PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN
FALSAFAH
SEMESTER 1 2022/2023
SESI A221
KENEGARAAN MALAYSIA (SADN1003)
TAJUK : PERISTIWA BERSEJARAH
PERISTIWA BERSEJARAH DI NEGERI PERLIS
DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 2
1) NAJYA ALIYAH BINTI NOOR AZMI
(291735)
2) NUR ASMAK NUZHAH BINTI NIK DAUT
(291681)
3) TAN JI YUAN (292520)
4) LOW SHI HUI (292247)
5) NOR AZUA NADHIHA BINTI MOHAMAD FADZLI
(291804)
DISEDIAKAN UNTUK :
DR. RASHIDAH MAMAT
ISI KANDUNGAN
(1) PENGENALAN
(2) PERLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH
(3) PENGHANTARAN BUNGA EMAS KEPADA SIAM
(4) MENJELANG KEWUJUDAN NEGERI PERLIS
(5) KEWUJUDAN KOTA INDERA KAYANGAN
(6) PEMBENTUKAN BANDAR KANGAR
(7) PEMBUKAAN KOTA-KOTA BERSEJARAH
* KOTA KERAN
* KOTA SENA
(8) PENUBUHAN ISTANA ARAU
(9) PEMBINAAN MUZIUM KOTA KAYANG
(10) SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM KOTA KAYANG
(11) PENUTUP
(12) RUJUKAN
(13) LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
peristiwa bersejarah yang berlaku di negeri
Perlis Indera Kayangan. Dari segi sejarah
yang diperolehi dalam kajian ini, Perlis turut
dikatakan sebuah negeri yang diuruskan di
bawah naungan negeri Kedah. Hal ini
dikatakan kerana adanya gelaran yang
diberikan kepada Sultan Kedah iaitu Raja
Muda Perlis dan Kedah”. Namun keadaan ini
berubah apabila Raja Syed Harun Jamalullail
dan keturunannya dianugerahkan untuk
mentadbir negeri Perlis oleh Sultan
Dhiauddin Mukarram Shah. Keadaan ini
menyebabkan wujudnya salasilah
terwujudnya negeri Perlis di bawah
pemerintahan raja tersendiri.
2.0 PERLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH
* Negeri Perlis secara umumnya telah
diperintah oleh British selepas termeterainya
Perjanjian Bangkok pada tahun 1909.
* Semasa era British, negeri Perlis ditadbir
melalui sebuah majlis iaitu “State Council
Perlis” yang bermesyuarat setiap bulan di ibu
pejabat kerajaan negeri di kangar atau di
Istana Arau.
*Pada zaman ini juga British telah menentukan
sempadan antara negeri Perlis dengan wilayah
Siam terutama wilayah Setul(Satun).
* Daerah Puju yang terletak di
sebelah utara Kuala sungai Perlis
telah diserahkan kepada Siam
* Pada tahun 1910 urusan
penetapan sempadan baru antara
negeri Perlis dengan wilayah Siam
telah selesai manakala sempadan
dengan negeri kedah selesai pada
tahun 1923.
3.0 PENGHANTARAN BUNGA EMAS KEPADA
SIAM
* Bunga emas dan perak dari negeri Perlis
dihantar ke Siam dengan menaiki gajah
bermula dari Istana Arau sehingga ke
Pelabuhan Singgora (Songkhla).
* Dari Pelabuhan Singgora, Penghulu Bunga
Emas dan rombongannya kecuali Panglima,
meneruskan perjalanan ke Kota Bangkok
dengan menaiki kapal laut.
* Rombongan akan diketuai oleh Penghulu
Bunga Emas dan diletakkan di bawah
jagaan pembesar tersebut. Pegawai
tersebut ialah Luang Kucha Ishak.
* Raja Siam akan mengurniakan hadiah-hadiah
dan persalinan kepada Penghulu Bunga Emas,
Kerabat-kerabat Diraja dan para Pembesar dari
Negeri Perlis yang bersama dalam rombongan
ini.
BUNGA
EMAS
4.0 MENJELANG KEWUJUDAN NEGERI PERLIS
* Dari segi sejarah negeri Perlis merupakan
negeri di bawah naungan negeri Kedah.
* Negeri Perlis merupakan sebuah ’Negeri
Berdaulat’ yang diambil daripada nama pokok
iaitu ‘Pokok Perlis’.
