NIPAH SEJARAH NIRA NIPAH NIRA NIPAH KLASIK PENERUS LEGASI NIRA NIRA BUKAN HANYA SEKADAR AIR MINUMAN WARISAN
A JK MA J A L AH Pengarah Hafifah Othman Pengarang Wan Umaira Penerbit Baiti Jannah Pereka Kreatif Umie Umairah Fatnun Nafiah Ketua Penyunting & Ahli Aleya Mazlan Sarah Ayuni Lishalini Eksekutif Hazim Nazari Goh Ching
PENGENALAN Kenali Kami 01-05 Asal Usul Nira Nipah 06-08 16-20 Selanjutnya~~ SEGALANYA NIRA NIPAH Nira Nipah Menjadi Tarikan Proses Pembuatan Nira Nipah 09-11 12-13 14-15 ISI KANDUNGAN Khasiat Nipah Nira Harapan Nipah klasik Kesimpulan 21-22 NIPAH KLASIK Pengenalan Nipah Klasik 23-24
NOR HAFIFAH BINTI OTHMAN (300710) 6 APRIL 2004 NUR BAITI JANNAH BINTI MOHD SHOFI (300376) 24 DISEMBER 2003 01
LISHALINI A/P TAMIL SELVAN (300602) 26 FEBUARI 2004 UMIE UMAIRAH BINTI MOHD AZHAR (300675) 23 MAC 2004 02
GOH CHING TING (300419) 31 DISEMBER 2003 SARAH AYUNI BINTI MOHD ZULPIKRI (300395) 27 DISEMBER 2003 03
HAZIM BIN NAZARI (300533) 7 FEBRUARI 2004 NURALEYA BINTI MAZLAN (300486) 22 JANUARI 2004 04
WAN UMAIRA BINTI WAN FAUZI (300387) 26 DISEMBER 2003 NUR FATNUN NAFIAH BINTI MOHD AMJAL (300628) 8 MAC 2004 05
ASAL USUL NIRA NIPAH 06
NIRA NIPAH Nira merupakan cecair manis yang mengandung tahap gula sebanyak 10 hingga 15%. Cairan ini boleh diminum terus, ditapai dan dijadikan sebagai tuak nira atau diolah lebih lanjut menjadi sirap atau gula dan sebagainya. Nipah merupakan sejenis tumbuhan yang kebanyakkanya terdapat di hutan negara-negara Asia tenggara. Nama botani bagi ialah Nypa fruticans. Pokok nipah ini merupakan hanya satu pokok palma yang dikira sebagai pokok bakau dan juga satu spesies dalam genus Nypa. Pokok nipah ini boleh juga dijumpai di kawasan lain seperti di Asia Selatan dan Australia Utara. Apakah itu nira nipah? Daun pokok nipah yang panjang dan lembut banyak digunakan dalam kalangan masyarakat tempatan untuk menghasilkan atap nipah. Dan tersebut juga digunakan dalam seni anyammenganyam bakul dan jerami. Jadi nira nipah merupakan sejenis cecair yang mempunyai rasa manis yang diesktrak daripada batang nipah itu sendiri. Ia juga menjadi sebagai minuman orang kita. Nira ini diperoleh melalui kaedah 'penyadapan'. Kaedah 'penyadapan' ini merupakan kaedah dimana mayang akan dilenturkan dan air yang keluar akan ditakungkan. Ia juga perlu ditambah dengan bahan kimia lain bagi menggelakkan proses 'penapaian' 07
Nira nipah ini juga mungkin agak popular sebagai minuman yang memberikan sumber tenaga kepada manusia Pokok nipah ini hidup di kawasan berpaya, lembah dan juga berlumpur. Ia juga mempunyai batang sulfur bawah tanah dan akar palma selalunya tersembunyi dalam lumpur. Lapisan udara dan asas daun pokok nipah ini akan memberikan daya apungan yang tinggi kepada akarnya pokok tersebut. Daun yang tua itu akan gugur sekiranya lapisan peluruhan sepanjang 2 kaki berlaku di bahagian bawah anak daun itu sendiri. Lapisan peluruhan yang kedua itu akan muncul di tempat yang mempunyai daun yang lebar da bercantum dengan akar. Pelepah nipah ini boleh dijadikan sebagai atap yang baik dan boleh dilihat pelepah pokok itu ditebang walaupun anak-anak pokok muda dipelihara lagi. Kutikel daun muda yang mempunyai kulit luar yang sangat kukuh akan ditanggalkan, dipotong mengikut saiz, dibungkus dan ia dijual sebagai robot daun di seluruh dunia. Seterusnya, pohon pokok tersebut akan keluar di hujung sulur dan batang pokok tersebut akan bercabang lalu membentuk serumpun nipah. Tambahan pula, bunga nipah akan keluar di celah-celah pelepahnya dan bergugus di hujung tangkai dan ia yang akan menghasilkan buah. Selepas siap semua proses ini baru buah akan dipangkas untuk mendapatkan air nira dan jambangan bunga nipah akan menghasilkan gula sebanyak 1 pain sehari selama 3 bulan dan menjadikan hasil sebanyak 11 gelen. Titisan getah pokok ini boleh juga dijadikan sebagai arak atau tuak. Buah nipah adalah berbentuk seperti baji dan strukturnya sama seperti buah kelapa. Akhirnya, buah ini mempunyai tempurung, sabut, air dan isi yang boleh dimakan. 08
PROSES MEMBUAT NIRA NIPAH 09
