The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-book Beriman Kepada Malaikat (group 2) DPD10012 (aqidah islamiyyah) -
DIB1A (Aleesya F1012, Aqilah F1018, Asyikeen F1016, Adriana F1014)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adriana maisara, 2021-11-11 04:53:00

E-MAJALAH Beriman Kepada Malaikat (group 2)

E-book Beriman Kepada Malaikat (group 2) DPD10012 (aqidah islamiyyah) -
DIB1A (Aleesya F1012, Aqilah F1018, Asyikeen F1016, Adriana F1014)

DPD10012

AQIDAH ISLAMIYYAH

E-MAJALAH

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

NAMA PENSYARAH :
PUAN NURUL AMALIA BINTI RUSLAN

NUR ALEESYA SHAHFIRA BINTI NUR ASYIKEEN BINTI ALI
MOHD ZAWAWI (17DIB21F1016)
(17DIB21F1012)

NUR ADRIANA MAISARA BINTI NUR AQILAH BINTI ADAM
MOHD NOR HAIDIN (17DIB21F1018)
(17DIB21F1014)

E-MAJALAH
EDISI PERTAMA 2021

“ Rasulullah SAW bersabda, iman ialah
bahawasanya engkau percaya kepada Allah,
Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, hari akhir
dan engkau percaya kepada Qadar Allah yang

baik mahupun yang buruk “

(H.R. Muslim)

“ Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat

sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai

sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada

ciptaan-Nya apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala

sesuatu. “ ( Surah Fatir,ayat 1 )

Penulis :
Nur Asyikeen binti Ali
Nur Aqilah binti Adam
Nur Aleesya Shafira ninti Mohd Zawawi

Suntingan Oleh :
Nur Adriana Maisara binti Mohd Nor Haidin

Diterbitkan Oleh :
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang, 4501 Sungai Ayer Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3280 6200
Fax : 03-32806400
Email : [email protected]
Laman Web : www.psis.edu.my

Hak Cipta © 2021 – Politeknik Sultan Idris Shah
Cetakan Pertama : 2021
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin daripada Politeknik Sultan Idris Shah.

Isi Kandungan

Pendahuluan 1
Definisi Malaikat 2
Ciri-ciri Malaikat 3
Jenis-jenis Malaikat 4
Kesan Beriman Kepada Malaikat 8
Kesan Buruk Tidak Beriman Kepada Malaikat 10
Kesimpulan 11
Rujukan 12

Pendahuluan

Keimanan kepada malaikat
merupakan antara perkara
paling penting dalam
agama islam. Setiap
muslim wajib beriman
dengan kewujudan
malaikat. Beriman kepada
malaikat merupakan salah
satu rukun iman oleh itu,
sebagai seorang muslim
kita seharusnya percaya
akan kewujudannya.
Malaikat juga merupakan
makhluk yang sangat taat
kepada perintah Allah SWT.

|1

DEFINISI MALAIKAT

DARI SEGI ISTILAH

Adalah salah satu jenis makhluk Allah yang diciptakan khusus untuk taat dan beribadah
kepadaNya serta mengerjakan semua tugas-tugasNya. Sebagaimana dijelaskan Allah
dalam firmanNya dalam surah Al-Anbiya’ ayat 19-20 iaitu :

)19( ۚ ‫َو َل ٗه َم ْن ِفى ال َّس ٰم ٰو ِت َوا ْْلَ ْر ِ ِۗض َو َم ْن ِع ْن َد ٗه َْل يَ ْستَ ْكبِ ُر ْو َن َع ْن ِعبَا َد ِت ٖه َو َْل يَ ْستَ ْح ِس ُر ْو َن‬
)20( ‫يُ َس ِب ُح ْو َن ا َلّ ْي َل َوالنَّ َها َر َْل َي ْفتُ ُر ْو َن‬

Maksudnya :
Dan milik-Nya siapa yang di langit dan di bumi.
Dan (malaikat-malaikat) yang di sisi-Nya, tidak mempunyai rasa
angkuh untuk menyembah-Nya dan tidak (pula) merasa letih. (19)
Mereka (malaikat-malaikat) bertasbih tidak henti-hentinya pada
malam dan siang. (20)

DARI SEGI BAHASA

Kata “Malaikat” merupakan kata jamak yang berasal dari Arab malak ‫ ملك‬yang bererti
kekuatan, yang berasal dari kata mashdar “al-alukah” yang bererti risalah atau misi,
kemudian sang pembawa misi biasanya disebut dengan Ar-Rasul.

|2

Diciptakan daripada Mampu menyerupai
cahaya sesuatu dan berubah

bentuk

Mempunyai sayap dua Kekuatan dan kemampuan
pasang, tiga pasang dan mereka luar biasa seperti
memikul arasy dan meniup
empat pasang
sangkakala

|3

Malaikat juga merupakan mahluk ciptaan Allah SWT yang
sangat taat terhadap perintah-Nya.
Sebenarnya ada ribuan malaikat, namun hanya ada 10 saja
nama mailakat dan tugasnya yang wajib diketahui.

Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui jumlah sebenar
malaikat.

Siapa saja nama malaikat
yang wajib diketahui
dalam agama Islam
dan apakah tugas mereka ?

1 Tugas Malaikat Jibrill menyampaikan wahyu
dari Allah SWT kepada Nabi dan rasul.

Malakat Jibril juga bertugas mengatur
angin, memenuhi atau menahan hajat
manusia, dan membawa rahmat bagi
mereka yang menjaga kesucian saat
sakaratul maut.

|4

2 Tugas Malaikat Mikail ialah
mengatur pembagian rezeki kepada
makhluk Allah, seperti mengirim
hujan dan memberi kehidupan pada
tumbuh-tumbuhan.

