1 Tajuk: Peti Surat Tua Nama: Nur Syafiqah Binti Mustaffa Rani Tubuhku yang sudah mula menggigil kesejukkan di luar sana dibiarkan begitu sahaja. Tiadasiapa yang peduli tentang keadaan aku tika ini. Bahkan, tuan aku sendiri juga sanggupmembiarkan aku terpacak di sini selama bertahun-tahun tanpa berbumbungkan sebarangatap. Tunggu masa sahaja aku akan dibuang ke suatu tempat yang gelap dan juga berbau. Waktuitu aku tidak lagi mampu untuk membayangkan keadaan diriku. Aku begitu takut dengan gigi jentera yang bakal mencengkamkuat tubuhkudanakhirnya melenyapkan terus kewujudan aku di muka bumi ini. Kulitku yang dulunya dibaluti dengan cat merah sudah pun bertukar menjadi pudar dan kelihatan amat lusuh. Apayangmemeritkan lagi adalah kesan karat yang semakin hari semakin banyak melekat di segenapbahagian tubuh-tubuhku. Sungguh hal itu mampu mencacatkan rupa parasku yang dulunyacantik menawan dengan balutan cat merah. Walaupun keadaan aku sudah tidak lagi seperti dulu, namun aku tetap menjalani rutinharianku seperti biasa. Aku akan setia menunggu si jejaka yang beruniformmerah putih. Diabukan kekasih hati mahupun orang yang istimewa bagiku, tetapi kehadirannya membuatkanaku tertunggu-tunggu sehinggakan aku berasa kecewa. Kalau dulu hampir setiap mingguakuakan berjumpa dengannya. Kini, boleh dikatakan sekali sahaja dia menjengahku disini. Itu pun semingguyanglalu. Sekarang aku langsung tidak melihat kelibatnya datang ke sini. Mungkin perjumpaanituadalah perjumpaan kali terakhir aku dengannya. Tiba-tiba aku terimbau kembali memori padaera ke-19 yang merupakan tahun pertama aku berada di sini. Waktu itu, hati aku berbunga-
2 bunga kerana hampir setiap minggu akan ada jejaka yang beruniformmerah putihdatangmenjengukku. Kalau bukan jejaka muda sekalipun, ada juga pak cik-pak cik yang sudah berusia. Namun, mereka tetap bersemangat dalam menjalankan amanah yang telah ditugaskan. Akupaling suka bila musim perayaan tiba. Waktu itu, aku akan menerima pelbagai jenis surat. Apa yang tak dapat aku lupakan adalah surat yang telah diletakkan bedak dan harumannyasungguh wangi sehingga melekat di tubuhku. Jangan tanya mengapa ada yang berbuat sedemikian pada surat yang mereka hantar kerana aku sendiri tidak mampu untuk memberi jawapan kepada soalan itu. Untung-untung, aku yang mendapat bau wangiannya. Bukan setakat surat cinta sahajayang dimasukkan ke dalam kantungku, ada juga kad raya yang pelbagai corak dan warna, bil, surat yang dihantarkan oleh anak-anak kepada keluarganya, surat saman serta bermacam-macam jenis surat lagi. Sungguh aku suka berada di era yang satu itu. Apabila dunia sudah melangkaukeera20-an, hidupku semakin sunyi. Kadang-kala aku membenci segala bentuk kecanggihanalat moden yang kian berkembang hebat. Peranti-peranti inilah yang telah aku anggapsebagai musuh kerana telah mewujudkan satu sistem e-statement atau e-billing. Seandainya teknologi-teknologi yang serba canggih ini tidak pernah wujud, sudahpasti kantungku akan dipenuhi dengan pelbagai jenis surat setiap hari dan menjadi temankarib jejaka-jejaka yang beruniform merah putih. Namun, aku percaya dengan kewujudan sistem-sistem ini lah yangbakal memudahkan urusan manusia sejagat. Tidaklah rumah mereka dipenuhi dengan segalajenissurat nanti. Tak usah fikirkan masalah surat bertimbun atau tempat untuk menyimpansurat-surat yang telah diterima. Senang lah mereka nanti.
