The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Blue and White Aesthetic Watercolor Hello December Document A4 (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordhiha10, 2022-12-25 13:27:09

Blue and White Aesthetic Watercolor Hello December Document A4 (1)

Blue and White Aesthetic Watercolor Hello December Document A4 (1)

JABATAN PENGAJIAN TAMADUN DAN FALSAFAH

PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN
FALSAFAH

SEMESTER 1 2022/2023
SESI A221

KENEGARAAN MALAYSIA ( SADN1033)

PERISTIWA BERSEJARAH

PERISTIWA BERSEJARAH DI NEGERI PERLIS

DISEDIAKAN OLEH : KUMPULAN 2

NUR ASMAK NUZHAH BINTI NIK DAUT (291681)

NAJYA ALIYAH BINTI NOOR AZMI (291735)

NOR AZUA NADHIHA BINTI MOHAMAD (291804)
FADZLI

LOW SHI HUI (292247)
TAN JI YUAN (292520)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. RASHIDAH MAMAT

ISI KANDUNGAN

(1) PENGENALAN
(2) PERLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH
(3) PERLIS DI ZAMAN JEPUN
(4) PERLIS DI BAWAH PENTADBIRAN SIAM
(5) PENGHANTARAN BUNGA EMAS KEPADA SIAM
(6) MENJELANG KEWUJUDAN NEGERI PERLIS
(7) KEWUJUDAN KOTA INDERA KAYANGAN
(8) PEMBENTUKAN BANDAR KANGAR
(9) PEMBUKAAN KOTA-KOTA BERSEJARAH

9.1 KOTA KERAN
9.2 KOTA SENA
(10) PENUBUHAN ISTANA ARAU
(11) PEMBINAAN MUZIUM KOTA KAYANG
(12) SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM KOTA
KAYANG
(13) PENUTUP
(14) RUJUKAN
(15) APPENDIKS

1. PENGENALAN

* Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, peristiwa bermaksud sesuatu (hal
dan lain-lain) yang berlaku, kejadian atau
perkara yang luar biasa atau menarik
perhatian. Peristiwa bersejarah pula
merupakan kejadian yang memberi makna
penting dalam sejarah.

* Peristiwa bersejarah bukan hanya tertumpu
kepada peristiwa buruk sahaja sebagai
contoh penjajahan insiden 13 Mei 1969,
malahan Hari Malaysia 16 September 1963
juga merupakan peristiwa bersejarah yang
menjadi momen indah untuk rakyat Malaysia
bahkan ia juga masih disambut sehingga ke
hari ini.

* Perlis merupakan negeri yang indah dan
kaya serta terkenal dengan keindahan alam
semula jadi, malahan negeri ini juga kaya
dengan pelbagai peristiwa bersejarah yang
menarik dan unik yang dapat kita lihat
dengan lebih terperinci.

2. PERLIS DI BAWAH PEMERINTAHAN BRITISH

* Beberapa rundingan British-Siam dibuat sekitar tahun
1907 hingga tahun 1909 untuk mendapat kata putus dalam
hal perebutan kuasa dan pensempadanan semula Negeri-
Negeri Melayu Utara.
* Pada 1 Julai 1907, wakil British iaitu Ralph Paget menerima
sepucuk surat daripada Strobel mengenai pendapat beliau
supaya negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada
pihak British serta membatalkan Perjanjian Sulit pada tahun
1897.
* Pada 11 September 1907, hasrat kerajaan British telah
disampaikan oleh Beckett kepada Strobel untuk
disampaikan kepada Raja Chulalongkorn dan berharap agar
Siam menyerahkan wilayah yang di anggap luar kawalan
berkesan.

* Seterusnya, pada 23

November 1907, Raja

Chulalongkorn memberi reaksi

positif terhadap pendapat

tersebut dan diteruskan

dengan perbincangan antara

Strobel yang kemudiannya

diganti oleh Wastengard

dengan Paget di Bangkok

pada Disember 1907 dan

Januari 1908.

* Pada 1910, segala urusan

penetapan sempadan baru

selesai manakala pada 1913,

penetapan sempadan dengan

negeri Kedah pula selesai.

Zaman pemerintahan British

telah membawa kepada

pembangunan pesat daripada

aspek pengangkutan, pertanian,

perumahan serta pengeksportan

barang-barang dagangan.