3 Tugas Malaikat Israfil adalah meniup
sangkakala pada saat datangnya
hari kiamat.

4 Tugas Malaikat Izrail mencabut
nyawa manusia apabila sudah tiba
ajalnya.

|5

5 Tugas Malaikat Munkar menanyakan
manusia di alam barzah (alam kubur).

6
Tugas Malaikat Nakir sama dengan
malaikat Munkar, yakni menanyai manusia
dalam alam barzah.

Malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur
akan bertanya perihal tuhan, agama, nabi,
kitab suci, kiblat dalam ibadah, saudara,
pedoman hidup, jalan hidup, dan perilaku
sehari-hari dengan bahasa yang
digunakan ahli kubur ketika hidup di
dunia.

7
Tugas Malaikat Raqib mencatat amal dan
perbuatan baik manusia.

|6

8 Tugas Malaikat Atid mencatat setiap
amal dan perbuatan buruk yang
dilakukan manusia.

9 Tugas Malaikat Malik adalah menjaga
pintu neraka. Ia bersifat keras dan tidak
mempunyai rasa belas kasihan kepada
penghuni neraka.

10 Tugas Malaikat Ridwan menjaga dan

mengawasi pintu surga. Malaikat
Ridwan juga bertugas menyambut
semua hamba Allah yang akan masuk
ke dalamnya.

Sikapnya lemah lembut dan sangat
ramah saat mempersilakan orang-orang
masuk ke dalam syurga.

|7

KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Kesan beriman kepada malaikat
yang menyeluruh merangkumi
aspek perkataan, perbuatan, hati
dan pemikiran.

1. Mengeluarkan ucapan yang 1. Taat dan mematuhi perintah
baik dan berfaedah. Allah, ibubapa, guru dan
pemimpin.
2. Sering mendoakan
kesejahteraan orang lain. 2. Berdisiplin dalam menunaikan
tanggungjawab.
3. Berzikir, bertasbih, dan
beristigfar kepada Allah. 3. Rajin dan sabar dalam
melakukan sesuatu pekerjaan
4. Berda'wah kepada orang seperti menuntut ilmu sama ada
lain dengan mengajak mereka ilmu fardu ain atau fardu kifayah.
melakukan kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran. 4. Istiqamah dalam beribadat
kerana orang yang menyedari
kewujudan malaikat akan
berterusan melakukan ketaatan
serta tidak tergamak melakukan
maksiat.

|8

1. Melakukan muhasabah tentang 1. Ikhlas kepada Allah dalam
kehidupan diri sendiri sama ada melakukan ketaatan.
menjadi hamba Allah yang taat
atau sebaliknya. 2. Berani dan teguh hati dalam
menghadapi cabaran hidup.
2. Berfikiran supaya dapat menjadi
manusia yang paling baik, mulia 3. Jiwa sentiasa tenang serta tiada
dan sempurna seperti para keluh kesah.
malaikat.
4. Cinta dan kasih kepada orang
3. Tegas, tetap pendirian dan bijak yang salih seperti para ilmuan
membuat keputusan dalam Islam.
urusan kehidupan.
5. Mempunyai rasa takut dan
4. Berfikiran luas dan malu apabila hendak melakukan
berpandangan jauh dalam perkara bertentangan dengan
sesuatu perkara yang dihadapi. syariah dan adat.

5. Jauh daripada terjebak dalam
perkara hurafat dan tahayul yang
berlaku dikalangan mereka yang
tidak beriman kepada malaikat.

|9

IMAN TERBATAL
MUDAH MELAKUKAN
DOSA

ROSAK MORAL

MERAGUI KEAGUNGAN
ALLAH SWT

HIDUP MENJADI
PORAK PERANDA

| 10

Kesimpulannya, beriman kepada malaikat termasuk dalam
perkara beriman kepada perkara yang ghaib. kita wajib percaya
dengan sepenuhnya akan ajaran islam mengenai rukun iman
yang terdiri dari 6 yang salah satunya adalah beriman kepada
Malaikat. Kita wajib percaya Allah SWT ada menjadikan makhluk
yang dinamakan malaikat yang tidak dapat dilihat oleh manusia.

Malaikat yang dijadikan oleh Allah dari cahaya dan mempunyai
kekuatan yang tidak boleh ditandingi oleh mana-mana manusia.
Berian kepada malaikat, jin, syaitan dan iblis tidak sama dengan
beriman kepada Allah. Segala kuasa yang ada pada malaikat
hanyalah dengan kehendak dan izin Allah semata-mata.

Sifat malaikat sentiasa taat dan tidak pernah menderhaka
kepada Allah dan perintahNya seta sentiasa istiqamah kepaa
tugas yang telah mereka terima dari Allah Ta’ala. Sifat bentuk
Malaikat bukan lelaki atau perempuan, tidak makan dan minum,
tidak tidur dan tidak ada rehat serta tidak berkahwin.

Peranan malaikat adalah seperti manusia iaitu menyembah
Allah SWT, Cuma bezanya dengan manusia ialah malaikat
sentiasa patuh dan taat melaksanakan segala perkara yang
diperintahkan kepada mereka dan tidak pernah sekali-kali
mengingkari perintah Allah.

| 11

• https://www.slideshare.net/aliirwan/beriman-kepada-malaikat
• https://anyflip.com/dwhco/ypzv/basic
• https://tirto.id/10-nama-nama-malaikat-dan-tugasnya-menurut-agama-

islam-gadd
• https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/780-al-kafi-634-

ciri-ciri-malaikat

| 12


Click to View FlipBook Version