PROSES MEMBUAT AIR NIRA NIPAH KLASIK Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil dalam pemprosesan air nira nipah. Langkah pertama pemprosesan air nira nipah ialah pekerja Nipah Klasik akan memilih buah nipah yang matang dan besar untuk mendapatkan air nira nipah. Seterusnya mereka akan menggunakan kayu untuk mengetuk dahan nipah dengan sekuat-kuatnya selama seminggu supaya air nira dapat keluar dengan banyak. Kemudian barulah menggunakan pisau untuk memangkas dan membuang buah nipah. Cara memangkas pokok nipah adalah dengan cara tangan kiri memegang perdu nipah dan tangan kanan memegang pisau dengan kedudukan mata pisau daripada bawah ke atas. Langkah keempat ialah pekerja Nipah Klasik akan memasukkan botol atau plastik untuk menadah air nira. Botol atau plastik tersebut akan dimasukkan ke ke dalam batang pelepah pokok nipah untuk mendapatkan air nira. Langkah kelima ialah air-air nira akan dikutip daripada tempat yang ditadah itu dan dikumpulkan dalam bekas yang besar untuk diproseskan sebagai air nira. Langkah seterusnya ialah proses pembungkusan air nira ke dalam botol untuk dipasarkan. Akhirnya, air nira nipah siap dibotolkan dan bersedia untuk dipasarkan. 10
7) PROSES MEMBUAT AIR NIRA NIPAH Pokok nipah Tandan disadat Menggunakan kayu mengetuk dahan nipah Air nira ditadah Pemprosesan air nira Proses pembungkusan air nira Air nira nipah 1) 2) 3) 4) 5) 6) 11
KHASIAT NIRA NIPAH 12
KHASIAT NIRA NIPAH Membekal tenaga badan Tenaga yang lebih tinggi membolehkan anda bekerja dengan lebih cekap, aktif dan tidak mudah lesu. Ia boleh dianggap sebagai tonik yang sempurna. Menurunkan suhu badan Sama dengan air nira lain seperti kelapa, khasiat nira nipah dipercayai mampu untuk menurunkan suhu badan dan juga menyejukkan dalam badan dan sesuai diambil ketika musim atau cuaca panas. Bukan hanya ketika cuaca panas sahaja, ia juga malahan bagus untuk diminum ketika demam selesema, tetapi tidak boleh menjadi satu-satunya ubat yang diambil untuk merawat demam. Mengatasi sembelit Air hasil daripada tanaman ini turut dikatakan mampu untuk mengatasi masalah sembelit yang terjadi akibat kurang ambil serat.Ini kerana ia bukan sahaja tinggi dengan serat malah asid amino, protein, vitamin, mineral dan lain-lain. Menguatkan sendi tulang Tulang manusia bukan sahaja memerlukan kalsium malahan banyak lagi vitamin dan mineral lain agar sendi tulang itu tumpat serta kuat.Menariknya, minuman ini mungkin mempunyai pelbagai jenis nutrien yang diperlukan oleh individu dalam usaha untuk mendapatkan dan mengekalkan kesihatan tulang yang lebih baik. Mengubati penyakit Nira nipah juga dapat mengubati beberapa lagi jenis penyakit lain yang diyakini mampu diubati dengan cuka daripada nira ini seperti buasir, tekanan darah tinggi, diabetis dan obesiti 13
MENJADI TARIKAN NIRA NIPAH 14
Kebiasaannya, nira nipah akan mendapat permintaan yang tinggi pada 'musim timur' atau kemarau, setiap kali berakhirnya musim menuai padi. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mendapatkan nira yang mudah diperoleh di sekitar Perlis dan Ayer Hitam. FAKTOR NIRA NIPAH MENJADI TARIKAN MASYARAKAT Nira nipah merupakan minuman asli yang masih lagi mendapat sambutan sehingga ke hari ini. Nira bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat Melayu tetapi juga dalam kaum-kaum lain. Nira nipah dikenali dengan rasa yang sangat sedap dan unik. Hal ini merupakan salah satu faktor kenapa nira nipah menjadi tarikan. 15
NIPAH KLASIK 16
ipah Klasik merupakan sebuah restoran unik yang mengetengahkan konsep alam semula jadi di mana pokok nipah ditanam membentuk sebuah restoran. Idea ini telah diilhamkan oleh seorang penggiat seni iaitu Jamaludin Abd Rahman yang melihat potensi besar untuk perniagaannya itu walaupun pada awalnya beliau ingin menterjemahkan karya seni beliau melalui pembukaan studio dan galeri. Pokok nipah telah menjadi pilihan kerana kawasan geografinya yang sesuai untuk penanaman nipah serta mudah untuk diberi penjagaan. Menurut pengurus Nipah Klasik ini, kawasan perniagaan ini dahulunya adalah kawasan sawah padi yang telah ditambak untuk penanaman nipah ini. Jadi, tidak hairanlah pokok nipah mampu tumbuh dengan suburnya di kawasan tersebut kerana nipah memerlukan tanih yang sedikit lembab untuk bercambah. Oleh yang demikian, restoran Nipah Klasik ini telah berjaya dibangunkan dengan gahnya di negeri Indera Kayangan ini . Walaupun baru sahaja menapak selama empat tahun, namun Nipah Klasik ini telah menjadi tarikan utama para pelancong jika berkunjung ke Simpang Empat, Perlis ini. N 17