3. PERLIS DI ZAMAN JEPUN

* Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun menakluki Tanah
Melayu mengikut Siam dari arah utara setelah pihak
kerajaan Siam membuka ruang untuk pihak Jepun.
* Pada 12 Disember 1941, askar Jepun mula memasuki
Perlis dari arah Padang Besar dengan berjalan kaki yang
diketuai oleh Kapten E. Hirota.
* Jepun telah menguasai seluruh Tanah Melayu termasuklah
Perlis. Ketika itu, Perlis diperintah oleh raja Perlis yang
keempat, Raja Syed Alwi. Sewaktu keadaan menjadi huru-
hara, Mr. Day iaitu pegawai penasihat British telah
menasihati baginda untuk membawa diri ke Kuala Kangsar,
Perak.

* Pada 1 Februari 1943, baginda

Raja Syed Alwi iaitu Raja Perlis

keempat, mangkat. Tuan Syed

Hamzah Ibnu Almarhum Syed

Safi Jamallulail yang

merupakan bapa saudara

kepada Raja Syed Alwi telah

dipanggil oleh pihak Jepun

untuk memerintah Perlis bagi

menggantikan almarhum

baginda. Raja Syed Putra

merupakan bakal raja yang

sebenar, bukan Raja Syed

Hamzah tetapi Jepun telah

menolak Syed Putra dan terus

menyerahkan mandat kepada

Raja Syed Hamzah untuk ditabal

menjadi raja Perlis.

* Apabila Jepun kalah di tangan pihak Berikat, kuasa
tentera Jepun telah diserahkan semula kepada tentera
British pada tahun 1945 yang menjadi pengakhiran
pendudukan Jepun di Tanah Melayu seterusnya hal ini
mengakibatkan Negeri-Negeri Tanah Melayu jatuh semula
ke tangan penjajah British.

4. PERLIS DI BAWAH PENTADBIRAN SIAM

* Pertama sekali, pada tahun 1821 sehingga tahun 1838
sewaktu Perang Kedah-Siam berpanjangan, beberapa orang
kerabat diraja Kedah bersama Syed Hussein mencari jalan
penyelesaian bagi merenggangkan konflik yang berlarutan
itu.
* Pada tahun 1843 merupakan tahun yang bersejarah untuk
perlis kerana Kerajaan Siam telah menaik taraf Perlis sebagai
sebuah negeri beralih daripada sebuah wilayah
* ‘Khalung Tahan Phra Chamrat’ iaitu Pesuruhjaya Tentera
Siam telah membantu beliau di setiap negeri dan negeri Perlis
diwakili oleh Cham Na Songkram. Pentadbiran Siam bertapak
kukuh di negeri Perlis hanya selama 25 bulan kerana pada
Ogos 1945, Jepun serta sekutu-sekutunya telah tewas
dikalahkan penjajah Inggeris.

5. PENGHANTARAN BUNGA EMAS KEPADA SIAM

* Penghantaran bunga emas kepada Siam merupakan

suatu peristiwa yang bermakna untuk Negeri-Negeri

Melayu Utara termasuklah negeri Perlis. Bunga Emas

dihantar setiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai bukti

ketuanan.

* Peristiwa ini dikenang

kerana mempunyai jalan

cerita yang menarik kerana

Perlis menghantar bunga

emas dengan menaiki gajah

dari Istana Arau sehingga ke

pelabuhan Singgora

(Songkhla).

* Penghantaran ini diwakili
oleh Penghulu Bunga Emas,
kerabat diraja, pembesar-
pembesar negeri serta
beberapa orang panglima.

* Penghulu Bunga Emas akan melapor diri kepada Pembesar
Siam iaitu seorang pegawai yang dikenali sebagai Luang
Kucha Ishak untuk dijaga oleh pembesar tersebut sebelum
mereka berjumpa Sumdet Choa Phya (Perdana Menteri Siam)
untuk membenarkan mereka masuk menghadap Raja Siam
untuk mempersembahkan kelengkapan ufti.

6. MENJELANG KEWUJUDAN NEGERI PERLIS

* Perlis merupakan sebuah negeri yang terbentuk
daripada pecahan negeri Kedah.
* Menurut R. Bonney, disebabkan perpecahan yang berlaku
diantara pembesar kedah telah mewujudkan Perlis, Setul
dan Kubang Pasu sekali gus membentuk negeri Perlis.
* Pergolakan politik yang berlaku di negeri Kedah sekitar
tahun 1821 hingga 1839 yang berpunca daripada serangan
dan penguasaan Siam yang telah membawa kepada situasi
huru-hara dan berkait rapat dengan kewujudan negeri
Perlis.
* Serangan secara besar-besaran telah dilancarkan antara
tahun 1838 hingga 1839 dan hampir seluruh askar Siam
lumpuh terutama angkatan Ligor.