* Pada abad ke-12, adanya kewujudan ideologi
Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu
dan Buddha yang meluas berdasarkan kepercayaan
masyarakat tempatan.
* Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor dan
Syed Hussin jamalullail dilantik sebagai
timbalannya.
* Peristiwa ini merupakan detik bersejarah untuk
negeri Perlis kerana mendapat pengikhtirafan
status tanah jajahan kepada status sebuah negeri
naungan.
5.0 KEWUJUDAN KOTA INDERA KAYANGAN
* Kota Indera Kayangan turut dikenali sebagai
Kota Al-Marhum Kayang 1 sebuah kota megah di
tebing Sungai Perlis dan merupakan istana
pemerintahan Sultan Kedah ke-15
* Kota Indera Kayangan terletak di tebing kiri
sungai Perlis dan turut dikelilingi oleh kawasan
berbukit di tebing selatan Sungai Perlis
* Kawasan Kayang dipilih sebagai Kota Istana
kerana kedudukannya strategi dari segi
perhubungan, pertahanan dan persekitarannya
yang menarik.
* Perkataan “Kayang” juga dipercayai diambil
daripada ucapan Sultan Dhiauddin Al-Mukarram
Shah yang sering menyebut “Kota” yang
dibinanya itu seperti kayangan kerana dikatakan
kota tak terlihat kerana dilindungi oleh Bukit
Papan , Bukit Kubu, Bukit Nasi Sebungkus dan
Bukit Menara.
* Kota Indera Kayangan juga menjadi pusat
pemerintahan negeri Kedah dan di sinilah
baginda bersemayam bersama pembesar negeri
bagi menjalankan pentadbiran negeri tersebut.
6.0 PEMBENTUKAN BANDAR KANGAR
* Kangar ialah pusat pentadbiran negeri Perlis
dan pusat perdagangan utama. Kangar juga
turut merupakan ibu negeri Perlis Indera
Kayangan.
* Dari segi sejarah , kemunculan bandar Kangar
disebabkan oleh lokasinya yang strategik dan
merupakan tempat pertemuan peniaga dan
saudagar daerah Kayang (Perlis).
* Bandar Kangar merupakan tempat pertemuan
Sungai Abi, Sungai Siran, Sungai Santan, Sungai
Ngulang dan Sungai Arau.
* Terdapat adanya beberapa asal usul tentang
teori nama “Kangar” iaitu dipercayai diambil
daripada bunyi sejenis burung “Helang Kangor”
yang berterbangan di kawasan tersebut. Namun
perkataan “Kangor” bertukar menjadi Kangar
untuk memudahkan sebutan itu disebut.
* Asal usul teori nama Kangar turut dikaitkan
dengan nama sepohon pokok yang tinggi dan
rendang yang terdapat di pengkalan pelabuhan.
Pohon itu turut dikenali oleh masyarakat
setempat sebagai “Pohon Kangar”.
* Berlandaskan dengan kedua-dua teori yang
dikaitkan lama kelamaan lokasi tersebut kekal
dikenali sebagai “Kangar” dan akhirnya wujudnya
pembentukan Bandar Kangar.
7.0 PEMBUKAAN KOTA-KOTA BERSEJARAH DI
PERLIS
7.1 PEMBUKAAN KOTA KERAN
* Dulu ada sebuah kota Bernama Kota Keran di
kawasan Hilir Kuala Perlis. Kota Keran menjadi
pelabuhan cukai bagi kapal atau bot yang ingin
menjual barangan ke negeri “Ligor”.
* Kota Keran dianggarkan wujud sekitar lewat
1500 Masihi dan beroperasi sehingga 1614
Masihi
* Berakhirnya peranan Kota Keran sebagai pusat
kutipan cukai disebabkan oleh serangan Belanda
ke atas Kuala Perlis yang diketuai oleh Diego De
Mendosa.
* Datuk Bandar Shahbandar Kuala Perlis yang
memegang jawatan ketua memungut cukai
terbunuh apabila tentera Portugis melanggar dan
membakar kota itu. Mayat beliau telah
dikebumikan di Kota Keran.
7.2 PEMBUKAAN KOTA SENA
* Nama kota terawal yang diasaskan oleh Sultan
Kedah di jajahan Perlis iaitu Kota Sena diambil
bersempena nama pokok tersebut iaitu “Sena”.