3 Tapi tidak bagi aku. Aku akan berasa kesunyian malah semakin disisihkan. Entah-entah generasi sekarang tahu atau tidak akan kewujudan aku. Ramai yang semakin berlumbalumba untuk menggunakan sistem digital. Sedang elok aku mengelamun, tiba-tiba kedengaran bunyi ejen motosikal tidakjauhdaripada tempat aku berdiri. Dari selekoh sana sudah kelihatan seorang lelaki yangberuniform merah putih mula memasuki perkarangan perumahan Kenari. Dari gayanya, seperti bukan jejaka yang aku nanti-nantikan itu. Tidak mengapalah, asalkan ada yang sudi menjengahku harini. Enjin motosikalnyakedengaran semakin jelas dan beberapa minit sahaja dia sudah meletakkan motosikalnyabersebelahan dengan tempat aku berdiri. Aku sekadar menjadi pemerhati dalam diam. Tidak juga aku menjadi ramahuntukmenegurnya. Bahkan, aku sememangnya tidak akan mampu untuk berbuat sedemikian. Bersuara pun aku tak dibenarkan. “Nampaknya tuan kau masih sayang dekat kau. Dah lusuh pun masih digunapakai”ujar lelaki itu. Dari pengamatan aku, lelaki ini sudah berusia dan mungkin dalamlingkungan50-an. Aku perasan ada senyuman yang terbit di pinggir bibirnya. Entah senyuman mengejekataupun senyuman biasa. Malas untuk aku memikirkannya. “Alih-alih nanti kau dijual kepada besi buruk dengan keadaan kau sudah pun berkarat sana-sini. Aku tak rasa tuan kau nak simpan kau lagi” terasa bahagian atasku diketukbeberapa kali sebaik sahaja dua pucuk surat selamat dimasukkan ke dalamkantungku. Ingin sahaja aku berteriak di hadapan wajahnya tatkala dia menghinadanmemperlekehkan aku seperti itu. Ingin sahaja aku mengetuk kuat kepalanya yang masihlagi bersarungkan dengan sebuah helmet putih seperti mana dia melakukan perkara itu kepadaaku. Siapa dia untuk melakukan aku sebegitu rupa. Dia langsung tiada hak!
4 “Assalamualaikum” sapa satu suara yang cukup aku kenal. “Eh waalaikumussalam” gelabah lelaki itu menjauhi tubuhku. “Saya tak pernah nampak encik sebelum ini. Biasanya Asyraf yang bertugas untukmenghantar surat-surat di kawasan perumahan kami” ujar tuan aku. “Asyraf dah sebulan berhenti. Katanya dah dapat tawaran kerja dekat tempat baru. Jadi sekarang saya yang gantikan tempat dia” jelas lelaki itu. Jadi benarlah pertemuan aku dengan jejaka itu pada minggu lepas adalah pertemuanterakhir kami. Hati aku tiba-tiba berasa kecewa tatkala mendengarkan perihal itu. Seandainyaaku mampu meluahkan rasa kecewaku, aku pasti mereka berdua akan bertanya mengapa. “Oh! patutlah dah tak nampak. Apa-apa pun terima kasih ya sudah menghantar surat ke sini” sambung tuan aku lagi. Tangannya naik mengeluarkan dua surat tadi daripadakantungku. “Sama-sama encik, itu sememangnya tugasan saya. Sebelum tu saya nak tanya, encikmemang tak nak buang ke peti surat ni? Nampak gayanya macamdah lama, eloklahkalauencik gantikan dengan yang baru. Hendak murah beli sahaja yang jenis plastik tu” lantanglelaki itu memberi cadangan. Panas hati aku tatkala mendengar kata-katanya. Tuan aku pula sekadar tergelakkecil. Mungkin terasa lucu dengan kata-kata lelaki itu. Namun tidak bagi aku. Sungguh akuterasadengan kata-kata tajam yang meluncur keluar seperti peluru berpandu itu. “Saya memang bercadang nak buang sahaja peti surat ni dan gantikan denganyangbaru atau lebih moden. Barulah cantik dipandang nanti” Tatkala mendengar kata-kata yang amat menyakitkan itu, perasaan kecewa yangakupendam sedari tadi telah pun bertukar pedih dan kian merebak sehingga timbulnya lukayangmendalam. Seolah-olah ditusuk dan dirobek dengan sebilah pisau belati. Namun, tiadasiapa