Air nira semestinya telah menjadi tarikan utama para pelancong yang berkunjung ke Nipah Klasik ini. Hal ini kerana air nira yang dijual telah diambil segar daripada pokok nipah yang ditanam di sini. Keaslian air nira tersebut telah menjadi salah satu faktor utama dalam menjamin kualiti serta keenakannya. Nipah Klasik juga menjual produk lain yang berasaskan nira nipah seperti cuka dan gula nisan nipah. Namun, gula nisan nipah ini tidak lagi dijual di sini kerana penghasilannya yang agak rumit dan terhad serta memakan masa yang lama. Kesemua produk yang telah dijual sebenarnya memberi pelbagai manfaat kepada pengamalnya. Hal ini telah menjadikan nira nipah sebagai warisan yang masih diterima masyarakat zaman ini. Selain itu, para pengunjung tidak perlu risau jika membawa anak-anak yang cerewet dalam bab makanan kerana di sini menyediakan pelbagai makanan yang meliputi masakan panas, makanan Barat mahupun pencuci mulut. Antara menu yang disediakan ialah seperti cendol, mee udang, nasi ayam berempah, keropok lekor, ‘chicken chop’ dan banyak lagi. Menu yang murah dan enak ini telah menambahkan lagi keistimewaan restoran Nipah Klasik ini sekaligus menarik ramai pelancong untuk datang ke sini. 18
Antara tarikan lain Nipah Klasik ialah para pengunjung boleh menaki bot pedal tangan di celah-celah pokok nipah yang ditanam di sini. Hanya dengan RM 10 selama 20 minit, semua pengunjung boleh mencuba aktiviti ini tidak mengira kanakkanak mahupun dewasa. pengunjung juga tidak perlu risau akan keselematan anak-anak mereka kerana jaket keselamatan juga disediakan di sini. Tanpa disedari, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan antara keluarga selain dapat memberikan keseronakan kepada pengunjung. Oleh yang demikian, Nipah Klasik amat sesuai dikunjung oleh seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan. Selain itu, pemandangan yang indah juga menjadi tarikan utama disini di mana restoran ini terletak bersebelahan dengan sawah padi yang menghijau. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan yang indah ini sambil menunggu makanan tiba serta menjadi tempat yang sesuai bagi mereka yang gemar bergambar. Replika Telaga Bunga Emas juga telah menjadi tarikan kepada pengunjung yang datang ke sini terutamanya kepada peminat sejarah di mana Telaga Bunga Emas ini mempunya sejarah yang tersendiri. Telaga Bunga Emas ini juga telah menjadi simbolik kepada Kampung Bunga Emas yang telah menjadi lokasi penghasilan bunga emas kepada kerajaan Thailand suatu ketika dahulu. Malangnya, Telaga Bunga Emas yang asal telah musnah akibat pembangunan. Oleh yang demikian, pembinaan replika telaga bunga emas ini telah menjadi salah satu alternatif bagi mempertahankan sejarah tersebut. 19
IKUTI KAMI DI : Nipah klasik @nipahklasik @nipahklasikperlis 20
HARAPAN NIPAH KLASIK 21
Antara harapan nipah klasik untuk masa hadapan ialah dapat membaik pulih ruang makan dengan menambah lebih banyak kapasiti tempat duduk kepada pelanggan. Contohnya, pihak nipah klasik juga bercadang untuk membuat tempat makan tersebut secara dua tingkat agar pelanggan di situ dapat melihat pemandangan yang cantik dari atas sambil menikmati juadah yang disediakan. Selain itu juga, nipah klasik berharap agar dapat membuka sebuah galeri yang di dalamnya terdapat hasil karya lukisan daripada pemilik nipah klasik itu sendiri. 22 Seterusnya, harapan terbesar pemilik nipah klasik ini ialah membuka satu lagi restoran unik di dalam hutan nipah di tempat baharu yang lebih strategik dan lebih besar. Di situ, pemilik bercadang untuk membina ‘HOMESTAY’ supaya pelanggan yang datang dari jauh dapat menginap di hutan nipah tersebut sambil menikmati keindahan dan keunikan yang sukar dijumpai di tempat lain. Restoran yang kedua ini berkemungkinan akan di bina di lereng bukit kerana pemilik berharap pelanggan dapat melihat pemandangan hutan nipah dari atas bukit. Akhir sekali, harapan pemilik kepada nipah klasik ini agar projek ini dapat menjadi satu mercu tanda untuk Negeri Perlis dan dapat pergi lebih jauh. Pemilik juga berharap agar nipah klasik ini dapat menjadi sebuah tempat agro pelancongan.