* Selepas mangkatnya Raja
ligor, ia membawa satu
perubahan baru kepada
dasar pelaksanaan politik
dan pentadbiran Kerajaan
Siam terhadap negeri
jajahannya.

* Rombakan telah dibuat

untuk mengatur semula cara

pentadbiran negeri

jajahannya yang membawa

kepada pembahagian kepada

4 buah negeri berasingan

termasuk Perlis dan setiap

negeri tersebut memiliki

seorang gabenor.

7. KEWUJUDAN KOTA INDERA KAYANGAN

* Kota Indera Kayangan atau Kota Al Marhum Kayang 1 ialah
sebuah kota megah di tebing kiri Sungai Perlis. Ia adalah kota
istana semasa pemerintahan Sultan Dhiyauddin Al-Mukarram
Shah (1661-1687), Sultan Kedah ke-15.
* Kota ini bertempat di Mukim Kayang berhampiran terusan
buatan tertua di semenanjung, dipercayai menjadi laluan
pengangkutan antara Kota Kayang , Kuala Perlis dan Alor
Setar.
* Gelaran "KAYANGAN" diciptakan kerana Kota Indera
Kayangan dikatakan sebagai kota tak terlihat karena
dilindungi oleh Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Toh Poh, Bukit
Lambung Panah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit,
Bukit Lagi dan Bukit Menara.

* Nama "Kota Indera

Kayangan" diyakini diambil

dari sebutan yang sering

dideskripsikan oleh Sultan

Dhiauddin Mukarram Shah

yang sering menggunakan

kata "kayang" untuk

menyebut kota tersebut

sebagai "surga" karena

hanya bisa dilihat dari

ketinggian.

* Raja Perlis yang pertama, yaitu Raja Syed Hussein
Jamalullail (1843-1873) telah memasyhurkan gelaran
"Indera Kayangan" pada nama negeri Perlis sempena
nama Kota Indera Kayangan II kerana baginda dididik
dan dibesarkan di kota itu sebagai rajanya.

8. PEMBENTUKAN BANDAR KANGAR

* Kangar ialah pusat pentadbiran negeri Perlis dan pusat
perdagangan utama. Kangar terletak di 5 mukim iaitu
Sena, Kechor, Wang Bintong, Seriab dan Utan Aji.
* Kangar merupakan kawasan yang paling padat
membangun.
* Bandar Kangar terletak di antara bandar Alor Setar dan
Padang Besar. Perkhidmatan kerajaan dan persekolahan di
Bandar Kangar adalah Isnin hingga Jumaat, berbanding
Ahad hingga Khamis di negeri Pulau Pinang dan Perak yang
lain.
* Tok Peduka yang telah membuka Kangar. Bandar Kangar
telah wujud 350 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1653, apabila
Kota Sena, yang ditubuhkan sebagai pusat pemerintahan,
pada mulanya diduduki oleh Muhyiddin Mansor Shah, Sultan
Kedah ke-14.

* Terdapat beberapa
hipotesis lain bahawa asal
usul nama Bandar Kangar
adalah berasal daripada
bunyi burung iaitu burung
helang “kangor”. Pada
zaman awal Bandar Kangar,
terdapat banyak burung
helang kangor terbang di
kawasan ini.
* Kangar telah berubah wajah dari tahun ke tahun dengan
pembangunan pesat dan pembinaan bangunan baharu
menggantikan bangunan lama.

* Bermula dengan pembangunan komersial, Bandar Kangar
mula berubah menjadi pusat aktiviti. Pada zaman sebelum
merdeka, pada tahun 1948, Derma English School telah
dibina. Pada tahun 1970-an, ketika kerajaan Malaysia
memulakan pembangunan, lebih banyak bangunan kerajaan
telah dibina dan peranannya sebagai pusat pentadbiran dan
ibu negeri diperkukuh.

