The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 783-19-nur, 2022-04-20 19:53:53

Kurikulum Taska dan Prasekolah

Kurikulum Taska dan Prasekolah

Kurikulum Taska

dan Prasekolah

Disediakan oleh :
WAn Nur Aqasha QIstina binti Wan

Abdullah (pakk1)

Pengenalan

Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting
untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan
(Mohd Asnami Satdimin et.al, 2010). Kurikulum pendidikan ini berteraskan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, nilai-nilai murni, norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk
melahirkan kanak-kanak yang seimbang. Kurikulum ini juga dapat membantu
perkembangan seseorang kanak-kanak dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelektual.

Menurut Afiq Mubasyyir Amran (n.d), Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
boleh didefinisikan sebagai mana-mana premis yang menerima kanak-kanak melebihi
empat orang yang berumur empat tahun ke bawah selain dari seisi rumah dengan
menerima upah.

Menurut Engku Roziana (2015) pula, prasekolah merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan Malaysia yang menyediakan pendidikan prasekolah bagi
membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Kurikulum Taska

Pada pandangan saya, kurikulum yang digunakan di Taska dalam
melaksanakan program pendidikan awal kanak-kanak ialah Kurikulum
PERMATA Negara. Menurut Suhaimi Razaly (2016), Kurikulum PERMATA
Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras
untuk membina potensi individual kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti
tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak. Dengan adanya Kurikulum
PERMATA ini, program pendidikan berteraskan kurikulum dan kokurikulum
yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni, norma, unsur
budaya dan kepercayaan dapat dilaksanakan untuk meningkatkan pembinaan
kualiti kanak-kanak sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi
serta serta perkembangan nilai moral dalam diri kanak-kanak

Kurikulum Prasekolah

Pada pandangan saya, kurikulum yang digunakan di Prasekolah ialah Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Menurut Tengku Asiah Fauzi (2017), KSPK
bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta aktiviti pembelajaran
yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. KSPK ini dibina berdasarkan enam
tunjang yang utama iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai,
tunjang kemanusiaan, tunjang keterampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan
estetika dan tunjang sains dan teknologi. Dengan adanya enam tunjang dalam KSPK
ini, pembangunan modal insan yang dapat meningkatkan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif serta melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang dalam pelbagai
aspek kehidupan dapat diwujudkan.

Elemen Merentas Kurikulum
Prasekolah

Selain itu, di Prasekolah juga menggunakan pendekatan Elemen Merentas Kurikulum
(EMK). Menurut Hailmi (2017), EMK ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Pada pandangan saya, EMK ini sangat penting diterapkan di Prasekolah bagi
mengukuhkan lagi kemahiran dan keterampilan diri kanak-kanak serta dapat menangani
cabaran semasa dan masa hadapan. EMK ini merangkumi elemen bahasa, kelestarian alam
sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme, kreativiti dan inovasi, keusahawanan,
teknologi maklumat dan komunikasi, kelestarian global, dan pendidikan kewangan. Setiap
elemen ini mempunyai pendedahan dan kebaikan yang tersendiri dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP).

Penutup

Kesimpulannya, terdapat beberapa contoh berdasarkan pandangan saya
tentang kurikulum taska dan prasekolah dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Kurikulum di taska dan prasekolah sangat penting dalam meningkatkan
perkembangan pembelajaran, menguasai kemahiran-kemahiran asas dan
memupuk nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Kurikulum taska dan
kurikulum prasekolah mempunyai kepentingan dan kelebihan yang berbeza
namun kedua-duanya berfungsi dalam meningkatkan perkembangan kanak-
kanak dari segi perkembangan kognitif dan motorik melalui aktiviti kurikulum
yang bersesuaian. Oleh itu, kurikulum Taska dan Prasekolah perlu diberi
perhatian yang berkesan oleh semua pihak untuk melahirkan kanak-kanak yang
seimbang dan berpotensi tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan serta dapat
meningkatkan kemajuan pendidikan negara di Malaysia.


Click to View FlipBook Version