5 pun yang peduli. Masing-masing meneruskan perbualan tanpa memikirkan luka tanpaberdarah yang baru sahaja mereka berikan kepada aku. Tidak lama kemudian, lelaki itu pun meminta diri untuk beredar daripada situ. Tuanaku pula sudah masuk ke rumah bersama surat di tangannya. Aku tidak pasti apa isi surat itu. Namun, aku sempat perasan akan riak wajah tuan aku yang tiba-tiba bertukar ceria tatkalamembuka sampul surat tersebut. Mungkin ada khabar baik yang diterimanya tika ini. Tiba-tiba, keadaan petang yang cerah itu bertukar mendung. Seolah-olah mengerti keadaan aku yang sedang berduka lara ini. Tidak menunggu lama, tubuhku tiba-tibadihempap dengan air hujan yang turun dengan begitu lebat. Angin mula memainkanperanannya. Galak meniup segala dedaun dan sampah-sarap yang berada di sekitar itu. Hampir sahaja tubuhku diterbangkan sekali, namun aku bersyukur tatkala belakangbadanku masih lagi dipegang utuh oleh dawai besi yang sudah berkarat. Jika bukandisebabkan dawai besi yang berkarat ini, sudah tentu tubuhku diterbangkan dek anginyangkuat itu lalu terus melambung di atas jalan seperti tin kosong. Entah apa lah yang bakal menimpa nasib si dawai besi berkarat itu nanti apabilaakusudah lagi tidak menjadi bebanannya. Adakah dibuang begitu sahaja. Begitu juga dengannasib si pintu pagar yang sudah bertahun-tahun menjadi tempat sandaranku. Warna hijaulumut di tubuhnya pun juga sudah kian luntur ditambah lagi dengan kesan-kesan berkarat. Namun, masih elok untuk digunapakai jika dibandingkan dengan diri aku yang serba cacat ini. Hujung minggu yang telah dimaksudkan sudah pun berkunjung tiba. Pagi ituakuterjaga dek satu bunyi yang agak kuat. Ditambah lagi dengan bunyi suara orang-orangyangsedang sibuk bersembang. “Aku dah siap tebuk lubang dekat bahagian tiang yang kau dah ukur tadi” ujar satusuara. “Okay, aku pergi ambil peti surat dekat van sekejap” balas satu suara lagi.
6 Reaksi aku seperti biasa, sekadar diam memerhati dari jauh kelibat dua oranglelaki yang berbaju t-shirt biru gelap manakala seorang lagi mengenakan t-shirt berwarna hitam. Aku sudah dapat menganggak apa tujuan mereka berdua datang ke sini. Tidak lama kemudian, aku melihat sebuah aluminium yang tidak terlalu panjangdanukurannya lebih kurang sama seperti di bahagian hadapan tubuhku. Aku memerhati sahajatangan lelaki itu yang mula melekatkan aluminium tersebut di bahagian tiang yangterletakbersebelahan dengan tempatku. “Aku dah siap pasang bahagian depan. Ukuran untuk bahagian bawah tu 250mmx250mm kan?” soal lelaki yang berbaju hitam itu. “Ya. Kau jangan cakap yang kau tersalah ambil size pula. Aku dah pesan awal-awal sebelum datang ke sini” respon lelaki yang berbaju biru gelap itu sambil menyedup sepotongrokok di bibirnya. Anak matanya mencerlung tajam ke arah lelaki yang berbaju hitamitu. “Kau jangan gelabah boleh tak pagi-pagi ni? Aku dah ambil yang betul punya”balaslelaki yang berbaju hitam itu sambil menunjukkan sebuah aluminiumyang berbentuksegi empat di tangannya. Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya mereka berdua dapat menyiapkankerjatersebut dan beredar daripada tempat itu. Tidak dinafikan peti surat aluminiumyangsudahelok terlekat di tiang tembok itu kelihatan cantik dan lebih tahan lama berbanding dengandiri aku. Sungguh aku mencemburuinya. Tidak betah aku memandangnya lama-lama. Terasaseperti diriku dipandang serong olehnya. Tidak lama kemudian, kedengaran derapantapakkaki mula menghampiriku. Kali ini aku sudah pasrah dengan nasib yang bakal menimpakunanti. “Ayah, peti surat besi ni ke yang ayah nak buang?” soal anak kecil yangmasihberusia 11 tahun itu.