9. PEMBUKAAN KOTA-KOTA BERSEJARAH
DI PERLIS

9.1 KOTA KERAN

* Dulu ada sebuah kota bernama Kota Keran di
kawasan hilir Kuala Perlis, bandar paling utara Perlis di
Malaysia, yang bersempadan dengan Thailand.
* Kota Keran menjadi pelabuhan cukai bagi kapal atau
bot yang ingin menjual barangan ke negeri LIGOR dan
begitu juga sebaliknya. Kota Keran dianggarkan wujud
sekitar lewat 1500 Masihi dan beroperasi sehingga 1614
Masihi.

* Berakhirnya peranan Kota Keran sebagai pusat cukai
disebabkan oleh serangan Belanda ke atas Kota Kuala
Perlis yang diketuai oleh Diego De Mendosa.

9.2 KOTA SENA

* Nama kota terawal yang diasaskan oleh Sultan Kedah di
jajahan Perlis iaitu Kota Sena diambil sempena nama pokok
tersebut iaitu “Sena”. Nama "Sena" kekal di negeri Perlis
sehingga kini iaitu: Kampung Sena, Mukim Sena dan Sungai
Sena.

* Nama pokok "sena" mungkin telah digunakan seawal tahun
1653 di Jajahan Perlis, iaitu nama "Kota Sena".

* Nama "Sena" juga digunakan untuk "Sungai Sena", "Mukim
Sena" dan "Kampung Sena" di Kangar. Dalam keadaan yang
sama, juga dilihat bahawa "Perlis" telah pun digunakan
sebagai nama sungai Perlis sejak awal abad ke-16 (mungkin
sebelum 1546).

* Pada masa itu, nama "Perlis" digunakan untuk membawa
maksud "Kuala Perlis", "Jajahan Perlis" dan "Negeri Perlis".

10. PENUBUHAN ISTANA ARAU

* Istana Arau terletak di Arau, Perlis ialah istana rasmi
tempat persemayaman DYMM Tuanku Raja Perlis. Sejarah
istana ini bermula sekitar tahun 1905 semasa pemerintahan
Raja Perlis Ke-4 iaitu Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943)
yang terkenal dengan wawasan Baginda untuk memodenkan
sistem pentadbiran kerajaan negeri.
* Pembinaan istana di Arau dijalankan semasa pemerintahan
Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi Jamalullail pernah
bersemanyam di istana ini dan baginda berpindah ke Istana
Kenangan Indah di Kepoh pada sekitar tahun 1970-an.
* Istana Arau juga adalah lambang bagi pemerintahan beraja
di Perlis.
* Setiap tahun, Istana Arau menjalani beberapa
pengubahsuaian dan penambahbaikan mengikut keperluan
semasa.

Pada tahun 2010, Istana

Arau disenaraikan sebagai

tapak warisan budaya di

bawah Akta Warisan

Kebangsaan 2005,

memberikankan tumpuan

berterusan sepenuhnya

Kerajaan Negeri Perlis

terhadap pemeliharaan dan

perlindungan bangunan

Istana Arau.

* Walaupun istana ini

adalah sebuah kawasan

larangan bagi orang

awam, tetapi dengan

adanya keizinan DYMM

Raja Perlis, perkarangan

Istana Arau dibuka

kepada orang ramai

semasa program Malam

Cahaya sempena

sambutan hari keputeraan

baginda.

11. PEMBINAAN MUZIUM KOTA KAYANG

* Pembinaan Muzium Kota Kayang ini bertujuam untuk
menghimpunkan artifak bersejarah negeri Perlis bagi
tatapan masyarakat.
* Bangunan Muzium Kota Kayang dibina dalam dua fasa iaitu
Fasa 1 dan Fasa 2.
* Setiap landskap di
Muzium ini amat
dititikberatkan
sepertimana yang dapat
kita lihat di luar hadapan
bangunan ini dibina
daripada deretan pohon
buluh cina yang dijaga
rapi.

12. SEJARAH PENUBUHAN MUZIUM KOTA KAYANG

* Muzium Kota Kayang ini didirikan di Kawasan yang dahulunya
merupakan tapak kota istana tempat bersemayam keluarga
diraja Kedah-Perlis.
* Baginda Telah membina kota dan istana di tebing Selatan
Sungai Perlis yang dinamakan sebagai ‘Kota Indera Kayangan.
* Menelusuri sejarah pemerintahan Diraja satu Ketika dahulu,
Perlis menjadi tempat bagi kawasan diam beberapa kota yang
menjadi pusat pemerintahan satu ketika dahulu, antaranya Kota
Keran, Kota Sena dan Kota Indera Kayangan.
* Kota-kota ini pada masa yang sama menjadi tempat
penyamaran dan perdagangan yang sesuai serta menjadi salah
satu bukti kearifan tempatan masyarakat Melayu satu ketika
dahulu.