* Nama “Sena” kekal di negeri Perlis sehingga kini
iaitu ‘Kampung Sena, Mukim Sena dan Sungai
Sena.
* Dikatakan pada zaman Sultan Muhyidin Mansur
Shah (1653-1661). Kota Sena telah dibina dan kini
dikenali sebagai Kangar
* Nama pokok “Sena” mungkin telah digunakan
seawal tahun 1653 di Jajahan Perlis, iaitu nama
“Kota Sena”
* Kota Sena merupakan ibu kota negeri Kedah
yang pertama sekali dibina di jajahan Perlis.
Pada tahun 1653, kerja pembinaan kota dan
istana dijalankan.
* Sultan Muhyiddin Mansur Syah dan pembesar
telah berpindah ke kota ini apabila pembinaan
kota siap.
* Kawasan Kampung Sena telah menempatkan
penduduk pada masa itu dan keadaan ini
menyebabkan asas kepada pertumbuhan bandar
Kangar.
7.0 PENUBUHAN ISTANA ARAU
* Istana Arau terletak di Arau, Perlis ialah istana
rasmi tempat persemayaman DYMM Tuanku Raja
Perlis. Sejarah istana ini bermula sekitar tahun
1905 semasa pemerintahan Raja Perlis Ke-4 iaitu
Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943) yang
terkenal dengan wawasan Baginda untuk
memodenkan sistem pentadbiran kerajaan negeri
* Pembinaan istana di Arau dijalankan semasa
pemerintahan Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi
Jamalullail pernah bersemanyam di istana ini
dan baginda berpindah ke Istana Kenangan
Indah di Kepoh pada sekitar tahun 1970-an.
Ruang khas yang di istana Arau mempunyai
fungsi tertentu.
* Sebagai contoh, fungsi Balairong Seri ialah
tempat penganugerahan pingat dan adat
istiadat keputeraan dan dewan santapan
adalah tempat menjalankan istiadat majlis
santapan negeri.
* Setiap tahun, Istana Arau menjalani beberapa
pengubahsuaian dan penambahbaikan mengikut
keperluan semasa. Pada tahun 2010, Istana
Arau disenaraikan sebagai tapak warisan
budaya di bawah Akta Warisan Kebangsaan
2005, memberikankan tumpuan berterusan
sepenuhnya Kerajaan Negeri Perlis terhadap
pemeliharaan dan perlindungan bangunan Istana
Arau.
* Pada tahun 2014, acara tersebut telah menjadi
acara tahunan, menarik ribuan pelancong untuk
melihat keindahan pencahayaan dan landskap
Istana Arau, serta pelbagai persembahan yang
menarik.
8.0 PENUBUHAN MUZIUM KOTA KAYANG
* Pembinaan Muzium Kota Kayang ini bertujuam
untuk menghimpunkan artifak bersejarah negeri
Perlis bagi tatapan masyarakat.
* Bangunan Muzium Kota Kayang dibina dalam
dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 dibina
pada bulan Mei 1999 dan siap pada September
2000
* Reka bentuk muzium ini bercirikan istana
zaman silam sebagai usaha menggamit memori
para pengunjung kembali ke zaman
kegemilangan Kerajaan Melayu yang pernah
bertapak di sini suatu masa dahulu selain
disisipkan juga seni bina Melayu beridentiti
Perlis iaitu Rumah Bumbung Panjang Perlis.
* Bangunan Muzium Kota Kayang Fasa 2 pula
dibina pada bulan Jun 2006 dan siap pada bulan
Oktober 2006.
* Ciri-ciri pembinaan masih berkonsepkan istana
lama di zaman silam dan dibahagikan kepada dua
bahagian bangunan yang memiliki balairong di
bahagian tengahnya untuk melaksanakan
pelbagai aktiviti muzium. Manakala di hadapan
bangunan ini ditempatkan meriam kecil untuk
menyambut kedatangan tetamu ke salah satu
galeri ini.
* Kombinasi landskap yang berteraskan alam
semula jadi dan binaan Muzium yang indah
pastinya memukau pandangan pengunjung yang
dahagakan ketenangan serta kembali semula
untuk menziarahi Muzium Kota Kayang ini.
* Muzium Kota Kayang menjadi pelengkap
kepada aset pelancongan utama negeri Perlis.
Justeru, tidak lengkap melawat negeri Perlis jika
tidak mengunjungi Muzium Kota Kayang.
9.0 SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM KOTA
KAYANG