7 “Ye Umai, kenapa?” dari jauh kelihatan tuan aku mula keluar menghampiri anakgadisnya yang sudah berada di hadapan pagar rumah. “Umai nak bawa ke sekolah boleh?” “Nak buat apa Umai? Dah tak boleh guna dah ni” tubuhku ditanggalkan daripadadawai besi tersebut dan jari kasar itu mula membelek-belek tubuh tuaku. “Ayah yang kata tak boleh tapi Umai rasa boleh digunapakai lagi peti surat ni. Bagi Umai ye ayah?” pohon si kecil itu. “Iyelah, hati-hati tangan Umai tu. Jangan sampai terpegang dekat bahagian besi yangsudah berkarat. Tak pasal-pasal anak ayah dapat luka nanti” “Baik ayah” balas si anak. Kini, aku sudah berada di tangan kecil Umai. Entah apa yang ingin dilakukanolehnyapada tubuh tuaku ini. Sejujurnya aku takut mimpi ngeriku bakal menjadi nyata. Akuhanyamampu berharap agar aku tidak dicampak atau dijadikan barang permainan yang akhirnyadisepak dan dibaling di merata-rata tempat. Suatu pagi yang cukup riuh, aku dikejutkan dengan suara kanak-kanakyangkedengaran kecoh bersorak sana-sini. Apa yang disorakkan pun aku tidak pasti. Riuh-rendahseolah-olah sedang berada di pasar ikan. Suasana dan juga tempat yang aku berada sekarangcukup berbeza dengan hari-hari biasa. Sebelum ini, aku hanya disajikan denganpemandangan jalan dan juga rumah-rumah penduduk di kawasan perumahan Kenari. Namun sekarang, aku seperti berada di atas sebuah pentas dan bersama aku terdapat tin kosong yang dijadikan tempat bekas letak pensil, botol air mineral pula dijadikantabung, beg tangan yang dijahit menggunakan kain batik dan banyak lagi barang-baranglain. Semuanya dihias cantik-cantik. Ralit aku meneliti kesemua barangan yang tersusun elok itu sehinggakanakutertanya-tanya bagaimana pula dengan penampilanku. Adakah diriku dihias secantikbarang-
8 barangan yang lain. Aku beranikan diri untuk melihat diriku melalui pantulan cermin tingkap. Alangkah terkejutnya tatkala ada banyak perhiasan yang melekat di tubuh tuaku. Warna hitam yang membaluti tubuhku kelihatan lebih premium dan menawandengankilatan manik-manik di bahagian tepi. Tiada lagi warna merah pudar yang melekat di tubuhkuselama bertahun-tahun itu. Aku diam mengamati penampilan baruku. Kesan karat yanglamapula telah hilang dek kerana dibaluti dengan cat hitam berkilat. Ditambah lagi denganbeberapa lukisan ala-ala corak batik yang memenuhi sekitar tubuhku. Sungguh akuterujaakan penampilan baruku saat ini. “Murid-murid semua diminta senyap. Cikgu akan mengumumkan pemenangtempat pertama bagi pertandingan inovasi barang terpakai pada hari ini” Tidak lama kemudian, keadaan dewan yang sedari tadi sangat bising telahpunbertukar senyap. Hanya kedengaran bunyi bisikkan-bisikkan daripada anak pelajar. Baruakufaham apa skenario yang sedang berlaku tika ini. “Pemenang tempat pertama disandangkan oleh Umaira Binti Khalid. Diminta pelajarnaik ke pentas untuk mengambil hadiah dan juga hasil inovasinya” ujar guru perempuanitudengan nada yang teruja. Dari jauh aku melihat Umai yang tidak lengkang dengan senyumannya. Sungguhakuberasa terharu tika ini. Dia telah menyelamatkan aku daripada sebuah mimpi ngeri yangtidakingin aku lalui. “Umai nak ucapkan terima kasih dekat semua cikgu-cikgu Umai. Denganpertandingan ini, Umai dapat belajar satu perkara yang baru. Tidak semua barang yanglamasepatutnya dibuang. Macam peti surat dekat tangan Umai sekarang ni, hampir sahajaayahUmai hendak membuangnya. Tapi, Umai minta dekat ayah dan Umai cuba hias cantik-cantik. Nanti, Umai boleh buat simpan nota-nota sekolah Umai” petah Umai berbicara.
9 Seandainya aku mampu mengungkapkan perasaan gembiraku saat ini, akan akupelukerat tubuh genit Umai. Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada gadis kecil ini keranatelah mengubah nasibku. Walaupun rutin harianku bakal berubah kelak, namun akutetapbahagia kerana masih wujud lagi insan yang mendambakan peti surat tua seperti diriku.