23 KESIMPULAN DAN HARAPAN
Kesimpulan Kesimpulannya, jelas dapat dilihat bahawa nira nipah merupakan salah satu warisan yang sangat penting untuk rakyat negara kita. Nilai sejarah nira nipah ini harus diselami dengan lebih mendalam oleh anak muda zaman kini supaya ianya dihargai dan sentiasa dikekalkan untuk tatapan anak muda di masa hadapan. Selain nilai sejarah, tidak dapat dinafikan juga bahawa nira nipah mempunyai nilai dari segi khasiatnya dan potensinya untuk diniagakan di pasaran yang lebih besar. Khasiat yang terdapat dalam air dan cuka nira boleh dikaji dengan lebih mendalam dan dimanfaatkan untuk menghasilkan produk yang boleh diniagakan di pasaran Malaysia dan pasaran antarabangsa seterusnya mendatangkan keuntungan kepada peniaga nira nipah dan meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, semua pihak mestilah bekerjasama bagi mencapai matlamat ini. Pihak kerajaan bolehlah memberi bantuan kepada pengusaha nira nipah supaya perniagaan mereka dapat dikembangkan. Malah kerajaan juga boleh membuka jalan untuk menjadikan nira nipah sebagai produk yang layak dieksport ke luar negara.Akhir sekali, Anak muda sebagai tulang belakang negara seharusnya mengkaji dan mencari cara untuk memanfaatkan nira nipah dan tradisinya untuk mendatangkan keuntungan dan mengekalkan warisan negara bangsa ini agar tidak hilang ditelan zaman. 24
Rujukan Ahmad Farid. (2023, June 12). Air nira nipah boleh buat buah pinggang rosak? penggemar minuman ini perlu tahu!. Hello Doktor. httos://hellodoktor.com/urologi /penyakit-buah-pinggang/bahaya-air-nira-nipah/ Amira Atiya Mohd Amir. (2021, Mei 25). Air Nira, Minuman Warisan Sepanjang Zaman Malaysia. IFMAL. https://ifmal.com/air-nira-minuman-warisan-sepanjang-zamanmalaysia/ Asyraf Muhammad. (2022, November 21). Bot menelusuri celahan pokok nipah. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/bot-menelusuri-celahanpokok-nipah/ Bernama, F. (2023, March 15). Nipah klasik. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my /article/249899/galeri/nipah-klasik Ladang Nira Nipah Napiah - Port Wajib Singgah Layan Air Nira Sambil Enjoy View Sawah. (2020, Oktober 27). Rileklah. https://rileklah.com/jalan-jalan/ladang-nira-nipahnapiah-port-wajib-singgah-layan-air-nira-sambil-enjoy-view-sawah Nira Nipah - Cara-Cara Menghasilkan Nira. (2023, Disember 29). Memori. https://www. memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=2&idstopic=56&idskandungan=202& id=728&mtopic=7 [Ozeck Channel]. (2021, Februari 4). Air Nira Nipah | Proses mula-mula sebelum mengambil air nira nipah. [Video]. Youtube. https://youtu.be/hU6pyxaBbhU? si=3weYI45hVKV1ojyA Pelukis Perlis cipta sejarah bina replika telaga bunga emas. (2021, November 28). Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/175003/edisi/pelukis-perlis-ciptasejarah-bina-replika-telaga-bunga-emas Proses Membuat Nira Nipah. (2017, April 9). Air Tuak Qarimah. https://airtuakqarimah .blogspot.com/2017/04/proses-membuat-nira-nipah.html Shazwan Yusop. (2020, Ogos 20). Nikmati air nira di ladang nipah. Kosmo. https://www. kosmo.com.my/2020/08/20/nikmati-air-nira-di-ladang-nipah/