.
- Kemudian murid menghasilkan kolaj mengikut bentuk gambar yang
diberikan oleh guru pada helaian kertas dengan menampal kertas
warna yang telah dipotong kecil.
AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN
● Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa
kali.
● Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun
atau kertas.
● Menggenggam dan merasa bola.
● Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru
menunjukkan cara memegang yang betul.
● Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
● Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau
tanah.
● Membuka tali kasut dan mengikat semula.
AKTIVITI PERGERAKAN MATA
● Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat
dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
● Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk
atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang
sebelah lagi.
● Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri
ke kanan dan dari kanan ke kiri.
● Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru
seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya
benda-benda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
● Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
AKTIVITI BAGI KOORDINASI MATA DAN
TANGAN
● Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk,
warna atau ukuran.
● Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.
Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya
jigsaw puzzle.
● Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara
individu atau dengan bergerak di padang bersama pasangan.
● Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau
gambar.
● Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.
● Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.