13. PENUTUP

* Kesimpulannya, walaupun Perlis merupakan negeri terkecil
di Malaysia, tetapi kebanyakan peristiwa bersejarah telah
berlaku di atas tanah Perlis ini. Sebagai generasi muda, kita
mesti sentiasa mengingati peristiwa bersejarah yang pernah
berlaku di tanah tersebut.

* Masyarakat dapat mengingati jasa dan sumbangan tokoh-
tokoh tanah air kerana tokoh-tokoh tersebut telah
berhempas pulas mencari jalan terbaik supaya kita dapat
menikmati kemakmuran dan kedamaian untuk hidup dalam
masyarakat hari ini.

* Peribahasa Melayu berkata, bagai kacang lupakan kulit.
Ungkapan tersebut ialah nilai yang kita cuba jauhi agar
generasi muda sedar mereka akan menggalas tanggungjawab
dalam memacu negara ke tahap kemajuan yang lebih baik.

* Dengan mempelajari Sejarah, generasi muda dapat
memberikan wawasan dan membawa negara Malaysia duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju yang lain.

14. RUJUKAN

Ahmad, A. b. (n.d.). Perlis di bawah pengaruh British 1909 – 1930. Retrieved from
azpdf.org:
https://azpdf.org/article/konsep-elit-melayu-transformasi-dinamika-politik-
perliskurun.qvl8xl7r
Istana Arau. (n.d.). Retrieved from Portal Rasmi Diraja Perlis:
https://dymm.perlis.gov.my/portal/index.php/ms/info-diraja/istana-diraja
Isu Sejarah Kewujudan Perlis . (27 January, 2011). Retrieved from
diniahfalahiah:
https://diniahfalahiah.blogspot.com/2011/01/isu-sejarah-kewujudan-perlis.html#
Kalanji, H. A. (30 March , 2018). Sejarah Ringkas Pengasasan Kesultanan Perlis.
Retrieved
from www.thepatriots.asia: https://www.thepatriots.asia/12685-2/
Kangar ibu negeri Perlis . (4 March, 2021). Retrieved from myhometown.com.my:
https://myhometown.com.my/kangar/kangar-ibu-negeri-perlis/
Kasim, P. S. (9 December , 2022). Peristiwa Bersejarah di negeri Perlis. (N. A.
Azmi,
Interviewer)
Kepentingan mempelajari pelajaran sejarah di sekolah. (n.d.). Retrieved from
ipendidikan.my:
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-mempelajari-sejarah.html
Malaysia, A. N. (20 8, 2015). Jepun menyerahkan Negeri-negeri Utara Tanah
Melayu kepada
Thailand. Retrieved from pekhabar.com: https://pekhabar.com/h-i-d-s-
jepunmenyerahkan-negeri-negeri-utara-tanah-melayu-kepada-thailand/
Misteri Kota Indera Kayangan. (30 July, 2012). Retrieved from catitansantai:
http://catitansantai.blogspot.com/2012/07/misteri-kota-indera-kayangan.html?m=1
Muzium Kota Kayang. (22 March, 2014). Retrieved from jmm.gov.my:
http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-
kotakayang#:~:text=Muzium%20Kota%20Kayang%20didirikan%20di,Marhum%2
0Sulta
n%20Muhyiddin%20Mansur%20Shah
Perlis di bawah naungan British. (11 August, 2017). Retrieved from
paklongarau65:
https://paklongarau65.blogspot.com/2017/08/perlis-di-bawah-naungan-
british.html
Sedikit sejarah tentang tempat-tempat di Perlis. (9 July, 2013). Retrieved from
perpustakaanptss: http://perpustakaanptss.blogspot.com/2013/07/sedikit-
sejarahtentang-tempat2-di.html
Sejarah bunga emas dihantar kepada Kerajaan Siam. (16 March, 2016).
Retrieved from IM110
Blogage I An Information Sharing : Emas Oh Emas by Zaiton , Nordin & Shahnan
FIM
UiTM: https://jomcelikemas.blogspot.com/2016/03/sejarah-bunga-emas-di-
hantarkepada.html

15. APPENDIKS

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version